RSS
Post Icon

sebiru hari ini~


Salam Sayyidul Ayyam.. dah baca surah Al-Kahfi ke belum?? (^_^)

Makin lama, makin ramai pula yang request/add as friend.. maafla, yang memang tak kenal atau bukan dalam lingkungan belajar saya, takkan di-approve! (pendirian sejak dulu)

Malahan, banyak pula yang message untuk berkenalan, opss, sorry! saya tak berminat. Hamboih, sombong..dsb.. It's up to you untuk melabel apa sekalipun. (komitmen diri sendiri pun dah sedia banyak)


Pernah sekali saya membalas (setelah penuh inbox dgn msg2 daripada dia yang tidak dikenali & tidak memperkenalkan diri, tapi seingat saya, kawan-kawan sekolah saya tiada nama seperti itu kot).

>Maaf, saya tak rasa awak akan mendapat apa-apa manfaat dengan berkenalan dengan saya, tiada keperluan kot. Sekian.

Dan balasan seterusnya daripada dia>Mengapakah masih ada segelintir masyarakat berkata-kata keterlaluan, sedangkan Islam menggalakkan berkenalan antara satu sama lain. Dan saya hanya membiarkan… haha.


Hello, anda yang tidak memperkenalkan diri, suka suki msg orang banyak kali, dan kemudian apabila dibalas dengan 1 pernyataan ringkas, anda melenting dan memenuhkan inbox saya kembali..Oh, 1 perkara yang agak geli hati, 'Islam menggalakkan berkenalan antara satu sama lain'.. Herm, ada caranya, ok! Semoga anda diberi hidayah untuk 'menjumpai cara' itu, insya Allah..

Ini salah 1 pengirim misteri berlainan jantina yang saya pun tak berminat nak kenal, sorry! No place for you. Bai! Full stop.


Adat pertemuan, ada perpisahan..

Adat persahabatan, penuh suka duka bersama..

Kadang-kadang, dengan pertelingkahan kecil membuatkan lebih mengenali..

Kadang-kadang, dengan hanya menjadi pendengar membuatkan hati bertaut..

Kadang-kadang, dengan sapaan mesra membuatkan lebih selesa dan akrab..

Yang pasti, dengan tautan AQIDAH bisa menguatkan lagi ukhwah fillah, insya Allah.


Bulan ini bulan kesedihan..

Kawan-kawan sebatch dentistry pulang ke Malaysia 'for good'..

Kawan-kawan sebaya perubatan pulang ke Malaysia 'for good'..

Tanpa saya sedari, saya menyebabkan 'seseorang'…. (a deeply sorry)


Patah tumbuh hilang berganti, tapi..percayalah, takkan sama sepeti sebelumnya..

Sahabat penguat kita sepanjang perjalanan di medan ilmu..

Sahabat cerminan kita..

Sahabat mampu membawa arah tuju sama ada ke syurga atau sebaliknya..

tika ini, masing-masing masih berstatus 'single'~batch 2005:2nd year JUST


Batch dentistry 2005, dulu sama-sama bergelar 'sanfurah' di tahun pertama di Jordan.. Menyambut hari raya di perantauan.. Membuat jamuan sambutan hari lahir ikut sem.. berkelah, main games, movies.. Study & solat bersama-sama..

para dukturah batch 2005 JUST, insya Allah


Tatkala masing-masing bergelar pelajar klinikal, sudah jarang bersua muka..mereka di markasihi Tibb Asnan, kami di KAUH..

Namun, apabila bersua, tetap galak bercerita..yang pasti,budaya makan bersama masih diamalkan.. Mereka 5tahun di Jordan, kami 6tahun..insya Allah.


Batch perubatan 2004, rakan sebaya yang senang diajak berbincang pelbagai perkara, dari hal yang agak remeh hingga hal-hal serius..

Mungkin 'faktor sebaya' menyebabkan saya sangat selesa apabila bersama mereka..

Malah, ada yang saya kenali sejak di KISAS.. sekelas, berjiran kelas, satu pasukan rumah sukan..huhu~

Ziarah, bertukar-tukar cerita, calling-calling, masak-masak, study, masalah, motivasi, teguran, nasihat dsb...terlalu banyak dan sukar diungkap satu persatu.

Terima kasih yang tak terhingga buat kalian. Semoga Allah membalas dengan kebaikan berganda buat kalian semua.Doakan kami diberi kekuatan & kejayaan di sini.. (kurang dari 10 bulan sahaja, insya Allah, bak kata Dr Ali Rifa'ie)


Kini hanya berbaki kurang dari seminggu bersama rakan-rakan sebaya itu.. sedih, sangat sayu.. (T_T)

Tapi, inilah realiti perpisahan yang sudah dijangka dan sepatutnya lebih bersiap sedia..

Tabahlah duhai hati..


Semoga kalian bejaya & berbahagia di dunia akhirat.. Semoga kalian diperkuat dalam menjalankan tugasan, menjadi dukturah muslimah yang bertaqwa, insya Allah.. Semoga kalian menjadi isteri & ibu yang solehah..


Maafkan saya kerana tidak dapat menjadi sahabat yang baik buat kalian..

Maafkan hak-hak kalian yang saya terlepas pandang..

Maafkan saya andai membuat kalian terluka..

Semoga kita bertemu kembali dalam perjuangan di Malaysia dan seterusnya di syurga, Insya Allah.


Ehem-ehem, jangan lupa jemput kenduri nasi minyak yer..nak yang "original, dipos" ke rumah, bukan sekadar invitation/tag di facebook/emel sahaja.. (demanding tu, heh!)

Ada lagu khas untuk korang!! SEBIRU HARI INI.. Tak mau lagu sedih-sedih sentimental..hehe~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 walk-the-talk:

Syahida Majid said...

Sabo k.Ain... Kite golongan bukan sobaya (sebaya) memang akan rase cenggitu..

Syi rase sangat kehelangan ahli Bayt Insyirah.. Sebab satu rumah sobaya. Memang agak lain borak dengan rakan sobaya. Hal remeh pun jadi lain kalau borak ngn betch n sobaya

Above all, syi rase, ade la tu tarbiyah Allah nk bagi, bile letak kite lebih PENGALAMAN (bukan usia eh.. ehehe) dgn rakan lain. Walopon xbyk pun pengalaman. huhu

Sob sob sob..

mutiara bd said...

Oh ain, walaupun ana tak termasuk dari salah seorang yang nt tulis ni..

Ana macam rasa je kesedihan dan kegembiraan nt. Pandai nt menulis.

DUlu dah pernah mai baca blog nt, tapi hilang link.. Sekarang ana nk link blog nt kat blog ana (supaya tak hilang lagi).

Semoga berjaya dalam tahun akhir nanti..(Kat UIA kuantan ni pun, batch kita semuanya dah dalam final yr kecuali medic+dent)

sempliciotto said...

waa.. ain, sadis T_T sape nak jadi spine aku lagi pasni, sape nak borak-borak lagi kongsi cerita ceriti..

thank you for everything dearest sis, doakan ak. take care!

ainshams said...

syee: yeah, berbeza la..mmg rase kehilangan. adeihla, pas ni i jadi pendiam, nk ber'uzlah' jek..

djahWH: ana x cam nti la..huhu. yea, siler la link kan..ahlen =D tuhla, sume pon da nk abes, smg kiter smg najaah dunia akhirat, ameen. rindu la kt bdk2 gen5..

ainshams said...

hetty: waaa...(T_T)
nih nk wat mcm2 'projek' lg dgn ko ni.. pillow talk dsb.. abesla vertebrata aku da kurang kekuatan.. thanks for lending me ur ears, hands. thanks for being my really good friend!! uhibbuki fillah ^_^
wish u all the best!

Syahida Majid said...

K.Ain pendiam????? OMG!! Bleh dapat anugerah lagi pasni. Anugerah perubahan terpelik lagi tidak dipercayai

ainshams said...

syee: haha..ceh, bertuah! bukannyer nk bg support.. akak nk PERBAHARUI azam yg xpenah menjadi slamer ni.. hehe~ oo..ade nak wat angerah kategeori terbaru ke? menarik :P