Baru-baru ini, saya sangat sibuk dek kekurangan HO in Surgical Dept. Alhamdulillah, saya saaaaangat gembira dalam Surgical, banyak procedures yang dibuat, dilabel 'jonah'..huhu.*what-ever* Jika pada awalnya (4bulan yang lalu) saya hanya observe dan assist, tapi di saat-saat sebulan yang terakhir, saya berpeluang dan diberi kepercayaan untuk 'performed' dari awal pembedahan sehingga akhir bagi beberapa kes pembedahan.
Open appendicectomy, excision of breast lump (fibroadenoma), excision of cervical lymph nodes, Incision & Drainage for Gluteal abscess, I&D for thoracolumbar carbuncle, I&D for neck abscess, excision of sebaceous cyst, circumcision etc. Terlalu banyak I&D sehinggakan saya digelar 'ratu I&D' dek pasti banyak emergency operation tatkala saya bertugas di OT (operation theatre/bilik pembedahan), malahan sudah pasti ada emergency laparotomy yang memakan masa 4jam di dalam OT walaupun di tengah-tengah malam (tatkala saya night syif). Pernah 2 malam berturut-turut saya memasuki emergency laparotomy, malahan malam kedua itu saya memasuki 3 emergency operations bermula 11malam sehingga 5.30pagi. Memang otot saya sudah lenguh, mata saya saaaangat mengantuk sehinggakan saya terlelap beberapa saat tatkala memegang retractor. Saya hanya tersedar tatkala Mr Hamsan mengalihkan retractor yang saya pegang kepada kedudukan yang bertentangan. Oh, segannya dengan specialist!
Tatkala saya bertugas di ED (Emergency Dept), pasti banyak referral yang perlu saya clerk & examine, maka saya akan stuck di ED sehinggalah tamat waktu bertugas. Tatkala saya di wad, pasti ada pesakit yang tidak stabil yang memerlukan pemerhatian teliti. Berduyun-duyun kes AAA (abdominal aortic aneurysm) dan ICB (intracranial bleeding) datang memenuhi acute cubicle tatkala saya bertugas, huhu. Baru sahaja saya hendak melelapkan mata sewaktu night syif, "Dr Ain, patient collapse.. Dr Ain, CVP 2.. Dr Ain, patient vomitting fresh blood x3 already..Dr Ain, ICU call..". Maka, sudah pastinya saya perlu 'attend stat & manage accordingly'. Huhu.. Well, afterall, I'm enjoying surgery..but am not going to be a surgeon..huhu~
Alhamdulillah saya merasakan kehidupan semakin bertambah bermakna, lebih gembira dan lebih teratur sejak 'selesai' ujian itu. Hidup lebih bermatlamat tanpa gangguan yang tak sepatutnya! Malahan, saya sangat terkejut tatkala 'diterjah' pihak Utusan Malaysia untuk menemuramah saya baru-baru ini. Pelbagai alasan diberi kerana meragui kejujuran pihak wartawan lelaki itu. Langkah perlu lebih berjaga-jaga, orang Islam takkan jatuh ke lubang yang sama dua kali. Itu yang saya fikirkan. Maka, setelah 'dirisik' berkali-kali, maka saya bersetuju berkongsi maklumat, namun hanya melalui panggilan telefon. Malahan, tatkala diminta hadir utnuk sesi fotografi, alasan kuat saya 'sibuk bertugas awal pagi sehingga malam sepanjang minggu (bertugas di wad)'. Maka, pihak Utusan meminta saya meng-emel gambar peribadi berseorangan, namun saya pula menghantar 2 gambar graduasi bersama rakan-rakan. hehe.
http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121005/ba_02/Galak-penglibatan-lebih-ramai-hafizah
http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121005/ba_01/Huffaz-menyerlah-mampu-bersaing
Namun, kegembiraan saya terbeku seketika tatakala keesokan harinya, saya ditimpa 'sambungan ujian lalu'.. oh, bilakah hal ini akan beakhir? Saya terbayang-bayang pelangi hadir sesaat dua, namun tiba-tiba kilat kembali sabung-menyabung. Ya Allah.. Tak cukup lagikah makhluk itu menghancurkan hidup saya (walaupun saya masih ada Allah, dan saya takkan biarkan kehidupan saya hancur dek makhluk seperti itu).
Perasaan saya berbaur, sungguh! Marah, benci, sedih, terkilan, menyesal, terasa teraniaya..tapi yang pastinya, saya kembali memohon keampunan-Nya dan berserah kepada-Nya.
"Wa ufawwidu amri ilallah~Dan kuserahkan segala urusanku kepada Allah"- Ghafir : 44
Beberapa hari berikutnya, sewaktu saya bertolak menuju ke hospital seperti biasa, saya kembali 'diugut' oleh makhluk itu. Argh! Emosi saya tercalar. Saat itu juga, lebih kurang pukul 11pagi, saya menerima panggilan daripada Kak Tini, PA Surgical. "Dr Ain, viva pukul 3.30petang harini di Pejabat Pakar, ye".
Ya Allah..short-notice! Cuak! Hati mulai gelisah, masalah ciptaan makhluk dan tiada persiapan rapi untuk end-posting viva (jika tak lepas, mungkin perlu extension, na'uzubillah) disertai dengan saya seorang bertugas di ED dan wad pada hari itu sehingga pukul 10.30malam. Para pesakit masih menanti untuk diperiksa.
Ya Allah, bantulah aku. Engkaulah sebaik-baik Pelindung, Sebaik-baik Pemberi Bantuan. Diri terasa sangat kerdil dan lemah. Ya Allah, ampunilah aku, bantulah aku. Sepenuh jiwa dan raga berserah pada-Nya.
"Wa ufawwidu amri ilallah~Dan kuserahkan segala urusanku kepada Allah"- Ghafir : 44
Alhamdulillah, selesai memeriksa pesakit-pesakit itu, tiada lagi kehadiran pesakit baru di ED bermula jam 1petang dan saya kembali ke wad. Its a miracle for me! Sementara menanti kehadiran doktor pakar untuk pm ward round, saya membelek Clinical Oxford di dalam poket. Membaca sepintas lalu apa yang termampu sambil tangan erat memegang s3 kesayangan, perlu sentiasa bersedia jika ada kes di ED. Usai pm round, saya ke pejabat pakar untuk end-posting viva.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. beberapa senario kes yang diberi adalah management bagi kes yang pernah saya 'handle'. (inilah rezeki 'jonah', huhu). Soalan pertama adalah berkaitan muka surat yang saya baca sepintas lalu tadi. Walaupun ditanya secara mendalam, Alhamdulilah Allah telah utuskan ilham, tergambar slides tatkala zaman pelajar dan memori tatkala bertugas sepanjang di hospital plus our common sense.
Tell me anatomy &pathophysiology of pancreatitis (jawapan yang dikehendaki termasuk blood supply, endocrine & exocrine etc), investigations & managements (all in details), ERCP, CT scan findings, UGIB, Hartmann's procedure, post-op cases. Jiwa saya tenang tatkala berhadapan dengan 2 specialists itu.
Alhamdulillah, terasa benar bantuan Allah. Setelah hampir sejam viva berlangsung, Mr Kumareson bertanya, "Ain, when is your CME presentation? When is your last day?"
Saya tersenyum. "My CME on Oct 19th, boss and Oct 23rd will be my last day as on Oct 24th I'm going to Medical, insya Allah".
"Ok Ain, you can go back now. Please prepare your slides for CME". Alhamdulillah, yeay, lulus viva!
Dan hari ini saya membentang CME mengenai STOMA. Apakah itu Stoma? Apakah indikasinya? Jenis-jenisnya? Bagaimana penjagaannya? Kesan? dll.
Yang paling penting, bolehkah pesakit pemakai stoma menunaikan solat 5 waktu tanpa perlu membersihkan beg stoma yang diisi najis? Apakah hukum 'membawa najis dalam beg kolostomi' sewaktu beribadah? klik di sini.
Alhamdulillah, hampir selesai sudah liku-liku saya dalam Surgical (yalla bai), my 3rd posting as HO. Sedar tak sedar, sudah setahun saya bergelar HO, Alhamdulillah. Namun, saya masih perlu bertugas sehingga malam terakhir saya dalam Surgical dek ketidakcukupan HO. Waaa...saya tak daapt cuti :( Herm, tak pe, its gonna be my last night in Surgical, insya Allah. Have fun!
Surgical Dept~HOD, Specialist, MOs &HOs~
but MOs & HOs seems to be in equal number uh..? =P
*entri akan datang insya Allah saya akan kongsikan resepi red velvet cake & tiramisu cake, yummy (^_~)
*Jom perbanyakkan amalan terutama pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini~