RSS
Post Icon

autopsi mayat=insaf

Mangsa ditembak dari jarak 15cm-2m

Hari kedua Forensik merupakan hari pembentangan seminar saya & beberapa rakan. Tajuk kami adalah Gunshot & Firearm Injuries. Erm, sangat menarik. Malam sebelumnya, sejurus selepas menyiapkan slides pembentangan, saya 'study CSI Miami'.. hehe.

Bahagian pembentangan saya agak menarik. Kita boleh mengetahui bagaimana mangsa dibunuh, sama ada dari arah & jarak mana, menggunakan jenis pistol atau senapang apa, jenis-jenis dan kandungan peluru..hanya dengan melihat kepada keadaan kematian mangsa. (suspen..ala-ala peyiasat sulit tentera dan polis plak!).

Hari ini berkesempatan untuk terlibat dalam autopsi, bedah siasat mayat. Kebetulan, banyak kes pagi ini, namun suasana agak kacau bilau dek jeritan dan raungan keluarga mangsa-mangsa. Owh, i hate this! Sejurus bermulanya seminar ke-2, tiba-tiba datang seorang doktor memberitahu mengenai kes yang baru sampai.. Maka, kami bergegas ke bilik bedah siasat di tingkat bawah.

Dengan langkah kanan, saya memasuki bilik itu, dalam hati berdoa kepada Allah, semoga saya diberi kekuatan untuk melihat dan belajar hingga ke akhirnya. Risau pitam di tengah jalan dek terbau 'aroma' yang menusuk hidung dan terpana melihat daging manusia yang dicincang halus.

33-year-old male patient, known case of myocardial infarction, complaint of chest pain a day ago and suddenly had RTA (road traffic accident) and died. Time of death : 10.15pm.

Innalillahi wa inna ilaihi raji3un. Rupa-rupanya, sedang saya enak membaca novel malam tadi, seorang lelaki sedang bertarung dengan sakaratul maut. Astaghfirullah.

Inspection: rigor mortis, hypostasis etc.. doktor bersoal jawab dengan kami mengenai post-mortem sambil menerangkan keadaan si mati.

Mayat yang sudah pucat kaku, tampak kesan 'fracture' pada kaki kiri dan tangan kiri si mati. Darah pada kepala terutama di bahagian left temporalis, mungkin dek hantukan semasa kemalangan. Setelah semua alatan tersedia...

Bismillah..zrreeett.... zreett... kulit disiat satu persatu.. lapisan demi lapisan, dimulai dengan bahagian dada. Terserlah lapisan lemak, otot-otot dan tulang rangka.. Kemudian, tulang rangka ditebuk dengan kuat untuk mencapai ke dasar anggota. Saat ini, beberapa kawan saya sudah ada yang pitam, dek bau yang menusuk dan melihat 'kekejaman' yang berlaku.

Saya masih bertahan. Mind-set saya, 'anggap ini macam hari raya korban, sembelih dan menyiat daging sembelihan', tambahan, hidung saya yang sudah 2 hari tersumbat, maka kurang cakna dengan bau 'darah segar'. Kala ini, nikmat sakit yang disyukuri.

Jantung, peparu, hati, saluran-saluran darah dsb..kesemuanya dibawa keluar. Satu persatu organ dalaman ditelek dan setiap cm organ dibelah-cincang halus untuk melihat andai ada tompokan darah dsb. Hati manusia sangat besar dan berat, 11.6kg. Sepasang mata saya terpana melihat sepasang ginjal yang sangat comel..(oh, apakah..??)

Terserlah darah di kawasan rusuk kiri, sampel darah diambil, begitu juga dengan sampel sisa najis pada saluran usus besar. Kesemua ini akan diuji kaji.

Bau mual terus menguasai ruangan bilik. Beberapa rakan perempuan ada yang sudah keluar tak tertahan bau tersebut. Langkah seterusnya, kepala.

Basal skull fracture.

Zreeett..kepala dibelah dari belakang telinga kanan ke belakang telinga kiri menjadikan terbahagi kepada 2 bahagian-atas dan bawah. Kemudian, rambut & kulit kepala bahagian atas ditarik sekuat hati untuk membuka belahan tersebut, begitu juga dengan rambut dan kulit kepala bahagian bawah..ala-ala menarik sabut kelapa. .fuh!

Terlihat putih tempurung kepala. Bahagian kiri temporalis dirasa, yer..tulang retak di situ. Saat ini, sebuah mesin dibawa untuk menebuk kepala si mati. Ya Allah!! Preeetttt..ala-ala bunyi mesin wielding.. Mind-set saya, 'macam drill menebuk lubang dinding rumah'. Maka, saya bertahan lagi. Tempurung kepala dibuka.. apa yang kelihatan??

Brain delivery. Ya, otak manusia.. anugerah tak ternilai. Terserlah optic chiasm, pons, medulla etc.. satu persatu dikeluarkan. Setiap lapisan otak kami lihat & recall anatomy.. gray matter, white matter, sulcus, middle cerebral artery etc.. Hirisan halus dibuat ke atas setiap satunya. Terdapat lopak darah di dalam bahagian otak kiri. Lembik kesemua hirisan. Bau menyengat!

Setelah selesai kesemuanya, otak yang hampir hancur itu diikat di dalam plastik untuk diletak kembali di dalam tempurung kepala dan dijahit. Begitu juga dengan organ-organ dalam yang lain. Kesemuanya telah hancur dan disumbat ke dalam badan kembali sebelum dijahit. Proses pembersihan berlaku. Selesai satu kes.

Me: Doktor, apa konklusinya?
Doc: RTA (kemalangan).
Me: Alasan?
Doc: Tadi kita buat autopsi untuk melihat jantung dan otak, sama ada sebab utama kematian adalah sebab kemalangan atau lemah jantung.
Me: Keluarga si mati reda ke?
Doc: Tak. Tapi, kita tetap buat sebab undang-undang, untuk laporan polis, insurans, kehakiman dsb.
Me: Kiranya, walaupun keluarga tak benarkan, kita tetap akan buat? Kasihan si mati. Dah ditakdirkan beliau mati.
Doc: Untuk mengelak kes-kes yang tak sepatutnya. Mana taw, jika ada orang memang berniat jahat letak ubat pada si mati, atau potong brek kereta dsb. Apa-apahal, doktor yang akan dipersoal atau dihadap ke mahkamah sebab tak bedah siasat betul-betul.
Me: Yeah, macam dalam CSI. Tapi, aku tetap rasa kesian pada si mayat.
Doc: Tepat sekali! PM Malaysia Anwar Ibrahim kan?
Me: Tak. Sekarang Najib Razak. Anwar Ibrahim opponent.

"Setiap yang hidup pasti akan merasai MATI. Cukuplah MATI sebagai peringatan"

::Teringat kisah Hendun sebelum dia memeluk islam dan hati Saidina Hamzah::

p/s: Forensic written exam will be on this Thursday. Go study!! (no more CSI Miami tonight) Plus, "no meat or beef for a week"~be a vegetarian,ok! huhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 walk-the-talk:

FabulouswithAs said...

motip ttbe anwar ibrahim?

forensic sng giler..bace jek soklan dr ali bg..pastuh mlm tuh siap2 tulis jawapan sume..

ainshams said...

ntahler..doc tuh asek pndang2 akak dlm kelas..(kenerla wat muke confident & bg perhatian kan).. at the end, dye tny psl ibrahim.. pelik gak, rupe2nyer..ibrahim anwar.. means, anwar ibrahim.. dahler da lame x follow rentak brite Msia..

ainshams said...

wokies..enshalla..TQ semak!! xsabar nk abes forensik ni.. pasni ortho plak..last minor..wpon busy, xperla..dah excited nk berbusy-busy.. (apekah..?? hoho..lambang berdedikasi?)

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz said...

MashaAllah, nice sharing Ain. Perrgghh.. sure saya akan pengsan awal kalau ada di tempat Ain. Apa2pun, I will share your experience with my students. "Life is an open secret", that's what I always tell them..=)

ainshams said...

nazihah: woww..boley2 cikgu.. sharing is caring kan..hehee, ko bace x buku 'Life is an open secret'? best! insya Allah, slmt mendidik anak2 murid ko dgn baik..(pljrn & akhlak).
psn kt deorg:jage diri leklok.. sayangi nyawa diri & manusia lain! elakkan terlibat mende2 x sepatutnya. woo..da lame x jmp & kaco, membuli ko..haha

Kak Leq said...

Salam.
ok, this is scary!
k.leq punye posting forensic blaja theory je. mmg tak penah masuk mortuary. apetah lagi melihat mayat2 dibedah at real time.
tgk gamba yg scary2 pun dah cukup bagi nightmare...

teringat pulak masa blaja anat first year. first time masuk anat room menghadap cadaver berbau formalin mmg tak makan daging seminggu. balik rumah je mandi~ tapi dah lama2, keluar je dari anat room siap boleh order kebab~~

anyway, your experience is interesting indeed. Good Luck!!

ainshams said...

kak leq: oo..cmtuh jek? alaa..nk yg thriller..real experience..huhu. sbb akn2 dtg, mmg xmau amik specialist bhg ni..so, bek try sume mende skg..nk belah2 smbil teka2 anat.. siap kater, 'ee..mcm dalam buku,kan..'

cadaver mmg 'bau', sakit idung.. yg 'real fresh meat' ni pon, tiap2 ari lepas bedah sisat mayat jek, mmg mandi tukar baju sume siap.. wpun skg still winter..sbb x sanggup ader 'badi mayat' melekat ke.. na'uzubillah~

Ain Mardhiah said...

ewwwww + waaaaaa....

the whole story is reallllyy breath taking tapi tetiba terus heart attack bila soalan last pasal anwar ibrahim... haha.. ape kes? luar tajuk nih... ;p

akak, doakan saya CNS.. cuaks~

Miss X said...

"Tapi aku tetap rasa kesian pada si mayat"
"Tepat sekali! PM Malaysia Anwar Ibrahim kan?"
"Aaaa????"

Itu adalah jawapan sepatutnya.. Bincang-bincang tentang mayat tetibe masuk nama Anwar plak. Kalau Anwar tau mau tergelak.

Ari tu blaja muscle pun, syi naik geli bila siang daging. Uhu..

ainshams said...

ainul: owh, ni kes MI(myocardial infarction) ni.haha. no worry dear, CNS best..akk nyer CNS ahsan min other systems.. so, u guys better than me, insya Allah.

hahaa..akak yg ditanyer nih lg tercengang..ape kes tetibe ckp psl ni..tp, doc ni mmg suke Msia..da xlaratr kene puji lemah lembut, baek, beragama..blablaa..*blushing*

syi: akak pon cunfuse, ape neyr soalan doc ni..eh, ke..dye meramal pemimpin Msia akan dtg? opss! :p

heee..lamer2 ok tu..nnt korg jmp cadevar dsb..krm slm la yer...heh