RSS
Post Icon

inspirasi pengorbanan

Si comel masih dalam keadaan kritikal, keadaannya tiada tanda beransur stabil meskipun sudah hampir 20 minit pasukan MA(medical assisstant), pakar kanak-kanak, MO bahagian Emergency dan jururawat berusaha sedaya mungkin.

“Mak, tunggu di bilik menunggu ye, terima kasih atas kerjasama” nasihat Dr Paediatrics buat si ibu yang setia bersama bayi 2 bulan itu. Riak wajah si ibu kelihatan tenang, namun gelogak jiwa hanya Dia Maha Mengetahui.

‘Oh, sudah pukul 11pagi’, getus hati saya. Teringat janji bersama rakan HO yang baru dikenali untuk memeriksa progression keadaan pesakit di katil 3. Kes polis.

Saat saya melalui bilik menunggu untuk ke ‘Yellow Zon’ katil 3, terlihat kelibat si ibu tadi, bunyi esakan jelas sekali.

“Doktor, anak saya.…” sayu suaranya.
Sungguh. Hati saya terusik dengan esakan ikhlas itu. Kasih ibu tak layak dijual beli, nilainya tinggi tak terkira.

“Maaf, puan. Saya pelajar elektif, belum doktor lagi. Insya Allah para doktor sedang berusaha, kita doa banyak-banyak yer. Yang lain, serahkan pada Allah” ujar saya sambil mengusap bahu si ibu. Terlihat naskhah Yasin pada meja di sudut bilik itu, lantas saya menapak menagmbil senaskhah yasin dan memberikan kepada si ibu.

“Doa ibu buat anaknya tiada hijab insya Allah. Puan kuatkan semangat dan pergantungan, semoga puan diberi ketenangan. Maaf, puan. Saya pergi dulu ye. Ada tugasan di tempat lain” lantas saya berlalu menyelesaikan janji dan tugasan lain.

Setengah jam berlalu. Saya menuju ke arah pesakit bayi 2 bulan dan si ibu tadi.


Pengorbanan si ibu muda,‘terpaksa’ berhenti kerja demi menjaga 2 anaknya yang mempunyai penyakit istimewa Syndrome Down. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk berkhidmat buat permata cahaya kurniaan Ilahi.

Murni sekali pengorbanan si ibu.. Sesuailah ungkapan, syurga itu terletak pada tapak kaki ibu.

Teringat saya akan kelibat seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang menjalani ‘monthly check up’ tatkala kandungannya mencecah awal 2nd trimester. Pelbagai soalan menjangkau benak saya tatkala melihat keadaannya yang datang seorang diri. Marital status: single. Ya Allah!!

Ultra sound dijalankan. Bergenang air matanya melihat benih di dalam rahim sedang membesar dengan sihat. Setelah beberapa nasihat berkaitan kesihatan diberikan, remaja itu berkata, “Doktor, saya masih belum mampu melupakan tragedi hitam itu..” suara yang terluah antara dengar dan tidak. Sayup sekali.

Setelah mendengar kisahnya sambil membaca ‘document forms’ pada computer, barulah saya memahami, remaja malang itu menjadi mangsa ‘haruan makan anak’. Kasihan. Sungguh. Sedih dengan perangai Melayu.

Aduhai..inikah hasil bangsa yang telah lebih 50 tahun menggapai kemerdekaan?

Pengorbanan remaja itu untuk terus bersusah payah secara bersendirian membesarkan anak dalam kandungannya, berdepan dengan tohmahan masyarakat, perlu teguh mendepani masa depan diri dan anak yang tak pasti. Semoga remaja itu diberikan kekuatan dan hidayah yang berpanjangan. Ameen.

“Dan kami perintahkan kepada manusia (untuk berbakti kepada) orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan kesusahan demi kesusahan dan menyusukannya selama 2 tahun. Maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu dan hanya kepada-Ku lah kamu kembali” (Luqman : 14)

Telusi lembaran sirah Aidiladha pada surah As-Soffat ayat 100-108. Aidiladha lambang pengabdian dan pengorbanan hamba kepada Tuhannya (Nabi Ibrahim As kepada Allah SWT) dan anak kepada ayahnya (Nabi Ismail AS kepada Nabi Ibrahim AS).

Setiap insan akan berdepan dengan keadaan yang memerlukannya melakukan pengorbanan. Semoga pengorbanan yang kita telah atau bakal kita lakukan kelak juga berpaksikan pengabdian kepada Rabb kerana matlamat hidup ini adalah mencari mardatillah.

“Puasa pada hari Arafah akan menghapuskan dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang”(HR Muslim)

Taqabbalallah, kullu 3am wa antum bi khair.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 walk-the-talk:

Hilal Asyraf said...

:-)

(Pengadil)

ainshams said...

hilal asyraf: owh, terima kasih krn singgah :)

warkahskrin said...

ape jadi kat baby tu?

ainshams said...

warkahskrin: alhamdulillah Allah izinkan dia bernafas di bumi ini lagi, wpon perlukan rawatan rapi. smg si comel membesar dgn sihat & soleh insya Allah.