RSS
Post Icon

060909 vs 060910

060910~Pagi yang agak berangin. Suasana tenang sekali usai qiam, bersahur, solat subuh dan bacaan ma'thurat berjemaah bersama-sama kawan sebatch. Maklumlah, ramadan camping batch final year. Alhamdulillah.

Sebaik kembali ke rumah untuk berkhidmat diri bagi menuju ke KAUH meneruskan rutin harian seperti biasa. Di dalam bas biru, sempat terlelap seketika. Morning report, klinik dan seminar berjalan seperti biasa. Hari ini adalah on-call terakhir saya dan Anis di bulan Ramadan tatkala bergelar medical student, insya Allah. Usai seminar dan menunnaikan solat Zuhur, kami terus menuju ke ER. Melihat-liihat pesakit, membaca senarai nama pesakit yang tertera pada flat skrin di ER. No new admission for Urology pada hari ini. Alhamdulillah, semua sihat-sihat belaka. (padahal, sihat sebab dah nak dekat raya..huhu)

Sedang saya menulis sesuatu di kaunter, siren ambulans kedengaran. Eh, ada pesakit baru! Sakit jantung kot, getus hati saya. Tiba-tiba, datang seorang doc mukim beruniform hijau (lambang on-duty di ER) mencapai telefon bimmbitnya di tepi laci. Klik! bunyi siren bertukar dengan suara orang bercakap-cakap. Haha.. ringtone ambulans menjadi pilihannya.. sangat menghantui hidup.

Sehingga lewat petang, tiada kes Uro yang datang. Banyak pesakit tapi, bukan berkaitan dengan kes yang sepatutnya kami ambil. Setelah penat menanti, segera kami meniki ke dept di tingkat 5, juga sama. Tiada kes Uro yang baru masuk. Oh tuan-tuan (Urology=sakit tuan), silalah datang ke hospital bagi yang sakit. Bisik hati saya.

Kami mengambil keputusan untuk kembali ke rumah hampir jam 5petang, beri laluan untuk masa berehat, iftor dan mengecas kembali tenaga (dan emosi) sebelum kembali ke ER semula selepas Maghrib. Di rumah, saya sempat membaca emel penting yang baru masuk peti inbox saya.

"Wednesday vacation is canceled" Aduhai, cuti 11 hari kini menjadi 10 hari. Inilah satu-satunya cuti sepanjang tahun 6 selain cuti attachment. 'Pesakit tak datang hospital pun, nak raya ni semua jadi sihat'.. saya mengomel sendirian. Saya baru berkira-kira nak buat crystal ball biscuit sebagai tambahan koleksi kuih raya. Isk..isk..habis plan!

Usai iftor dan solat Maghrib berjemaah di Casa Intelek memenuhi janji yang sekian lama tertangguh dengan adik-adik IKIP, kami meneruskan misi ke ER pada malam itu.
Malam terakhir on-call, merasalah 'berterawikh' di ER. sadis! T_T Tiada pahala i'tikaf di malam 28 Ramadan.

Sebaik tiba di ER, doktor mukim (kami menggelarnya doktor ambulanns sebab bunyi ringtone nye adalah siren ambulans) memberitahu kami ada kes di tingkat 5. 'masalik' (bermaksud urology), katanya bersungguh-sungguh. Huhu, terima kasih doktor 'ambulans' yang baik!

Di tingkat 5, kami terserempak dengan doktor on-call masalik~chief resident of Urology. "Ko Urology kan? Amik kes I'mad dan Mahmud. Esok bentang". Blurp!! belum apa-apa dah dapat arahan.

Berjalan mencari pesakit dan mengambil kes, melihat KUB (Kidney Ureter Bladder) pada radiograph di tepi katilnya, melihat khoswah (batu karang yang sangat besar), patutla Right side kidney totally obstructed (severe loin pain), right side pula staghorn appearance (moderate loin pain) pada radiograph tersebut. membaca fail pesakit, memprint segala investigations yang dijalankan ke atas beliau. Oh, sudah hampir 10 malam. Pakcik teksi sudah menanti untuk kembali ke rumah. babai...kepala pun dah berdenyut, mata pun dah berat.. report?? lepas subuh la.. Namun, sebelum masuk ke dalam perut teksi, kami sempat snap beberapa keping gambar, kenangan 'berterawikh di malam 28 ramadan di ER KAUH'.. huhu.

Sebaik sampai di rumah, saya saja menelefon mak. Saja nak bagi missed call, saat penat sebegini, sanagt rindu pada mak. kalau ada arwah embah (nenek), mesti dia tolong urutkan saya seperti dulu.. Al-Fatihah buat embah yang sangat baik pada putu ne (cucunya)

Alhamdulillah morning report berjalan lancar. Setelah membentang kes, cheief resident bertanya, "kholas history sah? (dah habis bentang history kan?)"
Na3am (yea), balas saya kembali.
Ok, good history. Shu differential diagnosis.. shu sabab.. eish..blabla.. bermulalah pertanyaan demi pertanyaan. Erm, tahmid.. soalan senang bagi saya, hehe.. sebab baru lepas baca 'bailey & love' pagi tadi.. tiba-tiba terasa gigih. haha. Perasan!

Sebelum bertolak ke morning report keesokan paginya, saya melefon mak. Bercerita mengenai kisah on-call, kiriman melalui Furqon~my junior (terima kasih daun keladi =P), kisah kuih siput Syahmi dsb..

Me: Mak, penatla. Macam mana nak kerja nanti? Ni baru on-call sekejap dah lembik. kat Malaysia lagi la kejam, 36jam.. pastu kena jaga banyak pesakit. Boleh ke nanti..
Mak: Insya Allah masa kerja mesti boleh punya. Sebelum kerja dah niat, nak cari rezeki halal, insya Allah dipermudah. Doktor kan dapat banyak pahala, berjihad la tu. Semua pekerjaan penat dan sibuk. Insya Allah bila dah sampai masa kerja nanti, managable.
Me: yelah, ikut flow je ek. *sigh

060909~antara tarikh bermakna (^_^) sebulan ramadan di malaysia, berpindah mendiami rumah yang baru renovate dan kehadiran & bermulanya ........ Allah sebaik-baik Pemelihara, insya Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 walk-the-talk:

MaUt said...

rindunya nak oncall di KAUH..tq atas crita ko yang menjadi mengubat rindu..ingat lagi kene bentang kes ngan doc m.ghazo.hehe..sara yang bentang, kes aku tak kene hr tu. pengalaman2..neway, moga ko terus tabah dan bersemangat..tak lama je lagi nak balik msia..tak lama jugak lagi nak grad, tak lama jugak lagi nal jengjeng..ape2pun all da best, pulun habis habis kasi lumat semua..hehe take care ain..wassalam

Fez said...

Dr ghazo men'psiko' org dalam MR. gerun... telan air liur dibuatnya. Rindu KAUH... All d best ye~!

ainshams said...

farah: huhu..thanks. doakan aku kuat mengharungi hari2 final year.. ko pon, bersedia la nk masuk cabaran kerja.. lg cuak tu.. tp, ko kan sentiasa bermotivasi..

fez: yea? dlm MR kitorg docs mukim jek berderet2.. tp, deorg pon dg2 suka psiko.. ape2jela.. huhu