RSS
Post Icon

mini clinic 2010


I do like this video, creatively done by a band, so-called BackTeethBoys~Dentistry students.. huhu

-Ada tak dalam keluarga awak yang ada kencing manis? Mak..ayah..atok atau sedara mara?

-Dah berapa lama sakit kepala ni?

-Kalau terkena sabun basuh baju, memang tangan akan jadi macam ni ke? Sejak bila?

-Owh, untuk jerawat ni..awak pernah ambil apa-apa ubat hospital tak?

Ini baru untuk history..belum lagi consultation..

-BMI awak overweight ni. Kena kurangkan supaya ke tahap normal.. Ada beberapa steps yang boleh akak kongsi..blabla..

-Banyakkan minum air masak yer.. sebaiknya 8 gelas setiap hari

-Erm, tekanan darah awak rendah ni.. awak nampak pucat (jelas 'signs' yang kelihatan). Akak cadangkan, awak buat CBC kat Markasihi.. untuk mengetahui lebih details, then we treat the causes.

Minggu M&M PERMAI~MMJ(Majlis Mahasiswa JUST) & MMY(Majlis Mahasiswa Yarmuk) sepanjang seminggu.

Hari ini COMRADE~Saya berkesempatan untuk bertugas di mini clinic 9-11am bersama cik Pady, tapi TER-overtime sampai 12pm.. dek permintaan pesakit-pesakit. Kalau bukak klinik, insya Allah boleh maju ni..hehee. Yang menariknya, kami mencuba sehabis baik untuk menerangkan dalam Bahasa Melayu yang dapat difahami umum. Yerla, selalunya, istilah-istilah medic hanya disebut dalam bahasa inggeris dan arab sahaja.

3indik musykilah bil bowl..zay iltihab au ayyi isyi? Min imta soor heik?

Jenuh juga nak mentafsirkan dan menerangkan dalam bahasa sendiri..

-Ada masalah semasa membuang air kecil seperti jangkitan pada saluran kencing dsb? Sejak bila yer?

Ini baru di medic clinic..belum lagi di dentistry clinic..

Malam sebelumnya, saya berkesempatan memberikan taklimat buat adik-adik petugas tests yang disediakan. Eye tests, blood type, blood glucose test, urine test, BMI, blood pressure..cara penggunaan & prosedur setiap alatan. The most important thing, practice the perfect methods & memorize the normal range by heart! Always sterile.

Adik junior: Kak Ain, boleh tak kira pulse 10 saat je lepas tu darab la dengan 6?

Me: Huhu..tak bolehla. Kita kena kira cukup sampai 1minit. Kalau dah biasa by experiences, atau regular rhythm, bolehla ambil dalam masa 15 saat darab 4, atau 30 saat darab 2. Tapi, untuk esok korang kira full 1 minute, yer. Biasakan yang betul, ok. Nanti korang dah naik klinikal, senang la..

Pelbagai ragam dan pertanyaan..ini belum kes mencari brachial artery untuk mengambil tekanan darah menggunakan sphygmomanometer..huhu.

Selain itu, terdapat booth pameran di ruangan menunggu giliran, sebelum bertemu dengan dukturah-dukturah yang bertugas.

Tidak dilupakan, pembentangan seminar daripada dukturah-dukturah JUST. Tajuk-tajuknya adalah: Sakit Perut, Makan untuk Sihat, Care About Your Menses dan Breast Cancer.

"Al-wiqayah khairun minal 3ilaaj"-Prevention is better than Cure

Alhamdulillah, tahniah buat penganjur & semua yang terlibat. Bersua muka dan perkongsian ke'pakar'an bidang masing-masing. Langkah awal sebelum terjun ke realiti masyarakat yang sebenar di Malaysia kelak. Ethically, setiap maklumat pesakit adalah 'confidential'.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 walk-the-talk: