Emergency Dept di Malaysia memang sibuk, sangat sibuk jika dibandingkan dengan suasana di hospital Jordan. Jika di Jordan begini, tak perlulah saya stay back sehingga lewat malam, malah terpaksa 'bertarawikh di ER' sewaktu on-call dek ketiadaan kes yang diperlukan.
1st triage, 2nd triage, Zon Asthma, Fever Center, Zon Biru (observation), Zon Merah (kritikal), Zon Kuning (separa kritikal), Zon Hijau (selain yang disebutkan), ruangan khas untuk mengambil darah, bilik prosedur (contohnya bagi membuka jahitan atau jahitan ringan), bilik OSCC (one stop crisis center) bagi kes rogol dan tak dilupakan bilik operasi 999 di mana mereka di situ bertugas menjawab/menapis panggilan 999 di seluruh Malaysia. Kerjasama berpasukan!
Tepat jam 8 pagi bermulalah round bersama Consultant Dr Alwi. Pada saya, beliau hebat teori dan praktikal, malah informatif dan rendah diri.
"Tell me physiology of sweating"
"What's the anatomy/histology/embryology of heart"
"What indication for GTN"
"What's the primary & secondary assessment"
"If we dissect basal skull, what anatomy we can find?"
"If patient already low BP, what drug will u choose? What's the pathophysiology of that drug?"
Isnin lalu, usai round yang sangat berilmiah (ala-ala round dgn Dr di KAUH, huhu), saya menuju ke Fever Center. Sempat saya menyelak CPG Dengue sebelum ke Fever Center.
Pesakit demam bertali arus di 1st triage, mendaftar lalu terus dihantar ke Fever Center. Setibanya mereka di Fever Center, mereka ke bilik 1 untuk diambil rekod vital signs. Seterusnya menunggu giliran nama dipanggil untuk bertemu doktor bertugas. Seandainya perlu (kecuali yang hanya demam selama 1 hari), darah diambil di bilik 1 sebelum mereka menanti giliran untuk dipanggil semula bertemu doktor bertugas selepas hasil ujian darah mereka keluar. Rawatan dan kaunseling diberikan. Jika keadaan mereka agak teruk, mereka dihantar ke Observation Zone atau dihantar ke wad.
Tiba-tiba tengah hari itu..
"Berapa lama lagi nak kene tunggu? Dah sejam saya tunggu. Ni dah hari ke-3 anak saya kena datang untuk ambil darah!!!! Doktor ni tahu buat kerja ke tak?" bentak seorang lelaki menuju ke bilik kami, padahal tika itu masih terdapat pesakit di dalam bilik.
Saya terkejut. Dr Noraini tenang tanpa respons.
"Maaf encik, tunggu di luar dahulu ye, kena ikut giliran. Terima kasih" kata jururawat Kak Ita.
Lelaki tersebut masih 'bising' di luar, menambah kehangatan suasana di Fever Center. Namun, kesemua kakitangan menjalankan tugas masing-masing seolah-olah tiada apa berlaku.
Selang 2 pesakit, tibalah giliran anak kepada lelaki tersebut.
Keputusan darah menunjukkan anaknya berada pada tahap yang baik, tambahan anaknya bebas daripada tanda-tanda membahayakan walaupun 2hari sebelumnya platlet agak rendah selepas demam 5 hari. Kini, history good, VS stable, FBC within normal range.
Dr Noraini sangat tenang menerangkan keadaan terkini pesakit kepada bapanya.
Lelaki tersebut mendengar dan sesekali bertanya dengan nada yang tinggi.
"memang tak payah nak masuk hospital kan? Kang dah balik, kene denggi pulak. Doktor kena teliti buat kerja. Doktor tahu ke tak?"
"Encik tak perlu risau. Seperti yang saya terangkan tadi, ada beberapa kriteria yang saya lakukan. Maka, berdasarkan assessment yang saya lakukan, saya yakin anak encik tiada tanda-tanda denggi buat masa ini. Jika anak encik tidak demam sehingga esok, maka tidak perlu datang ke hospital. Namun, jika demam dalam masa 48jam, perlu datang kembali untuk pemeriksaan lanjut" cukup teratur dan tenang intonasi Dr Noraini.
Usai penerangan, pesakit dan bapanya keluar. Agak terkilan. Sudahlah diherdik. Tiada ucapan terima kasih terluah (atau saya yang tidak dengar, padahal saya yang menghantar mereka ke pintu bilik).
Adakalanya, ucapan maaf bisa meleburkan bara kemarahan dan ucapan terima kasih bisa menghilangkan tiap titisan keringat dan hasilnya terjalinlah kemesraan dan sifat berlapang dada sesama manusia.
Sudahlah tiada masa rehat, tak sempat lunch dek pesakit bertali arus. Sesetengah doktor masih kepenatan dek post-call mode. Kini dimarahi pula. Menambahkan lagi kehangatan di Fever Center. Namun, doktor perlu sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
Saya terfikir, 'bukan seorang dua yang membuat FBC, bahkan berpuluh-puluh pesakit di hampir setiap wad melakukan FBC. Adakalanya, perlu repeat FBC tersebut. Menunggu keputusan darah sekitar 2 jam lebih adalah biasa di hospital kerajaan. Jika terasa beban menunggu, pergilah ke hospital swasta, jimat masa & duit melayang!'
Semoga saya diberi kekuatan dan kesabaran tatkala berdepan situasi sebegitu akan datang.
"Sabar itu susah tapi, sabar itu indah~fa sobrun jameel"
4 walk-the-talk:
assalamualaikum Dr Aini
teringat seorang sahabat akak yang curi masa juga nak ziarah akak sdgkn dia teramatlah busy di ward NICU,dan dia pun di sana menjenguk baby akak.
jam menunjukkan pukul 1 lebih pada 1 ketika dia menjenguk akak.
akak lihat wajahnya pucat,lalu akak tanya dah makan belum, belum,kak,jawabnya. akak pa lagi suruh dia makan dulu biskut yang akak pegang,baru dia nak ambil,tel bunyi,misi telfon ada kes di ward,mengalir air mata akak tengok sahabt akak tu,maklumlah dia tengah pregnant...baru 3 bulan masa tu
kak ummu: erm, mmg hectic life la kak..makan entah ke mana, tidur entah ke mana.. tp, dah ini jalan yg dipilih lepas SPM dulu, maksudnya insya Allah boleh ditempuhi. cumenyer, as a human being, kiter kena la ade 'common sense' kan, sama ada sbg doktor atau pesakit atau sesiapa saja. org melayu kita kaya dgn budi bahasa sepatutnya. ain pon xtaw life ain akan dtg cmne, doakan dipermudah sgl urusan. smg hidup akak & kwn akak diberkati-Nya.
wah..menguji kesabaran..risau gak ni..
kalau kt jordan,camne plak keadaan?..maksud saye,pesakit..ade tak slalu jd mcm pakcik tu?
agak2 faktor ratio doctor : patient kt malaysia mungkin main peranan dr segi kawalan emosi?
kdg2 media suke main isu jugak yg akan melenyapkan kepercayaan masyarakat kpd institusi perubatan..mungkin hospital malaysia pon perlu ade rangkaian media sendiri..ye dak?
warkahskrin: apa2 bidang pun mmg menguji kesabaran.
kt jordan ader jugak kot, tp situasi berbeza. kebiasaannya, masyarakat jordan mmg ihtiram (hormati) doktor, even pelajar klinikal dipandang baik.
kt Msia ni byk faktor~birokrasi, status, senioriti, suasana yg kdg2 kurang membantu.
apepun, smg kita dpt jalankan t/jwb dgn baik, pandangan Allah lebih utama kan.. susah nk puaskan hati semua pihak =D
Post a Comment