RSS
Post Icon

famous amos choc chip


Assalamualaikum.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Kullu 3am wa antum bi khair.
Allahu Akbar 3x Walillahil hamd.
Salam Aidilfitri & Maaf zahir Batin kepada semua.

Sejak kecil saya disajikan dengan pelbagai kuih & biskut raya. Namun, bagi keluarga kami, biskut-biskut ini bukan hanya dimakan ketika raya. Malahan, sejak saya tingkatan 1 di MMP Kota Bharu lagi, setiap kali pulang dari bercuti, pasti berbalang-balang biskut yang saya bawa hasil air tangan mak saya, buat santapan saya & kawan-kawan. Ini berlarutan ketika saya menuntut di KISAS, DQ, sehinggalah ke Jordan. Namun, edisi di jordan, saya perlu membuat sendiri..hehe. Sehinggalah kini, biskut-biskut ini masih sama seperti dulu dan saya tak pernah jemu sama sekali!

Disebabkan ramai yang bertanyakan resepi choc chip saya (haha), maka entri kali ini adalah berkenaan resepi tersebut. Biskut-biskut lain, mungkin lain kali la..huhu.

FAMOUS AMOS HAWAIAN CHOC CHIP COOKIES

Bahan-bahan:
2 cawan butter (1 cawan=220g)
4 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
2 cawan castor sugar
2 cawan brown sugar
3 cawan oatmeal (blend halus)
3 cawan choc chips
1 cubit garam
500g cadbury bar choc (diparut)
4 biji telur
3 cawan badam dicincang
2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
1) Pukul butter dan gula sehingga kembang
2) Masukkan telur dan esen vanilla
3) masukkan oatmeal, garam, baking powder dan baking soda
4) Masukkan tepung gandum & kemudian, gaulkan
5) Masukkan choc chips, choc bar dan badam, kemudian digaul rata
6) Bentuk-bentukkan mengikut kesukaan masing-masing
7) Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit (bergantung pada keadaan oven masing-masing)

*adunan ini banyak & pasti sedap, insya Allah (^_^)
*banyak mesej raya yang diterima..hampir kesemuanya ada menyelitkan 'reminder'~last raya as single, LOL~
*siapa sangka, saya masih mendapat duit raya pada raya kali ini =P
*Sejujurnya, saya terkenang memori kali terakhir beraya di perantauan bersama kawan-kawan tahun lepas..miss them!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Rest In Peace

Arwah Wak Him bersama isterinya, Wak Esah (kiri) dan mak saya pada Syawal 2009 di Kampung Selabak, Teluk Intan

Malam 21 Ramadan.. Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak 'hidup' dengan qiyamullail berjemaah. Masya Allah. Di saat manusia leka dengan hidup dunia, di saat ramai yang enak diulit mimpi, masih ada golongan hamba yang gigih mencari reda Allah di 10 malam terakhir Ramadan.

Masih segar di ingatan. Hampir jam 5 pagi, mak memberitahu saya dengan cemas. "Ain, cepat bersiap, kita pergi rumah ewan. Wak him sakit". Sepantas kilat, mak menghilang ke rumah ewan, sepupu saya bersama adik.

Saya ditemani abah. Dengan bersiap ala kadar, menyarung tudung & cardigan saja, kami meredah sunyi pagi ke rumah ewan yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Sepanjang perjalanan yang tak sampai 10 minit itu, saya berterusan berdoa, 'semoga wak Him sihat, dipanjangkan umur'. Namun, tak dinafikan, jauh di sudut hati saya, saya merasakan, wak Him 'tak sempat' menjadi penyambut tetamu vip di kenduri saya. Oh, takkanlaa! Dari luar rumah, saya melihat ada banyak selipar di situ dan suara tangisan kedengaran.

"Assalamualaikum.. " ucap abah dan saya.

Saya melihat sekujur tubuh terbaring di ruang tamu, beralaskan toto. Beberapa orang berkerumun, ada 2 lelaki tak dikenali (mungkin jiran tetangga ewan) yang sedang membuat cpr, namun....tak kena cara. Getus hati saya.

"Ain boleh buat cpr?" tanya mak & kak erni, isteri kepada ewan.
"Boleh, insya Allah" jawab saya.

"Ain, tolong wak..tengokkan wak him... kenapa dengan wak him ni.." raung wak esah, isteri kepada wak him. Saya mengangguk saja.

Saya mengambil tempat. Ilmu BLS (basic life support) di-recall. Bismillah.

Pesakit pertama cpr saya sewaktu di Hospital Selayang (sewaktu elektif tahun lepas) selamat, alhamdulillah. Namun, gerak hati menyatakan sebaliknya bagi pesakit kedua cpr saya, merangkap pak cik saya ini.

Saya memeriksa wak him. "Ain tak rasa nadi.." saya berterus terang. Namun, usaha tetap dijalankan.

"Ain, selamatkan Wak Him.. Dah call ambulance. Deorang suruh buat cpr" kata Wak Esah dalam tangisan cemas. Saya hanya mengangguk. Ya Allah, bantulah saya.

Masuk kali ke-5 saya melakukan cpr, saya pasrah. Mata saya sudah bergenang. Teringat segala kenangan bersama wak Him, pak cik yang paling rapat dengan saya. Baru minggu lepas saya berjumpa wak Him di rumah ewan. Manakala 2 minggu lalu wak Him datang ke rumah saya. Kami berbual mesra, sambil wak Him mengisi borang permohonan nikah saya di bahagian saksi. Kini, saya memandang wajah itu.. kaku.

"Wak esah, mengucap di telinga kanan wak him yea.." kata saya, memandangkan saya 'bertugas' di sebelah kiri wak him. Saya diburu hiba. ' Dr Nurul Ain, get rid of your emotion! This is your patient. Just do your duty' bisik saya dalam hati.

Saya sempat melakukan 7x cpr sebelum ambulance sampai. M.A. dan doktor menjalankan tugas mereka sambil saya memberikan brief history. 57-year-old male patient, known case of ...blablaa...
"Any changes during cpr?" tanya doktor.
"I don't think so.. " jawab saya.

"Pak cik dah tak de. Allah lebih sayangkan pak cik" kata doktor. Yeah, itu yang saya nak katakan sejak tadi, namun.. emosi saya bertegas ingin menafikannya.

Serentak itu seisi rumah kelam kabut. "inna lillahi wa inna ilaihi raji3un" kata abah. Wak Esah menangis teresak-esak. Mak saya terduduk kesedihan. Ewan dan Kak erni juga kelihatan blurr. Si kecil Hanis & baby Humaira' terkebil-kebil tidak memahami. Saya melihat sekeliling. No! Saya mesti kuat. Insan-insan sekeliling saya sudah 'berada di alam sendiri'.

Kami berpelukan sesama sendiri sambil menutup wajah jenazah wak Him. Air mata ditahan. Yea, tiada setitis pun yang menitis lagi. Dengan suara yang tenang, saya menelefon memaklumkan berita tersebut kepada saudara-mara. Masing-masing terkejut. Tak lama kemudian, azan Subuh berkumandang. Usai solat, abah memaklumkan kepada orang-orang masjid.

Jenazah Wak Him selamat dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiyah. Kemudian, jenazah dibawa ke Ipoh untuk dikebumikan di sana atas permintaan Wak Esah, balu Wak Him dengan menaiki van jenazah.

Saya memandu sepanjang perjalanan pergi-balik KL-Ipoh, memandangkan abah saya mengantuk dan keletihan. Mata saya memandang jalan dengan pandangan yang kosong. Sesampainya kami di Ipoh, rumah sudah dipenuhi dengan sanak-saudara dan jiran-tetangga, juga kenalan wak Him dan Wak Esah.

Sewaktu saya bersebelahan dengan wanita-wanita yang membaca yasin, saya memandang sekujur tubuh di situ. Fikiran saya melayang.

"Tahniah doktor!" ucap wak Him sambil memeluk saya tatkala beliau menziarahi kami. Tika itu, saya baru 2hari sampai di Malaysia selepas pulang graduasi.

"Dah praktis duduk bersimpuh? hehe..pengantin kena duduk malu-malu nanti" gurau wak Him 2 minggu lalu. Beliau memang memahami betapa lasaknya saya sejak kecil.

"Wes perawan anak Badar" kata Wak Him sewaktu hari pertunangan saya.

"Anak dara ni orak reti anyam ketupat, senang jek..macam ni. Ni mesti asyik makan nasi Pak Arab je" kata Wak Him dengan nada mengusik. Saya yang sememangnya hanya pandai makan ketupat ini tersengih saja. sepanjang 6 tahun di Jordan, itulah kali pertama dan terakhir saya beraya di Malaysia, iaitu pada September 2009. Rupa-rupanya, itulah sambutan Syawal terakhir saya bersama beliau T__T

Beliau pasti melayani segala kerenah anak-anak saudaranya walaupun kami sudah besar panjang. Seorang atok yang sangat bersabar dan kebudak-budakan melayan keletah cucu-cucunya yang lasak dan mulut bak bertih jagung.

Pelbagai kenangan terimbau. Air mata mengalir tanpa diundang. Insan yang paling baik pernah saya kenali. Terlalu baik terhadap isteri, anak-anak, saudara-mara, jiran tetangga, dan kenalannya. Tak pernah sekalipun saya dengar beliau meninggikan suara dan marah. Menegur sambil tersenyum, dengan nada yang mendatar. Murah senyuman. Ringan tulang menjalankan tugasan rumah, kerja-kerja di dusun dan amanah dengan tugasan pejabat. Seorang yang sentiasa menjaga solat berjemaah di masjid, meskipun tika hujan di kampung.

"Hujan la wak.." kata saya.
''Apa guna ada kereta..'' balas beliau sambil tersenyum. Perbualan suatu tika dulu.

"Wak merasa 2x jadi imam solat terawikh ramadan kali ni.. Seminggu sekali rotate jadi imam harian solat fardu" cerita Wak Esah.

"Sejak pencen, tugasan rumah, semua wak selesaikan.." adu Wak Esah.

Sungguh saya kagum! 1 dalam 10 000 insan seperti beliau.

"Ni baju wak Him yang nak dipakai masa kenduri Ain. Semangat Wak Him siapkan baju ni awal-awal, seronok dia dengar Ain nak kahwin" cerita Wak Esah. Saya memandang baju melayu tersebut, air mata mengalir deras.

"Kaum keluarga boleh mendekati jenazah sebelum jenazah nak dibawa ke masjid untuk disembahyangkan dan dikebumikan" umum seorang lelaki di situ.

Seorang demi seorang mendekati jenazah Wak Him. Tiba giliran saya. Air mata disapu. Wajah penyayang itu ditatap seketika, dahinya dikucup. Sejuk. "Wak, Ain minta maaf. Terima kasih semuanya. Selamat berehat, semoga berbahagia. Doakan Ain. Ain sayang Wak. Kita jumpa di syurga, insya Allah" ucap saya.

"Syahmi nak meninggal dunia macam wak Him, mati dalam tidur, tak de nazak sakaratul maut. Meninggal dalam bulan puasa best, orang-orang dalam kubur dah beraya waktu bulan puasa" celoteh adik saya. Saya tersenyum. Menarik juga 'pemikiran' si bongsu ni.

"Wak Him rajin solat kat masjid, jadi imam terawikh, mengajar mengaji AQ..Wak baik sangat, sebab tu senang. Allah permudahkan." balas saya kepada Syahmi. Sengaja saya memberikan 'pencerahan'.

Tugasan beliau di dunia sudah selesai, termasuk menunaikan rukun islam ke-5. Alhamdulillah. Benar.. Insan yang sangat baik, 'pergi' dalam keadaan baik di bulan yang sangat baik. Allah yarhamhu~

Al-Fatihah juga buat Dr Jameel Alamee, doktor yang pernah mengajar subjek Genetics sewaktu 2nd year di JUST, Jordan. 'Subhanal Khaliq', ayat yang selalu beliau ucapkan sambil menerangkan pelajaran dan mengaitkan dengan ciptaan Allah. Markah 2nd exam Genetics saya dulu agak tinggi (Alhamdulillah) dek beliau yang sangat berdedikasi menerangkan intipati pelajaran sehingga saya tak mampu nak terlelap walau 2 saat. Rest in Peace~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

9hb

Alhamdulillah. hehee.. Happy!
Alkisahnya, kelmarin saya mendapat panggilan daripada Arulz. Rupa-rupanya, beliau (bagi pihak abang nya) ingin 'melamar' saya memberi talk kepada adik-adik yang bakal datang ke Mesir-Jordan dalam satu slot BTN.
Bila & di mana, soalan pertama saya. "Selasa, 11 pagi, Kem Meru"
Saya berfikir sejenak. Ermm, facial appoinment saya adalah pada Selasa 2.30petang. Saya google map seketika..insya Allah tak bertindan masa & sempat untuk saya bergerak dari Meru ke KL. Ok!

Tak lama kemudian, saya mendapat panggilan & emel rasmi daripada Encik Hasrizal, Pengarah Pengurus Latihan Kem Belia Negara Meru, Jabatan perdana Menteri.
Setelah bertanya serba sedikit mengenai objektif (perlulah diketahui apa objektif, kang syok sendiri cakap sorang-sorang), peta laluan, sasaran, masa dsb, ok, deal!

Tengah malam tadi baru saya menyiapkan slide, di samping menyelitkan gambar-gambar tatkala bergelar pelajar perubatan. Fokus utama saya mengenai Transformasi Sebelum, Semasa & Selepas Graduasi. Transformasi diri sebagai persediaan dari alam sekolah hingusan kepada alam dewasa berkerjaya. Yea, 6 tahun adalah tempoh transformasi itu.

Apakah azam/niat/angan-angan/tahap diri sebelum ke Jordan sama sehingga pulang membawa MBBS kelak? Adakah tahap kefahaman agama sebelum & selepas pulang kelak sama saja?? Cabaran-cabaran & sikap penuntut-penuntut semasa di sana.
Juga saya menyelitkan pengalaman-pengalaman sendiri, kawan-kawan, adik-adik juniors. Sebenarnya, pot-pet saya lebih ditekankan mengenai akademik, ponteng kelas, suasana peperiksaan.. dek banyak kes keciciran, jumlah repeat papers & repeat years yang meningkat saban tahun.

Perkongsian santai yang didahului oleh Ust Zulnunosman, graduan Mesir beberapa tahun lalu. Slot Q&A yang berkesan dek banyak soalan yang kami terima. Kesudahannya, slot yang bermula 11 pagi itu selesai hampir 1.45 petang. Dalam keadaan penat (& mengantuk) berpuasa pun, bersemangat adik-adik ni bertanya soalan eh, hehe.

Usai sahaja slot itu, saya diberi kertas oleh salah seorang tenaga pengajar di situ. "Dr tolong isi kan maklumat, yea".
Selepas tandatangan, saya dengan yakinnya menulis tarikh hari ini 09/09/2011. Yea, saya tahu hari ini 9hb, dek reminder 'KBN Meru' dalam iphone4 saya pagi tadi. Kemudian, saya menyerahkan borang tersebut.

"Dr Nurul, hari ni 9 Ogos laa, bukan 9 September" kata encik tersebut.
Opss, tersilap! Saya tersenyum sambil memperbaiki kesalahan saya. Kalau lah encik ni tahu 9/9/2011 tu tarikh ape, mesti dia kata saya berangan syok sendiri, adoilaa..*blushing*

Guess what?? Itu adalah borang claim elaun penceramah! *wink wink* RM130x2jam=RM260
Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadan..sungguh tak sangka :)
Abah saya memang tak pernah mengizinkan saya untuk bekerja sambilan di mana-mana. Namun hari ini, yeay.. Saya dapat elaun itu hasil ceramah (baca:bebelan) saya. So, itu dikira gaji pertama saya la kan.. hehe~ 

Saya sampai beberapa minit agak lewat ke facial appoinment dek laluan sesak di pusat bandar. Well-known traffic-jammed. hectic KL.
OMG!! saya ada masa sebulan saja lagi untuk menikmati era 'single'.. ottoke? Banyak mesej 'reminder' yang saya terima. Saja nak buat saya cuak, kan.. haih.

Di saat kejatuhan USD dan Euro semakin rancak, saya memikirkan sesuatu untuk aset saya kelak. ehem-ehem, klik di sini :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

graduasi dan sabar






my day! MBBS Just, Jordan. Class of 2011.

Alhamdulillah.
Bulan 6 bulan Graduasi.
Bulan 6 penuh kesibukan dek jalan-jalan bersama kawan-kawan ke London, Paris & Birmingham.
Bulan 6 berbahagia Le Tour de Jordan bersama keluarga.

my lovely family (^_^)

caption: no comment =P

Fatrah Julai menjelma. My last week in Jordan, insya Allah. But still, not finish packing yet.


Tatkala di penghujung alam klinikal dulu, terasa sayu untuk meninggalkan Jordan. Namun kini, bunga-bunga gembira sudah bertapak. Guess why?? Urusan sijil-sijil grad yang sangat merumitkan membuatkan saya terasa ingin cepat pulang ke Malaysia. sangat tensi berurusan dengan Arab. Lancar saja mulut untuk membalas, ringan saja mulut untuk me'laser' dek bengang dengan sikap sebahagian mereka.

Pe'el dari dulu sampai sekarang masih di takuk yang sama.
Di manakah bukti ketamadunan & sistem yang dibaik-pulih?

Sejak dari tahun 1 urusan-urusan di Just merumitkan. Belum dikira tatkala bergelar seniors, kerenah birokrasi dan kurang bersistematik Arab merencatkan urusan adik-adik juniors.
Sehinggalah kami sudah tamat pengajian, urusan sijil juga bermasalah.
Translation yang sepatutnya boleh disiapkan dalam masa sehari, boleh mengambil masa 2minggu. Itu belum dikira setiap cop & stem pada sijil yang perlu diambil dari tempat yang berbeza.
Orang ramai beratur, namun para pekerja masih boleh berborak santai sambil minum kopi dan menghisap rokok tatkala waktu pejabat, mengabaikan permintaan dan kehadiran orang ramai yang hadir.

Kesabaran ada tahapnya
Kebanyakan masyarakat Arab selalu berpendapat, orang Malaysia lemah lembut (baca: lembik), sentiasa pasrah walau 'dibuli' (hello, not me, ok!)
Sabar pada tempatnya, sabar pada yang hak, sabar ada tahapnya.
Jika kebajikan dicabul, hak terabai, kehadiran terabai sebegitu saja..mana mungkin boleh bersabar? Urusan yang boleh diringkaskan tapi sengaja dirumitkan.. oh, no! Kami masih banyak urusan lain lagi..

Itu belum dikira urusan di Amman. fuh! Sabar..senang diucap, namun payah untuk diaplikasi.

Teringat saya tatkala berjalan ke Jarash. Di kaunter tiket, pakcik itu sengaja melengah-lengahkan kami yang beratur untuk membeli tiket masuk sambil minum kopi dan berbual-bual. Hello, it's office hour, your duty time. Please behave yourself!
Me: assalam. ya ammu.. (berkali-kali saya memanggil)
Pakcik: memandang sepi panggilan saya sambil menyambung menghisap rokok.
Me: yalla.. bisur3ah ammu.
Pakcik: Ok. (tapi masih bergelak ketawa berbual-bual sambil minum kopi)
Me: (dengan suara yang agak kuat & tegas). ya Ammu. Yalla! ihna duyuf..tikramna. blabla.. saya membebel di situ.
Pakcik: *muka terkejut, sambil terus membuat tugasan. Hah, padan!
Nilai murni
Nilai murni Islam suka pada Kebersihan, Islam itu bersih jelas terpancar pada bangunan & tandas awam di negara-negara Eropah. Namun, keadaan sebaliknya di negara Bumi anbiya' sendiri. Sadis sekali!

Tatkala bercuti di Birmingham, saya sudah terpikat dek keindahan alam yang cantik, masyarakat yang ramah dan sopan serta kemodenan yang boleh dibanggakan. Tibanya kami di Queen Aliaa International Airport dari London, sudah terdengar pekikan Arab yang saling bergaduh, bunyi bingit hon kenderaan, tudung sudah terlekat bau asap rokok dsb. Oh..

Kita menjumpai nilai murni Islam di negara bukan Islam.
Bilakah nilai Jahiliyyah akan pudar di negara Islam(kononnya)??



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

kegembiraan selepas kesusahan



Fuh, cabaran untuk mengkhatamkan notes yang menggunung ini~

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allahu Akbar!
30 Mei 2011; keputusan diumumkan. Officially I'm a doctor! (inna ma3l u'sri yusro)

Jazakumullahu khairan jaza' kpd ahli Az-Zikr, my 1st graduation present~
Kami berkumpul menunnaikan solat Maghrib dan solat hajat berjemaah sambil sujud syukur diiringi jamuan meraikan kejayaan bersama. Alhamdulillah.
Tatkala melewati suasana final exam lalu. Sungguh, tak pernah dalam hidup hingga saat ini, saya merasai perit yang sebegitu. Setiap hari air mata mengalir, setiap hari jiwa merintih, setiap hari Dia tempat mengadu. Walaupun 'mid-term carry marks' saya di paras yang selamat, Alhamdulillah. Namun, soalan MCQ yang sangat susah saya rasakan, ditambah dengan oral exams yang horror. Ya Allah! Adakah saya layak untuk grad pada Jun ini? T_T
Exam adalah tarbiah.
Mengadu kepada manusia. Yeah, itu pasti dilakukan. Fitrah sesama manusia. Namun, mengadu kepada Tuhan adalah suatu kepuasan buat jiwa. Rintihan ini yang Allah rindukan.
Seingat saya, oral exams pada final exam yang yang lalu adalah situasi paling kritikal yang pernah saya rasakan dalam hidup setakat ini.
Teringat saya tatkala station ke-2 Paediatrics Oral exam.
3-year-old boy patient come to ER with 20minutes seizure. Now, it's controlled & his bp found to have 200/140. What's your Dx?
Me: status epilepticus.
Doc: No. because his seizure is controlled right now.
Me: His bp is Hypertensive.
Doc : So, What do we call that?
Me: I don't know (sememangnya saya tak dapat nak relate kan Dx untuk epilepsy & hypertension)
The answer is hypertensive encephalopathy.
Believe me, it's the 1st time I ever heard that diagnosis & it was during my final oral exam. OMG!
Jawapan bagi soalan-soalan rentetan sangat tidak memuaskan. Dah namanya 1st time mendengar Dx itu, maka hal-hal berkaitan juga agak mustahil untuk dijawab dengan baik.
At last, I just knew that this patient has chronic renal failure (atrophy left kidney by Ultrasound)!
Setibanya di rumah, saya membelek Clinical Oxford, bab Chronic renal failure.
"….if left untreated, will lead to seizure, encephalopathy… " Gosh!

Take home msg: Ok, lepas ni, andai ada kanak-kanak yang sawan datang ke ER, pasti saya akan order KFT & US untuk pastikan, entah-entah ia adalah pesakit chronic renal failure. Sekian.

Setiap hari menangis kerana merasakan tiada 'luck' dalam oral exam, dan setiap hari itulah saya membelek Al-Quran, pasti ada penawar yang Allah berikan.

"Dan tiada pertolongan/kemenangan kecuali dengan izin Allah" (Al-Anfal: 10)
"Jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kamu" (At-Taubah: 9)

Tatkala oral exam Internal Medicine; saya mendapat semangat baru usai solat &mengaji AQ. Alhamdulillah. Semua topic sempat saya belek, hanya 2 topik yang saya tak sempat baca. Dalam masa separuh hari, mana mampu untuk saya belek kesemua nota Internal Medicine. Sebelum keluar rumah bagi menghadapi oral exam 7pagi tu, saya membelek AQ.

"Maka katakanlah, 'Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung" (At-Taubah: 129)
Sungguh, saya hanya bertawakal. Penat. Andai hari ini juga 'miserable' sepeti sebelumnya, tak mampu untuk saya tangisi seperti itu lagi.

Dan soalan-soalan yang diajukan memang bukan topic biasa. Dengan tenang, saya menjawab berdasarkan 'common sense' sahaja. Tiada soalan berkaitan side effect of steroid, tiada segala yang berkaitan hyperkalemia, Diabetes, Hypertension, MI, ACS dan tajuk-tajuk favourite yang lain. Bukan rezeki saya untuk soalan common kot. Fuh!

Tatkala dalam lif, saya terdengar kawan Arab berkata, "oral aku ok je tadi, semua aku dapat jawab. Malam tadi aku tidur je, pagi tadi baru belek segala berkaitan diabetes. Dan doc hanya bertanya setiap inci mengenai diabetes, stages of dibatic retinopathy etc"
Oh, alangkah seronoknya dia! Topik yang semestinya mampu dijawab bi iznillah! Herm, rezeki dia.. pujuk hati saya.

Dan tibanya di rumah, saya membelek AQ. "Dan kesabaran itu yang terbaik" (Yusuf: 18)
Ya Allah, saya memang merasakan Allah sangat dekat dengan saya. Air mata kembali mengalir.
Gusar untuk menghadapi oral Surgery the horror,topic yang meluas, docs yang 'hati kering'. Oh Tuhan, bantulah saya! Sungguh, walau saya berusaha menghabiskan material Surgery, namun tetap takkan termampu dalam masa 1 hari.

Save the best for the last, itu target saya!
Namun, ia seolah-olah sekadar angan-angan dek banyak topic tak mampu dihabiskan. Usai Solat Isya', saya merintih. AQ dibelek.
"Sesungguhnya aku mengadukan kesusahan dan kesedihan aku kepada Allah" (Yusuf: 86)
Dan air mata kembali mengalir saat terbaca ayat itu.
Saat itu, saya berasa ingin 'kamekaze', menyerah kalah untuk oral exam Surgery. Namun, ayat seterusnya menyedarkan saya.
"Dan janganlah berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang-orang kafir" (Yusuf: 87)

Masya Allah! Allah! Allah! Hanya itu yang mampu diluahkan.
Yeah, just do my best! Membaca sekadar termampu, menjawab sekadar yang terdaya, semoga 'common sense' saya berfungsi dengan baik.

Mungkin insan-insan di luar melihat saya 'agak tenang' dan 'happy' sepanjang waktu exam.
Namun, keadaan sebenar diri ini, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui, rakan-rakan terdekat yang memahami, mak abah yang sentiasa menghubungi, memberi sokongan tak berbelah bahagi. Jazakumullahu khairan jaza'.
Usai oral exams, kami berkumpul bagi menunaikan solat hajat bersama-sama, mudah-mudahan diberikan ketenangan hati, diberikan kejayaan yang diberkati, diberikan takdir terbaik buat dunia akhirat kami. Berdebar-debar menanti keputusan lebih hebat berbanding cuak untuk menghadapi oral exams.

Saya bermuhasaah, terfikir sendiri. Bagaimana keadaan kita tatkala cuak menghadapi 'oral exams dalam kubur' kelak & lebih cuak tatkala menghadapi keputusan/menanti buku amal di padang Mahsyar kelak. Astaghfirullah. Peperiksaan dunia, peperiksaan akhirat.

Alhamdulillah, young medical doctor & young dentist~Bayt Smiley
p/s: banyak projek menanti sepanjang cuti, berziarah ke sana sini, & menguruskan perkara-perkara yang wajib diselesaikan. May Allah ease. Hanya berbaki sebulan tempoh permukiman di Jordan. T_T

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

hak, exam dan kemenangan

"Dalam banyak-banyak surah, surah apa yang paling disukai atau paling selalu dibaca untuk menenangkan hati, sewaktu sedih dsb?" tanya saya kepada mereka.

Macam-macam respons~surah Al-Fatihah, petikan As-Syuara', ayat 1000 dinar, ayat Kursi dsb..

TUHAN hanya ada sewaktu susah sahaja??
Jawapan spontan daripada semua~TAAAAAK!!


Namun, sedar atau tak, kadangkala (baca: seringkali) kita 'mencari' Tuhan hanya sewaktu 'down' sahaja. Ia refleksi kepada sejauh mana pergantungan kita kepada-Nya dan REALITI kepada sedalam mana 'tempat-Nya' di hati kita.

F irman Allah dalam surah Qaf ayat 16, "Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya berbanding urat lehenya".

Aakah benar Tuhan subur dalam setiap hembusan nafas kita, adakah Tuhan hadir dalam setiap denyutan nadi kita, adakah Tuhan benar-benar hidup dalam mata hati kita? Yakinkah? Buktikan!

Iman adalah percaya dengan hati, dilafazkan dengan lidah dan beramal dengan anggota. Kita tahu kita beriman. Kebenaran itu memang nyata, keyakinan terhadapnya juga sudah dipupuk sejak kecil. Namun kadangkala tindak tanduk kita seolah-oleh 'menggambarkan' keyakinan itu tidak seiring dengan keimanan terhadap kebenaran.

Al-Quran sarat dengan ayat motivasi. Tentu kita suka membaca ayat 13 surah As-Saff "Dan ada lagi kurnia yang kamu sukai iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin"

Yea, pertolongan Allah dan kemenangan yang dekat itu yang kita inginkan. It's a miracle. Rahmat Allah. Namun, tetap bersyarat! Apakah syaratnya??

Usah sekali-kali dilupa ayat sebelumnya, iaitu ayat 10-12 dan ayat selepasnya, iaitu ayat 14.

Ayat 10~Wahai orang-orang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?

Ayat 11~Kamu beriman kepada Allah, berjihad di jalan-Nya dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui.

Ayat 12~Nescaya diampunkan dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan tempat tinggal yang baik dalam syurga A'dn. Itulah kemenangan yang agung.

Ayat 14~Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong agama Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk menegakkan agama Allah?"

Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan bani Isrel beriman, manakala segolongan lagi kafir; dan Kami berikan kekuatan kepada orang-orang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang".

~Bittawfeeq wan najaah buat semua~

Sewaktu fatrah imtihan, masing-masing akan 'masuk gua' sendiri. Namun, usah sekali-kali kita mengabaikan tanggungjawab yang sedia ada; hak kepada Allah, hak kepada ibu bapa, hak kepada manusia, hak kepada diri sendiri.

Hak kepada Allah
Ada yang melewat-lewatkan solat untuk menghabiskan tajuk-tajuk yang perlu dibaca.
Ada yang paling awal ke masjid, untuk mendapat 'keberkatan exam'
Ada yang tak tidur malam dek study bagai nak rak.
Ada yang sanggup bangun sebelum Subuh untuk qiamullail walaupun Subuh pukul 4pagi.
Ada yang mengurangkan bacaan Al-Quran kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada study
Ada yang terlalu rajin membaca Al-Quran sehingga 4juz setiap hari (hari biasa sekadar 4muka surat)

Hak kepada ibu bapa
Reda Allah pada reda ibu bapa
Minta ampun, doa dan restu daripada mereka selain bertanya khabar dan cerita
Jarak bukan penghalang, air dicincang takkan putus, ikatan langit-bumi yang kekal walaupun terpisah jasad oleh alam lain

Hak kepada manusia
Usah dilupa tanggungjawab sebagai rakan serumah, giliran memasak, solat berjemaah
Usah dilupa untuk mengambil cakna hal-hal rakan se-batch yang ditimpa musibah
Oh, berita dunia (baca: urusan umat) usah dikata, mungkin 'terpaksa' diketepikan buat sementara waktu

Hak kepada diri sendiri
Diri kita juga memerlukan rehat, rehat untuk terapi rohani (solat), terapi jasmani (makanan seimbang, berkhasiat & tidur)
Yea, mungkin kuantiti waktu sosial dan tidur dikurangkan..namun, kualitinya tetap perlu dijaga.

Suka saya berdiskusi mengenai entri Ustaz Hasrizal ini
Memang perlu diketuk minda muda dan 'veteran' masyarakat Malaysia.

Alhamdulillah, 3paper MCQ sudah belalu. 100 soalan. Berpinar-pinar mata membaca 'hikayat' soalan yang panjang-panjang. 1 more MCQ (Batini) & 4 oral exams to go insya Allah. May Allah ease. Please pray for me, Jazakumullah :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

anyonghaseyo

~Dinner time~we was here

Alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah habis 2 paper final exam. Sewaktu merangkak ke soalan ke-80 daripada 100 soalan, otak saya sudah terasa tepu. OMG, lapar nya! Maka, saya menjawab exam sambil makan coklat & air mineral. Dr Faheem dan Dr Haifa yang melepasi saya tersenyum saja.

Sebaik saja selesai exam O&G, seperti biasa, tempat yang akan diterjah adalah kedai makan. Namun, destinasi kali ini agak berbeza. Jom ke Korea! 2011 adalah tahun melawat Korea kan.. hee. Sangat jealous dengan my bestie, Cik Nyonya Wani. Oleh sebab saya tak dapat ke Korea, dapat pergi ke restoran Korea pun jadila.. huhu.

~ja jamyun~mee & red bean sos
bibimbap~nasi campur.
Chef tu mengajar kami cara makan, memang seperti dalam drama Korea, hehe.

Ja jamyun, bibimbap, mixed fried rice, shrimp fried rice, side dishes.. kesemuanya sungguh melazatkan! Alhamdulillah. Pada mulanya, kami bercadang untuk meng-order grilled meat tatkala habis menu pertama. Namun, oleh sebab masing-masing sudah kekenyangan sambil berbahasa korea dengan para pekerja, hasrat ditunda. (penangan menonton drama korea..hehe)
Licin segala menu yang di-order, termasuk mixed fried rice.

Wanita sungguh istimewa. Obs & Gyne (perbidanan & sakit puan) adalah subjek major dalam bidang perubatan. Surah An-Nisa' juga adalah surah wanita. Masya Allah. Tatkala study group & self study, saya merasakan subjek O&G sangat banyak & meluas. It's all about us. Women are complicated yet so unique.

"Ambil bidang O&G je" kata mak sejak dulu lagi. Pada saya, bidang ini memerlukan bukan saja ilmu & pengalaman, malah jihad & pengorbanan yang tinggi.

~Happy Mother's Day, mak. You are the best! Pendidik yang sabar, pendengar yang setia, guru agama yang tegas, the best supporter, the best chef I ever know. Semoga Allah sentiasa memelihara mak di dunia akhirat, memberi sebaik-baik ganjaran atas segala yang telah mak curahkan~ Always love & miss you (^_^)



Ok, let's start new window. Paediatrics world for my next paper. May Allah ease.

p/s: Tiket pulang ke Malaysia (for good), one way-no return sudah dibeli. 10/7/2011, Qatar Airways. Alhamdulillah. semoga semuanya berjalan lancar, dapat grad dengan cemerlang, insya Allah. Ameen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

exam oh exam

Alhamdulillah, selesai 1. Masih berbaki 3 paper & 4 oral exam. 100 soalan bagi setiap paper. Fuh!
Ya Allah, permudahkanlah kami.
Terima kasih kepada yang mendoakan kami, menghantar mesej-mesej Good Luck dsb.. sangat terharu. huhu. Jazakumullahu khairan jaza'~

Time waits for no man. Nota Surgery disusun dan kini, meja dan ruangan tepi bilik saya dipenuhi dengan nota-nota dan buku-buku O&G pula. Sedang saya seronok meratah milo sambil membaca buku 10Teachers, tiba-tiba saya terhenti. Eh, apesal sejak tadi page ini diulang-ulang tapi, tak faham apa-ape? Uwaaa.... Otak, silalah bekerja dengan sangat cemerlang, banyak yang perlu dikhatamkan. Lantas saya menelefon mak, meluah perasaan T__T

Me: Mak, sedihnya.. baca dari tadi tapi tak masuk-masuk! Uwaa..
Mak: Tak pe. take your time. Otak terkejut lepas Surgery kot. hehe. (see, she will always comforts me)
Me: Alaa, baaaaanyak lagi kene cover. Baru nak mula O&G..
Mak: Haa, rebus jek buku-buku dan nota tu. Minum. hehe
Me: haha. Tak boleh, buku Ain semua ori, sayangla, dahle mahal. Nota tu tulisan sendiri (surely ala-ala 'tulisan doktor', hehe).
Mak: Gi munim madu, kunyah kismis. (mak memang tahu hobi anaknya=makan)


Kebiasaannya, di waktu saya terasa agak tensi, mak akan suggest 'gi makan coklat banyak-banyak', 'Dah makan ais krim?', 'Bulan ni dah shopping ke belum?' haha. Terapi duniawi tidak ditinggalkan, yang pasti, 'terapi ruhi' sentiasa diutamakan, insya Allah.

~Seronoknya saya sewaktu zaman kanak-kanak..senyuman ikhlas menayang gigi yang baru bertakhta,
tak perlu tensi dengan pelbagai hal~


Ada junior bertanya saya, "area exam ni, akak makan tak? Jangan makan maggi je"

Huhu. terima kasih atas keprihatinan. Oh, saya tak makan maggi (setakat nak merase 2sudu bolehlaa). Sewaktu study group, kami akan order 'nasi briyani free delivery' atau fast-food yang lain. Yang pasti, jika di rumah, akan memasak se-simple yang boleh, namun nutrisi seimbang. Contohnya; sup, paprik, tom yam, rebus lauk + salad/gratted carrot with slight lemon juice, bening (jawa stail) dll. (lauk dan sayuran boleh disekalikan dalam satu masakan. mudah & ringkas. menu versi exam. hehe)


Insya Allah esok (Jumaat, 29 April 2011) akan diadakan Pilihan Raya PERMAI untuk sesi kepimpinan 2011/2012.

Erm, kenapa saya merasakan suasana mengundi & kempen kali ini kurang hot?? Oh, adakah kerana saya 'kini menjadi golongan ashabul kahfi dek imtihan nihaie'? Kurang kedengaran manifesto daripada calon-calon, maka saya tidak tahu apakah misi yang ingin mereka jalankan bagi kepimpinan akan datang. Kurang mesej-mesej telefon untuk memilih calon sekian-sekian. Calon-calon juga 'mungkin' tak sempat nak menziarahi ahli-ahli, memperkenalkan diri dsb bagi meraih undi. Apapun, Selamat mengundi!


*keluar mengundi buat kali terakhir di Jordan..takkan nak buat undi rosak, kan.. hehe.

Kepada calon-calon, persiapkan diri & minda, perbanyakkan membaca isu-isu kepimpinan zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan kepimpinan kini. Semoga menjadi panduan buat kalian tatkala menerajui kepimpinan akan datang. Pemimpin harus berusaha menguatkan jiwa dengan tahajjud. Banyak urusan dan situasi yang tidak terjangka di hari muka, hanya rahmat Allah yang akan menguatkan kalian. Selamat bertanding!

Entri lalu berkenaan kepimpinan & PR~Bekalan pemimpin, Undian, Kempen & PR, nasib perlembagaan persatuan.




Ok, jom sambung study :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

sayonara mini-osce & osce

Bismillah. Alhamdulillah, selesai sudah exam OSCE & mini-osce. Exam yang sangat mencuakkan bagi saya. Semua perlu sangat pantas & tepat.

Usai menjawab mini-osce kelmarin, tiba-tiba Dr Basel memberikan jawapan. The exact answer only! Jawapan betul tapi kurang tepat takkan diterima. Walaupun tertinggal 1 perkataan.
Ada satu gambar seperti di atas, seolah ada sling (dan saya yakin, ianya merujuk kepada stress incontinence).
What's your Dx? urinary stress incontinence.
(but, the only acceptable answer is genuine stress incontinence)
So, fahamla..dah salah. Arghh! Itu baru satu sub-question.
Yes, I do think this is the worst mini-osce I ever had. The best mini-osce was in the last Paediatrics rotation.

OSCE terakhir saya berakhir semalam. Alhamdulillah. It's like oral exam. Palpitation, mental block, rasa macam tak taw apa-apa, rasa nak menangis, segala GI symptoms ada, dsb.. Itulah perasaan cuak nak exam OSCE. Pentingnya berdoa agar diberi ketenangan & tawakal sepenuhnya pada Allah.

Saya memang berharap agar 'bersama' dengan Dr Fayeez (gaya seorang atok, huhu) dalam salah satu station & 'dijauhkan' daripada doktor-doktor malignant. Erm, memang doa specific!

Station pertama saya bersama Dr Fayeez~soalan berkisar partogram.
sangat best bila bersama Dr Fayeez, walaupun tidak tahu berapa markah yang beliau berikan, namun situasi exam bersama beliau memberikan ketenangan & keyakinan. Alhamdulillah.

Assalamualaikum, I'm Nourel.. (tak sempat habiskan ayat, doktor dah mencelah)
I know, you Nourel 3in shamsuddin harun, beautiful name. Antu muhtaram.
Oh, thanks (agak terharu, eh..doktor hafal nama aku? hehe)

What is this? partogram
At what time ROM? 8.30am
What you call this? primary dysfunctional labour.
Management..dan pelbagai soalan lagi.
Bagi setiap jawapan yang diberikan, beliau akan sangat impressed walau jawapan kita biasa-biasa jek. Bravo! Excellent! Doctora Nour, enti muhtaram!

Station kedua bersama Dr Khaled dari Hosp Badi3h.
Kes pesakit.
Polyhydramnios causes.
maternal-DM, fetal-multiple gestation, anencephaly, duodenal atresia, esophagial atresia, placenta-AV malformation, chorioangioma
Banana & lemon sign found on US, what's your impression?
Neural tube defect-spina bifida, nuchal translucency
Few last quest related to DM, management of the patient
A week later, she came with severe abdominal pain, what's your impression? Placenta abruptio
Next step after delivery.



Station ketiga bersama dr 3yad dari Hosp Badi3h.
History jelas menunjukkan severe PET (
very high bp, +3 urine dipstick, & symptoms, suddenly came to ER).
what's your Dx? severe PET
Lab test
Management
Few hours later, she develope tonic clonic, what's your impression? eclampsia
Management
Criteria for MgSO4 toxicity
Mode of delivery-C/S

Alhamdulillah 3la kulli hal. Sepanjang 3 tahun melaluinya, OSCE bukan sekadar ruang untuk menguji tahu atau tidak, berjaya interprete dalam masa yang sangat singkat atau tidak, tapi lebih kepada MENGAWAL EMOSI dan TAWAKAL kepada Allah. Faiza 3zamta fa tawakkal 3lallah. Waktu yang sangat kritikal, minda diuji, emosi diuji.. seolah-olah menguji bagaimana reaksi kita tatkala berlaku kes emergency. You have to act as fast as you can, or the patient will die within 3minutes if you still keep silence or waiting while you dig your knowledge from your medical book!

Kalau dulu belajar kerana nak dapat markah tinggi, nak lulus exam, nak naik tahun..
Kalau dulu belajar kerana nak dapat pahala menggembirakan hati mak ayah, nak merasai own satisfaction. (selain niat-niat baik yang lain)
Tapi, kini belajar bukan sekadar untuk itu..malah belajar untuk melayakkan diri menjadi A SAFE DOCTOR MUSLIMAH in the future insya Allah. Mungkin kerana kesalahan sedikit sewaktu bertugas yang berpunca dek ketidakseriusan belajar tatkala alam universiti, mampu membahayakan nyawa manusia lain yang tak bersalah, sedangkan manusia lain itu mampu memberi sumbangan yang lebih hebat untuk dunia Islam. Nah, kurangnya keIzzahan dunia Islam itu mungkin kerana kesalahan kita yang dianggap kecil.. Mungkin..

Ya Allah, beratnya tanggungjawab yang menanti. Bantulah saya..

~ROAD TO FINALE BATTLE~Allahu yusahhil lana insya Allah
::Let's recite Surah Al-Insyirah::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

dalam kenangan

salamtik cik Lina :)

Alhamdulillah3x. My last day in hosp as a medical student, insya Allah.
Dulu zaman teori (pre-clinical), kami sangat excited untuk menempuhi alam klinikal. Tatkala hari pertama menjejak hospital bergelar pelajar perubatan tahun 4, perubahan pakaian tidaklah ketara bagi pelajar perempuan. Namun, berbeza bagi pelajar lelaki kerana mereka perlu kemas berambut pendek, memakai kemeja, tie, berkasut hitam. No more jeans & t-shirt!


Minggu-minggu pertama mengambil kes memang mencabar dek kedengaran istilah-istilah baru.
Aku salah sebut ke, pesakit yang salah faham?
Jika soalan dijawab, saya pulak mengerut dahi..'apa makcik ni cakap..tak faham'. (tambahan jika penduduk kampung yang mempunyai loghat)

Banyak asam garam pahit manis ditempuhi.. Morning report, ward round, morning clinic, evening clinic, operation, emergency, seminar, lecture, skills lab, group discussion etc.
Pada hari ini, segalanya berakhir (untuk hosp di jordan shj), kerana rutin ini akan dialami lagi tatkala bertugas di Malaysia kelak, insya Allah.. berkitaran untuk seumur hidup.

Pengalaman ditinggalkan terkontang-kanting oleh doktor , ditegur dek tidak tahu atau salah memberikan jawapan yang tidak menepati skemanya, terasa 'pandai giler' dek terasa tidak tahu akan sesuatu perkara sedangkan kawan-kawan Arab lain berbincang dengan bersemangat, semua ini takkan dilupakan. Tapi, kadangkala tak sedar diperli dek otak 'terlalu lurus'..huhu. Semestinya ia menjadi 'gosip biasa' tatkala makan bersama rakan-rakan. Yang pasti, semua itu harus ditelan 'tanpa perasaan' dek perjalanan masih jauh. Malahan, cabaran alam kerjaya lebih dahsyat. Ya Allah, bantulah saya.

Belum dikira pengalaman beberapa kali pitam tatkala penat ward round, memeriksa pesakit yang ......., melihat kes diabetic foot yang ........., di'ngorat' oleh pesakit (sambil diberikan macam-macam). Oh, dramatik! Segan yang amat. Wahai diri, bertahanlah untuk sepanjang hidup ini.

Hari pertama O&G, saya membentang kes. Hari terakhir ward round juga Doktor 'berkenan' dengan kes saya. 'Excellent history' kata Dr Lama. Alhamdulillah. Mudah-mudahan mendapat 'very good evaluation enshalla'.

Seminggu terakhir saya (pelajar) dan beberapa mukim bersama Dr Faheem. Kes infertility (kemandulan), bayi meninggal dunia dalam kandungan, pesakit terlalu ramai sehingga saya sendiri terasa letih berdiri & bertegur sapa sambil bermanis muka dengan pesakit, lambakan kes pembedahan (berturut-turut tanpa henti sepanjang hari), satu wing dipenuhi oleh pesakit Dr faheem sahaja. Maka, kami perlulah melihat kesemuanya setiap hari. Oh, ini baru di alam belajar, sudah mengadu penat. Apatah lagi di alam kerjaya kelak. (dah ini jalan yang dipilih, maka teruskan)

Makanan di kafe hospital (KAUH) adalah salah satu tempat makan yang takkan dilupakan. Sedap, banyak, murah & yang pasti, kebersihan terjamin. 1 wajbah untuk sesuatu masa memang mampu dihabiskan. Oh, patutla berat badan saya bertambah. Inilah antara faktornya. huhu~ (niat diet sentiasa ada, namun pelaksanaannya..?)

Melepasi keluar pintu utama KAUH tadi, hati saya diburu perasaan sayu. This is the best'playground' ever! Doktor-doktor yang sangat saya kagumi, kawan-kawan yang sangat membantu & menceriakan hidup..tempat saya belajar pelbagai perkara, tempat saya bermuhasabah pengertian hidup, tempat jatuh bangun saya sepanjang bergelar pelajar perubatan, tempat saya belajar untuk lebih menghargai nikmat sihat, semua ini adalah kenangan yang tak boleh dijual beli. White coat lengan panjang ini akan saya rindui. Di Malaysia kelak, akan memakai white coat berlengan pendek. Terima kasih semua. 'Tempoh berkurung' berkuatkuasa. Wish me luck for my exams (^_^)

Mini osce exam~Sunday, 17/4
Osce exam~Monday, 18/4

then,
FINALE BATTLE
27/4~General Surgery
4/5~Obs & Gyn
11/5~Pediatrics
18/5~Internal Medicine

MAY 22-26~Oral Exam


Allahumma Yassirna Allahumma najjihna
Allahummaj 3lna 3bdan syakuro

Setinggi-tinggi penghargaan kepada mak, abah & keluarga yang menjadi tempat luahan saya selama ini & sentiasa memberikan sokongan serta doa buat saya. Barakallahu feekum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

'wanita segera', opss!

Suatu hari di klinik Paediatrics 2bulan lepas. Pagi itu, sebelum Dr Rola tiba, saya menemui para pesakit sambil membaca file mereka. Owh, tebalnya file pesakit ni! bisik saya. Kasihan, walhal masih kanak-kanak.

Ya habebty, kefek? syu ismik? (sayang, apa khabar? siapa nama kamu?)
sapa saya, memulakan bicara. Kanak-kanak perempuan itu tersenyum comel sambil menjawab sapaan saya.

Tatkala membaca file nya.. Oh, apakah CAH? dan ada beberapa tulisan dan shortform yang tidak saya fahami. Namun, saya membuat analisis sendiri tatkala membaca report NICU (neonatal ICU), tertulis 'muhammad..' pada namanya, ambiguous genitalia dan karyotyping test result. Oh, congenital adrenal hyperplasia, kasihan. Innalillah~

Sebenarnya, pesakit itu tidak diketahui jantinanya. Namun, setelah karyotyping test, beliau adalah 46XX, perempuan. Maka, namanya ditukar setelah usianya 3bulan. Banyak penyakit yang dihadapi olehnya. Semoga adik itu tabah, insya Allah.

Kelmarin, saya terlihat video ini..Astaghfirullahal 3zeem, Allahu yahdeehim.




Sungguh saya terkesima! Adakah kerana naluri sudah berubah? Apakah hala tuju jangka masa panjang? Adakah kerana persekitaran? Adakah kerana ingin tampak cantik? yerla, perempuan kan sinonim dengan kecantikan.

Teringat filem Antara 2 Alam. Saya baru menontonnya semalam. Sekadar melihat jalan cerita pada beberapa minit permulaan dan mengambil tahu pengakhirannya saja, huhu..dek ceritanya terlalu lambat & banyak adegan yang saya rasakan tidak perlu ditonjolkan, walaupun faham akan nilai yang ingin diketengahkan. Well, skip when u can skip! =P

Saya berdiskusi dengan housemate tatkala dinner berkenaan isu lelaki lembut, transeksualiti, homoseksual dan kes-kes chromosome dan syndrome. Oh, mereka boleh menjadi wanita 'secara bentuk luaran' (malah kadangkala bentuk tubuh 'diadun' agar lebih menggiurkan daripada wanita asli), namun, mereka pasti tiada ovary, tiada uterus, bukan? huhu..

Susah untuk dipastikan siapakah yang benar-benar wanita tulen jika hal ini tidak dibendung. Saya meletakkan diri saya sebagai bakal pegawai perubatan kelak (insya Allah).
Takkan nak tanya, 'maaf ye, puan ni lelaki ke perempuan?' walaupun pada 'pakaian dan benjolan luaran' jelas seakan perempuan, namun suara agak garau (atau nadanya 'semacam') dan kulit yang tampak kasar, meyakinkan saya bahawa si pesakit ini adalah lelaki?

Jantina sangat penting. Lelaki dan perempuan adalah berbeza dari segi diagnosis penyakit dan management nya. Ada ubat yang sesuai untuk lelaki namun, contraindicated untuk perempuan kerana kesan sampingannya. Ini baru seranting isu dalam perubatan, belum masuk isu hukum hakam pembedahan plastik lagi..

Menyingkap kisah perihal aurat. Jika di female restroom, sudah pastinya kita akan menyangka kesemua yang masuk di dalamnya adalah wanita. Tiada masalah jika mahu membuka tudung bagi men'touch up' wajah dsb. Namun, jika terdapat 'wanita segera' ini, sudah pasti hukumnya tetap ajnabi, haram dilihat untuk bahagian selain muka dan tapak tangan. Namun....

Jika difikir-fikir, ingin saja saya membawa poket doraemon yang berisi ultrasound ke mana-mana. Jika diperlukan, mudah saya mengeluarkan ultrasound sambil memeriksa, 'ada ovary tak? ada uterus (rahim) tak?' huhu.

Mungkin akan datang, perlu dinyatakan chromosome typing result pada mykad masing-masing. herm...

Saya mengeluh sambil berbicara dengan my housemate, "mereka ni tak fikir ke, naluri songsang, glamour dan cantik sebagai 'wanita segera' ini hanya bertahan paling lama dalam 20tahun. selepas itu, apa nasib mereka? Tatkala mati, berapa lapisan kain kafan mahu dibalut? Mereka mahu ditalqinkan sebagai lelaki atau perempuan?"

"Akak, kalau semua orang fikir macam ini, tak de lah syurga neraka. Tak de lah jenayah dalam dunia. Tak de lah lahirnya golongan begini" kata my housemate, cik Ku ct.


Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki (HR Bukhari)


Berkaitan isu homoseksual...
Firman Allah SWT dalam Surah Al-A'raf ayat 80-84;

Dan Kami juga telah mengutus Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya, "Mengapa kamu melakukan perbuatan keji yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu di dunia ini?

Sungguh, kamu telah melepaskan syahwatmu kepada sesama lelaki, bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas"

Dan jawapan kaumnya tidak lain hanyalah berkata, "Usirlah mereka (Lut dan pengikutnya) dari negeri ini, mereka adalah orang yang menganggap diri mereka suci".

Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikutnya, kecuali isterinya. Dia(isterinya) termasuk orang-orang yang tertinggal.
Dan Kami hujani mereka dengan HUJAN BATU.
Maka, perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat dosa.


Wallahu A'lam.

p/s: insya Allah Sabtu ini akan diadakan jamuan buat Netballerz. Rindu untuk ketemu mereka (^_^)

Teringat video adik MatLutfi berkaitan cantik...Mesej positif dalam wasilah yang santai.
~Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS