RSS
Post Icon

undian, kempen pilihan raya dan kepimpinan

kenangan terakhir bersama Famili AMT & Badan Pentadbir MPPMJ 2009/2010

"Iaitu orang-orang yang apabila Kami memberikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, MENYURUH berbuat MAKRUF dan MENCEGAH daripada KEMUNGKARAN, dan kepada Allah-lah dikembalikan segala urusan" (Al-Hajj : 41)

Esok merupakan hari mengundi bagi kepimpinan PERMAI sesi 2010/2011. Antara nikmat bergelar mahasiswa>mengundi calon pilihan yang dirasakan layak.. atau mungkin juga kerana faktor tertentu? Kita yang mencorakkannya!!

Suasana mengundi & kempen pilihan raya agak kurang meriah di sini, tak seperti di kampus-kampus Malaysia. Mungkin antara faktornya adalah>tiada hari manifesto (tapi kini ada tag calon-calon di facebook). Malah, ada segelintir mahasiswa yang tidak cakna langsung berkenaan pertukaran sesi kepimpinan ini>'aku-tidak-pedulisme'.

Saya ternanti-nanti, berapakah jumlah peratusan yang akan keluar mengundi esok. Berhasilkah 'kempen 505' yang dilaksanakan? Adakah meningkat peratusan undi rosak berbanding tahun lepas? Tambahan kini, mungkin faktor cuaca yang panas (summer) dan fatrah imtihan yang melanda segelintir adik-adik junior.

Jika dulu mahasiswa di Irbid saling mengenali, tapi kini, hanya sapaan ringan jika berselisih tanpa mengenal nama penuh, apatahlagi bertukar-tukar minat kesukaan.
Jika dulu mahasiswa Irbid terjaga kehadiran ke tafaqquh/introspeksi iman, tapi kini pelbagai alasan yang boleh diluah, mungkin juga sibuk ber'kelas renang kuak lentang di atas katil'>'syahid' melayan nafsu tidur .
Jika dulu di bulan ramadan dan hari raya khususnya, kita mampu berziarah bertemu muka sesama mahasiswa di irbid, tapi kini, hanya semangat batch yang wujud, terdapat jurang senior dan junior, yarmuk & JUST (khususnya di pihak akhawat>mungkin faktor lokasi kediaman?).
Jika dulu sewaktu kempen kecil-kecilan, selalu dapat coklat dan kertas 'promosi' supaya mengundi calon sekian-sekian atas alasan sekian-sekian, tapi kini, hanya di'tag' di facebook tanpa bertemu muka tanpa berjabat tangan sesama mahasiswa.
Jika dulu kepimpinan disegani dek kredibiliti dan jumlah mahasiswa yang boleh dihimpunkan, tapi kini, kepimpinan pun tidak semua dikenali, sesetengah ahli pun buat tak peduli.

Namun, perlu diingat bahawa realiti fatrah, zaman dan masa berubah. Sehebat mana kepimpinan dulu, andai dihimpunkan pada zaman kini, pasti tidak mampu mengawal nakhoda sepertimana pemimpin pada zaman kini.

Wahai pemimpin dan calon-calon yang bertanding, coraklah kepimpinan kalian seiring dengan keperluan ahli masa kini dan sejalan dengan reda Allah SWT. Insya Allah, kalian mampu bersikap kritis dan membuat inovasi yang lebih baik daripada para pemimpin sebelumnya, andai kalian bekerja bersungguh-sungguh, ikhlas dan menjaga hak-hak Allah.

Semoga sumber rujukan (Al-Quran, As-Sunnah) yang termaktub dalam perlembagaan semua persatuan pelajar di Jordan benar-benar diaplikasi dalam kepimpinan dan SEMUA program sepanjang sesi, insya Allah.

Sekalung tahniah dan terima kasih buat kepimpinan PERMAI 2009/2010 atas bakti sepanjang sesi ini (khususnya memberikan kerjasama yang sangat baik terhadap MPPMJ 2009/2010). Semoga usaha kalian diberkati-Nya.

Buat kepimpinan yang bakal menggerakkan jentera pentadbiran PERMAI 2010/2011, tahniah diucapkan atas undian kemenangan!! Usah disia-siakan peluang yang ada. Perkuatkan sinergi 'team kalian'! Semoga kalian dipermudah untuk menjalankan tugas sebaiknya dan cemerlang dalam pengajian, ameen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 walk-the-talk:

Syahida Majid said...

Hoyeh~

syah said...

klu ade Kot Putih lagi, memang sy gune kuasa veto Ketua Editor utk amek artikel ni masuk..^_^

ada orang ckp untuk memajukan sesebuah institusi, ahlinya perlu besar..dan harga yang perlu dibayar adalah kesatuan..

tapi apa guna minit mesyuarat panjang berjela kalau salam tak bertegur sapa...kak, doakan tiga empat tahun lagi, biah mesra kat Irbed ni masih mekar...

ainshams said...

syahmi: woo, tu tanda2 ada harapan jadi Editor Kot Putih lagi ni! :P
insya Allah, smg semuanya aman damai dlm reda Allah, biar boleh selari ala-ala '5uniques in kisas', opss, ter-asobiah plak.

azlanshah said...

Well Written!

ainshams said...

syee: hola! (dgn gaya org spain) :P

azlanshah: thanks.

hidayat said...

tu ada gak sentuh pasal undi rosak tu..semoga undi rosak berkurang

ainshams said...

hidayat: saje nk tgk kali ni ader improvement ke tak pd ahli2..