Saya pernah ditanya, kenapa muslim dikaitan dengan dakwah? Kenapa pelajar Timur Tengah dikaitkan dengan pembangkang? Kenapa ada pelbagai aliran/jemaah?
Saya tertarik dengan kupasan Ust Zaharuddin, Mengapa Aktivis Agama Berpecah....
Saya ada terbaca sebuah artikel bagaiman seorang pemuda yang menghafal AQ dalam masa 50 hari. Masya Allah. Di sini saya ingin berkongsi jadual pemuda tersebut.
Bagaimana nak menghafal AQ dalam masa 50 hari???
PAGI (10 m/surat)
1) Bangun tahajjud, Menghafal 5 m/surat sebelum solat Subuh, dan diulang sebagai bacaan dalam solat sunat Subuh
2) Menghafal 5 m/surat selepas Subuh, dan diulang dalam solat sunat Dhuha
3) Mendengar melalui ipod.
TENGAH HARI (Ulangan/i3dah/muraja3h)
4) Selepas Zuhur sehingga Asar: mengulang semua dari Juz 1
5) Selepas Asar: mengulang hafazan baru (1om/surat yang baru dihafal pagi tadi)
MALAM (10 m/surat hari ini & 10 m/surat modal esok)
6) Selepas Maghrib: Melancarkan bacaan 10 m/surat modal esok, termasuk merujuk terjemahan
7) Selepas isya': Tasmi' AQ depan guru (10 m/surat yang baru dihafal pagi tadi) & tilawah bagi 10 m/surat modal esok.
8) Sebelum tidur: Mendengar bacaan sepanjang hari melalui ipod (bacaan 10 m/surat yang dihafal hari ini & 10 m/surat modal esok)
Mungkin kita sibuk dengan pelbagai urusan lain lagi, mungkin kita 'tak sanggup' nak melihat AQ setiap masa, mungkin kita tak mampu nak menghafal 10 m/surat dalam sehari..mungkin dan mungkin..
Pada saya, jadual beliau mampu dipraktikkan. Mungkin tak perlu 10 m/surat sehari hafal baru.. Keupayaan manusia berbeza-beza.. Namun, gunakan kemampuan kita sebaiknya. Mungkin cukup 1 -2 maqra' sehari.. namun, berkekalan dan terus bermujahadah, insya Allah.
Konklusinya, setiap kali selepas solat (atau sekurang-kurangnya sebelum tidur), marilah berlatih men'jenguk' AQ walau hanya 1 maqra'. Wallahu A'lam.
Monday~Pediatric OSCE exam,
Wednesday~Pediatric mini-osce exam.
Allahumma yassirna, Allahumma najjihna, Allahummaj3lna 3bdan shakura. Please pray for us.
50 days memorizing Koran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 walk-the-talk:
Post a Comment