RSS
Showing posts with label history. Show all posts
Showing posts with label history. Show all posts
Post Icon

jiwa qanaah

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam yang dikekalkan sehingga ke saat ini. Semoga kekal diberi anugerah ini sehingga nafas terakhir, ameen.Wow, sudah setahun saya tidak membelek blog saya! Ini bermakna, sudah setahun saya bekerja sebagai H.O., alhamdulillah :)
 Kenapa saya tidak membelek blog??
a) Kesibukan bekerja? b) Tekanan (baca : ujian) hidup?c)  Ketandusan idea? d) Tiada 'mood' menulis? e) selain di atas f) Semua di atas :)

Peralihan fasa dalam kehidupan dari alam pelajar ke alam kerjaya bukanlah suatu yang mudah. Ia memerlukan jiwa dan komitmen yang tinggi SEANDAINYA mahu mengekalkan 'jiwa pelajar yang istiqamah dalam melaksanakan amalan wajib dan sunat'. 

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan kilat di tengah hari.Yakinlah ada sinaran pelangi yang bakal menanti, insya Allah. Hidup ini hanya persinggahan. Tiada yang kekal melainkan amalan yang dilakukan buat penjamin kita tatkala bertemu-Nya.



 Seseorang yang ditimpa musibah (ujian yang maha hebat) menandakan Allah amat sayangkannya seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan terhadapnya, Allah akan mengujinya dengan ditimpa musibah." (Hadis riwayat Bukhari). Istiqamah dalam memelihara solat dan membaca Al-Quran kerana ia adalah kunci kekuatan jiwa dan penghubung 'rahsia' Pencipta dan hamba. Sesungguhnya, selawat adalah penyejuk jiwa :)

Tatkala menunaikan umrah bersama adik lelaki pada April 2012 yang lalu, berulangkali solat sunat taubat, istikharah dan hajat dilakukan. Sedang jiwa penuh berserah memohon keampunan-Nya, hati dan fikiran mendamba ketenangan yang hakiki daripada-Nya, dan diri ingin reda serta pasrah mengharapkan penyelesaian atas ujian yang menimpa, langkah saya terkaku dan air mata mengalir deras tatkala membaca bacaan tawaf ke-4, 

 للّهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا وَعَمَلاً صَالِحًا مَقْبُوْلاً وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ يَاعَالِمَ مَا فِى الصُّدُوْرِ أَخْرِجْنِيْ يَا اللهُ مِنَ الظُّلُمَاتِ إلَئ النُوْرِ اللَّهُمَّ إنِّيْ أَسْألُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَاءِمَ مَغْفِرَاتِكَ وَالسَّلاَ مَةَ مِنْ كُلِّ اِثْمٍ وَالْغَنِيْمَةََ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ
                                 رَبِّ قَنِعْنِيْ بِمَا رَزَقْتنِيْ وَبَارِكْ لِيْ فِيْمَا أَعْطَيْتَنِيْ وَاخلُفْ علَيَّ كُل َّغَاءبَةٍ لِيْ منكَ 

Ya Allah, kurniakanlah haji yang mabrur, sa'ie yang diterima, dosa yang diampuni, amalan soleh yang diterima dan usaha yang tidak mengalami kerugian. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang terkandung dalam sanubari, keluarkanlah aku dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang. 
Ya Allah aku memohon kepada-Mu segala yang mendatangkan rahmat dan ampunan-Mu, selamat dari segala dosa dan beruntung dengan mendapat palbagai kebaikan, beruntung dengan memperoleh syurga, terhindar dari seksaan neraka.
Ya Tuhanku, puaskanlah aku dengan segala anugerah yang Kau kurniakan, berkatilah segala yang Kau berikan kepadaku, dan gantikanlah apa yang hilang daripadaku dengan segala kebaikan yang jauh lebih baik daripada sisi-Mu.

Tatkala sedang bersa'ie, saya "temui" penyelesaian itu. Walaupun hati meruntun hiba dan dada penuh sebak, air mata lebat berjuraian, namun lidah beristighfar dan bertahmid kerana yakin ketentuan Allah itu adalah yang terbaik, tak tercapai hikmah tersembunyi dek akal hama yang hina ini. 

Dari Ummu Salamah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pun di antara orang-orang muslim yang ditimpa musibah, lalu dibacanya apa yang diperintahkan Allah: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahumma ajurni fi musibati, wakhluf li khairan minha."

(Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran atas musibah ini, dan berikanlah aku pengganti yang jauh lebih baik daripadanya),  nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya.
Ummu Salamah berkata lagi: "Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah SAW." (Hadis sahih riwayat Muslim)

Yakinlah, doa orang teraniaya sangat mustajab! Ya Allah, Alhamdulillah atas ujian ini. Tarbiyah sabar dan reda. Selama ini hanya memahami teori, baru kini diadaptasi dalam kehidupan realiti. Alhamdulillah, sujud syukur kerana sangat terasa diri dipelihara-Nya dengan sebaiknya daripada yang bukan selayaknya. Thank you, Allah (^_~)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

87


Opss, bukan kerana saya lahir pada tahun '87, uh..muda setahun tu! :P

3 Mac 1924~tarikh hitam buat umat Islam dek kejatuhan khilafah, empayar Islam yang sebelumnya hanya merujuk kepada 1, iaitu 1 aqidah, 1 kiblat, 1 pusat pemerintahan, 1 ruh jihad, 1 khilafah. Kini..segalanya tinggal kenangan.

Sehingga kini, jauh di sudut hati, setelah melihat keadaan masyarakat dan dunia hari ini, saya masih merasakan ragu-ragu, adakah umat Islam mampu mengembalikan 1 pusat pemerintahan tersebut.
Yea, kitalah penentunya! Mungkin usaha yang hanya sekelumit, mampu menyemarakkan semangat dan thaqafah perihal pentingnya tertegak 1 khilafah, bukan sekadar 1 Malaysia.

Saya pernah menziarahi Turki pada Jun 2007. Alhamdulillah, pengalaman yang sangat menarik! Andai ada rezeki, saya ingin membawa famili menziarahi Turki pada Jun ini, insya Allah. (maka wahai diri, silalah menabug yea!).

Marilah menyingkap sejarah hitam umat Islam..

Kronologi Sistem Khalifah selepas Nabi Muhammad

1-Khulafa Ar Rasyiddin

-632-634M : Saidina Abu Bakar As Siddiq
-634-644M : Saidina Umar Al Khattab
-644-656M : Saidina Uthman B Affan
-656-661M : Saidina Ali B Abu Talib

*Pemerintahan Khulafa Ar Rasyiddin memerintah selama 29 tahun.

2- Kerajaan Bani Umaiyyah

-661-680M : Muawwiyah Ibni Abu Sufyyan
-680-683M : Yazid Ibni Muawwiyyah
-683-684M : Muawwiyyah II Ibni Yazid
-684-685M : Marwan Ibni Hakkam
-685-705M : Abdul Malik Ibni Marwan
-705-715M : Al Walid Ibni Abdul Malik
-715-717M : Sulaiman Ibni Abdul Malik
-717-720M : Umar Ibni Abdul Aziz
-720-724M : Yazid II Ibni Abdul Malik
-724-743M : Hisyam Ibni Abdul Malik
-743-744M : Al Walid II Ibni Yazid II
-744M : Yazid III Ibni Al Walid II
-744M : Ibrahim Ibni Al Walid II
-744-750M : Marwan II Ibni Muhammad

*750 Masihi adalah tahun kejatuhan Bani Umaiyyah ditangan tentera Abbassiyyah. Kerabat Bani Umaiyyah dibunuh. Tetapi seorang waris Bani Umaiyyah Abdul Ar Rahman telah mengambil pemerintahan Islam di Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Bani Umaiyyah Andalus

Bani Umaiyyah di Andalus

-756-788M : Abdul Ar Rahman
-788-796M : Hisyam I
-796-822M : Al Hakkam I
-822-852M : Abdul Ar Rahman II
-852-866M : Muhammad I
-866-888M : Al Mundhir
-888-912M : Abdullah Ibni Muhammad
-912-961M : Abdul Ar Rahman III
-961-976M : Al Hakkam II
-976-1008M : Hisyam II
-1008-1009M : Muhammad II
-1009-1010M : Sulaiman
-1010-1012M : Hisyam II (menaiki takhta semula)
-1012-1017M : Sulaiman ( menaiki takhta semula)
-1021-1022M : Abdul Ar Rahman IV
-1022-1023M : Abdul Ar Rahman V
-1023-1024M : Muhammad III
-1027-1031M : Hisyam III

3- Kerajaan Bani Abbasiyyah

Bani Abbasiyyah di Baghdad

-750-754M : Abu Al Abbas Al Saffah
-754-755M : Al Mansur
-755-785M : Al Mahdi
-785-786M : Al Hadi
-786-809M : Harrun Ar rasyid
-809-813M : Al Amin
-813-833M : Al Ma'mun
-833-842M : Al Mu'tasim
-842-847M : Al Wathiq
-847-861M : Al Mutawakkil
-861-862M : Al Muntasir
-862-866M : Al Musta'in
-866-869M : Al Mu'tazz
-869-870M : Al Muhtadi
-870-892M : Al Mu'tamid
-892-902M : Al Mu'tadid
-902-908M : Al Muktafi
-902-932M : Al Muqtadir
-932-934M : Al Qahir
-934-940M :Al Radi
-940-944M : Al Muttaqi
-944-946M : Al Mustakfi
-946-974M : Al Muti
-974-991M : Al Tai
-991-1031M : Al Qadir
-1031-1075M : Al Qaim
-1075-1094M : Al Muqtadi
-1094-1118M : Al Mustazhir
-1118-1135M : Al Mustarshid
-1135-1136M : Al Rashid
-1136-1160M : Al Muqtafi
-1160-1170M : Al Mustanjid
-1170-1180M : Al Mustadi
-1180-1225M : An Nassir
-1225-1226M : Az Zahir
-1226-1242M : Al Mustansir
-1242-1258M : Al Musta'sim

*1258M adalah tahun kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiyyah di Baghdad akibat diserang oleh tentera Monggul dan Baghdad di musnahkan . Ribuan rakyat dibunuh.


4- Kerajaan Turki Uthmaniyyah

Sultan Abdul Hamid II
Detik kejatuhan
Ataturk
Kronologi kejatuhan

1300- Khalifah Uthmaniah ditubuhkan.
1400- Kerajaan Uthmaniah berkembang maju.
1453- Sultan Al- Fateh berjaya menawan kontantinopel, Eropah Timur, Asia Barat dan Afrika utara.
1494- Paderi kristian melancarkan Perang Salib ke-2 untuk merampas kembali tanah mereka.
1860- Semua serangan ke atas umat Islam gagal, ubah perancangan, daripada serangan fizikal kepada serangan pemikiran.
1861- Yahudi telah menubuhkan Pemuda turki, lancarkan 'Pembaharuan Turki'
1864- Pemuda Turki berjaya mempengaruhi Khalifah, mufti dan tentera. Pemerintahan Turki menjadi pincang
1864- Yahudi mengunakan tipu helah, namun sultan Abdul Hamid II berjaya naik tahta, melambatkan proses kejatuhan Khalifah.
1901- Theodore hertzel, pengasas negara israel pujuk sultan untuk tukar sedikit tanah palestin dengan wang yang banyak, tetapi sultan engan. Dan mengeluarkan kata-kata yang masyur ini...

“Nasihatkanlah Dr. Hertzl agar janganlah beria-ia sangat dalam perkara ini. Sesungguhnya aku tidak sanggup melepaskan walaupun sejengkal daripada tanah ini (palestin ). Kerana ia bukan milikku, tetapi milik rakyatku yang telah berjuang dengan darah mereka untuk mempertahankannya. Maka simpan sajalah jutaan duit yahudi itu. Apabila Empayarku ini berkecai pada suatu hari nanti, maka pada waktu itu mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran. Manakala ketika aku masih hidup, aku sama sekali tidak akan merelakan bumi Palestin dirampas daripada Empayarku. Tidak sama sekali. Sesungguhnya aku tidak sanggup untuk merestui badan kami dibedah dan diceraikan sedangkan kami (Khilafah Uthmaniah) masih lagi hidup”.

1908- yahudi melalui pemuda turki dan tentera salunik merancang secara rahsia untuk mengulingkan Khalifah.
1909- Tentera salunik tawan Istanbul, gulingkan Khalifah, rampas tampuk kepimpinan, lantik khalifah boneka.
1919- Sultan lantik kamal atatturk sebagai ketua tentera, arah untuk sekat tentera britain, perancis, itali dan salunik. tawan kembali tanah yang dirampas, atatturk bukan pergi serang, tapi menolong peberontakan disitu.
1920- Turki ditawan, pembesar ditahan, bangunan kerajaan dirampas dan semua musuh-musuh atatturk dibunuh oleh britain, khalifah masih ada tetapi tiada kuasa, umat Islam juga masih mengangap khalifah sebagai ketua.
1922- Peperangan palsu diatur antara tentera atatturk dan tentera yunani di Turki untuk menunjukkan bahawa atatturk adalah hero sebenar. atatturk menang besar, seluruh takyat menyokongnya,
-muktamar pertama kerajaan atatturk-isytiharkan turki sebuah negara republik,sistem khalifah dimansuh, jawatan 'khalifah' dikekalkan untuk urusan agama sahaja.

1923- britain berjanjii memerdekakan Turki, sebagai tukaran atatturk harus menghapuskan khalifah dan saki baki pejuang Islam serta menyerapkan nilai-nilai kehidupan barat dalam diri umat Islam.
1924- ataturk isytihar-jawatan khalifah dihapus, sistem pemerintahan dan agama diasingkan, mahkamah syariah dimansuhkan, khalifah dihalau dari Turki.
1925- Mustafa Kemal Ataturk semasa memerintah negara Turki, mengamalkan sepenuhnya pemerintahan sekular dan menghapuskan ciri2 Islam dalam pentadbirannya. Antaranya:

1- Melumpuhkan fungsi institusi waqaf dan ulama.
2- Tariqat2 tasawuf diharamkan sebagai bertentangan dengan undang2 negara.
3- Pemakaian songkok untuk kaum lelaki dan pemakaian tudung untuk wanita diharamkan.
4- Tulisan Roman menggantikan tulisan jawi. Bertujuan supaya bangsa Turki tidak tahu membaca al-Quran.
5- Undang-undang Islam telah digantikan dengan undang-undang Swiss dari Barat.
6- Dia melarang poligami dan memutuskan persamaan antara lelaki dan perempuan dalam semua hak dan kewajibannya.
7- Membangun sekolah yang mengajar tarian timur dan barat.
8- Mengeluarkan wanita dari rumah untuk memegang jabatan kerajaan.
9- Membangungkan teater.
10- Mendorong rakyatnya untuk mengadakan pesta tarian.
11- Menjadikan Masjid Aya Sofia dan Masjid Al-Fatih menjadi muzium. (sehingga kini ia kekal sebagai muzim pelancongan berbayar)
12- Membangun ladang untuk memelihara babi.
13- Mendirikan patung di setiap patung.
14- Memaksa kaum muslimin menyerukan azan dengan bahasa Turki dan memaksa mereka membaca al-Quran dengan bacaan Turki bukan bahasa Arab. (saya sendiri pernah mendengar azan dalam bahasa Turki tatkala bercuti ke Istanbul dahulu)
15- Memasukkan kalendar Barat sebagai ganti kalendar Islam.
16- Menghapuskan sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
17- Menetapkan hari Ahad sebagai hari cuti mingguan sebagai ganti hari jumaat.
18- Melarang kaum muliminn Turki mengerjakan Haji dan melarang kaum wanitanya mengenakan hijab.
(menurut kawan Turki saya, ada sesetengah kawasan yang masih mengharamkan pemakaian hijab, namun, ada kawasan yang membenarkan. Bagi pelancong, tiada masalah)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

twinkle twinkle

My last pediatric on-call~yippie!! (^_^)

Jika tadi sempat membuat pelbagai tugasan rumah, tapi kini..sekelip mata kami bergelapan tatkala sedang menunaikan solat maghrib..black-out again. Melihat kepada tingkap di luar rumah..herm, kawasan Zamzam sedang dalam kegelapan.
Tetibe teringat "Allahu nurussamawati wal ard....nurun 3la nur" Cahaya sangat penting!

Oh, saya perlu bersiap untuk ke on-call. Maka, terima kasih kepada 'tudung ekspress' tajaan Aryani.. hehe. Tak perlu menelek di cermin (dah gelap, tak nampak apepun..huhu), tudung yang tak perlu digosok, namun, insya Allah tudung tetap terbentuk. eceh! promote pulak.. haha. Besar kemungkinan, inilah tudung yang akan dipakai sewaktu HO kelak, ringkas & selesa.

Sepanjang perjalanan saya dan Anis ke Princess Rahmah Pediatric Hospital, seluruh alam Irbid bergelapan. Baru sekejap Allah tarik nikmat cahaya. Ini cahaya yang jelas pada mata kasar, apatah lagi nikmat cahaya Iman & Islam yang sangat bermakna dalam hidup kita selaku Muslim, perlu dipelihara sebaik mungkin. Apa guna ada mata dan hati, tapi buta daripada melihat cahaya kebenaran.

"Kenapa lah hosp tak black-out, kalau tak, boleh jadi alasan untuk skip on-call malam ni..haha" kata Anis.

Alhamdulillah, last night was our last pediatric on-call and this week will be our last pediatric round at hospital as medical students, insya Allah. The exam is around the corner, so many things I don't cover yet. May Allah ease.

"Aku harapkan hosp yang black-out, tup-tup, ko plak yang black-out" kata Anis kepada saya tengah hari tadi.
Oh, saya dah breakfast ma3janat selepas Morning Report pagi tadi but, how come during the ward round at about 11am, I did see twinkle twinkle with flash of light, feel showers of sweat, absolutely cold face & then.....herm. Hypoglycemic symptom.

Teringat kata mak, 'Eit, doktor pun pengsan..kesian la pesakit-pesakit penat menunggu turn'

Moral of the story~malang tak berbau, please always bring your chocolate snack in your lab coat.

Bulan februari sangat sinonim dengan sambutan Valentines. Banyak teddy bear, bunga-bungaan cantik dan beraneka coklat yang dijual. Oh, saya suka akan teddy bear, saya suka akan bunga dan saya suka akan coklat (esp Ferrero Rocher & Cadburry Roses)!!! Tapi, saya tak suka sejarah Valentines.

My 25th birthday gift~thank you *y **an***

Hukum meraikan Valentines, semua sudah maklum..namun, perlu diketahui juga mengenai.... clik here.

Happy Birthday~ucapan yang acapkali diucap kepada sesama manusia pada ulang tahun hari lahir. Bagaimana dengan 'birthday' Junjungan Mulia Muhammad SAW?

Alhamdulillah, hari Selasa ini cuti sempena Maulidur-Rasul. Ini membuatkan saya terfikir kembali, apa yang telah saya lakukan untuk melayakkan diri saya mendapat syafaat Muhammad di akhirat kelak..? bersambung di entri seterusnya...Sollu 3lan Nabi~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

setiausaha agung wahyu

,(54:32)

Dah lama rasanya tak join program set-set AQ..Alhamdulillah saya berkesempatan untuk menghadiri majlis Al-Quran pada weekend ini. Semoga lebih bersemangat untuk melalui beberapa bulan berbaki di sini, insya Allah.
Alhamdulillah, tahniah buat pihak penganjur. Allah sebaik-baik pemberi ganjaran atas penat lelah yang dicurahkan. Semoga semua mendapat manfaat untuk kebaikan dunia akhirat.

Apabila Munirah menelefon meminta saya megisi slot "Tokoh-Tokoh Al-Quran" bagi PINTAZ 2011, saya agak cuak. Owh, saya bukan ahli sirah, jauh sekali menghafal sirah. 2 hari saya mengambil masa untuk mancari dan mengolah bahan yang dirasakan mampu untuk saya kupas. Minta maaf atas segala kekurangan diri.

"Mak doakan, insya Allah Ain boleh" kata mak pagi tadi sebelum tibanya saya di tempat program. Thanks mak, love you :)

Kisah pengumpulan Al-Quran bermula pada zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan dicadangkan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Walaupun pada mulanya Abu Bakar kurang bersetuju dengan alasan ''Nabi tak pernah melakukan perkara ini" namun, selepas perbincangan mengenai masa depan Al-Quran yang ditakuti makin pupus dek ramai qurra' (atau penghafaz AQ) yang syahid dalam peperangan.

Setelah itu, Abu Bakar menemui Zaid bin Thabit dan mencadangkan Zaid bin Thabit menguruskan misi pengumpulan AQ. Zaid juga pada mulanya gusar dek "Nabi tak pernah melakukan hal sedemikian" namun, setelah diperjelaskan dengan mendalam, akhirnya zaid bersetuju.

"Andai engkau mengarahkan aku mengalihkan gunung, maka itu lebih mudah bagiku berbanding urusan pengumpulan AQ ini" ujar Zaid.

Kenapakah zaid yang dicari oleh Abu Bakar RA? Siapakah beliau? Apakah kualiti yang ada padanya sehingga beliau ditaklifkan dengan tugasan seberat ini?

Zaid bin Thabit adalah seorang alim, pakar dalam bidang faraid, qiraat dan juga merupakan mufti pada zamannya. Beliau dikatakan menjadi yatim pada usianya 6 tahun iaitu 5 tahun sebelum berlakunya peristiwa Hijrah.

Setelah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, ramai kanak-kanak yang dibawa berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk mengambil berkat. Tatkala Zaid dibawa berjumpa Baginda SAW, seorang lelaki berkata, "Ya Rasulullah, inilah kanak-kanak Bani Najjar yang telah menghafaz 16 surah sebelum kedatangan Engkau ke sini".
Rasulullah SAW tersenyum sambil berkata kepada Zaid, "Bacakan kepadaku surah Qaf"
Zaid pun memperdengarkan bacaan surah Qaf sambil ditasmi' oleh Rasulullah SAW dan Baginda amat menyukai bacaan Zaid.

*Fuh, masya Allah, masyi nya Zaid..jika tiba-tiba kita 'ditebuk', mampukah kita membaca dengan lancar? grrr T__T

Kebiasaannya, segala surat-menyurat antara Rasulullah SAW dan Yahudi ditulis dan dibacakan oleh orang Yahudi. Suatu hari, Baginda SAW bersabda, "Aku agak kurang berpuas hati dengan penulisan orang Yahudi, ditakuti mereka akan menyeleweng. Maka kamu, wahai Zaid, belajarlah bahasa Yahudi".

Zaid berkata, "Dalam masa 15 hari, alhamdulillah aku telah menguasai bahasa Ibrani. Selepas itu, aku lah yang menulis apa-apa yang hendak ditulis kepada Yahudi dan aku lah yang membacakan apa-apa yang diterima daripada mereka".

Nah, lihatlah betapa besarnya peranan Zaid bin Thabit, baktinya amat diperlukan malahan, pahalanya berpanjangan sehingga ke saat ini, Al-Quran telah diulang cetak ke pelbagai negara, dalam pelbagai bahasa. Mungkin saat menjadi setiusaha agung di zaman Rasulullah SAW itu adalah detik yang menyerlahkan potensi Zaid sebagai penulis wahyu. Wallahu A'lam.

Jika kita melihat realiti kini, betapa besarnya peranan dan amanah seseorang setiausaha agung bagi sesuatu organisasi.. (teringat pengalaman berharga tatkala menjadi Timb Setiausaha Agung MPPMJ 2007/2008 dahulu). Sejujurnya, kesibukan sebagai setiausaha adalah berganda berbanding tatkala ditaklifkan sebagai Timb Presiden 2 MPPMJ 2009/2010.

'Amru bin Salamah

Diceritakan bahawa beliau tinggal di sebuah kawasan berhampiran Madinah. Setiap orang yang keluar-masuk ke Madinah akan melalui kawasan beliau. Suatu ketika, saat beliau masih kecil dan belum memeluk Islam, beliau terdengar perbualan orang ramai yang turut disertai orang-orang yang baru pulang dari Madinah.


"Apa yang terjadi kepada seorang lelaki yang mengaku menjadi Nabi?"

"Apa ayat-ayat yang kononnya diwahyukan kepada lelaki itu?"


Orang-orang yang baru pulang dari Madinah menceritakan dan menyebarkan cerita mengenai Muhammad SAW dan wahyu yang diterima Baginda SAW.

'Amru bin Salamah terdengar, beliau berminat untuk menghafal ayat-ayat tersebut.


Sehinggalah pada suatu masa di mana Mekah dan kawasan perkampungan beliau telah ditawan oleh orang Islam dan selepas itu, orang-orang kampung dan keluarga beliau memeluk agam Islam.

Dikisahkan bahawa Baginda SAW mengetahui bahawa 'Amru bin Salamah telah menghafal banyak ayat-ayat AQ dan beliau antara yang paling banyak menghafal di kalangan orang kampung beliau. Maka, Rasulullah SAW menyuruh beliau menjadi imam solat. Wallahu A'lam.


Anak-anak kecil fitrah mereka suci, ibu bapa yang mencorakkan mereka sama ada Nasrani, Majusi atau Yahudi. Islam itu fitrahnya suci. Maka, tidak hairanlah anak-anak kecil yang suci hatinnya berminat untuk menghafal AQ.


Menghafal AQ di waktu kecil umpama mengukir di atas batu, sukar untuk hilang..

Meghafal AQ di waktu dewasa/tua umpama mengukir di atas pasir, amat mudah dipadam dek 'ombak jahat'..


Mungkin kanak-kanak yang menghafal AQ di waktu kecil tidak memahami apa-apa, namun pemahaman itu boleh diperoleh di waktu dewasa agar terserlah kesinambungan peningkatan iman dan ilmu sepanjang hayat, insya Allah.


Jika dilihat keadaan negara kita. Sebilangan besar kanak-kanak di Malaysia kini lebih berminat untuk menjadi artis, mengejar glamour..bahkan pencarian rancangan reality TV pelbagai acara di pelbagai stesen TV semakin marak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Mungkin boleh dimuhasabah kembali warna apa yang tercoret buat anak-anak ini, sedangkan "anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan kain putih".


Ya Allah, peliharalah kami dan keturunan kami agar kami kekal setia menyembah-Mu, menjadi hamba yang taat pada-Mu sehingga saat kami bertemu dengan-Mu. Amen.


Abdullah bin 'Amru bin Al-As

Beliau merupakan seorang sahabat yang h hidup sezaman dengan Baginda SAW.

Dikisahkan bahawa beliau seorang yang mengkhatamkan AQ setiap hari, bangun beribadah sepanjang malam dan berpuasa setiap hari.


Keadaan itu berterusan sehingga sampai kepada pengetahuan Rasulullah SAW.

Maka, Baginda SAW bersabda kepada Abdullah bin 'Amru bin Al-As, "Jika berterusan begini, badanmu akan lemah. Disebabkan berjaga sepanjang malam, maka matamu akan rosak. Badanmu ada hak ke atasmu. Ahli keluargamu ada hak ke atasmu. Orang-orang yang menziarahi (masyarakat) ada hak ke atasmu".


Abdullah bin 'Amru bin Al-As: Kebiasaanya, saya akan mengkhatamkan AQ setiap hari

Rasulullah SAW: Maka, khatamkanlah AQ dalam sebulan

Abdullah bin 'Amru bin Al-As: Ya Rasulullah, izinkan saya menggunakan tenaga dan masa muda saya.

Rasulullah SAW: Jika begitu, khatamkanlah dalam 20 hari.

Abdullah bin 'Amru bin Al-As merayu lagi sehinggalah akhirnya Rasulullah SAW mengizinnkan beliau khatam AQ dalam masa 3 hari. Wallahu A'lam.


Betapa Abdullah bin 'Amru bin Al-As sangat bersemangat untuk menggunakan nilai muda dan lapangnya. Namun, uslub pendekatan Rasulullah SAW dalam menegur dengan berhikmah amat perlu kita telusi. Baginda SAW tidak melarang, bahkan memberi alternative buat sahabatnya selain mengingatkan kewajipan lain yang turut perlu ditunaikan oleh sahabatnya.


Jika dilihat dari perspektif kita selaku manusia. Menghafal AQ amat digalakkan, namun usah dipandang enteng tanggungjawab terhadap kewajipan-kewajipan kita yang lain. Hak kepada Allah, kepada diri sendiri, kaum keluarga, sahabat, jiran dan masyarakat. Hidup kita bukan untuk diri sendiri semata-mata kerana mati nya kita kelak tetap memerlukan insan lain untuk menyempurnakan jenazah kita.


Insya Allah akan saya sambung lagi mengenai beberapa tokoh lain di entri akan datang. Yeah, report dah siap ditaip..maka, malam ini boleh tidur dengan lena. Esok (Ahad) bakal berpenatan seharian dek on-call sehingga malam di Mustasyfa Rahmah~Atfal. Wahai diri, Berseronoklah! (haha, ayat motivasi yang poyo). Mudah-mudahan, saya tak perlu membentang kes semasa Morning report pagi Isnin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

inspirasi pengorbanan

Si comel masih dalam keadaan kritikal, keadaannya tiada tanda beransur stabil meskipun sudah hampir 20 minit pasukan MA(medical assisstant), pakar kanak-kanak, MO bahagian Emergency dan jururawat berusaha sedaya mungkin.

“Mak, tunggu di bilik menunggu ye, terima kasih atas kerjasama” nasihat Dr Paediatrics buat si ibu yang setia bersama bayi 2 bulan itu. Riak wajah si ibu kelihatan tenang, namun gelogak jiwa hanya Dia Maha Mengetahui.

‘Oh, sudah pukul 11pagi’, getus hati saya. Teringat janji bersama rakan HO yang baru dikenali untuk memeriksa progression keadaan pesakit di katil 3. Kes polis.

Saat saya melalui bilik menunggu untuk ke ‘Yellow Zon’ katil 3, terlihat kelibat si ibu tadi, bunyi esakan jelas sekali.

“Doktor, anak saya.…” sayu suaranya.
Sungguh. Hati saya terusik dengan esakan ikhlas itu. Kasih ibu tak layak dijual beli, nilainya tinggi tak terkira.

“Maaf, puan. Saya pelajar elektif, belum doktor lagi. Insya Allah para doktor sedang berusaha, kita doa banyak-banyak yer. Yang lain, serahkan pada Allah” ujar saya sambil mengusap bahu si ibu. Terlihat naskhah Yasin pada meja di sudut bilik itu, lantas saya menapak menagmbil senaskhah yasin dan memberikan kepada si ibu.

“Doa ibu buat anaknya tiada hijab insya Allah. Puan kuatkan semangat dan pergantungan, semoga puan diberi ketenangan. Maaf, puan. Saya pergi dulu ye. Ada tugasan di tempat lain” lantas saya berlalu menyelesaikan janji dan tugasan lain.

Setengah jam berlalu. Saya menuju ke arah pesakit bayi 2 bulan dan si ibu tadi.


Pengorbanan si ibu muda,‘terpaksa’ berhenti kerja demi menjaga 2 anaknya yang mempunyai penyakit istimewa Syndrome Down. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk berkhidmat buat permata cahaya kurniaan Ilahi.

Murni sekali pengorbanan si ibu.. Sesuailah ungkapan, syurga itu terletak pada tapak kaki ibu.

Teringat saya akan kelibat seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang menjalani ‘monthly check up’ tatkala kandungannya mencecah awal 2nd trimester. Pelbagai soalan menjangkau benak saya tatkala melihat keadaannya yang datang seorang diri. Marital status: single. Ya Allah!!

Ultra sound dijalankan. Bergenang air matanya melihat benih di dalam rahim sedang membesar dengan sihat. Setelah beberapa nasihat berkaitan kesihatan diberikan, remaja itu berkata, “Doktor, saya masih belum mampu melupakan tragedi hitam itu..” suara yang terluah antara dengar dan tidak. Sayup sekali.

Setelah mendengar kisahnya sambil membaca ‘document forms’ pada computer, barulah saya memahami, remaja malang itu menjadi mangsa ‘haruan makan anak’. Kasihan. Sungguh. Sedih dengan perangai Melayu.

Aduhai..inikah hasil bangsa yang telah lebih 50 tahun menggapai kemerdekaan?

Pengorbanan remaja itu untuk terus bersusah payah secara bersendirian membesarkan anak dalam kandungannya, berdepan dengan tohmahan masyarakat, perlu teguh mendepani masa depan diri dan anak yang tak pasti. Semoga remaja itu diberikan kekuatan dan hidayah yang berpanjangan. Ameen.

“Dan kami perintahkan kepada manusia (untuk berbakti kepada) orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan kesusahan demi kesusahan dan menyusukannya selama 2 tahun. Maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu dan hanya kepada-Ku lah kamu kembali” (Luqman : 14)

Telusi lembaran sirah Aidiladha pada surah As-Soffat ayat 100-108. Aidiladha lambang pengabdian dan pengorbanan hamba kepada Tuhannya (Nabi Ibrahim As kepada Allah SWT) dan anak kepada ayahnya (Nabi Ismail AS kepada Nabi Ibrahim AS).

Setiap insan akan berdepan dengan keadaan yang memerlukannya melakukan pengorbanan. Semoga pengorbanan yang kita telah atau bakal kita lakukan kelak juga berpaksikan pengabdian kepada Rabb kerana matlamat hidup ini adalah mencari mardatillah.

“Puasa pada hari Arafah akan menghapuskan dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang”(HR Muslim)

Taqabbalallah, kullu 3am wa antum bi khair.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

solat~kerehatan Nabi SAW

IBADAH SEPENUH HATI oleh Amru Khalid

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Amru Khalid, bolehlah gunakan khidmat 'google' di sini.. :P

Buku ini boleh didapati dalam bahasa Arab di kedai-kedai buku di Irbid ni..contoh paling berdekatan dengan rumah saya di area Isyarah Iskan. Rugi tak manfaatkan. Jika risau andai sukar memahaminya, kini sudah ada terjemahan ke Bahasa Melayu, jualan di kedai-kedai buku di Malaysia. (tapi, bahasa Arab yang digunakan insya Allah mudah difahami =D)


DI samping 'seronok' membaca nota pelajaran, selitkanlah sedikit daripada masa seharian atau mingguan kita dengan pembacaan selain 'bilik darjah', seperti buku agama atau novel. Banyak manfaat, info dan ilmu yang boleh diperoleh, insya Allah.

IQRA! Wahyu pertama Nabi SAW~

Antara yang saudara Amru Khalid kupas dalam buku ini adalah:

1) SOLAT

2) HAJI

3) DOA

4) ZIKIR

5) AL-QURAN


Namun pada kali ini, saya hanya ingin berkongsi mengenai SOLAT, Rukun Islam ke-2.


NAbi SAW bersabda, "Pusat kebahagiaanku dijadikan terletak dalam solat" (HR Muslim)


Imam Ahmad bin Hambal mengatakan, "Akan datang suatu masa di mana orang-orang mengerjakan solat namun mereka sebenarnya tidak mengerjakannya. Saya betul-betul takut jika zaman itu adalah zaman saya".

Itu kata-kata Imam Ahmad bin Hambal, bagaimana pula dengan praktikal kita?


Sujud penyebab kehancuran??

Imam Abu Hamid Al-Ghazali mengatakan, "Ada seorang yang mengerjakan sujud dan dengannya ia mengira akan mendekatkan diri kepada Allah. Demi Allah, jika dosa dari sebuh sujud ini dibahagi rata kepada seluruh penduduk negeri, maka pasti mereka akan binasa kerana dosa tersebut".

Beliau pun ditanya, "Kenapakah kamu mengatakan begitu?"

Dan beliau menjawab, "Manusia mengerjakan sujud di hadapan Rabbnya, namun dalam masa yang sama hatinya disibukkan dengan kelalaian, kemaksiatan dan hal-hal kecintaan dunia. Maka begitukah sujud kepada Allah?"


Solat Rasulullah SAW

"Mari kita berehat dengan solat, wahai Bilal" ajak Rasulullah SAW. (HR at-Tabrani & Haitsami)


Masya Allah. Solat adalah kebahagiaan Rasulullah, pusat kerehatan beliau.

Sedangkan kita? Jika berehat, bermaksud tidur, menonton movies, main games dsb.. >asalkan selain study<>


Para sahabat mengatakaan, "Apabila Baginda SAW ditimpa sesuatu persoalan atau mengharapkan sesuatu hal, beliau bergegas menunaikan solat" (HR Ahmad)


Sedangkan kita?? Jika ditimpa sesuatu, lantas mencari manusia..langkah seterus-seterusnya baru mencari Allah.. (itu pun jika teringat). Astaghfirullah!


Mungkin kerana kita kurang mengenal nilai solat walaupun sejak kecil dilatih dan diamalkan, namun puncak kemanisan iaitu khusyu' masih tidak selalu dirasakan, oh, mungkin tidak pernah?


Ya Allah, kurniakanlah kami nikmat khusyu' dalam solat, kerehatan dalam solat dan bahagia istiqamah mengerjakannya seumur hidup kami.


Saya sangat suka dengan doa Nabi Ibrahim AS dalam Surah Ibrahim ayat 38-41.


Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami serlahkan, dan tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripada Allah, sama ada di langit mahupun bumi.

Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku Ismail di hari tuaku. Sungguh, Engkau Maha Mendengar, memperkenan doa.

Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan semua orang yang beriman pada hari perhitungan kelak (hari kiamat)


Sedangkan Nabi Ibrahim memohon agar beliau dan cucu keturunannya terdiri daripada orang-orang yang tegar melakukan solat. Maka, marilah memohon doa seperti beliau, doa petikan ayat Al-Quran.. Erm, Al-Quran kan petunjuk..marilah mengikut petunjuk itu.

Wallahu A'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS