RSS
Post Icon

lupa atau lalai berDOA?

Kadang-kadang, kita terlupa membuat 'rutin' yang diajar sedari kecil, iaitu DOA sebelum & selepas belajar. Adakah ini merupakan salah satu factor ingatan ketika kecil lebih mantap berbanding di alam dewasa (mungkin kot?)


Doa sebelum belajar

"Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah kefahamanku.Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.Ya Allah ,keluarkanlah kami daripada kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami ma'rifah ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagi ku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang paling pengasih."


Doa selepas belajar

"Ya Allah, kurniakanlah kepada ku kefahaman para nabi dan pemeliharaan para rasul dan ilham para malaikat yang hampir (denganMu).Wahai yang maha pembuka dan yang maha tahu, bukalah hatiku seperti orang-orang arif.Ya Allah, aku pertaruhkan kepada Mu apa yang Engkau tahu tentang sesuatu berkenaan diriku.Kembalilah ia kepadaku sesuai dengan hajatku kepadanya dan janganlah Engkau melupai sesuatu yang berkaitan dengan diriku,wahai tuhan sekelian alam."


Minggu terakhir di KAUH~insya Allah Khamis ini akan melalui exam skill lab & juga merupakan giliran saya untuk pembentangan kes. Good luck!! (sila rajin,ok!)


Banyak info yang dipelajari di KAUH. Semakin kagum dengan kekuasaan Allah. Betapa hebatnya 'aura' wanita, sehinggakan perlu ada satu subjek khusus yang luas mengenai wanita~Obstetric & Gynecology. Ops, sorry para lelaki, no offense!


Skill lab pagi tadi, perbincangan mengenai menstrual cycle bersama Dr Rawan (gaya seorang ustazah), manakala semalam tentang vaginal examination (praktikal tajuk ini agak ngeri saya rasakan, namun saya perlu 'berlagak' profesional). Seminar pada petang ini mengenai family planning & urinary problem in pregnancy, supervised by Dr Lama. Sewaktu tajuk family planning (perancangan keluarga), kelas agak sunyi dan kesemuanya khusyuk mendengar pembentangan para pelajar, malahan, banyak soalan diutarakan di akhir pembentangan. Herm..


Sewaktu ward-round bersama Dr Zuhair yang berpangkat professor, berdedikasi gaya seorang atok namun, gagah berulang-alik menaiki & menuruni tangga, seolah-olah mengabaikan kemudahan lif. Selain perbincangan kes-kes pesakit, beliau banyak menekankan aspek etika & adab bersama pesakit, khususnya di bidang ini, di mana hak pesakit wanita & privacy sangat-sangat perlu dititikberatkan.


"It's ok to make mistake when you are still a student"-Dr Zuhair.

Mistake~kesilapan semasa mengambil kes, ada bahagian yang terlepas pandang, kurang peka terhadap reaksi pesakit, tidak membuat pemeriksaan dengan teliti, salah diagnosis, membuat investigation yang tidak diperlukan, salah turutan management, tidak dapat menginterpretasikan soalan doktor dengan sempurna, kurang ilmu dan sebagainya. Di sinila, tika inilah segala kesilapan ini perlu diterjemah kepada sebuah pengajaran dan penambahbaikan.


Teringat perbualan dengan mak beberapa minggu lalu.


Mak: Best tak belajar O&G? boleh la jadi pakar sakit puan..

Me: Erm lama-lama dah okla. Tapi utk amik specialist bidang ni, tak sanggup la mak..

Mak: Kenapa? Tak minat ke?

Me: Komitmen. Even dah jadi specialist O&G pon, still hectic life, perlu banyak pengorbanan. Ain nak ada life sendiri, tambah-tambah akan datang 'kalau' dah berfamili ke.. (eceh! :p)

Mak: Oh, macam tu ke. Tak per, boleh bincang dengan partner. Insya Allah saling toleransi. Doktor yang sambut Ain masa lahir dulu nak Ain jadi specialist O&G.

Me: Yea?? Alamak.. scary nya! Dia dah 'jampi' sejak Ain lahir ke? hehee.. tengokla masa depan Ain macam mana nanti. Yang pasti, prioriti perlu diutamakan, tak nak diri & prioriti terkorban.Lagipun bidang ni banyak sangat masalah Fiqh (pengguguran, kandungan luar rahim, masalah persenyawaan dll), Ain tak berani la.


Esok bermula peperiksaan akhir bagi pelajar-pelajar tahun 6 perubatan JUST, batch 2004 untuk tempoh sebulan. Bittawfeq wan najaah buat kalian! Semoga dipermudah & berakhir dengan kejayaan, super-seniors! ^^ Ameen,


Sedar tak sedar, it's my 'playground' for about one year left. Pantas sungguh masa berlalu. Hampir 3 minggu sebelum menjelang peperiksaan akhir tahun 5 (11 subjek berderet-deret~grrr). Tempat jatuh dan bangun kembali di samping kawan-kawan. Semoga kami kuat dan berjaya di sepanjang trek ini, seiring dengan peningkatan iman & ilmu, insya Allah.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS