RSS
Post Icon

mansaf Jordan

Pernah dengar perkataan Mansaf tak? (bukan Restoran 'INSAF' kat Jalan T.A.R. tu..hehe)
Mansaf adalah sejenis makanan utama masyarakat Arab di Jordan..klik di sini

Misalnya, sehari sebelum menjelang hari raya di Jordan, hampir semua warga Arab ke pasar membeli bahan-bahan untuk memasak (termasuk juga warga Melayu di sini, huhu). Selalunya, mansaf adalah makanan yang mesti ada pada hari raya, pesta-pesta, perjumpaan keluarga mahupun hari Jumaat.

Sejujurnya, saya agak kurang berminat dengan hasil tenusu asli seperti yogurt putih, susu putih tanpa perisa (susu coklat atau strawberry memang best!), atau mansaf (kuahnya berwarna putih).. hamboih, memilih ek!! Faktor kurang gemar~dek bau dan rasanya yang memualkan.

Namun, berlainan dengan Mansaf resepi Ummu Usamah, ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel-comel belaka, menetap di Hayyu Heneinah, Irbid. The best among others!! thumbs up!! Teslamu ya Ummu Usamah =D

Insya Allah boleh dipraktis di Malaysia.. mak dah 'order' siap-siap balik hujung tahun nanti.. Rugilah duduk lama-lama di negara orang, balik-balik reti masak makanan Melayu semata-mata. Well, perlulah 'world wide' kan.. such as Japan, Arabs, Thai, Malay, Western, Italy and so on..
So, have fun!! Saya suka mansaf resepi ini ('berguru lutut-ke-lutut' dengan makcik Arab), hasil air tangan sendiri lebih terjamin kebersihan & kesuciannya, betul tak? (^_^) dan yang penting, Kepuasan sendiri..huhu~


Cara memasak kuah mansaf~laban
1. Rebus ayam atau daging bersama bawang merah (dipotong 4), bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, serbuk kunyit, halia dan garam.



2. Biarkan air rebusan sehingga ayam masak.

3. Apabila ayam telah masak, toskan air rebusan tersebut. Asingkan ke tepi.
4. Goreng ayam yang telah direbus sehingga keperangan.

5. Sebiji telur dipecahkan ke dalam laban (susu masam atau tairu) dan ditoskan.
6. Masak di atas api sambil kacau tanpa henti sehingga laban mencair.

7. Tumbuk beberapa biji buah pelaga dan campurkan ke dalam laban yang telah mencair dan mendidih.
8. Masukkan 2 kiub ayam bersama air rebusan ke dalam laban yang telah ditos.
9. Masukkan ayaam yang telah digoreng tadi ke dalam kuah laban yang telah mendidih.


Hiasan:

1. Goreng 'fustuq' atau pine nut sehingga keperangan.
2. Potong begdonis atau daun ketumbar.


Cara memasak nasi:

1. Bersihkan beras dan rendam seketika.
2. Toskan beras dan campurkan sedikit minyak gorengan ayam yang telah ditos (boleh gunakan minyak zaitun untuk lebih 'kesihatan')
3. Tambah air mengikut kesesuaian.
4. Masak di atas api yang sederhana sehingga empuk.
5. Tabur ayam dan hiasan di atas nasi yang telah dimasak.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 walk-the-talk:

azlanshah | nabeeskhan said...

Wah,boleh cuba ni...

ainshams said...

azlanshah: siler2.. sbb tu letak resepi & gmbr2, sbb ni ORI punyer.. tak berlemak sgt & kurang berbau spt di kedai.