Mudah-mudahan, doa seorang ulama' agung terhadap Malaysia ini termakbul, insya Allah. Namun, masanya hanya Allah Maha Mengetahui.
KUALA LUMPUR 17 Feb. – Malaysia adalah sebuah negara Islam yang gemilang kerana umatnya menjauhi sikap perkauman dan perasaan taksub membuta tuli, kata Sheikhul Al-Azhar, Dr. Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi.
“Oleh itu saya berdoa kepada Allah supaya Malaysia kekal mendapat nikmat keamanan, keselamatan, kemajuan, dan kasih sayang antara masyarakat, serta dijauhkan daripada fitnah,” katanya dalam temu bual di bilik penginapannya di KL.
Temu bual dalam bahasa Arab itu diterjemahkan oleh Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman.
Dr. Sheikh Muhammad menasihatkan umat Islam agar tidak menjadikan perbezaan akidah sebagai penghalang kerjasama antara kaum di negara ini. –Bernama
Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah terkemuka dalam dunia Islam dalam mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.
Perjuangan ilmu beliau sungguh mulia. Budi dan jasa beliau dalam bidang ilmu berterusan dengan lahirnya bakal-bakal ilmuan Islam yang faqeh agama, khususnya lulusan Universiti Al-Azhar.
Sheikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia pada usia 81 tahun akibat serangan jantung pada 10 Mac 2010 semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.Al-Fatihah.
Semoga roh beliau tenang dan disinari rahmat Allah di alam berzakh dan alam seterusnya, insya Allah.
Siapakah Dr Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi ini?? Klik di sini.. (secara ringkas).
0 walk-the-talk:
Post a Comment