RSS
Post Icon

masa itu...??


Me: Ayyu sa3ah? (pukul berapa?)
Haris rumah : Ba3da zuhr (lepas Zohor)
Tapi, sebaliknya..dia datang lepas Asar..(saya sudah ada 'date' yang lain, so.. babai!)

Me : Biddi hallak.. (nak sekarang)
Pak cik Air yarmuk : Rubu3 sa3ah (15minit)
Dan hingga lewat malam, dia tidak kunjung tiba..malah, terpaksa menelefon lagi keesokan harinya, jawapan tetap sama. Daripada janji 15minit, kesimpulan akhirnya lebih 24 jam baru sampai air minuman yang diminta. (di Jordan, perlu 'order air minuman', bukan hanya memasak air paip yang ditadah.)

Me : Kenapa tak start lagi? Dalam iklan kata pukul 8.30 pagi
Junior : Alaa kak, biasalah. Majlis sebenarnya mula 9.30pagi

Kalau dulu, hanya beza setengah jam daripada 'masa program', kini dah "up-grade" sejam.. akan datang bagaimana pula agaknya?

Meeting persatuan juga begitu. Khususnya keadaan yang memerlukan 'perjumpaan berlainan mantiqah'. Adakalanya, tuan rumah yang sampai lewat..isk..isk..

"Kita tangguhkan majlis dengan surah Al-A'sr dan tasbih kaffarah" Sinonimkan ayat ni? Bagus, mengingatkan satu sama lain di akhir majlis, tapi..di tahap manakah implimentasi kandungan yang dibaca itu?? Wallahu A'lam.

Ini adalah beberapa contoh 'penjagaan MASA' oleh masyarakat Arab dan juga Melayu, yang beragama Islam. (walaupun tak semua Melayu dan Arab adalah Islam).

Ingin dikongsi keadaan semasa percutian semester lalu di Spain, salah sebuah negara Europe.

Hari ke-3 di Spain. Melihat kepada peta, destinasi seterusnya adalah sebuah muzium lama, Palacio Museo De Viana, Cordoba. Menyelusuri jalan-jalan kecil di Cordoba sambil memerhati peta dan tanda-tanda jalan (sambil seronok bergambar di sepanjang jalan). Akhirnya, yeah, kami menjumpai tempat itu.

Istana yang indah, dipenuhi taman-taman yang sungguh damai, masya Allah..sempat kami snap setiap sudut taman-taman itu.

Tatkala memasuki ke dalam Istana secara berkumpulan (bersama para pelancong lain), pemandu pelancong yang membawa kami ke dalam istana fasih berbahasa Spanyol & Perancis sahaja.
"habler Ingles?" (boleh berbahasa Inggeris?)" tanya saya.
"Poko" (syuwayy=sedikit) jawab wanita itu.
Maka, sepanjang menyelusuri isi istana yang sangat klasik dan terpelihara itu, kami berbahasa Sepanyol. Wah, tak sia-sia belajar bahasa Spanyol secara intensif selama 2 hari melalui internet (sebelum bertolak ke Spain). huhu~

Mungkin dek kerana terlalu asyik menikmati keindahan dalam istana sambil mendengar butir bicara pemandu pelancong itu, kami tidak terperasan masa bergarak terlalu pantas. Setelah kami melalui kamar tidur, bilik pesidangan, dapur istana, bilik himpunan hadiah-hadiah daripada pembesar negara-negara lain..tibalah masa bergerak ke wing seterusnya, iaitu bilik bacaan, perpustakaan dsb..

Sempat saya melihat jam di tangan.. "Betul ke sekarang dah pukul 2.30petang? Eh, silap..ni waktu Jordan. So, Spain pukul 1.30petang"

Saat itu baru tersedar. Opss, tiket bas ke Granada pada pukul 2 petang di Ectasion Autobus (stesen bas), bermakna kami perlu berada di ectasion 1.50 petang. Maka,kami perlu keluar segera dari sini!! Berjalan laju jauh menuju ke hostel penginapan mengambil beg, mendapatkan teksi dan ke ectasion sesegera mungkin dalam masa 20 minit. Bolehkah? Andainya tika itu ada teksi ke hostel, sudah pasti kami sanggup walaupun mungkin agak mahal, dek jarak istana ke hostel bukanlah dekat (asalkan pak cik teksi menggunakan "meter", so its ok with me, no cheating!).

Namun malangnya, kawasan itu bukan laluan teksi.. hanya kereta yang lalu lalang. Malah, kami perlu berjalan sambil membaca peta bagi menuju ke hostel sambil berlari sekencang mungkin (kalau dapat pingat emas masa ni kan best! hehe). Matahari mencanak di kepala. Sungguh penat! Ala-ala Amazing Race plak, huhu.

Yeah, alhamdulillah, kami berjaya sampai ke hostel dalam masa 15 minit. Tercungap-cungap dibuatnya. Tatkala pantas nak mengambil beg, ramai pula orang di kaunter yang nak check-in & check-out. Oh, por favor (please..), kami perlu segera ni! Jika tidak, 'burn' tiket bas ke Granada. (hampir 15 euro taw T_T)

Dalam masa yang sama, saya meminta khidmat teksi untuk ke ectasion. "Quero ir tomar un taxi ectasion autobus. Autobus a Granada a las dos hora" (saya nak naik teksi ke stesen bas. Bas ke Granada pukul 2 pm).

Kakak tu terkejut! 2pm? Agak mustahil kerana jalan tengah hari agak sibuk, agak mustahil untuk sampai sebelum masa itu. 10 minit lagi sebelum 2 pm.

Tak lama kemudian, pak cik teksi sampai. Namun, dia membawa kami ke laluan lain (hello, saya sudah habis 'tawaf' Cordoba 2 hari berturut-turut dari awal pagi sampai sebelum Maghrib (Maghrib 930malam), jadi sudah agak jelas dengan jalan-jalan utama di sini) Pak cik itu mengatakan, ini 'laluan kurang sibuk',....herm, walaupun jauh?

Akhirnya, sampailah kami di ectasion tepat jam 2 pm. Namun, keadaan tak semudah yang disangka. Kami perlu menuju ke platform yang ditetapkan (mungkin juga nombor platform boleh berubah). Selesai urusan mengangkat beg dan bayaran teksi 9 euro (mahal tu, sepatutnya dalam internet hanya 6 euro menaiki teksi bagi laluan biasa dan rezeki sewaktu kami sampai dulu hanya singko singko singko~ 5.55 euro sahaja. Kononnya 'laluan kurang sibuk', fuh! Apepun, mucho gracias~terima kasih ye pak cik)

Platform bas ke Granada kosong. Saya menyelak pergelangan tangan meneliti jam. Hanya lewat 3 minit, namun, ekzos bas jua tidak kelihatan. Really it's gone!! Jam besar di ectasion juga menjadi saksi kami KELEWATAN 3 MINIT=180 SAAT.

Frust! Menyesali kesilapan sendiri yang lalai dengan penjagaan masa. Jika di Malaysia, sudah pasti kami sempat 'mengejar bas'. Jika di Jordan, sudah pasti bas belum kunjung tiba dan mungkin kami antara yang terawal sampai ke ectasion. Namun, mentaliti masyarakat Europe berlainan. TIME IS MONEY. Every second you can make millions.

Kalau kami meng-adjust masa dengan baik, kami dapat tiba awal ke hostel, kami dapat jimat tiket bas 15 euro yang perlu dibeli semula (2jam berikutnya), kami boleh jimat duit teksi 9 euro (dengan hanya menaiki bas awam 1.20 euro), kami dapat sampai awal di Granada dan berjalan ke arah hostel yang bukan di tengah bandar (jika melihat kepada peta di internet, tapi sebab hostel itu murah dan 'privacy'). Oh, kalau...

Namun, berfikir secara positif. Ada hikmah ni. Ok, duit memang burn! That's a fact. So, kena tolak duit shopping (isk..sadis!). Mengisi masa sebelum menaiki bas seterusnya, kami sempatlah snap banyak gambar di stesen bas, stesen keretapi (di seberang jalan) dan solat jama3 Zuhr Asar di sebalik tiang yang tersorok di stesen bas. (bimbang dihalau jika solat publicly, kerana kawan-kawan Ireland pernah dihalau malah, diugut kerana solat 2 saff berjemaah). Dugaan mempraktikkan Islam di 'bekas' negara khilafah Islamiyyah..

Moral of the story~Orang-orang bukan Islam berada di tahap negara maju, antara faktornya adalah DISIPLIN PENJAGAAN MASA (bermoralnya mereka). Jika umat Islam juga beristiqamah dengan disiplin penjagaan masa, nescaya lebih maju malahan, lebih berkat dan berakhlak (bukan saja bermoral).

Jika mereka non-muslims mengamalkan TIME IS MONEY, Every seconds you can make millions. Kenapa tidak kita umat Islam lebih cakna dan mengamalkan panduan Al-A'sr dalam Al-Quran. Bukan setakat time is money, tapi MASA ADALAH PAHALA. Every second WE can make millions of pahala dan goodness for now and hereafter.

Mungkin kita perlu mengatur semula penyusunan masa kita dalam kehidupan, berpandukan waktu solat. Dengan itu, dapat istiqamah solat di awal waktu dan mempraktikkan pembahagian masa secara adil~ada masa untuk diri, keluarga, masyarakat dan Ilahi.

Mak selalu pesan, "tak elok tidur lepas Subuh, nanti rezeki tak masuk"


Nabi SAW ada berdoa, "Allahumma baarik li ummati fi bukuriha" (YaAllah, berkatilah umatku yang berpagi-pagian).
Oh, ada benarnya pesanan orang-orang tua. (tapi, mak muda lagi katanya, walaupun bakal menambah lagi 1 angka pada 28 Julai ini..hehee~)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 walk-the-talk:

Ainul Arina Madhiah said...

eh2, mcam tau2 je saya baru sakit hati tentang apa skrg nih.. huhu. Seriously masalah pengurusan masa di Jordan sangat2 teruk! Melayu Arab macam dah dekat sama je peel nya. Tensen betul.
Saya pun kena culture shock gak pasal nih kat Leeds dulu. Tiket pukul 3.15, sharp pukul 3.16 bas dah blah. Memang bye2 la sapa melenggang kangkung tu.. Akak, perlukan kita hantar orang2 kurang adab hargai masa nih ke eropah? suruh amik kursus pengurusan masa sket. ;p

ainshams said...

ainul: huhu..akak da lamer nk tulis psl ni, tp xsempat.. br ni tetibe nk tulis balik, sbb bile deal dgn org2 melayu & arab..makin menjadi2 pe'el nyer.. panggil org2 jepun & europe dtg bg talk praktikal masa.. mmg malu tahap dewa la gamaknyer :P
klu kt kisas dlu, dah didoktrin 'mendahului masa'..
as a doctor, setiap saat adlh nyawa.. herm..
smg kita dpt praktikkan al-Asr yg Allah dah ajarkan..
kdg2, kiter kne celik mata melihat 'budaya negara luar', spy x rase di zon selesa.. hee.. jom jalan! (hamboih, byk duet..hehe)

visitor said...

betul la kak ain. sye sgt2 kagum dgan how punctual europeans can be. sngat2 punctual. even train pun bleh adjust2 nak bg punctual. ade skali tu, train patut nye sampai dlm masa lebih kurg 30 saat lg. tp sebab train tu cam da nak sampai kat stesen tu, die cam slow kan train tu then bhenti dlm bbrapa saat. pastu agak2 da sampai masa, baru bleh bhneti kat stesen tu. eh paham ke? hehehee

ainshams said...

visitor: yeah, paham2.. sbb demi nak punctual masa sampai kt setiap stesen.. even klu kata tren smp kol 3.23pm, maka, tepatlah masa 3.23pm tu.. 3.25pm da tutup pintu & chow.. sbb kang menjejaskan masa kt stesen lain plak..
huhuuu~

Ainul Arina Madhiah said...

haish, mana bleh jalan selalu. nanti feel hilang (padahal cover cuti sikit n duit takde). ;p hehe
Jom bila2 buat plan jalan sama nak? *angkat kening*

ainshams said...

erm..nak2!! (hamboih, sebut jalan..laju jek say YES!!)

ala ainul..biler la nk jln skali..insya Allah akak tinggal pas final nnt jek(akhir mei-jun), tue pun da plan nk abeskan europe.. sblm balik Msia. smg tercapai, ameen.
raye pose xde cuti..(last beraya di overseas, single dgn kawan2 :P)
Raye haji blk msia skali dgn attachment 2bulan.. (my last holiday as a medical student, insya Allah)

Ainul Arina Madhiah said...

ala akak nih, kat malaysia kan banyak time lagi.. nanti2 la kita buat. Kot2 ada rezeki, insyallah boleh~ doa2 la. ^_^ macam best je nak travel ngan kak ain, hehe..

p/s: "last raya kat oversea single ngan kawan2", does that means balik malaysia ni terus tukar status? :P

ainshams said...

ainul : thats why la akak kater 'biler nyer nk jln skali'.. erm, wait & see.. wat jwpn ala2 artis la.. 'no comment' :P