RSS
Showing posts with label heaven. Show all posts
Showing posts with label heaven. Show all posts
Post Icon

jiwa qanaah

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam yang dikekalkan sehingga ke saat ini. Semoga kekal diberi anugerah ini sehingga nafas terakhir, ameen.Wow, sudah setahun saya tidak membelek blog saya! Ini bermakna, sudah setahun saya bekerja sebagai H.O., alhamdulillah :)
 Kenapa saya tidak membelek blog??
a) Kesibukan bekerja? b) Tekanan (baca : ujian) hidup?c)  Ketandusan idea? d) Tiada 'mood' menulis? e) selain di atas f) Semua di atas :)

Peralihan fasa dalam kehidupan dari alam pelajar ke alam kerjaya bukanlah suatu yang mudah. Ia memerlukan jiwa dan komitmen yang tinggi SEANDAINYA mahu mengekalkan 'jiwa pelajar yang istiqamah dalam melaksanakan amalan wajib dan sunat'. 

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan kilat di tengah hari.Yakinlah ada sinaran pelangi yang bakal menanti, insya Allah. Hidup ini hanya persinggahan. Tiada yang kekal melainkan amalan yang dilakukan buat penjamin kita tatkala bertemu-Nya.



 Seseorang yang ditimpa musibah (ujian yang maha hebat) menandakan Allah amat sayangkannya seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan terhadapnya, Allah akan mengujinya dengan ditimpa musibah." (Hadis riwayat Bukhari). Istiqamah dalam memelihara solat dan membaca Al-Quran kerana ia adalah kunci kekuatan jiwa dan penghubung 'rahsia' Pencipta dan hamba. Sesungguhnya, selawat adalah penyejuk jiwa :)

Tatkala menunaikan umrah bersama adik lelaki pada April 2012 yang lalu, berulangkali solat sunat taubat, istikharah dan hajat dilakukan. Sedang jiwa penuh berserah memohon keampunan-Nya, hati dan fikiran mendamba ketenangan yang hakiki daripada-Nya, dan diri ingin reda serta pasrah mengharapkan penyelesaian atas ujian yang menimpa, langkah saya terkaku dan air mata mengalir deras tatkala membaca bacaan tawaf ke-4, 

 للّهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا وَعَمَلاً صَالِحًا مَقْبُوْلاً وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ يَاعَالِمَ مَا فِى الصُّدُوْرِ أَخْرِجْنِيْ يَا اللهُ مِنَ الظُّلُمَاتِ إلَئ النُوْرِ اللَّهُمَّ إنِّيْ أَسْألُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَاءِمَ مَغْفِرَاتِكَ وَالسَّلاَ مَةَ مِنْ كُلِّ اِثْمٍ وَالْغَنِيْمَةََ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ
                                 رَبِّ قَنِعْنِيْ بِمَا رَزَقْتنِيْ وَبَارِكْ لِيْ فِيْمَا أَعْطَيْتَنِيْ وَاخلُفْ علَيَّ كُل َّغَاءبَةٍ لِيْ منكَ 

Ya Allah, kurniakanlah haji yang mabrur, sa'ie yang diterima, dosa yang diampuni, amalan soleh yang diterima dan usaha yang tidak mengalami kerugian. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang terkandung dalam sanubari, keluarkanlah aku dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang. 
Ya Allah aku memohon kepada-Mu segala yang mendatangkan rahmat dan ampunan-Mu, selamat dari segala dosa dan beruntung dengan mendapat palbagai kebaikan, beruntung dengan memperoleh syurga, terhindar dari seksaan neraka.
Ya Tuhanku, puaskanlah aku dengan segala anugerah yang Kau kurniakan, berkatilah segala yang Kau berikan kepadaku, dan gantikanlah apa yang hilang daripadaku dengan segala kebaikan yang jauh lebih baik daripada sisi-Mu.

Tatkala sedang bersa'ie, saya "temui" penyelesaian itu. Walaupun hati meruntun hiba dan dada penuh sebak, air mata lebat berjuraian, namun lidah beristighfar dan bertahmid kerana yakin ketentuan Allah itu adalah yang terbaik, tak tercapai hikmah tersembunyi dek akal hama yang hina ini. 

Dari Ummu Salamah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pun di antara orang-orang muslim yang ditimpa musibah, lalu dibacanya apa yang diperintahkan Allah: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahumma ajurni fi musibati, wakhluf li khairan minha."

(Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran atas musibah ini, dan berikanlah aku pengganti yang jauh lebih baik daripadanya),  nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya.
Ummu Salamah berkata lagi: "Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah SAW." (Hadis sahih riwayat Muslim)

Yakinlah, doa orang teraniaya sangat mustajab! Ya Allah, Alhamdulillah atas ujian ini. Tarbiyah sabar dan reda. Selama ini hanya memahami teori, baru kini diadaptasi dalam kehidupan realiti. Alhamdulillah, sujud syukur kerana sangat terasa diri dipelihara-Nya dengan sebaiknya daripada yang bukan selayaknya. Thank you, Allah (^_~)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

famous amos choc chip


Assalamualaikum.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Kullu 3am wa antum bi khair.
Allahu Akbar 3x Walillahil hamd.
Salam Aidilfitri & Maaf zahir Batin kepada semua.

Sejak kecil saya disajikan dengan pelbagai kuih & biskut raya. Namun, bagi keluarga kami, biskut-biskut ini bukan hanya dimakan ketika raya. Malahan, sejak saya tingkatan 1 di MMP Kota Bharu lagi, setiap kali pulang dari bercuti, pasti berbalang-balang biskut yang saya bawa hasil air tangan mak saya, buat santapan saya & kawan-kawan. Ini berlarutan ketika saya menuntut di KISAS, DQ, sehinggalah ke Jordan. Namun, edisi di jordan, saya perlu membuat sendiri..hehe. Sehinggalah kini, biskut-biskut ini masih sama seperti dulu dan saya tak pernah jemu sama sekali!

Disebabkan ramai yang bertanyakan resepi choc chip saya (haha), maka entri kali ini adalah berkenaan resepi tersebut. Biskut-biskut lain, mungkin lain kali la..huhu.

FAMOUS AMOS HAWAIAN CHOC CHIP COOKIES

Bahan-bahan:
2 cawan butter (1 cawan=220g)
4 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
2 cawan castor sugar
2 cawan brown sugar
3 cawan oatmeal (blend halus)
3 cawan choc chips
1 cubit garam
500g cadbury bar choc (diparut)
4 biji telur
3 cawan badam dicincang
2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
1) Pukul butter dan gula sehingga kembang
2) Masukkan telur dan esen vanilla
3) masukkan oatmeal, garam, baking powder dan baking soda
4) Masukkan tepung gandum & kemudian, gaulkan
5) Masukkan choc chips, choc bar dan badam, kemudian digaul rata
6) Bentuk-bentukkan mengikut kesukaan masing-masing
7) Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit (bergantung pada keadaan oven masing-masing)

*adunan ini banyak & pasti sedap, insya Allah (^_^)
*banyak mesej raya yang diterima..hampir kesemuanya ada menyelitkan 'reminder'~last raya as single, LOL~
*siapa sangka, saya masih mendapat duit raya pada raya kali ini =P
*Sejujurnya, saya terkenang memori kali terakhir beraya di perantauan bersama kawan-kawan tahun lepas..miss them!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Rest In Peace

Arwah Wak Him bersama isterinya, Wak Esah (kiri) dan mak saya pada Syawal 2009 di Kampung Selabak, Teluk Intan

Malam 21 Ramadan.. Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak 'hidup' dengan qiyamullail berjemaah. Masya Allah. Di saat manusia leka dengan hidup dunia, di saat ramai yang enak diulit mimpi, masih ada golongan hamba yang gigih mencari reda Allah di 10 malam terakhir Ramadan.

Masih segar di ingatan. Hampir jam 5 pagi, mak memberitahu saya dengan cemas. "Ain, cepat bersiap, kita pergi rumah ewan. Wak him sakit". Sepantas kilat, mak menghilang ke rumah ewan, sepupu saya bersama adik.

Saya ditemani abah. Dengan bersiap ala kadar, menyarung tudung & cardigan saja, kami meredah sunyi pagi ke rumah ewan yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Sepanjang perjalanan yang tak sampai 10 minit itu, saya berterusan berdoa, 'semoga wak Him sihat, dipanjangkan umur'. Namun, tak dinafikan, jauh di sudut hati saya, saya merasakan, wak Him 'tak sempat' menjadi penyambut tetamu vip di kenduri saya. Oh, takkanlaa! Dari luar rumah, saya melihat ada banyak selipar di situ dan suara tangisan kedengaran.

"Assalamualaikum.. " ucap abah dan saya.

Saya melihat sekujur tubuh terbaring di ruang tamu, beralaskan toto. Beberapa orang berkerumun, ada 2 lelaki tak dikenali (mungkin jiran tetangga ewan) yang sedang membuat cpr, namun....tak kena cara. Getus hati saya.

"Ain boleh buat cpr?" tanya mak & kak erni, isteri kepada ewan.
"Boleh, insya Allah" jawab saya.

"Ain, tolong wak..tengokkan wak him... kenapa dengan wak him ni.." raung wak esah, isteri kepada wak him. Saya mengangguk saja.

Saya mengambil tempat. Ilmu BLS (basic life support) di-recall. Bismillah.

Pesakit pertama cpr saya sewaktu di Hospital Selayang (sewaktu elektif tahun lepas) selamat, alhamdulillah. Namun, gerak hati menyatakan sebaliknya bagi pesakit kedua cpr saya, merangkap pak cik saya ini.

Saya memeriksa wak him. "Ain tak rasa nadi.." saya berterus terang. Namun, usaha tetap dijalankan.

"Ain, selamatkan Wak Him.. Dah call ambulance. Deorang suruh buat cpr" kata Wak Esah dalam tangisan cemas. Saya hanya mengangguk. Ya Allah, bantulah saya.

Masuk kali ke-5 saya melakukan cpr, saya pasrah. Mata saya sudah bergenang. Teringat segala kenangan bersama wak Him, pak cik yang paling rapat dengan saya. Baru minggu lepas saya berjumpa wak Him di rumah ewan. Manakala 2 minggu lalu wak Him datang ke rumah saya. Kami berbual mesra, sambil wak Him mengisi borang permohonan nikah saya di bahagian saksi. Kini, saya memandang wajah itu.. kaku.

"Wak esah, mengucap di telinga kanan wak him yea.." kata saya, memandangkan saya 'bertugas' di sebelah kiri wak him. Saya diburu hiba. ' Dr Nurul Ain, get rid of your emotion! This is your patient. Just do your duty' bisik saya dalam hati.

Saya sempat melakukan 7x cpr sebelum ambulance sampai. M.A. dan doktor menjalankan tugas mereka sambil saya memberikan brief history. 57-year-old male patient, known case of ...blablaa...
"Any changes during cpr?" tanya doktor.
"I don't think so.. " jawab saya.

"Pak cik dah tak de. Allah lebih sayangkan pak cik" kata doktor. Yeah, itu yang saya nak katakan sejak tadi, namun.. emosi saya bertegas ingin menafikannya.

Serentak itu seisi rumah kelam kabut. "inna lillahi wa inna ilaihi raji3un" kata abah. Wak Esah menangis teresak-esak. Mak saya terduduk kesedihan. Ewan dan Kak erni juga kelihatan blurr. Si kecil Hanis & baby Humaira' terkebil-kebil tidak memahami. Saya melihat sekeliling. No! Saya mesti kuat. Insan-insan sekeliling saya sudah 'berada di alam sendiri'.

Kami berpelukan sesama sendiri sambil menutup wajah jenazah wak Him. Air mata ditahan. Yea, tiada setitis pun yang menitis lagi. Dengan suara yang tenang, saya menelefon memaklumkan berita tersebut kepada saudara-mara. Masing-masing terkejut. Tak lama kemudian, azan Subuh berkumandang. Usai solat, abah memaklumkan kepada orang-orang masjid.

Jenazah Wak Him selamat dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiyah. Kemudian, jenazah dibawa ke Ipoh untuk dikebumikan di sana atas permintaan Wak Esah, balu Wak Him dengan menaiki van jenazah.

Saya memandu sepanjang perjalanan pergi-balik KL-Ipoh, memandangkan abah saya mengantuk dan keletihan. Mata saya memandang jalan dengan pandangan yang kosong. Sesampainya kami di Ipoh, rumah sudah dipenuhi dengan sanak-saudara dan jiran-tetangga, juga kenalan wak Him dan Wak Esah.

Sewaktu saya bersebelahan dengan wanita-wanita yang membaca yasin, saya memandang sekujur tubuh di situ. Fikiran saya melayang.

"Tahniah doktor!" ucap wak Him sambil memeluk saya tatkala beliau menziarahi kami. Tika itu, saya baru 2hari sampai di Malaysia selepas pulang graduasi.

"Dah praktis duduk bersimpuh? hehe..pengantin kena duduk malu-malu nanti" gurau wak Him 2 minggu lalu. Beliau memang memahami betapa lasaknya saya sejak kecil.

"Wes perawan anak Badar" kata Wak Him sewaktu hari pertunangan saya.

"Anak dara ni orak reti anyam ketupat, senang jek..macam ni. Ni mesti asyik makan nasi Pak Arab je" kata Wak Him dengan nada mengusik. Saya yang sememangnya hanya pandai makan ketupat ini tersengih saja. sepanjang 6 tahun di Jordan, itulah kali pertama dan terakhir saya beraya di Malaysia, iaitu pada September 2009. Rupa-rupanya, itulah sambutan Syawal terakhir saya bersama beliau T__T

Beliau pasti melayani segala kerenah anak-anak saudaranya walaupun kami sudah besar panjang. Seorang atok yang sangat bersabar dan kebudak-budakan melayan keletah cucu-cucunya yang lasak dan mulut bak bertih jagung.

Pelbagai kenangan terimbau. Air mata mengalir tanpa diundang. Insan yang paling baik pernah saya kenali. Terlalu baik terhadap isteri, anak-anak, saudara-mara, jiran tetangga, dan kenalannya. Tak pernah sekalipun saya dengar beliau meninggikan suara dan marah. Menegur sambil tersenyum, dengan nada yang mendatar. Murah senyuman. Ringan tulang menjalankan tugasan rumah, kerja-kerja di dusun dan amanah dengan tugasan pejabat. Seorang yang sentiasa menjaga solat berjemaah di masjid, meskipun tika hujan di kampung.

"Hujan la wak.." kata saya.
''Apa guna ada kereta..'' balas beliau sambil tersenyum. Perbualan suatu tika dulu.

"Wak merasa 2x jadi imam solat terawikh ramadan kali ni.. Seminggu sekali rotate jadi imam harian solat fardu" cerita Wak Esah.

"Sejak pencen, tugasan rumah, semua wak selesaikan.." adu Wak Esah.

Sungguh saya kagum! 1 dalam 10 000 insan seperti beliau.

"Ni baju wak Him yang nak dipakai masa kenduri Ain. Semangat Wak Him siapkan baju ni awal-awal, seronok dia dengar Ain nak kahwin" cerita Wak Esah. Saya memandang baju melayu tersebut, air mata mengalir deras.

"Kaum keluarga boleh mendekati jenazah sebelum jenazah nak dibawa ke masjid untuk disembahyangkan dan dikebumikan" umum seorang lelaki di situ.

Seorang demi seorang mendekati jenazah Wak Him. Tiba giliran saya. Air mata disapu. Wajah penyayang itu ditatap seketika, dahinya dikucup. Sejuk. "Wak, Ain minta maaf. Terima kasih semuanya. Selamat berehat, semoga berbahagia. Doakan Ain. Ain sayang Wak. Kita jumpa di syurga, insya Allah" ucap saya.

"Syahmi nak meninggal dunia macam wak Him, mati dalam tidur, tak de nazak sakaratul maut. Meninggal dalam bulan puasa best, orang-orang dalam kubur dah beraya waktu bulan puasa" celoteh adik saya. Saya tersenyum. Menarik juga 'pemikiran' si bongsu ni.

"Wak Him rajin solat kat masjid, jadi imam terawikh, mengajar mengaji AQ..Wak baik sangat, sebab tu senang. Allah permudahkan." balas saya kepada Syahmi. Sengaja saya memberikan 'pencerahan'.

Tugasan beliau di dunia sudah selesai, termasuk menunaikan rukun islam ke-5. Alhamdulillah. Benar.. Insan yang sangat baik, 'pergi' dalam keadaan baik di bulan yang sangat baik. Allah yarhamhu~

Al-Fatihah juga buat Dr Jameel Alamee, doktor yang pernah mengajar subjek Genetics sewaktu 2nd year di JUST, Jordan. 'Subhanal Khaliq', ayat yang selalu beliau ucapkan sambil menerangkan pelajaran dan mengaitkan dengan ciptaan Allah. Markah 2nd exam Genetics saya dulu agak tinggi (Alhamdulillah) dek beliau yang sangat berdedikasi menerangkan intipati pelajaran sehingga saya tak mampu nak terlelap walau 2 saat. Rest in Peace~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

anyonghaseyo

~Dinner time~we was here

Alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah habis 2 paper final exam. Sewaktu merangkak ke soalan ke-80 daripada 100 soalan, otak saya sudah terasa tepu. OMG, lapar nya! Maka, saya menjawab exam sambil makan coklat & air mineral. Dr Faheem dan Dr Haifa yang melepasi saya tersenyum saja.

Sebaik saja selesai exam O&G, seperti biasa, tempat yang akan diterjah adalah kedai makan. Namun, destinasi kali ini agak berbeza. Jom ke Korea! 2011 adalah tahun melawat Korea kan.. hee. Sangat jealous dengan my bestie, Cik Nyonya Wani. Oleh sebab saya tak dapat ke Korea, dapat pergi ke restoran Korea pun jadila.. huhu.

~ja jamyun~mee & red bean sos
bibimbap~nasi campur.
Chef tu mengajar kami cara makan, memang seperti dalam drama Korea, hehe.

Ja jamyun, bibimbap, mixed fried rice, shrimp fried rice, side dishes.. kesemuanya sungguh melazatkan! Alhamdulillah. Pada mulanya, kami bercadang untuk meng-order grilled meat tatkala habis menu pertama. Namun, oleh sebab masing-masing sudah kekenyangan sambil berbahasa korea dengan para pekerja, hasrat ditunda. (penangan menonton drama korea..hehe)
Licin segala menu yang di-order, termasuk mixed fried rice.

Wanita sungguh istimewa. Obs & Gyne (perbidanan & sakit puan) adalah subjek major dalam bidang perubatan. Surah An-Nisa' juga adalah surah wanita. Masya Allah. Tatkala study group & self study, saya merasakan subjek O&G sangat banyak & meluas. It's all about us. Women are complicated yet so unique.

"Ambil bidang O&G je" kata mak sejak dulu lagi. Pada saya, bidang ini memerlukan bukan saja ilmu & pengalaman, malah jihad & pengorbanan yang tinggi.

~Happy Mother's Day, mak. You are the best! Pendidik yang sabar, pendengar yang setia, guru agama yang tegas, the best supporter, the best chef I ever know. Semoga Allah sentiasa memelihara mak di dunia akhirat, memberi sebaik-baik ganjaran atas segala yang telah mak curahkan~ Always love & miss you (^_^)



Ok, let's start new window. Paediatrics world for my next paper. May Allah ease.

p/s: Tiket pulang ke Malaysia (for good), one way-no return sudah dibeli. 10/7/2011, Qatar Airways. Alhamdulillah. semoga semuanya berjalan lancar, dapat grad dengan cemerlang, insya Allah. Ameen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

exam oh exam

Alhamdulillah, selesai 1. Masih berbaki 3 paper & 4 oral exam. 100 soalan bagi setiap paper. Fuh!
Ya Allah, permudahkanlah kami.
Terima kasih kepada yang mendoakan kami, menghantar mesej-mesej Good Luck dsb.. sangat terharu. huhu. Jazakumullahu khairan jaza'~

Time waits for no man. Nota Surgery disusun dan kini, meja dan ruangan tepi bilik saya dipenuhi dengan nota-nota dan buku-buku O&G pula. Sedang saya seronok meratah milo sambil membaca buku 10Teachers, tiba-tiba saya terhenti. Eh, apesal sejak tadi page ini diulang-ulang tapi, tak faham apa-ape? Uwaaa.... Otak, silalah bekerja dengan sangat cemerlang, banyak yang perlu dikhatamkan. Lantas saya menelefon mak, meluah perasaan T__T

Me: Mak, sedihnya.. baca dari tadi tapi tak masuk-masuk! Uwaa..
Mak: Tak pe. take your time. Otak terkejut lepas Surgery kot. hehe. (see, she will always comforts me)
Me: Alaa, baaaaanyak lagi kene cover. Baru nak mula O&G..
Mak: Haa, rebus jek buku-buku dan nota tu. Minum. hehe
Me: haha. Tak boleh, buku Ain semua ori, sayangla, dahle mahal. Nota tu tulisan sendiri (surely ala-ala 'tulisan doktor', hehe).
Mak: Gi munim madu, kunyah kismis. (mak memang tahu hobi anaknya=makan)


Kebiasaannya, di waktu saya terasa agak tensi, mak akan suggest 'gi makan coklat banyak-banyak', 'Dah makan ais krim?', 'Bulan ni dah shopping ke belum?' haha. Terapi duniawi tidak ditinggalkan, yang pasti, 'terapi ruhi' sentiasa diutamakan, insya Allah.

~Seronoknya saya sewaktu zaman kanak-kanak..senyuman ikhlas menayang gigi yang baru bertakhta,
tak perlu tensi dengan pelbagai hal~


Ada junior bertanya saya, "area exam ni, akak makan tak? Jangan makan maggi je"

Huhu. terima kasih atas keprihatinan. Oh, saya tak makan maggi (setakat nak merase 2sudu bolehlaa). Sewaktu study group, kami akan order 'nasi briyani free delivery' atau fast-food yang lain. Yang pasti, jika di rumah, akan memasak se-simple yang boleh, namun nutrisi seimbang. Contohnya; sup, paprik, tom yam, rebus lauk + salad/gratted carrot with slight lemon juice, bening (jawa stail) dll. (lauk dan sayuran boleh disekalikan dalam satu masakan. mudah & ringkas. menu versi exam. hehe)


Insya Allah esok (Jumaat, 29 April 2011) akan diadakan Pilihan Raya PERMAI untuk sesi kepimpinan 2011/2012.

Erm, kenapa saya merasakan suasana mengundi & kempen kali ini kurang hot?? Oh, adakah kerana saya 'kini menjadi golongan ashabul kahfi dek imtihan nihaie'? Kurang kedengaran manifesto daripada calon-calon, maka saya tidak tahu apakah misi yang ingin mereka jalankan bagi kepimpinan akan datang. Kurang mesej-mesej telefon untuk memilih calon sekian-sekian. Calon-calon juga 'mungkin' tak sempat nak menziarahi ahli-ahli, memperkenalkan diri dsb bagi meraih undi. Apapun, Selamat mengundi!


*keluar mengundi buat kali terakhir di Jordan..takkan nak buat undi rosak, kan.. hehe.

Kepada calon-calon, persiapkan diri & minda, perbanyakkan membaca isu-isu kepimpinan zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan kepimpinan kini. Semoga menjadi panduan buat kalian tatkala menerajui kepimpinan akan datang. Pemimpin harus berusaha menguatkan jiwa dengan tahajjud. Banyak urusan dan situasi yang tidak terjangka di hari muka, hanya rahmat Allah yang akan menguatkan kalian. Selamat bertanding!

Entri lalu berkenaan kepimpinan & PR~Bekalan pemimpin, Undian, Kempen & PR, nasib perlembagaan persatuan.




Ok, jom sambung study :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

sanah helwah

~Si comel Maryam di ulangtahun hari lahir saya bagi 2011~

Kanak-kanak berumur 11 bulan yang sedang cuba bertatih untuk berjalan. Jalan, jatuh.. berulang kali, namun tetap tidak berputus asa, malah semakin bersemangat. Mulut tidak berhenti berceloteh untuk bercakap walau kadangkala sukar difahami. Kanak-kanak yang selalunya aktif bermain, sehinggakan terpaksa disuruh tidur, barulah terlelap. Kini, terlantar tak sedarkan diri secara tiba-tiba. Sadis sekali..

Pesakit yang saya clerk sejak si comel menjejaki PICU (Pediatric ICU) pada petang Isnin lalu. Alhamdulillah, kini tampak semakin baik. Namun, punca kepada 'hyponatremia' masih dikaji. Segala investigations dilakukan, malahan berulang-kali.

"Maryam, cepat sihat yer. Esok last day akak di PICU, Maryam kena sihat tau. Esok kita main-main yer." bisik saya semalam sambil mengusap-usap si cilik.

Sangat gembira melihat progression si comel. Round bersama Dr Faisal Ekteish memang sangat bermanfaat. Saya perlu tahu kesemua mengenai pesakit-pesakit yang saya kendalikan sejak hari pertama sehinggalah mereka keluar, antaranya Maryam si comel. (latihan sebagai HO kelak)

Soalan-soalan Dr Faisal yang bertalu-talu sering membuatkan saya terasa 'aku-tak-tahu dan aku-perlu-tahu', assignments yang sentiasa bertambah setiap hari semakin membuatkan saya bersemangat untuk lebih mengetahui keadaan pesakit. Mungkin kerana nadanya yang baik, tidak menengking membuatkan saya selesa, sentiasa rasa ingin meningkatkan tahap diri.

"Allah suka orang yang membuat kerja dengan sempurna" kata Dr Faisal.
"Sesungguhnya amalan bermula daripada NIAT" kata Dr Samah.

Jika kita memang berniat untuk membantu memulihkan pesakit, kita akan berusaha dan membuat kerja dengan baik. Ambil segala maklumat dan periksa pesakit dengan sempurna. Fikir, kaji masalah mereka. Jika kita niat hanya untuk 'evaluation', itu bukan seorang doktor Muslim yang ikhlas. ~tazkirah online..zuoq~

26 Januari~happy birthday my housemate, Ku Siti Farhana (^_^)

Tepat 6 malam Jordan (12 tengah malam Malaysia 27 Januari 2011), saya mendapat panggilan daripada mak. Thank u mak, abah and my family for your thought and doa.

Also thanks to *y **an*** & all my friends.

Alhamdulillah, tahun baru..usia baru..semangat baru hendaknya. Semoga segala perancangan pada tahun dan usia ini berjalan dengan lancar, insya Allah.

"Akak, dah sedia ke nak bekerja di Malaysia?"
"Akak, sekarang akhir Januari. Ada lagi 3 bulan je akak di hospital..bulan 5 dah final"
OMG!! Soalan-soalan adik-adik junior memang cepu-cemas! huhu.

Semoga kami bersemangat belajar dan dapat grad dengan cemerlang pada Jun ini, insya Allah. Ameen.

Happy Birthday to me~25 already uh? Well, its just a number rite =P
Thank u for all the wishes, lenguh nak membalas segala ucapan di handset, ym, dan facebook. huhu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

spontan

Hari pertama dawal atfal (kanak-kanak) di KAUH..dah macam-macam 'drama' yang terjadi seawal pagi.. fuh!

2-month-old female infant, known case of MMC, did VP shunt a month ago and currently developed wound infection, history of meningitis. Admitted 2 days ago through ER, presented with fever blablaa...
Bayi yang sangat halus, 'FTT ni'.. bisik hati saya.

Sedang saya memeriksa bayi comel tersebut, ibunya yang berumur 22tahun bertanya saya,
Ibu: Dukturah, kecilnya tangan ko. Berapa umur ko?
Me: lebih kurang macam ko la.. (haha..segan plak nak mengaku umur sebenar yang bakal masuk 'jubli perak')
Ibu: Dukturah, umur aku 22 tahun dah ada 2 orang anak.. ko plak?
Me: Glurp! Ko dapat 2 orang anak, aku dapat 2 cincin.. kira ok la tu. (haha, amik ko, jawapan spontan! Entah apa yang 'mengarut' pun tak pasti, taram jela)

Kadangkala, penat melayan soalan-soalan 'bukan fakta buku'.
Eceh, kalau tanya soalan buku pun, macamla dah khatam buku-buku tu =P

Yeah, minggu ini sepenuhnya bersama Dr Rola (^_^)
Esok adalah Hari Cinta KAUH Sedunia, kerana 8am-10pm berada di KAUH, lambang dawam+oncall. Mudah-mudahan, doktor lembut hati & tak banyak kerenah ketika Morning Report Selasa ini. Ameen, puh! puh!

Ya Allah, permudahkanlah. Sesungguhnya semua amal bermula dari NIAT.

Teringat sebulan lepas, tatkala bersantai di rumah melayan kerenah adik-adik.
Me: Hafiz, kalau dalam sehari kamu tak kacau adik tak boleh ke? Korang ni asyik bergaduh je..
Hafiz: Alaa. Tak de niat pun nak kacau Syahmi. Tapi, syaitan yang hasut. (jawapan spontan bajet innocent)
Me: Hahaa.. ni petikan majalah Asuh eh~Syaitan Musuh Kita. So, kenapa kamu taat hasutan syaitan?
Hafiz: Nafsu kot.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

new year, new week

Alhamdulillah, sudah seminggu tiba di bumi Irbid. Saat di Malaysia lagi, sahabat-sahabat di Jordan sudah berpesan, "pakai baju tebal-tebal sesampainya di mator (airport), sekarang tengah sejuk ni!"

Al-kisahnya, sebaik kami tiba di QAIA-Queen Aliaa International Airport, angin Maghrib yang menyapa amat dingin, hingga mencengkam tulang belikat. Mujurlah kami sudah bersiap sedia dengan baju sejuk masing-masing.

"Ain, pak cik van tunggu di mana ni?" tanya Aliaa, lambang ke arah mana perlu ditolak troli-troli yag membawa bagasi-bagasi kami tika itu. Semuanya over-limit. huh!

"Eh, ada keluar asapla! Fuh.. fuh!" kata Maryam. Berkepul-kepul asap keluar tatkala kami berkata-kata, lambang cuaca yang sangat sejuk.

"Hello, ni ke gaya super-senior yang nak grad bulan Jun ni?" Asma' mencelah melihat telatah masing-masing yang sangat kebudak-budakan.

"Tak per, gaya sopan & serius perlu, tapi itu sewaktu depan pesakit-pesakit kat hospital jek..haha" balas saya kembali.

Winter terakhir di bumi Syams buat kami yang bergelar pelajar tahun 6 Perubatan, insya Allah. Semoga rahmat Tuhan turun mencurah-curah buat bekalan kekuatan kami menyambung pengajian yang masih bersisa di Jordan. Dalam perjalanan ke Irbid, hujan rahmat turun. Alhamdulillah. I do love rain even though without rainbow (as it's in the night rite)

Sedar tak sedar, sudah seminggu berada di Paediatrics Dept (Atfal=kanak-kanak). Pelbagai pengalaman ber-elektif di hospital masing-masing yang dikongsikan bersama kawan-kawan. Kisah-kisah dari Chicago, New York, Canada, Spain, Malaysia, Amman, Palestin, Dubai dan lain-lain.. dan yang lebih membuat saya terharu, kawan-kawan sekumpulan memberikan cenderahati masing-masing. Arigatoh my dear friends!

"Masa tengah scrub, memang aku teingat kat ko Nour.. sebab masa dawam Surgery dulu, ko pernah recall-kan cara scrub kat aku" kata Sami Owais, kawan kumpulan saya, merangkap anak ke-2 Presiden JUST.

Ahad-Rabu dawam di hospital masing-masing pada 8am-4pm (adakalanya hingga 530pm). Bagi hari Khamis, 8 seminar di Red Hall juga bermula 8am-4pm. Ini belum dikira on-call bermula 5pm-10pm. 'Nikmat weekend' agak pudar tatkala mendapat jadual on-call 5pm-10pm. Saat ini, khidmat pak cik teksi memang sangat diperlukan.

Ya Allah, berkatilah kami dan permudahkanlah urusan kami. Perlu selalu mengingatkan diri sendiri, 'belajar untuk Allah, bertugas untuk Allah'... yang kadangkala payah untuk direalisasikan. Namun, saya yakin, permusafiran ini sentiasa diiringi doa ibu bapa dan kaum keluarga. (alamak, home-sick la pulak.. T__T)

Happy New Year 2011.. tahun mendebarkan yang bakal melakar 1001 kenangan manis insya Allah.. berkatilah tahun ini Ya Rabb. 1 Januari 2011 di Malaysia dan 1 januari 2011 di Jordan. 2 benua yang terpisah dalam 1 hari..huhu.


5pm di Jordan pada musim sejuk menandakan awan Maghrib sudah melambai-lambai. Di saat suasana sejuk malam hari hujung minggu, ditambah dengan titisan hujan dari langit, membuatkan 'berbungkus di sebalik eskimo (selimut tebal)' sambil 'berpanggang' di depan sobah (heater) adalah suatu yang sangat mengasyikkan. Namun, itu semua perlu ditepis..kerana saya perlu keluar untuk on-call.. fuh!
"saya suka hospital.." ~boleh terima tak ayat motivasi begini? huhu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

1432H

Alhamdulillah, Happy New Year Hijra 1432!

Teringat tika alam sekolah rendah, mesti ada Sambutan Awal Muharam, pelbagai persembahan dan pertandingan diadakan. Memang menarik sebab.. tak perlu masuk ke kelas.. huhu.

Setelah sekian lama tahun berganti tahun, kini 1432H membuka tirainya. Sambutan tahun ini? No more pertandingan nasyid, mewarna, bercerita, berpidato dsb.. (papai zaman kanak-kanak)

Kini terasa lebih bererti kerana disambut bersama keluarga, berjemaah di Masjid Khairiah, TSG (tak sampai 1 km dari rumah). Membaca doa akhir tahun, berzikir beramai-ramai, bersolat maghrib berjemaah, membaca doa awal tahun dan diikuti santapan rohani oleh Pak Jamal, Timb Pengerusi AMAL Malaysia.

Sememangnya kita bertuah atas segala nikmat yang dimiliki, alhamdulillah atas nikmat iman, Islam, ilmu, keluarga, harta dsb. Berbanding dengan keruntuhan akhlak kisah-kisah masyarakat yang ditayangkan di tv, mahupun penindasan/kemiskinan di negara-negara luar.

"Eee, tak bosan ke duduk kat rumah je malam-malam? Enjoy la. You all ni tak de life la"
Kesudahannya, mereka memperuntukkan 'enjoy', atau menikmati 'life' di pusat hiburan. ~sedutan drama Ponti Anak Remaja~

"Mak ayah I ni kolot lagi, sebelum Maghrib kena ada di rumah, wajib solat dan makan berjemaah"
"Eh, wujud lagi ke family macam tu? Peliknya.." ~sedutan drama Dakwah Muharam~
Apabila kebersamaan dalam keluarga dan menghidupkan sunnah dipandang asing oleh masyarakat.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Islam itu mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) dan ia akan kembali dalam keadaan dagang (asing). Maka, beruntunglah orang-orang yang asing" (HR Muslim)

Oh, pelbagai kisah yang saya saksikan di tv sepanjang sebulan lebih di Malaysia (dah memang kaki tv kan.. haha). Yang pasti, setiap kisah masyarakat boleh dinilai dengan mata hati sendiri. Yang baik dijadikan ikutan, yang buruk dijadikan sempadan dan minta dijauhkan.

Siapakah pemenang Anugerah Skrin tahun ini? Saya sokong cerita Taubat Nasuha. Pertama kali menonton pada Syawal tahun lalu, memang tangkap leleh di akhir cerita.. dah diulang tayang pun tak jemu-jemu. Siapa yang tak tengok lagi, silalah download.. lakonan yang sangat berkesan, moral yang menusuk ke hati saya rasakan.
"Kalau tak suka, pulangkan.." ayat Jalaluddin Hasan kepada menantunya, Fauzi Nawawi.

Selain itu, saya puji Astro Oasis, suka sangat!! Kenapa ek? Herm, tontonlah sendiri.. hehee~

Semoga lembaran 1432 Hijrah berupaya meng'hijrah'kan diri kita keseluruhannya ke tahap lebih baik, insya Allah. Salam Ma'al Hijrah (^_^)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

fondant cup cakes

Handmade fondant cup cakes

Tadaa.. these are my 1st trial, specially made for my beloved family (^_@)

"Along, syahmi nak kereta spot" kata Syahmi
"Adik, bagi abang fiz lady bird & 2 tayar kereta spot taw" kata hafiz

kanak-kanak..suka berebut, huhu~love them damn much!! Sehhatein.

Owh, out to Teluk Intan, my only kampung. bissalamah enshalla.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

31st dec

Happy 22nd birthday to my bro.. Muhammad Akmal
Semoga kekal dalam Iman, dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat, wish u all the best in your future.
Hadiah ni utk tempoh 5tahun punya birthday, ok.. huhu~ (along kene bajet maa..)

Hari terakhir bulan 10 2010...esok bermulanya tempoh 6 minggu praktikal di Hospital Selayang. (bermakna sudah seminggu saya bercuti di Malaysia)
Perasaan?? None.
Harapan?? Semoga saya dapat belajar & praktis dengan sebanyak & sebaik mungkin, insya Allah.
2minggu Obs & Gyne (perbidanan & sakit puan)
2minggu Emergency (kecemasan)
2minggu Medicine (perubatan)

Oh, jangan lupa bawa kertas evaluation pada setiap akhir rotation. Docs, kasi evaluation best2 yer,hehe. Arigatoh~

Erm, hari ini ada tetamu akan hadir ke rumah. Maka, saya teringat hadis ke-15 dalam Kitab Hadis 40 Imam Nawawi.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam.
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya.
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Selamat datang kepada tetamu itu, kata orang, tetamu datang membawa rezeki,ameen (^_~)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

100~yalla bai

Lalalaaa~My 100th entry!!

Alhamdulillah, asbahna 3la fitratil Islam (",)

Tanpa disedari, 2 rotation sudah diselesaikan. Insya Allah hanya berbaki Paediatrics (Jan-Feb), Obs & Gynecology (Mac-April), Final MCQ&Oral (Mei)...oh, cuak nak finale, ok!

Mengimbas exam surgery (read: horrible surgery) 3 hari lalu. Setiap station osce 5 minit, kes panjang~dekat 5-6 baris (kat bawah ni saya dah summarize), kena buat physical exam/ambil history & jawab oral 5 soalan.

Station 1, Male patient diagnosed to have colon adenocarcinoma (kanser usus), found through Ultrasound having liver mets. Kes panjang, 5 baris. Nak kena buat full physical exam up-toe & jawab 5 soalan, all in 5 minutes only. station pertama selalu cuak terlebih!

Station 2, Male patient experienced throbbing perianal pain (sakit pada dubur), fever & done surgery last 2 months. Now he complaint of discharge at her under-cloth.
Ini ada 5 arahan juga, ambil history (mula-mula blurr jap, apa yang nak ditanya ni), apa diagnosis masa mula-mula dia sakit dulu yang menyebabkan perlu surgery (perianal abscess), apa diagnosis sekarang (fistula), apa kesan keadaan sekarang (recurrent, incontinence), apa management(fistulotomy).

Station 3, Doc Muhd Ghazu (my supervisor for renal tumor seminar~OMG! He still recognizes me..)
male patient having liver cirrhosis (hati rosak), do physical exam. (kes 3baris)
Inspection hand~looking for leukonychia, poilonychia, beau's line, palmar erythema, dupuytren's contracture, flapping tremor.
Head & neck~looking for pallor, jaundice, fetor oris, flushing of face
Chest~looking for gynecomastia, loss of hair, spider nevi
Abdomen~looking for abdomen distension, striae, caput medusa, everted umbilicus, ascites (do transmitted thrill & shifting dullness maneuver), palpate organomegaly (reduced liver span & spleenomegaly), auscultate bowel sound, renal arteries etc.
The rest~looking for testis atrophy, do PR exam for hemorrhoids, muscle wasting, petechiae & bleeding (as low vitamin K)
Alhamdulillah, I perform very well in last station (as a compensation for my 1st station), by a glance I could see all points being ticked by the doctor . huhu~eagle's eye!

That's for osce. Mini-osce 10 slides with 10 cases+pictures/Xray/CT scan/MRI, with 4 questions that need about 3 answers in each. Each slides in 2 minutes only. Memang ada (agak banyak) yang tak sempat! haih.

After all, alhamdulillah kholasna. Markah? tawakal.

Opss, why I can't stop smiling?? grr~not an insane.
Excited of going back to Malaysia this noon for 10weeks vacation. Ehem, it's not a really vacation as I'm going to do practical about 6weeks at Hosp Selayang.
Ok, continue packing my things. Have a safe journey insya Allah.

Ehem, jangan lupa solat sunat dhuha & solat sunat musafir sebelum keluar rumah. Daa!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

dup dap

So many things to jot down here but feels out of time.. but, it doesn't mean I'm studying 24/7..huhu~

Finally, today is my last day dawam at hospital for Surgery rotation. Suddenly the shining of exam's aura waving at me..grrr.. still I'm not finishing my study yet, lots of things to read, memorize, repeat.. OMG!!

This week is full of exams for all my 6th year colleagues, wish you all the best friends (^_^)

Deep inside (unfortunately obviously transparent =P) , there's a pleasant feeling to meet my family this coming weekend. (but also some palpitation..why uh? could be due to over-excited? huhu)

Owh, stop. Back to reality. study study & study!! Allahumma yassirna Allahumma najjihna.

Mini-osce & osce Surgery~Tuesday, 19/10. Pray for me, uh. Thanks!

Ehem, not to forget~feliz cumpleaños 24to mi novia. Wish u luck & happiness ever after.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

malas vs Jihad

Kadang-kadang, rasa malas nak buat baik.. haish.. astaghfirullah!

Bangun seawal pagi dan siap bersahur lagi (
Sesungguhnya bersahur itu ada keberkatan). Saya memulakan aktiviti di KAUH dengan morning report di tingkat 8. Sejurus selepas itu, saya & Anis berjumpa dengan Dr Mohd Al-Ghozu di klinik bagi bertanya mengenai pembentangan seminar kami, Renal Tumor pada Ahad ini (uwaaa.. wish us luck!)

Rutin biasa~mengambil history/physical exam/investigation/menyediakan report. Baru nak duduk sambil menyediakan report, tup tup, Dr Husen Al-Hess sudah
menjelma. Nah! Pesakit kami menjadi sasaran pertama beliau. Seorang demi seorang pesakit, dari katil ke katil kami lawati dan kes dibincangkan. Kaki dah lenguh, otak dah penat nak mengerah & meng-absorb maklumat. Sedari 9.15 pagi sehingga 12 tengah hari tidak duduk setempat, berdiri & berjalan-jalan. Aduhai..

Jeng jeng jeng.. tiba masa lunch, yeah! bersurai. Sesudah itu, masa seminar sebelah petang juga terlajak-lajak.. sungguh bersemangat doktor menambah & bercerita seiring pembentangan para pelajar. Doktor, hari Khamis ni janganlah terlajak-lajak masa..nak cuti!! huhu.

Sesampainya di rumah, saya segera menunaikan solat asar kerana saya perlu ke kelas tasmi'. Heish, dah lama tak tasmi' ni, cuak & malas pula! Jika diikutkan hati, memang malas nak pergi. Tapi, memikirkan banyak lagi yang perlu dihabiskan sebelum grad. Mampukah saya?
Allahumma yassirna ya Kareem. (tambahan saya akan balik bercuti di Malaysia selama 2 bulan setengah pada bulan depan, horayy..tak sabarnya nak balik Malaysia!!!! ).

Fikir sekali, memang malas (tambahan kelas saya habis lambat, maka saya sangat letih).
Ikutkan hati (baca: NAFSU), memang tak nak pergi tasmi'.
Apa yang perlu saya lakukan?? Nak ke tak nak?? Road not taken.
Yeah, kita perlu kuat melawan perasaan/nafsu MALAS!! Muslim perlu kuat. Mujahadah nafsu adalah jihad.
(meniupkan motivasi buat diri sendiri)

Usai tasmi', saat berbicara dengan Syeikhah pada petang tadi, kami berkongsi tips menaikkan semangat mengulang &
Tibb Nabawi.

Masak air bersama jintan manis, miramia, babun di atas api. Sesudah itu, asap tersebut dihidu, insya Allah elok untuk pesakit resdung, manakala air minuman baik bagi penghidap lelah & masalah pernafasan. Kalau nak sedap, campurkan dengan teh & sedikit gula. Selamat mencuba!!

(sorry, saya hanya tahu nak translate jintan manis jek, miramia & babun tu~boleh didapati di kedai-kedai rempah di Jordan, tak tahu lah disebut apa dalam BI/BM, hehe)

Alhamdulillah, kali ini saya berjaya menepis penyakit MALAS itu. Dan hasilnya, saya mendapat perkongsian baru. Semoga Allah tetapkan hati & kuatkan semangat saya untuk terus istiqamah, insya Allah.


Benarlah firman Allah,
"Sesiapa yang berjihad, maka jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesuatu" (Al-Ankabut: 6)

NB: Ehem. 24092010; Alhamdulillah, it's been a year. Semoga kekal dipelihara-Nya, insya Allah (^_^) Please get yourself well prepared, ok!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

demo

Me: Mak tengah buat ape tu?
Mak: Baru lepas bersahur dengan Syahmi
Me: Waa..kagumnya adik bangun sahur
Mak: Harini last Syahmi puasa 6
Me: Alhamdulillah, tahniah! Baru darjah 2, dah rajin nak join puasa 6. Hee..along baru nak start..

Selasa, Rabu, Khamis~UPSR 2010. All the best Hafiz!
Trial SPM 2010 juga in progress kini~fighting Syifa'!

1/9~bermulanya UPSR 1998. Saya pun kurang pasti bagaiman gaya saya sewaktu menghadapi UPSR sebenar dulu (ingat kenangan bermain jek, hehe), tapi sebaik selepas UPSR, diikuti dengan SPRA (Sijil Peperiksaan Rendah Agama). Alhamdulillah, dapat 5 A & mumtaz. Mak abah gembira, kita dapat pahala. Zaman kanak-kanak.. memang senang nak score, padahal tak pulun study pun..heh. Kalau sekarang begitu, kan best!

Ahlan wa sahlan kepada adik-adik juniors yang baru sampai, selamat mengembara ilmu di Bumi Syams, kutiplah keberkatan bumi Anbiya', ada hikmah permukiman kita ke sini, insya Allah.

Kuantiti pelajar di Irbid semakin bertambah, kalau dulu sewaktu saya di tahun 1, boleh kenal semua seniors akhawat, kini.. harapkan cam muka juniors sajalah, herm.. Saja ingin mencoretkan sedikit flash-back self defense, slot akhir sewaktu taklimat keselamatan. Yerla, kelompok Melayu semakin besar, orang-orang berniat jahat semakin agressive, semoga ikhtiar self defense dapat membantu di saat kecemasan, diiringi tawakkal kepada Allah. Ingat 5 +6!!

1- Menjerit sekuat hati dalam apa keadaan sekalipun sewaktu diganggu, KECUALI apabila diganggu 'flasher'. Selepas menjerit, berlari sekuat hati ke arah tempat yang ada kelompok manusia, contoh kedai/pasar raya. Flasher ni termasuk dalam kelompok sakit mental, recall Psychiatry tahun 5 dulu..

2-Sekurang-kurangnya, bawalah kunci rumah, pen & telefon bimbit setiap kali keluar dari rumah. Memandangkan pepper spray tidak boleh digunnakan di Jordan (bersalahan dengan undang-undang di sini), maka gunakanlah kunci (yang diselitkan di celah-celah jari sewaktu berjalan, so, senang nak goreskan/cederakan penyerang), pen (untuk mencucuk penyerang), dan telefon bimbit untuk speed dials nombor-nombor kecemasan.

3-Striking areas kita (weak areas bagi penyerang), cara-caranya telah saya demonstrasikan kepada adik-adik juniors akhawat.

a-Mata; cucuk mata penyerang, atau baling pasir ke arah mata penyerang (sambil membaca ayat 9 surah yasin). Sesungguhnya mata amat berharga =P

b-Hidung; kawasan tulang yang senang retak & terdapat Little's Area (selalu berlaku pendarahan).

c-Telinga; pendengaran & keseimbangan. Ketuk kedua belah telinga penyerang dengan tapak tangan, ini boleh diaplikasi walaupun sewaktu terperangkap di 'kawasan mati', contoh terperangkap pada dinding.

d-Tekak; antara clavicles & throat. Jika dicucuk di bahagian sini, kebiasaannya, badan penyerang akan refleks ke belakang, andai tangan digenggam akan terlepas sedikit.

e-Groin area (weakest point of male); tendang sekuat hati sambil menjerit & lari. Atau jika penyerang menyerang dari arah belakang, cubit peha penyerang pun ok.

f- Kaki (instep of foot); Jika diserang walaupun dari arah belakang, pijak kaki penyerang sekuat hati (jika mangsa memakai kasut bertumit, memang lebih ummph!)

4-Demonstrasi self-defense bagi serangan/gangguan sewaktu di dalam bas (berdiri/duduk), sewaktu berjalan, diragut, collar grasp, wrist grasp & crossed wrist grasp, weapon.

5-Apapun, yakinlah! Allah sebaik-baik Pemelihara, sebaik-baik Penjaga. Allahu ni'mal wakeel, ni'mal maula wa ni'man naseer. Pelihara hak Allah, nescaya Allah akan memelihara kita. Manusia berhati jahat memang banyak, tapi, mereka takkan mampu berbuat apa-apa tanpa izin Allah. La hau la wala quwwata illa billah. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan izin Allah. Jagalah solat di awal waktu, amalkan Al-Ma'thurat pagi & petang, berwudu'/doa keluar rumah/membaca ayat kursi setiap kali keluar dari rumah, mudah-mudahan kita dipelihara dan dijauhkan daripada gangguan makhluk-makhluk berniat jahat ini.

Sekadar perkongsian bersama. sharing is caring (^_^) Wallahu A'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

060909 vs 060910

060910~Pagi yang agak berangin. Suasana tenang sekali usai qiam, bersahur, solat subuh dan bacaan ma'thurat berjemaah bersama-sama kawan sebatch. Maklumlah, ramadan camping batch final year. Alhamdulillah.

Sebaik kembali ke rumah untuk berkhidmat diri bagi menuju ke KAUH meneruskan rutin harian seperti biasa. Di dalam bas biru, sempat terlelap seketika. Morning report, klinik dan seminar berjalan seperti biasa. Hari ini adalah on-call terakhir saya dan Anis di bulan Ramadan tatkala bergelar medical student, insya Allah. Usai seminar dan menunnaikan solat Zuhur, kami terus menuju ke ER. Melihat-liihat pesakit, membaca senarai nama pesakit yang tertera pada flat skrin di ER. No new admission for Urology pada hari ini. Alhamdulillah, semua sihat-sihat belaka. (padahal, sihat sebab dah nak dekat raya..huhu)

Sedang saya menulis sesuatu di kaunter, siren ambulans kedengaran. Eh, ada pesakit baru! Sakit jantung kot, getus hati saya. Tiba-tiba, datang seorang doc mukim beruniform hijau (lambang on-duty di ER) mencapai telefon bimmbitnya di tepi laci. Klik! bunyi siren bertukar dengan suara orang bercakap-cakap. Haha.. ringtone ambulans menjadi pilihannya.. sangat menghantui hidup.

Sehingga lewat petang, tiada kes Uro yang datang. Banyak pesakit tapi, bukan berkaitan dengan kes yang sepatutnya kami ambil. Setelah penat menanti, segera kami meniki ke dept di tingkat 5, juga sama. Tiada kes Uro yang baru masuk. Oh tuan-tuan (Urology=sakit tuan), silalah datang ke hospital bagi yang sakit. Bisik hati saya.

Kami mengambil keputusan untuk kembali ke rumah hampir jam 5petang, beri laluan untuk masa berehat, iftor dan mengecas kembali tenaga (dan emosi) sebelum kembali ke ER semula selepas Maghrib. Di rumah, saya sempat membaca emel penting yang baru masuk peti inbox saya.

"Wednesday vacation is canceled" Aduhai, cuti 11 hari kini menjadi 10 hari. Inilah satu-satunya cuti sepanjang tahun 6 selain cuti attachment. 'Pesakit tak datang hospital pun, nak raya ni semua jadi sihat'.. saya mengomel sendirian. Saya baru berkira-kira nak buat crystal ball biscuit sebagai tambahan koleksi kuih raya. Isk..isk..habis plan!

Usai iftor dan solat Maghrib berjemaah di Casa Intelek memenuhi janji yang sekian lama tertangguh dengan adik-adik IKIP, kami meneruskan misi ke ER pada malam itu.
Malam terakhir on-call, merasalah 'berterawikh' di ER. sadis! T_T Tiada pahala i'tikaf di malam 28 Ramadan.

Sebaik tiba di ER, doktor mukim (kami menggelarnya doktor ambulanns sebab bunyi ringtone nye adalah siren ambulans) memberitahu kami ada kes di tingkat 5. 'masalik' (bermaksud urology), katanya bersungguh-sungguh. Huhu, terima kasih doktor 'ambulans' yang baik!

Di tingkat 5, kami terserempak dengan doktor on-call masalik~chief resident of Urology. "Ko Urology kan? Amik kes I'mad dan Mahmud. Esok bentang". Blurp!! belum apa-apa dah dapat arahan.

Berjalan mencari pesakit dan mengambil kes, melihat KUB (Kidney Ureter Bladder) pada radiograph di tepi katilnya, melihat khoswah (batu karang yang sangat besar), patutla Right side kidney totally obstructed (severe loin pain), right side pula staghorn appearance (moderate loin pain) pada radiograph tersebut. membaca fail pesakit, memprint segala investigations yang dijalankan ke atas beliau. Oh, sudah hampir 10 malam. Pakcik teksi sudah menanti untuk kembali ke rumah. babai...kepala pun dah berdenyut, mata pun dah berat.. report?? lepas subuh la.. Namun, sebelum masuk ke dalam perut teksi, kami sempat snap beberapa keping gambar, kenangan 'berterawikh di malam 28 ramadan di ER KAUH'.. huhu.

Sebaik sampai di rumah, saya saja menelefon mak. Saja nak bagi missed call, saat penat sebegini, sanagt rindu pada mak. kalau ada arwah embah (nenek), mesti dia tolong urutkan saya seperti dulu.. Al-Fatihah buat embah yang sangat baik pada putu ne (cucunya)

Alhamdulillah morning report berjalan lancar. Setelah membentang kes, cheief resident bertanya, "kholas history sah? (dah habis bentang history kan?)"
Na3am (yea), balas saya kembali.
Ok, good history. Shu differential diagnosis.. shu sabab.. eish..blabla.. bermulalah pertanyaan demi pertanyaan. Erm, tahmid.. soalan senang bagi saya, hehe.. sebab baru lepas baca 'bailey & love' pagi tadi.. tiba-tiba terasa gigih. haha. Perasan!

Sebelum bertolak ke morning report keesokan paginya, saya melefon mak. Bercerita mengenai kisah on-call, kiriman melalui Furqon~my junior (terima kasih daun keladi =P), kisah kuih siput Syahmi dsb..

Me: Mak, penatla. Macam mana nak kerja nanti? Ni baru on-call sekejap dah lembik. kat Malaysia lagi la kejam, 36jam.. pastu kena jaga banyak pesakit. Boleh ke nanti..
Mak: Insya Allah masa kerja mesti boleh punya. Sebelum kerja dah niat, nak cari rezeki halal, insya Allah dipermudah. Doktor kan dapat banyak pahala, berjihad la tu. Semua pekerjaan penat dan sibuk. Insya Allah bila dah sampai masa kerja nanti, managable.
Me: yelah, ikut flow je ek. *sigh

060909~antara tarikh bermakna (^_^) sebulan ramadan di malaysia, berpindah mendiami rumah yang baru renovate dan kehadiran & bermulanya ........ Allah sebaik-baik Pemelihara, insya Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

yakin dengan jaminan-Nya

Mata masih segar. Ini adalah penangan terlebih tidur di siang hari (hamboih, mentang-mentang weekend =P). Oh, next week berderet seminars setiap hari, ada on-call lagi.. Please, saya rela on-call terlebih waktu atau 2x seminggu (poyo jek) asalkan bukan ditakdirkan on-call pada hari Sabtu (pagi Ahad perlu bentang case sewaktu Morning Report).
Weekend adalah masa berharga untuk beristirehat sesuka hati, bersiar-siar, beraktiviti & berprojek bebas dan....bermalas-malasan (?)


Blog-walking..terjumpa link ini di blog WMNajib~my junior, guling-guling tergelak (uit, hyperbola nyer) Adoila.. dahle tulis Jordan.. 5 tahun pulak tue.. future dentist kah? jeng jeng jeng..




"Akak, kawan saya kat Mesir dah kahwin. Akak bila lagi?" tanya adik junior
"Erm, kawan-kawan akak dah siap ada anak sulung lagi..hehe. Rilexla, semua ada misi masing-masing. Akak nak grad dulu, insya Allah. That's the most important thing right now" balas saya kembali.

Apapun, semua orang mengharapkan jodoh yang baik & kekal dipelihara-Nya. No worry, Allah dah bagi jaminan. Yakinlah!

"Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik" (An-Nur:26)

Take home messages: Reda Allah terletak pada reda ibu bapa.
Just improve ourselves to be a better person from time to time.
"Si dia yang baik & sesuai" akan hadir pada masa & waktu yang sesuai, keadaan yang sesuai, cara yang sesuai, insya Allah (^_^)
Lengkapkan diri dengan sebaiknya sebelum tiba 'waktu itu'~ilmu & thaqafah, variasi dan mantapkan pelbagai kemahiran, pengurusan emosi, pengurusan masa, pengurusan kewangan, simpanan tabungan (sekurang-kurangnya RM 15k++) dan lain-lain.

Pada saya, tak semua orang yang berakhlak baik adalah sesuai untuk kita.

gambar hiasan berkaitan dengan yang masih hidup (^_~)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

my wish for NSS

Syifa': Along, what should we do if someone said that he loves us?
Me: What do you think? (just wanna get her insight)
Syifa: I asked him to stop as i dont like! but still..
Me: Alaa, budak tak matured cam tu la. Sah-sah along reject habis-habisan untuk jadi calon adik ipar. Just focus on your study! Erase what he said!
Syifa': Eee, tak suka la dia tu.
Me: Herm, cakap kat dia, "I warn you, stop it! If you love Allah & you fear of his 'neraka', then you'll regret of what you're doing right now for the rest of your life. You better go look for God's love & learn how to fear of his neraka".

Oh, risaunya dengan macam-macam kes di Malaysia kini. Dari kes buang bayi, kanak-kanak hilang, gejala sosial yang melampau, pakaian yang tak cukup benang, lelaki berperwatakan seperti 'betina', cerai-berai dalam rumahtangga, yang tak kahwin beraksi seolah-olah dah 'halal', 'clubbing and drinking' yang dah seakan biasa, astaghfirullah!!! Nau'zubillah. Rasanya, kes liver cirrhosis bakal meningkat nanti.. penangan minuman alcohol. Akar umbi punca masalah~tiada ruh Islami & tidak mengaplikasikan Islam sebagai cara hidup secara syumul. Yalla, let's TURN TO HIM!

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya adalah para malaikat yang kasar dan keras yang tidak menderhakai apa yang Allah perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (at-Tahrim:6)

2Ramadan, saat bangun sahur, tiba-tiba hati terdetik..'berapa haribulan yer hari ni'.. erkk? 12 Ogos.. Yeah, my only dearie sister's birthday!!
Ding dong.. Sanah helwah, happy birthday, sweet 17. (oh, i used to be at this stage T_T)
My dearie sister, have a blessed birthday, be a good muslimah to Allah, your parents, family and all society, insya Allah. Wish u all the best in your future, including your becoming trial & real SPM.
Dedicating this song for you. i love the lyrics, really meaningful.

MY WISH

I hope the days come easy and the moments pass slow
And each road leads you where you want to go
And if you're faced with the choice and you have to choose
I hope you choose the one that means the most to you

And if one door opens to another door closed
I hope you keep on walking till you find the window
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile
But more than anything, more than anything

My wish for you
Is that this life becomes all that you want it to
Your dreams stay big, your worries stay small
You never need to carry more than you can hold

And while you're out there getting where you're getting to
I hope you know somebody loves you
And wants the same things too
Yeah, this is my wish

I hope you never look back but you never forget
All the ones who love you and the place you left
I hope you always forgive and you never regret
And you help somebody every chance you get

Oh, you'd find God's grace in every mistake
And always give more than you take
But more than anything, yeah more than anything

My wish for you
Is that this life becomes all that you want it to
Your dreams stay big, your worries stay small
You never need to carry more than you can hold

And while you're out there getting where you're getting to
I hope you know somebody loves you
And wants the same things too
Yeah, this is my wish, yeah yeah

My wish for you
Is that this life becomes all that you want it to
Your dreams stay big, your worries stay small
You never need to carry more than you can hold

And while you're out there getting where you're getting to
I hope you know somebody loves you
And wants the same things too
Yeah, this is my wish
(My wish for you)

This is my wish
(My wish for you)
I hope you know somebody loves you
(My wish for you)
May all your dreams stay big
(My wish for you)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

pre-ramadan ice-cream

'hand-made' blueberry ice-cream

Mak: Kenapa suara lain macam je? Tak sihat ke, demam?
Me: Eh, sihat jek. Alhamdulillah, Cuma, sakit tekak sket. Musim panas kan, then, hari-hari beli aiskrim on the way balik rumah (padah rumah dekat dengan kedai, hehe)
Mak: Oh, doktor sakit. Camne tu.. Kitorang makan aiskrim Malaysia perasa asam boi, sedap!!
Me: Oh, tak puas hati.. nak jugak! Tapi, mana ade asam boi kat sini..

Saat weekend.. tadaa!!
Mak, Ain buat blueberry ice-cream, ori ni, 'hand-made' lagi..huhu~

Bahan-bahan:
Cream cheese, blueberry, plain yogurt, whipping cream, sedikit gula & esen vanila.

Oh, usah ditanya berapa sukatan, ikut citarasa sendiri la.. (ayat cover-line, padahal, main taruk jek..haha)

Beberapa hari lagi nak Ramadan..insya Allah entri seterusnya nak menaip mengenai 'Ruh Ramadan'. Sungguh, saya merindui Ramadan di Malaysia tahun lepas.. berbuka puasa & 'wajib' bangun sahur bersama seisi keluarga. Berjemaah tarawikh di masjid (mesti solat sebelah mak, lepas solat, dapat salam & peluk mak, rindunya!!!)

Lebih menghargai kenangan Ramadan di DQ hampir 5 tahun lalu. Sangat-sangat mengidamkan suasana Ramadan di Masjidil Haram & Masjid Nabawi tika berpeluang menunaikan umrah bersama famili suatu ketika dulu.

Allahumma barikna rejab wa Sya3ban wa ballighna Ramadan- HR Ahmad & Tabrani

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

datang lagi!

Ramadan bulan Al-Quran

Alhamdulillah, hari ini sungguh gembira kerana tiket untuk balik ke Malaysia sudah terpampang di dinding bilik saya (^_~). Oh, harga tiket semakin melambung kini, tidak seperti saat saya di alam preklinikal (sebab tu dulu boleh balik setiap sem, huhu). Maka, lebih baik confirmkan & beli sekarang sebelum ia melonjak naik lagi, tambahan penghujung Oktober bermulanya 'aura Aidiladha', peak untuk kawasan teluk Arab!

Agen: Ko punya tarikh tiket ni,balik Malaysia 3 bulan ke?

Me: Eh, tak de la sampai 3 bulan..2 bulan setengah je.. (22okt-1jan)


Saat berborak dengan adik bongsu saya..

Syahmi: Bila along nak balik ni? Dah lama sangat along kat sana. Biasanya along balik Ogos. Syahmi dah rindu sangat pada along.

Me: Along pun rindu Syahmi jugak! along balik raya haji ni, insya Allah. Pergi tanda kat kalendar, bulan oktober nanti kita jumpe.

Syahmi: kenapa cikgu along tak kasi balik? Syahmi hari-hari pergi ke sekolah, petang cikgu kasi balik

Me: Itu sekolah rendah. Nanti Syahmi dah besar, belaja di university, duduk jauh dari rumah pun tak boleh balik hari-hari, kene tunggu cuti panjang. (cuba menjelaskan kepada si kecil yang bertanya)


Lovely weekend kali ini adalah saat 'treatment' untuk diri sendiri.. huhu~Jumaat & Sabtu fully booked! =D


Ramadan semakin menghampiri..diri terfikir, apakah 'progressive' persiapan untuk menjadi tetamu Ramadan kali ini, yang insya Allah merupakan Ramadan terakhir di bumi Jordan selama sebulan penuh. (tahun lepas, sebulan penuh Ramadan bersama family di Malaysia).

Tadi menerima msg daripada team Ramadan Rescue~dedication Ramadan. Herm, saya suka turut serta dalam dedication seperti ini, ringkas tapi, penuh ingatan kepada sahabat lain.

"Saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian saling mencintai" (HR Bukhori, Al-Baihaqi, Abu Ya'la)


*cough: I just got an amazing animated e-card Ramadan from *y ****c** ( thanks!! ^_^ )


~Take note~

1.Nak mengulang berapa juz setiap hari di bulan Ramadan kali ini?Time management!

2.Tilawah Al-Quran sebelum/selepas Subuh adalah MESTI

3.Jangan malas bangun sahur ~waktu berkat(paling kurang minum air masak & kurma)

4.Tarawikh di Masjid Yarmuk, menjadi makmum kepada Syeikh Makmun (saya suka bacaan tajwid beliau, kagum!! subhanallah)

5. Berapa kisah sirah nak dikhatamkan pada Ramadan kali ini?

6.Pelanggan setia 'Gataif' setiap hari (nikmat Ramadan di Jordan)

7.Jemputan iftor

8.Bersedekah

9.Jangan membazir ketika berbuka/moreh

10.Timbang berat sebelum & selepas ramadan~ada beza tak? :P


PS>Sila ingat untuk mengulang surah Al-Kahfi pagi esok, yer.. sayyidul Ayyam


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS