RSS
Post Icon

Neuro oh Neuro

Suatu pagi Selasa minggu ke-2 rotation Neuro..

korang berenam je hari ini? Bukan sepatutnya 7?

Sorg tak dtg, doc..

Ok, skg kiter diskus psl stroke utk kes emergency.

45-year-old male patient..blabla..

Doc Mahmud, ape management yang ko nak buat?

Sesudah itu..setiap orang disoal mengikut giliran..ala-ala diskusi berantai gituh!

Doa jela, semoga mendapat soalan yang kita dapat jawab (goreng pon sodap, jangan sampai hangit sudah! hehe)


"Meh sini, datang keliling meja aku. Aku nak terangkan pasal pathways secara umum. Aku akan simplify utk korang" kata doc Khalid.


"haa..bagus, aku pon pening kepale nak memahami pasal pathways nih"-getusku dalam hati.


Satu persatu yang dijelaskan..memang menyeronokkan.. semua 'mendapat perhatian' dan perlu memberikan perhatian.. bersedia utk disoal bile-bile masa sahaja.

So, jangan terlepas points. Kalau tak, memang mencari nahas!!

Yang menariknya, doc melayan semua pertanyaan kitorg, even utk soalan yang sangat simple.


Untuk pertama kali sepanjang 2 minggu neuro ni, saat ini baru aku merasakan 'nikmat seronok belajar neuro'..sebab?? Sudah ade pencerahan & doc yang best!!

Yerla, kalau tidak, setiap hari asyik disoal siasat macam kita dah jadi doc pakar, mungkin doc merasakan all the quests as simple as abc. Pergh!!


Dr Khalid Salim. Gaya tegas, penampilan kemas, namun, seorang neurosurgeon merangkap tutor yang bagus! Sayangnya, pagi lusa dah nak exam, baru saat ini aku rase best nak pulun neuro.. isk isk.. (better late than never)


"korang blajar 2 mggu utk neuro..memang takcukup! Semingu neuroscience & seminggu neurosurgery. Korang kene put more effort. Yang penting, tahu common cases, pathways, basic things"-pesan doc Khalid.


Then, usai rounds pagi itu, kawan-kawan arab ade mengadu kepada doc khalid mengenai beberapa perkara yg mereka tak berpuas hati dgn system pembelajaran di sini. Antaranya, mengenai 2 minggu neuro, 4 minggu psychiatry, system peperiksaan, sikap sesetengah docs dsb.


Sedang mereka rancak bercerita (aku menyampuk tatkala perlu).

Tiba-tiba, dr khalid bertanya,

"Dukturah, ko dari mane?" sambil ber'eye contact' dengan aku.

Alamak.. kenape plak nih..

"Uh..aku ke doc?" tanyaku meminta kepastian. doc mengangguk.

"Malizya" jawabku sepatah sambil cube tersenyum.

"haa..this is the example of very good attitude. Aku pelik kenapa org arab tak boleh nak contohi macam dia". Aku ternganga..apekah? Blushing tetibe.. heee.


Act, doc hendak menegur kebanyakan attitude students arab nih. Basically, memang la deorang pandai..kaya..ada rupa (pinjaman Allah semate-mata).. tp, jika tak ada attitude, tak ada nilai, bak kata doc khalid.


Kesimpulannya, pelajar Malaysia memang dipandang baik oleh kebanyakan doc Jordan, namun, ada juga yang kurang senang..sebab?? Pelajar Malaysia dikatakan kurang proaktif! Namun, aku dapat merasakan, di alami klinikal, memang akan jadi proaktif! Sebab..tumpuan hanya pada beberapa orang sahaja..sehinggakan docs boleh menghafal name para pelajar..sebab?? utk evaluation mark personally.


So, be punctual, behave ourselves, perform routine duty wisely, be cooperative in round discussion, seminar & lectures (of course we've to prepare ourselves first) & be also good in exam.('ringing' for myself)


Afterall, Alhamdulillah, dah habes neuro..markah telah pun keluar..alhamdulillah! (walaupun final exam masih menanti lagi!! grr~)


"Aku rasa, doc Ali Rifaie (course coordinator yang teramat digeruni & dihormati oleh para pelajar ) sayang pada kita la..sbb evaluation kita OK..ade mamat-mamat arab ni jealous, siap kata doc pilih kasih" kate Sumi.


"Alhamdulillah..rezeki maa..kita tak buat masalah kot.. (cewaah). Haritu kan siap blushing bile kene puji 'very good attitude'.. huhu" balasku.


Honestly, walau sekecil atau sebesar mana pujian, semua milik Allah, subjektif mengikut pandangan kasar manusia. Sebaik-baik qudwah hasanah yang wajar kita contohi adalah Junjungan Mulia Rasulullah SAW.


"Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti agung" (Al-Qalam: 4)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 walk-the-talk:

MaUt said...

salam ain,

lawak la ko ni hehe..serasa baru beberapa minggu lepas waktu kita together-gether dalam bas ko menyatakan.."aku mana pandai tulis2 ni, kang tulis blog ape ntah jd kang" hehehe..aku tgk baru je ko launching blog beberapa ketika sudah berlipat-lipat entry hihihi..ape2 pon aku sentiasa sokong..ok nnt aku nak roger2 ko pasal hal2 mutakhir..esok la aku call..k boboi salam

ainshams said...

salam..
huhu..aku main tulis jela.. kalau dpt manfaat, alhamdulillah..
tp, aku taw ade pembaca-pembaca setia kt gombak tu ha.. heehee
tuh yg semangat menaip..
btw, call sajor..
(tp aku dah 2bulan silent hset..hee)