RSS
Post Icon

sehari bersama MA


14 Sya3ban. Asbahna 3la fitratil Islam. Pagi Isnin yang indah. Tangan sempat menyelak notes Lymphoma dek pagi ini klinik bersama dengan Dr Mahmud Ayesh. Bagi pelajar klinikal, Doktor ni memang agak terkenal sebagai haematologist, seorang yang punctual, berdedikasi.. 'blood wing' di tingkat 10 seolah-olah kepunyaannya dek berderet-deret pesakit beliau.

Saya? Sangat tak berminat dengan darah.. berlawanan dengan *y ****c**. Namun, digagahi juga diri untuk membaca, memahami.. aiming to be a safe dukturah, rite. "Baca je, minat boleh datang kemudian.." gaya memujuk diri sendiri.


Tepat jam 9 pagi, saya sudah menyertai Dr MA menapak ke klinik. Banyak file di atas meja beliau. Banyak kes ni, menarik!
Seorang demi seorang pesakit masuk dan keluar mengikut giliran. Setiap itu juga kami (saya bersama 3 pelajar) disoal siasat.

"Pesakit tadi ada APS-anti phospholipid syndrome. Terangkan pada aku pasal APS". Gulp! Nak jawab ape yer? Nak jawab dari mana..erm..otak, sila bekerja dengan segera!
Me: Kind of autoimmune disease, can lead to thrombosis.. like DVT, recurrent abortion (haa, tetibe terlintas notes Obstetric & Gynecology :P)


Tak lama selepas itu, saya membuat pemeriksaan seorang pesakit wanita di bilik pemeriksaan. Usai tugasan, saya melangkah ke arah bilik Dr MA untuk memberikan findings bagi physical exam yang dilakukan.
Saat pintu klinik baru ditolak, Dr MA telah melontarkan soalan lagi..

Dr MA : Haa dukturah, HbA1c spesifik untuk apa?
Me: Diabetes (jawapan spontan dengn muka terkejut)
Oh, doktor.. tunggulah saya masuk dulu kalau nak 'tembak' pun.. bisik hati kecil saya.

Interpret this test.. CBC, KFT, LFT.. what manifestation, what's your diagnosis.. why? Give me the causes.. what's your next step.. what's the management.. Bukan satu dua, malah..lebih 4 test setiap satunya.. calcium, phosphate dll.. jua ditanya management setiap satunya. Setiap minit, bertalu-talu soalan.. Sehingga saya merasakan 'otak dah berasap', ala-ala dalam sauna..

Antara yang membuatkan saya kagum dengan beliau adalah:
1. Tepati masa
. "awwal duktur bil 3yadah-doktor pertama di klinik" kata nurse. Bukan doktor datang awal, tapi, doktor datang tepat pada masanya. (inilah salah satu sifat mukmin)
2. Mengakui kelemahan. "Maaf, aku tak tahu. Ni bukan bidang aku. Cuba tanya bahagian Forensik & Toxicology." kata dr MA, saat seorang pesakit datang mengadu untuk membuat mercury test, ditakuti ada kesan sampingan pada penggunaan ubat jerawat yang digunakan.
3. Bertanggungjawab terhadap pesakit & pelajar. Setiap pagi, pasti kedengaran derap tapak kaki beliau di Medicine Dept, melawati setiap pesakit. Jika dijadualkan beliau dengan para pelajar, beliau akan tepati dan menggunakan sepenuh masa bersama pelajar (memang 'lunyai' para pelajar 'terbang' berjalan laju bersamanya tanpa menggunakan lift, haha)

"Ya bayye.." ulangnya saat kami tak tahu jawapan bagi soalan-soalan beliau atau saat kami salah memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertnyaan beliau. Oh doktor, banyak lagi saya tak baca, banyak lagi yang saya tak faham, banyak lagi yang saya tak hafal.. sorry! Insya Allah saya akan berusaha lagi!

Teringat cerita
Qila (Dr 'Aqilah Suhaimi) saat sedang oral exam final 6th year bersama dr MA.
dr MA : Berapa banyak sultan di Malaysia?
Qila : 13 (jawapan spontan saat cuak oral exam)

dr MA : Give me 13 side effects of steroids

Qila: 1.osteoporosis , 2...3,4,5...10.. doktor, are u serious you want 13?

dr MA: why not?


Ketika di klinik tadi, tiba-tiba saat menulis pada file pesakit, dr MA berkata, "Give me side effects of steroids" Nah, soalan yang sama!!
Anis: Glucose intolerence

dr MA: Good! that's should be the first. If you answer this at first, you already get 50% marks for this question.

Steroid mempunyai kesan kepada banyak systems badan.. sila hafal by systems supaya lebih teratur & senang diingat, yer (but the 1st one should be glucose intolerence!)


Malam Nisfu Sya3ban..15 hari lagi sebelum menjelang Ramadan, bersediakah menghadapi tarbiyah Ramadan..bersediakah menghadapi peperiksaan OSCE & mini OSCE tak lama lagi?
Oh, please give me strength Ya Rabb.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 walk-the-talk:

Syahida Majid said...

(mulut ternganga)

'Aqilah said...

ya bayye!!
that is the one his expression i couldn't forget..

arghh..rindunya jordan!!

ainshams said...

syee: jangan nganga luas sgt..kang masuk lalat..eh, silap.. kang dpt infection (hosp kan..huhu)

qila: yeah.. 'Ya Bayye..' sambil pegang2 kepala nyer yg berambut halus.. huhu~
ko keje cepat2, so that time kitorg grad ko leh dtg..dpt jmp ko nyer dr MA.. hihi

assyuhada said...

salam alaik ya ukht!
nice post...mntk izin share kt asdiqa' yg len...
btw, lawak plak psl 13 side effects of stereoids...
great dr MA...
all da best!barakallahufik~

ainshams said...

salam 3laik..
thanks.. ok, siler2..ahlen.

hahaa..that's our great dr MA.. blom lagi tgk gaya dye berjalan laju & dgr suara nyer yg unik tu..hehe..

yolah, mentang2 steroids nyer side effect ade physiological, ade pathological (CVS, GI, renal, CNS, infection, eyes, skin, endocrine, muscles etc..) dye nk soh rungkai sume skali..heh.