RSS
Post Icon

Rest In Peace

Arwah Wak Him bersama isterinya, Wak Esah (kiri) dan mak saya pada Syawal 2009 di Kampung Selabak, Teluk Intan

Malam 21 Ramadan.. Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak 'hidup' dengan qiyamullail berjemaah. Masya Allah. Di saat manusia leka dengan hidup dunia, di saat ramai yang enak diulit mimpi, masih ada golongan hamba yang gigih mencari reda Allah di 10 malam terakhir Ramadan.

Masih segar di ingatan. Hampir jam 5 pagi, mak memberitahu saya dengan cemas. "Ain, cepat bersiap, kita pergi rumah ewan. Wak him sakit". Sepantas kilat, mak menghilang ke rumah ewan, sepupu saya bersama adik.

Saya ditemani abah. Dengan bersiap ala kadar, menyarung tudung & cardigan saja, kami meredah sunyi pagi ke rumah ewan yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Sepanjang perjalanan yang tak sampai 10 minit itu, saya berterusan berdoa, 'semoga wak Him sihat, dipanjangkan umur'. Namun, tak dinafikan, jauh di sudut hati saya, saya merasakan, wak Him 'tak sempat' menjadi penyambut tetamu vip di kenduri saya. Oh, takkanlaa! Dari luar rumah, saya melihat ada banyak selipar di situ dan suara tangisan kedengaran.

"Assalamualaikum.. " ucap abah dan saya.

Saya melihat sekujur tubuh terbaring di ruang tamu, beralaskan toto. Beberapa orang berkerumun, ada 2 lelaki tak dikenali (mungkin jiran tetangga ewan) yang sedang membuat cpr, namun....tak kena cara. Getus hati saya.

"Ain boleh buat cpr?" tanya mak & kak erni, isteri kepada ewan.
"Boleh, insya Allah" jawab saya.

"Ain, tolong wak..tengokkan wak him... kenapa dengan wak him ni.." raung wak esah, isteri kepada wak him. Saya mengangguk saja.

Saya mengambil tempat. Ilmu BLS (basic life support) di-recall. Bismillah.

Pesakit pertama cpr saya sewaktu di Hospital Selayang (sewaktu elektif tahun lepas) selamat, alhamdulillah. Namun, gerak hati menyatakan sebaliknya bagi pesakit kedua cpr saya, merangkap pak cik saya ini.

Saya memeriksa wak him. "Ain tak rasa nadi.." saya berterus terang. Namun, usaha tetap dijalankan.

"Ain, selamatkan Wak Him.. Dah call ambulance. Deorang suruh buat cpr" kata Wak Esah dalam tangisan cemas. Saya hanya mengangguk. Ya Allah, bantulah saya.

Masuk kali ke-5 saya melakukan cpr, saya pasrah. Mata saya sudah bergenang. Teringat segala kenangan bersama wak Him, pak cik yang paling rapat dengan saya. Baru minggu lepas saya berjumpa wak Him di rumah ewan. Manakala 2 minggu lalu wak Him datang ke rumah saya. Kami berbual mesra, sambil wak Him mengisi borang permohonan nikah saya di bahagian saksi. Kini, saya memandang wajah itu.. kaku.

"Wak esah, mengucap di telinga kanan wak him yea.." kata saya, memandangkan saya 'bertugas' di sebelah kiri wak him. Saya diburu hiba. ' Dr Nurul Ain, get rid of your emotion! This is your patient. Just do your duty' bisik saya dalam hati.

Saya sempat melakukan 7x cpr sebelum ambulance sampai. M.A. dan doktor menjalankan tugas mereka sambil saya memberikan brief history. 57-year-old male patient, known case of ...blablaa...
"Any changes during cpr?" tanya doktor.
"I don't think so.. " jawab saya.

"Pak cik dah tak de. Allah lebih sayangkan pak cik" kata doktor. Yeah, itu yang saya nak katakan sejak tadi, namun.. emosi saya bertegas ingin menafikannya.

Serentak itu seisi rumah kelam kabut. "inna lillahi wa inna ilaihi raji3un" kata abah. Wak Esah menangis teresak-esak. Mak saya terduduk kesedihan. Ewan dan Kak erni juga kelihatan blurr. Si kecil Hanis & baby Humaira' terkebil-kebil tidak memahami. Saya melihat sekeliling. No! Saya mesti kuat. Insan-insan sekeliling saya sudah 'berada di alam sendiri'.

Kami berpelukan sesama sendiri sambil menutup wajah jenazah wak Him. Air mata ditahan. Yea, tiada setitis pun yang menitis lagi. Dengan suara yang tenang, saya menelefon memaklumkan berita tersebut kepada saudara-mara. Masing-masing terkejut. Tak lama kemudian, azan Subuh berkumandang. Usai solat, abah memaklumkan kepada orang-orang masjid.

Jenazah Wak Him selamat dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiyah. Kemudian, jenazah dibawa ke Ipoh untuk dikebumikan di sana atas permintaan Wak Esah, balu Wak Him dengan menaiki van jenazah.

Saya memandu sepanjang perjalanan pergi-balik KL-Ipoh, memandangkan abah saya mengantuk dan keletihan. Mata saya memandang jalan dengan pandangan yang kosong. Sesampainya kami di Ipoh, rumah sudah dipenuhi dengan sanak-saudara dan jiran-tetangga, juga kenalan wak Him dan Wak Esah.

Sewaktu saya bersebelahan dengan wanita-wanita yang membaca yasin, saya memandang sekujur tubuh di situ. Fikiran saya melayang.

"Tahniah doktor!" ucap wak Him sambil memeluk saya tatkala beliau menziarahi kami. Tika itu, saya baru 2hari sampai di Malaysia selepas pulang graduasi.

"Dah praktis duduk bersimpuh? hehe..pengantin kena duduk malu-malu nanti" gurau wak Him 2 minggu lalu. Beliau memang memahami betapa lasaknya saya sejak kecil.

"Wes perawan anak Badar" kata Wak Him sewaktu hari pertunangan saya.

"Anak dara ni orak reti anyam ketupat, senang jek..macam ni. Ni mesti asyik makan nasi Pak Arab je" kata Wak Him dengan nada mengusik. Saya yang sememangnya hanya pandai makan ketupat ini tersengih saja. sepanjang 6 tahun di Jordan, itulah kali pertama dan terakhir saya beraya di Malaysia, iaitu pada September 2009. Rupa-rupanya, itulah sambutan Syawal terakhir saya bersama beliau T__T

Beliau pasti melayani segala kerenah anak-anak saudaranya walaupun kami sudah besar panjang. Seorang atok yang sangat bersabar dan kebudak-budakan melayan keletah cucu-cucunya yang lasak dan mulut bak bertih jagung.

Pelbagai kenangan terimbau. Air mata mengalir tanpa diundang. Insan yang paling baik pernah saya kenali. Terlalu baik terhadap isteri, anak-anak, saudara-mara, jiran tetangga, dan kenalannya. Tak pernah sekalipun saya dengar beliau meninggikan suara dan marah. Menegur sambil tersenyum, dengan nada yang mendatar. Murah senyuman. Ringan tulang menjalankan tugasan rumah, kerja-kerja di dusun dan amanah dengan tugasan pejabat. Seorang yang sentiasa menjaga solat berjemaah di masjid, meskipun tika hujan di kampung.

"Hujan la wak.." kata saya.
''Apa guna ada kereta..'' balas beliau sambil tersenyum. Perbualan suatu tika dulu.

"Wak merasa 2x jadi imam solat terawikh ramadan kali ni.. Seminggu sekali rotate jadi imam harian solat fardu" cerita Wak Esah.

"Sejak pencen, tugasan rumah, semua wak selesaikan.." adu Wak Esah.

Sungguh saya kagum! 1 dalam 10 000 insan seperti beliau.

"Ni baju wak Him yang nak dipakai masa kenduri Ain. Semangat Wak Him siapkan baju ni awal-awal, seronok dia dengar Ain nak kahwin" cerita Wak Esah. Saya memandang baju melayu tersebut, air mata mengalir deras.

"Kaum keluarga boleh mendekati jenazah sebelum jenazah nak dibawa ke masjid untuk disembahyangkan dan dikebumikan" umum seorang lelaki di situ.

Seorang demi seorang mendekati jenazah Wak Him. Tiba giliran saya. Air mata disapu. Wajah penyayang itu ditatap seketika, dahinya dikucup. Sejuk. "Wak, Ain minta maaf. Terima kasih semuanya. Selamat berehat, semoga berbahagia. Doakan Ain. Ain sayang Wak. Kita jumpa di syurga, insya Allah" ucap saya.

"Syahmi nak meninggal dunia macam wak Him, mati dalam tidur, tak de nazak sakaratul maut. Meninggal dalam bulan puasa best, orang-orang dalam kubur dah beraya waktu bulan puasa" celoteh adik saya. Saya tersenyum. Menarik juga 'pemikiran' si bongsu ni.

"Wak Him rajin solat kat masjid, jadi imam terawikh, mengajar mengaji AQ..Wak baik sangat, sebab tu senang. Allah permudahkan." balas saya kepada Syahmi. Sengaja saya memberikan 'pencerahan'.

Tugasan beliau di dunia sudah selesai, termasuk menunaikan rukun islam ke-5. Alhamdulillah. Benar.. Insan yang sangat baik, 'pergi' dalam keadaan baik di bulan yang sangat baik. Allah yarhamhu~

Al-Fatihah juga buat Dr Jameel Alamee, doktor yang pernah mengajar subjek Genetics sewaktu 2nd year di JUST, Jordan. 'Subhanal Khaliq', ayat yang selalu beliau ucapkan sambil menerangkan pelajaran dan mengaitkan dengan ciptaan Allah. Markah 2nd exam Genetics saya dulu agak tinggi (Alhamdulillah) dek beliau yang sangat berdedikasi menerangkan intipati pelajaran sehingga saya tak mampu nak terlelap walau 2 saat. Rest in Peace~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

9hb

Alhamdulillah. hehee.. Happy!
Alkisahnya, kelmarin saya mendapat panggilan daripada Arulz. Rupa-rupanya, beliau (bagi pihak abang nya) ingin 'melamar' saya memberi talk kepada adik-adik yang bakal datang ke Mesir-Jordan dalam satu slot BTN.
Bila & di mana, soalan pertama saya. "Selasa, 11 pagi, Kem Meru"
Saya berfikir sejenak. Ermm, facial appoinment saya adalah pada Selasa 2.30petang. Saya google map seketika..insya Allah tak bertindan masa & sempat untuk saya bergerak dari Meru ke KL. Ok!

Tak lama kemudian, saya mendapat panggilan & emel rasmi daripada Encik Hasrizal, Pengarah Pengurus Latihan Kem Belia Negara Meru, Jabatan perdana Menteri.
Setelah bertanya serba sedikit mengenai objektif (perlulah diketahui apa objektif, kang syok sendiri cakap sorang-sorang), peta laluan, sasaran, masa dsb, ok, deal!

Tengah malam tadi baru saya menyiapkan slide, di samping menyelitkan gambar-gambar tatkala bergelar pelajar perubatan. Fokus utama saya mengenai Transformasi Sebelum, Semasa & Selepas Graduasi. Transformasi diri sebagai persediaan dari alam sekolah hingusan kepada alam dewasa berkerjaya. Yea, 6 tahun adalah tempoh transformasi itu.

Apakah azam/niat/angan-angan/tahap diri sebelum ke Jordan sama sehingga pulang membawa MBBS kelak? Adakah tahap kefahaman agama sebelum & selepas pulang kelak sama saja?? Cabaran-cabaran & sikap penuntut-penuntut semasa di sana.
Juga saya menyelitkan pengalaman-pengalaman sendiri, kawan-kawan, adik-adik juniors. Sebenarnya, pot-pet saya lebih ditekankan mengenai akademik, ponteng kelas, suasana peperiksaan.. dek banyak kes keciciran, jumlah repeat papers & repeat years yang meningkat saban tahun.

Perkongsian santai yang didahului oleh Ust Zulnunosman, graduan Mesir beberapa tahun lalu. Slot Q&A yang berkesan dek banyak soalan yang kami terima. Kesudahannya, slot yang bermula 11 pagi itu selesai hampir 1.45 petang. Dalam keadaan penat (& mengantuk) berpuasa pun, bersemangat adik-adik ni bertanya soalan eh, hehe.

Usai sahaja slot itu, saya diberi kertas oleh salah seorang tenaga pengajar di situ. "Dr tolong isi kan maklumat, yea".
Selepas tandatangan, saya dengan yakinnya menulis tarikh hari ini 09/09/2011. Yea, saya tahu hari ini 9hb, dek reminder 'KBN Meru' dalam iphone4 saya pagi tadi. Kemudian, saya menyerahkan borang tersebut.

"Dr Nurul, hari ni 9 Ogos laa, bukan 9 September" kata encik tersebut.
Opss, tersilap! Saya tersenyum sambil memperbaiki kesalahan saya. Kalau lah encik ni tahu 9/9/2011 tu tarikh ape, mesti dia kata saya berangan syok sendiri, adoilaa..*blushing*

Guess what?? Itu adalah borang claim elaun penceramah! *wink wink* RM130x2jam=RM260
Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadan..sungguh tak sangka :)
Abah saya memang tak pernah mengizinkan saya untuk bekerja sambilan di mana-mana. Namun hari ini, yeay.. Saya dapat elaun itu hasil ceramah (baca:bebelan) saya. So, itu dikira gaji pertama saya la kan.. hehe~ 

Saya sampai beberapa minit agak lewat ke facial appoinment dek laluan sesak di pusat bandar. Well-known traffic-jammed. hectic KL.
OMG!! saya ada masa sebulan saja lagi untuk menikmati era 'single'.. ottoke? Banyak mesej 'reminder' yang saya terima. Saja nak buat saya cuak, kan.. haih.

Di saat kejatuhan USD dan Euro semakin rancak, saya memikirkan sesuatu untuk aset saya kelak. ehem-ehem, klik di sini :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS