RSS
Post Icon

kita pernah bergelar BAYI..



Hari ke-2 Obs&Gyn (Perbidanan & Sakit Puan)
.
Setakat yang telah dipelajari dalam 2 hari ini~History Taking, Physical Examination, Ectopic Pregnancy (kandungan luar rahim), Gestational Diabetes (kencing manis ketika mengandung), Infertility Management (orientasi kemandulan-betul ke translate BM macam ni? heh), Rh-Isoimmunization (perbezaan rhesis darah ibu & anak).


Erm, saya merasakan, bidang ini paling banyak berkait dengan Fiqh Medic. Bukan mudah menentukan keputusan berkaitan makhluk yang bakal lahir. Terima kasih mak, ain sayang mak!!! Muah muah.. (^_^)

Saat bersantai membaca perihal Malaysia, saya berminat dengan berita ini. Empat Kaedah Tangani Isu Buang Bayi...teruskan klik di sini.

Tahniah Malaysia, CUBA menangani isu lapuk yang semakin hebat di dada akhbar, ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. (tapi, hujan yang tanpa pelangi..heh)

Yang pasti, pucuk pangkalnya, ubati akar umbi masalah. Pendidikan Agama Atasi Gejala Sosial..teruskan di klik sini. Walaupun saya bersetuju dengan 'isu agama' yang dibangkitkan, namun pada saya, bukan pendidikan agama semata-mata, malahan, sebaiknya yang dipersoalkan dan lebih diperincikan adalah "PRAKTIKAL pendidikan agama" adalah penyelamat segala masalah ummah dulu, kini dan selamanya, insya Allah.

Agama yang dipelajari secara teori semata-mata tidak mampu menyelamatkan kita daripada terjebak kepada masalah masyarakat kini. Buktinya, jumlah pelajar yang mendapat kepujian dan cemerlang dalam matapelajaran agama semakin meningkat, tapi 'bala' yang melanda Malaysia semakin teruk.

Kesedaran agama secara bermusim tidak mampu memandu kita untuk menghampiri Syurga Allah. Isu pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi adalah BUKTI kesan kegagalan PRAKTIKAL pendidikan agama zaman berzaman.


Ops, jika ada yang sensitif dengan perkataan 'Islam' atau 'Agama', mungkin saya perlu mengedit ayat saya kepada persoalan~Tahap Manakah REALITI PRAKTIKAL PENDIDIKAN MORAL di kalangan masyarakat dewasa ini??

Semua pihak berkewajipan memainkan tanggungjawab masing-masing. Sama ada kita selaku kakak, pelajar universiti, bakal doktor, ustazah, bakal ibu, jiran Menteri atau apa saja.
Yang pasti, pundak kita dibebani dengan TUJUAN penciptaan manusia di muka bumi ini~untuk beribadah kepada-Nya, jua setiap kita adalah Khalifah, Pemakmur Muka Bumi ini. (oh, ini belum dikira kewajipan dan tanggungjawab untuk membina khilafah atau World Order)

Dr Wiki-Jawa ada berkata, KHALIFAH itu adalah...klik di sini.. ^^

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di bumi'. Mereka (para malaikat) berkata, 'Adakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosakkan dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan-Mu?' Allah berfirman, 'Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'. (Al-Baqarah: 30)

Wallahu A'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

kepala sakit VS sakit kepala

Bezakan sakit kepala anda.

HR Ibnu Majah, Rasulullah SAW melumurkan henna (inai) pada kepala Baginda ketika Baginda sakit kepala, dan berkata, "Bermanfaat, insya Allah".


Abu Nua'im berkata, Rasulullah SAW berehat sehari dua di dalam rumah ketika Baginda sakit.


Sebab-sebab sakit kepala :

1.Cuaca (kering, lembap, panas, sejuk)
2. Perut (gastric ulcer) dsb
3. ketumbuhan atau kanser
4. Selepas makan
5. Selepas hubungan intim pasangan
6. Berkaitan dengan muntah
7. Keterlampauan cuaca panas dan sejuk
8. Berjalan malam tanpa tidur
9. Tekanan pada kepala cth: menjunjung barang berat
10. Banyak bercakap
11. Terlalu lapar
12. Demam
13. Aktiviti berat atau cergas secara tiba-tiba
14. Emosi: tekanan, risau, obses, berfikir secara dalam, pemikiran jahat


Rujukan: Kitab Tibb Nabawi



Waja' ros.. rosi..rosi..

Jr : Akak..saya kene migraine la, esok nak xm..nak makan ubat ape ek?


Erm..musim perubahan cuaca..tambah-tambah, masa musim panas yang akan datang nanti, memang biasa akan diserang sakit kepala.. Kita perlu membezakan antara jenis-jenis sakit kepala. sebab?? Management setiap satunya berbeza..


Dari perubatan, secara umumnya, ada 4 jenis sakit kepala:

1-Sinus

2-Cluster

3-Tension

4-Migraine


Kali ini, saya ingin berkongsi secara ringkas mengenai 2 sakit kepala yang sangat selalu dialami oleh para pelajar iaitu tension headache & migraine.




a) Secara ringkasnya, tension headache:

-dialami hampir 80% populasi masyarakat

-kebanyakannya wanita

-berumur 20-50 tahun

-end of the day, hujung hari (tak de orang bangun pagi-pagi yang mengadu dia dapat tension headache lepas solat subuh)

-belajar, bekerja, depress, terlalu risau dan banyak berfikir


-sekiranya ada mengalami 2 daripada 4 kriteria di bawah:

a- sakit yang menekan-nekan (pressing, tightening)

b-sakit keseluruhan kepala dari depan hinggalah belakang, kadang-kadang hingga ke tengkuk

c-kedua-dua belah kepala, kiri dan kanan

d-tidak dipengaruhi aktiviti fizikal


Management:

1-Modify lifestyle: exercise, berjalan-jalan ke luar, kawal stress

2-Ibuprofen, Acetaminophen


b) Secara ringkasnya, migraine:

-lebih menyerang kaum wanita

-berumur dalam lingkungan 15-45 tahun

-80% factor keturunan

-Aura vs tanpa aura(80%)~gangguan penglihatan, (blind spot, atau zig zag aura)


-sekiranya mengalami 2 daripada 4 kriteria di bawah:

a-satu bahagian kepala sahaja

b-berdenyut-denyut (pulsatile)

c-sakit sederhana-teruk

d-dipengaruhi persekitaran


Management:

1-Modify lifestyle: penjagaan waktu & kuantiti makanan termasuk coklat, kurangkan minum kopi/nescaffe, tidur yang teratur, kawal stress, meletakkan 'cold compressor' pada bahagian kepala yang sakit.

2-Berehat di dalam bilik yang gelap, sunyi dan tenang

2-Ibuprofen, Antiemetic


Alhamdulillah, malam tadi AMT MPPM berjaulah ke mantiqah Mafraq. Kami dari Irbid berkesempatan untuk berkongsi dalam slot Medical Talk~Tibb Nabawi&Kontemporari. Terima kasih atas kesudian AHLI PRISMA dalam meluangkan masa. Semoga ada manfaat untuk dipraktikkan, insya Allah. Maaf atas segala kekurangan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

ada apa dengan KOHL?

Penjagaan kesihatan mata dengan KOHL~jom contohi Nabi SAW (^_^)

Dalam sunan Ibnu Majah, Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah SAW mempunyai sebotol kohl (celak mata) di mana Baginda menggunakan 3x untuk setiap mata.


Menurut Al-Tarmizi, Ibnu Abbas menceritakan bahawa Baginda Rasulullah SAW memakai celak 3x pada mata kanan, dan diikuti dengan 2x pada mata kiri.


Abu Dawud menyatakan bahawa Rasulullah SAW memakai kohl sebelum Baginda tidur.


Kebaikan celak mata


1-Memelihara kecantikan mata -mata amat berharga :p


2-Menguatkan dan mencerahkan penglihatan mata (sangat bermanfaat buat yang berminat untuk menurunkan 'power' kanta lekap dan cermin mata)


3-Kebaikan kohl meningkat ketika tidur di mana ia merehatkan mata yang letih secara semula jadi


4-Menyekat sebarang pergerakan yang merosakkan anak mata secara semula jadi



Diriwayatkan dalam sunan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Hendaklah kamu memakai kohl (celak mata) kerana ia mencerahkan penglihatan dan baik untuk pertumbuhan bulu mata (eyelashes)".

Sodaqo Rasulullah SAW.


Eyeliner, salah satu alat kosmetik yang masyhur dunia moden kini tidak tergolong dalam kohl.


Konklusinya, jom rehatkan mata kita dengan memakai kohl sebelum tidur.(sebelum tu, ambil wudu' dulu yer!)

Selain dapat membaikpulih mata yang sedikit rosak (khususnya bagi pemakai kanta lekap dan cermin mata), kita juga dapat menambah pahala kerana mengikut Sunnah Nabi SAW, insya Allah.


Tapi, pastikan mata kita dibersihkan sebaiknya sebelum keluar rumah keesokan harinya bagi mengelakkan perkara dan fitnah yang tidak diingini.

Wallahu A'lam.


Rujukan: Buku Tibb Nabawi


Tambahan KOHL daripada Dr Wiki~klik di sini..


NB: I do have an Orthopedic Exam this Thursday~my last minor rotation mid-term exam. Good Luck!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS