RSS
Post Icon

famous amos choc chip


Assalamualaikum.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Kullu 3am wa antum bi khair.
Allahu Akbar 3x Walillahil hamd.
Salam Aidilfitri & Maaf zahir Batin kepada semua.

Sejak kecil saya disajikan dengan pelbagai kuih & biskut raya. Namun, bagi keluarga kami, biskut-biskut ini bukan hanya dimakan ketika raya. Malahan, sejak saya tingkatan 1 di MMP Kota Bharu lagi, setiap kali pulang dari bercuti, pasti berbalang-balang biskut yang saya bawa hasil air tangan mak saya, buat santapan saya & kawan-kawan. Ini berlarutan ketika saya menuntut di KISAS, DQ, sehinggalah ke Jordan. Namun, edisi di jordan, saya perlu membuat sendiri..hehe. Sehinggalah kini, biskut-biskut ini masih sama seperti dulu dan saya tak pernah jemu sama sekali!

Disebabkan ramai yang bertanyakan resepi choc chip saya (haha), maka entri kali ini adalah berkenaan resepi tersebut. Biskut-biskut lain, mungkin lain kali la..huhu.

FAMOUS AMOS HAWAIAN CHOC CHIP COOKIES

Bahan-bahan:
2 cawan butter (1 cawan=220g)
4 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
2 cawan castor sugar
2 cawan brown sugar
3 cawan oatmeal (blend halus)
3 cawan choc chips
1 cubit garam
500g cadbury bar choc (diparut)
4 biji telur
3 cawan badam dicincang
2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
1) Pukul butter dan gula sehingga kembang
2) Masukkan telur dan esen vanilla
3) masukkan oatmeal, garam, baking powder dan baking soda
4) Masukkan tepung gandum & kemudian, gaulkan
5) Masukkan choc chips, choc bar dan badam, kemudian digaul rata
6) Bentuk-bentukkan mengikut kesukaan masing-masing
7) Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit (bergantung pada keadaan oven masing-masing)

*adunan ini banyak & pasti sedap, insya Allah (^_^)
*banyak mesej raya yang diterima..hampir kesemuanya ada menyelitkan 'reminder'~last raya as single, LOL~
*siapa sangka, saya masih mendapat duit raya pada raya kali ini =P
*Sejujurnya, saya terkenang memori kali terakhir beraya di perantauan bersama kawan-kawan tahun lepas..miss them!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 walk-the-talk: