"Renal Tumor" merupakan tajuk seminar saya bagi rotation surgery, pembentangan pada Ahad lalu (semalam). Supervised by Doc Muhammed Al-Ghozu.
Bab yang paling saya tak suka dalam surgery~Urology, bab yang paling saya tak suka dalam Patho~Oncology. Tup-tup, yang tidak disukai itulah yang saya dapat. heish..
Di akhir seminar saya, "Do you have any question? Feel free to ask the doctor (^_~) Thank you". huhu.
"Anjad excellent" komen doctor.
Alhamdulillah, selesai seminar. Lega.
Sebelah malamnya, saya menyertai program Az-Zikr; Liqo bersama Syeikh Makmun. Setelah sekian lama tak melihat wajahnya, eceh =P Namanya meniti di bibir para pelajar Melayu di sini sejak saya di tahun 1 lagi. Tatkala meniti ke tahun 2, saya pernah menyertai Pertandingan Hafazan anjuran JUST (khidmat tullab) pada bulan Ramadan. Saya terbaca iklan itu secara tidak sengaja tatkala melewati bahagian handasah. Kategeori Juz 1-5, 1-15, atau 30juz.
Pada hari pertandingan, seorang demi seorang peserta masuk. Dari luar sudah kedengaran bacaan para peserta, masya Allah.. masyi nya mereka! Cuak pulak. Bisik hati saya. "It's ok, bukan aim untuk menang, tapi ini wasilah untuk lebih mempertingkatkan hafzan sambil mengukur kelancaran hafazan saya setelah setahun lebih meninggalkan alam graduasi Persijilan DQ".
Dengan kaki kanan, saya melangkah masuk ke bilik tatkala tiba giliran saya. Bismillahi tawakkal tu 3lallah.
Terdapat 2 lelaki berjubah putih di dalam bilik itu. Seorang berjambang tebal sambil berwajah serius dan tekun menundukkan pandangan (hanya memerhati mushaf), manakala seorang lagi berjambang agak nipis dan manis dengan senyuman tanpa mushaf.
Setelah memberitahu nama, takhassus dan kategeori pilihan..
"Ulang dan sambung.." , baca awal surah An-Nisa'.. dan lain-lain, terdapat 5 soalan spontan (tiada undian/cabutan).
Ada beberapa kesalahan yang saya lakukan tika itu sambil diperbetul oleh lelaki tanpa mushaf itu. Sebelum saya keluar bilik, lelaki tanpa mushaf bertanya kepada saya,
Lelaki: Ko tinggal kat mana?
Me: Irbid.
Lelaki: Ko pernah solat kat Masjid Yarmuk tak?
Me: Pernah.
Lelaki: Kenal tak siapa imam di situ?
Me: Kenal nama, tak pernah jumpa, tapi aku tahulah.. imamnya Syeikh Makmun, ramai yang kata beliau hebat dan masyi Al-Quran (dengan nada yakin)
Lelaki: Aku lah Syeikh Makmun yang ko sebut tu..
Me: Erkk..? Engkau ke? oo..ok (sambil muka dah panas terasa malu yang teramat sangat)
Lelaki: So, ko dah pernah jumpa la ni kan?
Me: Yea. Thanks tasmi' hafazan aku tadi. (terus tunduk dan berlalu keluar setelah memberikan salam)
Saya takkan lupa detik pertama pertemuan itu. Sejak itu, saya hanya mendengar bacaan beliau tatkala menjadi makmum di Masjid Yarmuk. Namun, semalam merupakan pertemuan kali ke-2 kerana beliau dijemput memberikan pengisian dalam Akademi Tahfiz Az-Zikr PERMAI. Siap dapat bergambar beramai-ramai. (ehem2 pihak penganjur, silalah upload gambar tu ek=P Arigatoh)
Antara tawjihat beliau,
1-Allah menguatkan kita dengan amal jama'i
2-Semakin banyak ayat yang dibaca & dihafal, semakin banyak kekuatan & motivasi diperlukan
3-Kenal pasti ayat-ayat mutasyabihat
4-Otak kita dijadikan mampu untuk menghafal Al-Quran, memahami Al-Quran dan menguasai Al-Quran.
5-Al-Quran untuk semua, bukan golongan tertentu sahaja.
6-Al-Quran dijadikan sebagai kawan kita, untuk mengenali diri kita.
7-Baca, lihat mushaf, dengar dan hafal betul-betul, sampai masuk ke hati, sebati menjadi darah daging sehingga peneman di alam kubur. (saya suka part ini)
Beliau juga menceritakan pengalaman beliau, Subhanallah..kagum saya!
Antara tips yang beliau kongsikan adalah:
1-Asas menghafal adalah mengulang (ayat ini diulang berkali-kali)
2-Manfaatkan waktu lapang seoptimum mungkin
3-Manfaatkan waktu dalam perjalanan; contohnya di dalam bas ke universiti/berjalan kaki menuju ke pintu kelas (Beliau paling banyak menghafal & mengulang tika ini)
4-Waktu makan, pasang bacaan syeikh.. so, dapat makanan perut dan makanan jiwa.
Alhamdulillah, pengisian yang bermakna oleh Syeikh yang disegani. Semoga dapat meningkatkan semangat & beristiqamah dalam jalan ini sehingga hujung nyawa, insya Allah.
Terima kasih daun keladi kepada pihak penganjur atas pengisian dan jamuan raya.
Jazakumullahu khairan jaza'.