RSS
Post Icon

ikhlas dari kemerahan hati

tak pasal-pasal dapat bunga..huhu, thanks AJK AGM! (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, segala puji selayaknya bagi Allah pemilik hati-hati manusia. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, Junjungan Terpuji sepanjang zaman.

Pertamanya, terima kasih buat semua yang memberi kepercayaan dan sokongan kepada saya & pimpinan sesi 2009/2010 dalam menggembeleng MPPMJ, kepimpinan mahasiswa Malaysia tertinggi di Jordan ini. Sukar diungkapkan tatkala pengisytiharan suatu ketika dulu. Terasa berat bahu, terasa luruh jantung, namun, senyuman tetap cuba diberikan kepada setiap yang mengucapkan ‘tahniah, takziah, mahupun ucapan selamat yang lain’.

Sejak musim penamaan calon & 'promotion' dulu, saya cuba mempersiapkan minda, andai naik sebagai AMT, mampukah saya menjalankan tanggungjawab tersebut selari dengan tugasan klinikal tahun 5 Perubatan? Pelbagai buku, risalah mahupun sejarah berkaitan Kepimpinan Islam dibaca agar diri tak salah membuat percaturan dan ada pegangan andai ‘naik sebagai AMT’, amanah yang sangat berat. "..Innahu kana zoluman jahula.."

Takdir yang tak pernah terlintas, dipertanggungjawabkan sebagai Timb Presiden 2 MPPMJ, sekaligus ketua bahagian mahasiswi Malaysia di Jordan. Sejujurnya saya tak layak, namun kalam Allah Al-Baqarah ayat 286 sentiasa menjadi pegangan saat jatuh, culas, mahupun hilang semangat dalam menjalankan tugasan.

Kedua, terima kasih buat sahabat-sahabat barisan kepimpinan yang bersama-sama dengan saya, AMM MPPMJ 09/10, khususnya buat famili AMT & BP 2009/2010. Sungguh, setiap kenangan kita bermesyuarat dan bekerjasama akan saya ingati hingga ke hari tua, insya Allah. Semoga setiap usaha kita diberkati-Nya. "Wa ta3wanu 3lal birri wat taqwa.."

Ketiga, adat manusia tidak cacat dari kesilapan, terasa hati dan sebagainya. Setulus hati saya pohon kemaafan daripada semua pihak yang pernah mengenali saya, bekerjasama dengan saya sama ada secara langsung atau tidak langsung, baik dalam tulisan , mahupun lisan perkataan. Saya bukan pemimpin yang layak dijadikan contoh, saya bukan penasihat yang sentiasa terbaik, saya hanya menjalankan apa yang termampu saya lakukan pada ketika itu. Namun, jika ada sedikit kebaikan yang dilihat, ikutilah. Apa jua keburukan dan kesilapan saya, maafkanlah saya dan jangan diikuti.

Keempat, patah tumbuh hilang berganti. Sekalung tahniah diucapkan kepada kepimpinan baru MPPMJ 2010/2011. Garis panduan misi pengantarabangsaan MPPMJ & biah solehah telah kami gariskan sejak awal sesi kami dan cadangan penerusan buat 2 sesi selepasnya. Mudah-mudahan, mampu memandu anda dalam memimpin kepimpinan akan datang, lebih baik dan sangat baik daripada kami. Anda mampu mengubahnya!!

Akhir kalam, semoga kita terus kekal dalam ukhwah Islamiyyah, bergerak seiring dengan mardatillah & mendapat rahmat Allah dengan berjumpa kembali di dalam Syurga Allah, insya Allah.

Bersamalah kita menjaga solat, pelihara hak-hak agama, membasahi lidah dengan bacaan Al-Quran setiap hari, menjaga hubungan sesama manusia, menggunakan masa seoptimum mungkin dan mengutamakan agama, keluarga & kerjaya, mudah-mudahan kita mendapat kejayaan yang diberkati di dunia dan akhirat.

Sungguh, segala mutiara pengalaman dan saat ‘kesibukan bekerja dalam persatuan’ akan saya rindui. Semoga saya tidak terbuai dek 'masa lapang' selepas ini. Terima kasih kerana hadir dalam diari hidup saya. Selamat berjaya buat semua!

Tarikh keramat 'hari persaraan' pada 030710~03+07=10 (^_^)

"Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin. Dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang maha Mengetahui alam ghaib & nyata, dan diberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (at-Taubah : 105)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 walk-the-talk:

'aishah jauhara said...

Salam.

Mantop la kak.. (",)
Tahniah dan takziah..

Moga segala pengorbanan dan pentarbiyahan yang telah akak berikan dan yang akak terima diberkati oleh Allah Taala.

Moga terus maju pada masa akan datang.

Kami di Malaysia, menunggu kepulangan dukturah hafizah seperti akak.. ^_^

ainshams said...

salam,
alhamdulillah, terima kasih (^_^)
ameen. semoga diterima-Nya.