RSS
Post Icon

setiausaha agung wahyu

,(54:32)

Dah lama rasanya tak join program set-set AQ..Alhamdulillah saya berkesempatan untuk menghadiri majlis Al-Quran pada weekend ini. Semoga lebih bersemangat untuk melalui beberapa bulan berbaki di sini, insya Allah.
Alhamdulillah, tahniah buat pihak penganjur. Allah sebaik-baik pemberi ganjaran atas penat lelah yang dicurahkan. Semoga semua mendapat manfaat untuk kebaikan dunia akhirat.

Apabila Munirah menelefon meminta saya megisi slot "Tokoh-Tokoh Al-Quran" bagi PINTAZ 2011, saya agak cuak. Owh, saya bukan ahli sirah, jauh sekali menghafal sirah. 2 hari saya mengambil masa untuk mancari dan mengolah bahan yang dirasakan mampu untuk saya kupas. Minta maaf atas segala kekurangan diri.

"Mak doakan, insya Allah Ain boleh" kata mak pagi tadi sebelum tibanya saya di tempat program. Thanks mak, love you :)

Kisah pengumpulan Al-Quran bermula pada zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan dicadangkan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Walaupun pada mulanya Abu Bakar kurang bersetuju dengan alasan ''Nabi tak pernah melakukan perkara ini" namun, selepas perbincangan mengenai masa depan Al-Quran yang ditakuti makin pupus dek ramai qurra' (atau penghafaz AQ) yang syahid dalam peperangan.

Setelah itu, Abu Bakar menemui Zaid bin Thabit dan mencadangkan Zaid bin Thabit menguruskan misi pengumpulan AQ. Zaid juga pada mulanya gusar dek "Nabi tak pernah melakukan hal sedemikian" namun, setelah diperjelaskan dengan mendalam, akhirnya zaid bersetuju.

"Andai engkau mengarahkan aku mengalihkan gunung, maka itu lebih mudah bagiku berbanding urusan pengumpulan AQ ini" ujar Zaid.

Kenapakah zaid yang dicari oleh Abu Bakar RA? Siapakah beliau? Apakah kualiti yang ada padanya sehingga beliau ditaklifkan dengan tugasan seberat ini?

Zaid bin Thabit adalah seorang alim, pakar dalam bidang faraid, qiraat dan juga merupakan mufti pada zamannya. Beliau dikatakan menjadi yatim pada usianya 6 tahun iaitu 5 tahun sebelum berlakunya peristiwa Hijrah.

Setelah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, ramai kanak-kanak yang dibawa berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk mengambil berkat. Tatkala Zaid dibawa berjumpa Baginda SAW, seorang lelaki berkata, "Ya Rasulullah, inilah kanak-kanak Bani Najjar yang telah menghafaz 16 surah sebelum kedatangan Engkau ke sini".
Rasulullah SAW tersenyum sambil berkata kepada Zaid, "Bacakan kepadaku surah Qaf"
Zaid pun memperdengarkan bacaan surah Qaf sambil ditasmi' oleh Rasulullah SAW dan Baginda amat menyukai bacaan Zaid.

*Fuh, masya Allah, masyi nya Zaid..jika tiba-tiba kita 'ditebuk', mampukah kita membaca dengan lancar? grrr T__T

Kebiasaannya, segala surat-menyurat antara Rasulullah SAW dan Yahudi ditulis dan dibacakan oleh orang Yahudi. Suatu hari, Baginda SAW bersabda, "Aku agak kurang berpuas hati dengan penulisan orang Yahudi, ditakuti mereka akan menyeleweng. Maka kamu, wahai Zaid, belajarlah bahasa Yahudi".

Zaid berkata, "Dalam masa 15 hari, alhamdulillah aku telah menguasai bahasa Ibrani. Selepas itu, aku lah yang menulis apa-apa yang hendak ditulis kepada Yahudi dan aku lah yang membacakan apa-apa yang diterima daripada mereka".

Nah, lihatlah betapa besarnya peranan Zaid bin Thabit, baktinya amat diperlukan malahan, pahalanya berpanjangan sehingga ke saat ini, Al-Quran telah diulang cetak ke pelbagai negara, dalam pelbagai bahasa. Mungkin saat menjadi setiusaha agung di zaman Rasulullah SAW itu adalah detik yang menyerlahkan potensi Zaid sebagai penulis wahyu. Wallahu A'lam.

Jika kita melihat realiti kini, betapa besarnya peranan dan amanah seseorang setiausaha agung bagi sesuatu organisasi.. (teringat pengalaman berharga tatkala menjadi Timb Setiausaha Agung MPPMJ 2007/2008 dahulu). Sejujurnya, kesibukan sebagai setiausaha adalah berganda berbanding tatkala ditaklifkan sebagai Timb Presiden 2 MPPMJ 2009/2010.

'Amru bin Salamah

Diceritakan bahawa beliau tinggal di sebuah kawasan berhampiran Madinah. Setiap orang yang keluar-masuk ke Madinah akan melalui kawasan beliau. Suatu ketika, saat beliau masih kecil dan belum memeluk Islam, beliau terdengar perbualan orang ramai yang turut disertai orang-orang yang baru pulang dari Madinah.


"Apa yang terjadi kepada seorang lelaki yang mengaku menjadi Nabi?"

"Apa ayat-ayat yang kononnya diwahyukan kepada lelaki itu?"


Orang-orang yang baru pulang dari Madinah menceritakan dan menyebarkan cerita mengenai Muhammad SAW dan wahyu yang diterima Baginda SAW.

'Amru bin Salamah terdengar, beliau berminat untuk menghafal ayat-ayat tersebut.


Sehinggalah pada suatu masa di mana Mekah dan kawasan perkampungan beliau telah ditawan oleh orang Islam dan selepas itu, orang-orang kampung dan keluarga beliau memeluk agam Islam.

Dikisahkan bahawa Baginda SAW mengetahui bahawa 'Amru bin Salamah telah menghafal banyak ayat-ayat AQ dan beliau antara yang paling banyak menghafal di kalangan orang kampung beliau. Maka, Rasulullah SAW menyuruh beliau menjadi imam solat. Wallahu A'lam.


Anak-anak kecil fitrah mereka suci, ibu bapa yang mencorakkan mereka sama ada Nasrani, Majusi atau Yahudi. Islam itu fitrahnya suci. Maka, tidak hairanlah anak-anak kecil yang suci hatinnya berminat untuk menghafal AQ.


Menghafal AQ di waktu kecil umpama mengukir di atas batu, sukar untuk hilang..

Meghafal AQ di waktu dewasa/tua umpama mengukir di atas pasir, amat mudah dipadam dek 'ombak jahat'..


Mungkin kanak-kanak yang menghafal AQ di waktu kecil tidak memahami apa-apa, namun pemahaman itu boleh diperoleh di waktu dewasa agar terserlah kesinambungan peningkatan iman dan ilmu sepanjang hayat, insya Allah.


Jika dilihat keadaan negara kita. Sebilangan besar kanak-kanak di Malaysia kini lebih berminat untuk menjadi artis, mengejar glamour..bahkan pencarian rancangan reality TV pelbagai acara di pelbagai stesen TV semakin marak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Mungkin boleh dimuhasabah kembali warna apa yang tercoret buat anak-anak ini, sedangkan "anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan kain putih".


Ya Allah, peliharalah kami dan keturunan kami agar kami kekal setia menyembah-Mu, menjadi hamba yang taat pada-Mu sehingga saat kami bertemu dengan-Mu. Amen.


Abdullah bin 'Amru bin Al-As

Beliau merupakan seorang sahabat yang h hidup sezaman dengan Baginda SAW.

Dikisahkan bahawa beliau seorang yang mengkhatamkan AQ setiap hari, bangun beribadah sepanjang malam dan berpuasa setiap hari.


Keadaan itu berterusan sehingga sampai kepada pengetahuan Rasulullah SAW.

Maka, Baginda SAW bersabda kepada Abdullah bin 'Amru bin Al-As, "Jika berterusan begini, badanmu akan lemah. Disebabkan berjaga sepanjang malam, maka matamu akan rosak. Badanmu ada hak ke atasmu. Ahli keluargamu ada hak ke atasmu. Orang-orang yang menziarahi (masyarakat) ada hak ke atasmu".


Abdullah bin 'Amru bin Al-As: Kebiasaanya, saya akan mengkhatamkan AQ setiap hari

Rasulullah SAW: Maka, khatamkanlah AQ dalam sebulan

Abdullah bin 'Amru bin Al-As: Ya Rasulullah, izinkan saya menggunakan tenaga dan masa muda saya.

Rasulullah SAW: Jika begitu, khatamkanlah dalam 20 hari.

Abdullah bin 'Amru bin Al-As merayu lagi sehinggalah akhirnya Rasulullah SAW mengizinnkan beliau khatam AQ dalam masa 3 hari. Wallahu A'lam.


Betapa Abdullah bin 'Amru bin Al-As sangat bersemangat untuk menggunakan nilai muda dan lapangnya. Namun, uslub pendekatan Rasulullah SAW dalam menegur dengan berhikmah amat perlu kita telusi. Baginda SAW tidak melarang, bahkan memberi alternative buat sahabatnya selain mengingatkan kewajipan lain yang turut perlu ditunaikan oleh sahabatnya.


Jika dilihat dari perspektif kita selaku manusia. Menghafal AQ amat digalakkan, namun usah dipandang enteng tanggungjawab terhadap kewajipan-kewajipan kita yang lain. Hak kepada Allah, kepada diri sendiri, kaum keluarga, sahabat, jiran dan masyarakat. Hidup kita bukan untuk diri sendiri semata-mata kerana mati nya kita kelak tetap memerlukan insan lain untuk menyempurnakan jenazah kita.


Insya Allah akan saya sambung lagi mengenai beberapa tokoh lain di entri akan datang. Yeah, report dah siap ditaip..maka, malam ini boleh tidur dengan lena. Esok (Ahad) bakal berpenatan seharian dek on-call sehingga malam di Mustasyfa Rahmah~Atfal. Wahai diri, Berseronoklah! (haha, ayat motivasi yang poyo). Mudah-mudahan, saya tak perlu membentang kes semasa Morning report pagi Isnin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 walk-the-talk:

Anonymous said...

tislami idik, kak.
^_^

Allah yu3tiki alf 3afiya.

-munirah-

ainshams said...

munirah: u're most welcome. 3layyi wa 3laik :)