RSS
Post Icon

kuatkan semangat!

Abangah Akmal, Akak syifa', Abang Hafiz, Adik Syahmi~memori 4 beradik di Cactus Valley, Cameron Highland


Along, syahmi dapat hadiah utama dlm subjek bahasa arab, dapat hadiah.. smart x syahmi? Along tak nak bg hadiah dekat syahmi ke? Syahmi doakan untuk along, baik tak syahmi ni??-sms by naughty syahmi 2 days ago.

Along cuti lama tak? Kalau ade duit, balik la..syahmi rindu dekat along!muah..-sms by little syahmi at noon today.


Uwaa… rindu nyer!!! Dah homesick tahap dewa ni. Kenapa la sejak malam tadi sehingga hari ini, tiba-tiba 'down' semacam, siap rain heavily lagi ni.. sorry la kepada kawan-kawan di sekeliling.. otak & jiwa tengah melayang ke Gombak buat masa ini.


"Owh, tak cuti ke.. tak perla.. bulan 6 nanti cuti kan, balik yer. For this time being, kuatkan semangat, kami sume rindu kt ain.."-kata mak. (T_T)


Hari ini 24 Januari 2010.. hampir 4 bulan menjejakkan kaki ke pengajian tahun 5.. (ada something ker dgn tarikh nih.. huhu). Smg selamat & dipermudah perjalanan ini, insya Allah.

Apepun, kepada pembaca-pembaca setia (baiti jannati di Gombak nun..), miss u all.. 'banjir' tatkala mendengar lagu Home by Chris Daughtry.. "...I'm going home to the place where I belong..."


Adik-adik along, terima kasih sebab mendoakan along, along saaaaayang sangat-sangat pada sumer!! Miss u 2, 3, 4..ila akhir..

smg kalian cemerlang, jadi anak soleh solehah, insya Allah. Jangan lupa mengaji yer!


~Sesampainya di Bayt Smiley pada jam 4.10petang, terus membelek-belek sebuah buku motivasi-Menjadi Wanita Paling Bahagia oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni (pengarang buku La Tahzan).

'Mudah-mudahan kesedihanku akan berakhir dan datanglah kebahagiaan sebagai gantinya'

"Penawar hati tedapat pada wahyu, sama ada Kitab Allah mahupun Sunnah Rasulullah SAW.

Kenikmatan sanubarimu ada dalam ketenangan.

Kesenangan hatimu ada dalam sembahyang.

Keselamatan hatimu bermuara pada keredaan.

Ketenangan jiwamu ada pada sikap rela.

Senyuman yang terserlah di bibirmu adalah kecantikan dan keindahan pada wajah.

Jilbab menjadi pelindung darjat dan martabat anda.

Ketahuilah bahawa ketika mengingati Allah, maka ketenangan anda semakin terserlah".


Ya Allah, kuatkanlah hati ini untuk terus thabat mengingatimu dalam susah mahupun senang. Berikanlah ketenteraman dan ketenangan kepada hati ini dan keluargaku, seterusnya muslimin muslimat.

Belajar itu jihad, dan memerlukan pengorbanan. Bersabarlah duhai hati..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 walk-the-talk:

Fez said...

pg la balik hujung minggu ni.. haha..(ok, xlawak utk orang yang sedang homesick tahap dewa) :p

Xpe ain.. Absence makes the heart grows fonder..:)

ainshams said...

haa..klu ade direct flight AMM-KUL, mmg nak je blk wknd nih!!
kalaula ader private flight kan best.. (berangan jelaa)
ish, banyak betul 'kalau' nyer..
btw, thnx KAK faezza!

smg hetty tabah.. ade hikmah dye wat attachment time nih kn..dahler arituh dpt rayer last dgn fmly (wpon blk seminggu jek), plus, 24th bday dgn mak dye..(1st person yg wish lagi)

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz said...

Keep moving young mujahidah! be tough!