RSS
Post Icon

lebaran aidilfitri

crystal balls vs snow balls
famous amos choc chips

Taqabbalallahu minna wa minkum.
3eid Mubarak. Kullu 3am wa antum bi khair.
Selamat hari raya aidilfitri.. njalok ngapuro seng okeh-okeh =D

Yeah, akhirnya berjaya juga meng-update (setelah agak kurang kesibukan raya)

Sangat gembira kerana dapat merasai nikmat 30 Ramadan di Jordan.. alhamdulillah. Hari terakhir puasa adalah cuti, maka, saya pulun membuat sekut2 raya.. famous amos choc chips & crystal balls..yippie!

Malam raya~disambut di rumah Sumi (kang banjir plak kalau duduk sorang-sorang kat rumah..huhu), didatangi kumpulan takbir Melayu oleh syabab final years~14 orang.. ramainyer!! Thanks yea.

usai solat raya di Masjid Yarmuk

1 Syawal~kami bangun awal walaupun tidur lambat, bersiap untuk menunaikan solat raya di Masjid Yarmuk. Sambil berjalan ke masjid, saya sempat berbual panjang dengan mak abah & adik-adik. Miss u all!!!

Khutbah raya yang padat & ringkas~antaranya menekankan perihal akhlak mulia. Selepas itu, kami menziarahi rumah sahabat-sahabat sebatch, adik-adik JUST & Yarmuk dan tak dilupakan, menghubungi kaum kerabat di Teluk Intan pada 1 Syawal.

Selepas asar, sehingga malam bermulalah sesi program raya batch.. setelah daging sate ayam yang dipotong kecilan diperap semalaman, bermulalah sesi mencucuk & sate dibakar. Nyumnyum.. malam adalah masa santapan kami diselangi dengan permainan UNO.. huhu.. so happening!

2 Syawal~Lewat pagi bermulalah gerak kerja tugasan masing-masing untuk Rumah Terbuka Aidilfitri Special from Seniorita to Juniorita~menu utama; laksa Kelantan, mee bandung, mee sup ayam & daging, rendang & nasi impiy. 3jenis minuman & pencuci mulut;agar-agar, triffle, kek dan juga biskut-biskut raya. Alhamdulillah, terima kasih kepada kawan-kawan sebatch yang memberikan kerjasama yang sangat baik & adik-adik tetamu yang sudi datang. Maaf andai ada terkurang.

3 Syawal~Pagi hari menghadiri Rumah Terbuka Suwaileh, selepas Zohor rumah terbuka Musfirah-Syamil, selepas asar akad nikah Annis-Firdaus, selepas Maghrib rumah terbuka Nisa-Marwan, selepas Isya' hang-out bersama-sama kawan-kawan sebatch di rumah KakLyn.

4 Syawal~menziarahi sahabat-sahabat di sakan Mafraq & rumah Munirah-Fikri. Terima kasih yer! Huhu..jalan-jalan raya.

5 Syawal~ber-BBR bersama-sama kawan-kawan sebaya (?) huhu.. memanggang ayam, ikan & hotdog. Menikmati dinner nasi jagung, BBQ, mashed potato & gravy, coleslaw & pudding custard di beranda pada waktu malam diserikan dengan angin sepoi-sepoi bahasa & pengalaman kisah-kisah ghaib zaman sekolah.

6, 7 Syawal dan sehingga habis cuti nanti juga penuh jadual saya, fully booked, ditambah dengan 'aura' SPB-sambutan pelajar baru. Selamt datang adik-adik (^_^)

Sedar tak sedar, hanya beberapa hari sahaja berbaki cuti saya.. oh, saya nak cuti lagi!! Plus, my housemate cik Ku CT dah nak balik ke Jordan..ahlen to Bayt Smiley. Huhu. Bilikmu bilikku sepanjang cuti ni =P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 walk-the-talk: