Bagi sesiapa yang tidak mengenali Amru Khalid, bolehlah gunakan khidmat 'google' di sini.. :P
Buku ini boleh didapati dalam bahasa Arab di kedai-kedai buku di Irbid ni..contoh paling berdekatan dengan rumah saya di area Isyarah Iskan. Rugi tak manfaatkan. Jika risau andai sukar memahaminya, kini sudah ada terjemahan ke Bahasa Melayu, jualan di kedai-kedai buku di Malaysia. (tapi, bahasa Arab yang digunakan insya Allah mudah difahami =D)
DI samping 'seronok' membaca nota pelajaran, selitkanlah sedikit daripada masa seharian atau mingguan kita dengan pembacaan selain 'bilik darjah', seperti buku agama atau novel. Banyak manfaat, info dan ilmu yang boleh diperoleh, insya Allah.
IQRA! Wahyu pertama Nabi SAW~
Antara yang saudara Amru Khalid kupas dalam buku ini adalah:
1) SOLAT
2) HAJI
3) DOA
4) ZIKIR
5) AL-QURAN
Namun pada kali ini, saya hanya ingin berkongsi mengenai SOLAT, Rukun Islam ke-2.
NAbi SAW bersabda, "Pusat kebahagiaanku dijadikan terletak dalam solat" (HR Muslim)
Imam Ahmad bin Hambal mengatakan, "Akan datang suatu masa di mana orang-orang mengerjakan solat namun mereka sebenarnya tidak mengerjakannya. Saya betul-betul takut jika zaman itu adalah zaman saya".
Itu kata-kata Imam Ahmad bin Hambal, bagaimana pula dengan praktikal kita?
Sujud penyebab kehancuran??
Imam Abu Hamid Al-Ghazali mengatakan, "Ada seorang yang mengerjakan sujud dan dengannya ia mengira akan mendekatkan diri kepada Allah. Demi Allah, jika dosa dari sebuh sujud ini dibahagi rata kepada seluruh penduduk negeri, maka pasti mereka akan binasa kerana dosa tersebut".
Beliau pun ditanya, "Kenapakah kamu mengatakan begitu?"
Dan beliau menjawab, "Manusia mengerjakan sujud di hadapan Rabbnya, namun dalam masa yang sama hatinya disibukkan dengan kelalaian, kemaksiatan dan hal-hal kecintaan dunia. Maka begitukah sujud kepada Allah?"
Solat Rasulullah SAW
"Mari kita berehat dengan solat, wahai Bilal" ajak Rasulullah SAW. (HR at-Tabrani & Haitsami)
Masya Allah. Solat adalah kebahagiaan Rasulullah, pusat kerehatan beliau.
Sedangkan kita? Jika berehat, bermaksud tidur, menonton movies, main games dsb.. >asalkan selain study<>
Para sahabat mengatakaan, "Apabila Baginda SAW ditimpa sesuatu persoalan atau mengharapkan sesuatu hal, beliau bergegas menunaikan solat" (HR Ahmad)
Sedangkan kita?? Jika ditimpa sesuatu, lantas mencari manusia..langkah seterus-seterusnya baru mencari Allah.. (itu pun jika teringat). Astaghfirullah!
Mungkin kerana kita kurang mengenal nilai solat walaupun sejak kecil dilatih dan diamalkan, namun puncak kemanisan iaitu khusyu' masih tidak selalu dirasakan, oh, mungkin tidak pernah?
Ya Allah, kurniakanlah kami nikmat khusyu' dalam solat, kerehatan dalam solat dan bahagia istiqamah mengerjakannya seumur hidup kami.
Saya sangat suka dengan doa Nabi Ibrahim AS dalam Surah Ibrahim ayat 38-41.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami serlahkan, dan tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripada Allah, sama ada di langit mahupun bumi.
Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku Ismail di hari tuaku. Sungguh, Engkau Maha Mendengar, memperkenan doa.
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan semua orang yang beriman pada hari perhitungan kelak (hari kiamat)
Sedangkan Nabi Ibrahim memohon agar beliau dan cucu keturunannya terdiri daripada orang-orang yang tegar melakukan solat. Maka, marilah memohon doa seperti beliau, doa petikan ayat Al-Quran.. Erm, Al-Quran kan petunjuk..marilah mengikut petunjuk itu.
Wallahu A'lam.
1 walk-the-talk:
salam kenalan..
saya pon ada buku ni!!but in malay translation... sangat menyentuh hati dan rhani...
=)
Post a Comment