RSS
Post Icon

pemburuan


Pada solat sunat witir sejak malam ke-20, Syeikh Makmun mengalunkan surah Al-Qadr dan pada doa qunut, antara doa beliau yang diaminkan para jemaah adalah "..Allahumma ballighna lailatul qadr.." Ya Allah, sampaikanlah kami kepada malam Al-Qadr.

Pungguk rindukan bulan
Sewaktu kecil dahulu, saya ada terbaca suatu kisah mengenai seorang pemuda yang bercinta dengan seorang puteri jelitawan. Sayangnya, si pemuda terlanggar sumpah, maka pemuda ini menjadi pungguk manakala si puteri diterbangkan ke langit. Maka, terhasillah 'pungguk rindukan bulan', kerana dikatakan setiap hari sang pemuda ini memerhati bulan yang dipercayai ia adalah sang puteri kesayangannya yang indah bak bulan purnama.
Namun, sehingga ke akhir hayatnya, si pemuda kekal menjadi penunggu setia, masih meyakini sang puteri akan kembali kepadanya.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam Al-Qadr.
Dan tahukah kamu apakah malam Al-Qadr itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik daripada 1000 bulan
Pada malam itu, turun para malaikat dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan

Sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar" (Al-Qadr: 1-5)

Umat islam ternanti-nanti malam istimewa itu, namun adakah penantian itu diselarikan dengan usaha? Usah menjadi pungguk rindukan bulan, yang meletakkan harapan melangit tinggi tanpa ikhtiar.

Niat: Masih belum terlambat untuk berniat setulus mungkin untuk memperbaiki amalan pada Ramadan ini, melipatgandakan amalan pada bulan kemuliaan khas untuk umat Muhammad. Tiada siapa boleh menjamin, adakah ada Ramadan buat kita selepas ini. Maka, hargailah kesempatan yang berbaki ini, mudah-mudahan keluarnya kita daripada madrasah Ramadan ini, menghasilakn suatu kelainan dalam ibadah kita selaku hamba-Nya. Semoga kita adalah hamba Rabbani, bukan hamba Ramadani semata.

Berdoa: Selaku hamba, Dia sahaja tempat pengharapan kita. Berdoalah, mudah-mudahan kita berjodoh dengan malam Al-Qadr dan diberi kekuatan untuk menghidupkan malam tersebut dengan sebaiknya.

Masa keemasan terakhir:
Jika seorang pelumba lari 400m, pada 100m permulaannya, kebiasaannya beliau tidak akan memecut, hanya perlu 'maintain di antara yang di hadapan', namun pada 100m terakhir adalah peluang keemasannya untuk memecut semaksima mungkin agar beliau adalah orang pertama yang melepasi 'reben penamat' dengan peningkatan mutu jarak masa.
Jika dalam suatu perlawanan bola jaring, separuh masa pertama adalah tempoh untuk berada di tahap selamat, menjaringkan gol sebanyak mungkin. Pada separuh masa kedua adalah masa untuk lebih pantas bermain dengan strategi yang telah disusun baik agar pada saat wisel penamat dibunyikan, jumlah gol kita adalah yang terbanyak. Saat itu, tahmid dan sorakan kegembiraan bergema di seluruh court.
Jika seorang pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan, kebiasaannya, saat-saat terakhir sebelum peperiksaan adalah 'masa beruzlah' untuk menghabiskan segala material, mengulang dan mengingati setiap isi pembelajaran. Pada saat terakhir adalah masa adrenaline melonjak naik, segala maklumat dipadukan ke dalam otak agar bisa menjawab segala soalan peperiksaan dengan cemerlang dan natijah yang menggembirakan.

Pemburuan 10 malam terakhir: Jika sang pungguk dengan kisah bulannya, pelumba lari dengan catatan masanya, pemain bola jaring dengan kesepaduaan dan kecekapan dalam pasukannya, pelajar dengan kesibukan pembelajaran dan peperiksaannya, bagaimana pula kita sebagai 24/7 hamba-Nya, yang sepatutnya adalah pemburu 10 malam terakhir Ramadan? Inilah masa untuk meningkatkan 'gear pengabdian' sebaik mungkin.

Jika Body Shop dengan SALE Ramadannya, Sogo dengan SALE rayanya, Ramadan pula dengan sajian SALE sepanjang bulan dan lebihan BONUS pada malam AL-Qadr sehinggalah terbit fajar Subuh. Usah dipandang sipi dengan SALE daripada Allah ini kerana tiada jaminan kita akan bertemu lagi dengan SALE dan BONUS ini untuk akan datang.

Berapa kalikah Al-Quran berjaya dikhatamkan? Berapa banyak surah yang berjaya diteliti tafsirnya? Berhasilkah untuk bangun menunaikan tahajjud pad setiap malam? Berapa kali 'keberkatan sahur' yang kita terlepas? Sudahkah ditunaikan zakat fitrah dan sedekah? Adalah ramadan ini menghubungkan silaturahim dengan keluarga, sahabat handai, jiran tetangga? Apakah perubahan yang boleh dirasakan sejak awal Ramadan sehingga kini?

Marilah letakkan target dan berusaha mencapai target-target itu pada 'masa kecemasan terakhir~10Ramadan terakhir' ini agar pada 1 Syawal, kita memang layak untuk meraikan Hari Raya Adidilfitri (fitrah) pada sisi-Nya, insya Allah.

~Kisah hidup Nabi dan peperangan di zaman Baginda; 395 muka surat~

Jom tambah ilmu di bulan Ramadan ini dengan kisah-kisah Anbiya', antaranya buku Muhammad SAW, Insan Teladan Sepanjang Zaman tulisan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pejalanan Baginda SAW tidak mudah, malahan banyak memberikan pengajaran dan keinsafan kepada kita selaku umat-Nya betapa kita kini snagat beruntung dengan limpahan nikmat daripada-Nya. Sollu 3lan Nabi~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 walk-the-talk:

Anonymous said...

semakin dekat dengan 10 ramadhan, diri terasa semakin malas :(.. huhuhu

ainshams said...

sweet-ladybird: erm, besela..nk wat mende baik mmg kne berjuhud sket. Insya Allah, smg diberi kekuatan & semangat utk istiqamah melakukan kebaikan (^_^) klu dah pulun 10mlm terakhir ni, akan rase lg PUAS utk beraya 1 syawal.. =D