RSS
Post Icon

say YES to AQ


Semoga jiwamu sebesar AQ yang telah mengisi hatimu-ust hasrizal dalam entrinya, "Anjakan Paradigma Huffaz AQ".

Hati & minda berfikir sejenak..bermuhasabah antara diri dengan Kalam Cinta Teragung..
Al-Quran.

Kalau dulu di alam DQ, jadual diperuntukkan sejak awal pagi sehingga tengah hari hanya untuk tasmi' AQ di depan ustazah..
Petang, menghadiri kelas tambahan beberapa jam & kemudian diisi dengan i'adah(mengulang AQ) di tasik DQ yang saujana mata memandang.
Malam sepenuhnya menghafaz & i'adah di dalam masjid yang sangat damai selepas solat berjemaah & pengisian daripada banin (gelaran untuk pelajar siswa).
Hidup tenang saat itu.. (plus, setiap minggu boleh balik rumah...hee)


KINI???
Awal pagi sehingga lewat petang~hospital/ward round/ morning report/klinik/seminar/kuliah.. pesakit, doktor pakar..blabla.. (name it!)
Malam~pelbagai agenda menanti..
(ni belum kira kena 'on-call')

bagaimana masa dengan AQ??
Tidak dapat dinafikan, masa khusus dengan AQ hanya selepas solat atau pada waktu-waktu senggang..

Selebihnya, usahalah sendiri..dengan kesedaran sendiri..carilah masa sendiri.. diiringi rahmat Allah & doa mak abah.


"dah mengaji ke belum? hafazan macam mana??" soal mak suatu hari.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat mak & abah..yang mengizinkan diri ini menjekakkan kaki ke DQ (wpun niat pada awalnya untuk mengelak drpd memasuki PLKN...astaghfirullah!), namun, hidayah Allah itu datang pada bila-bila masa, dalam keadaan tidak disangka...

DQ mengajar aku tentang banyak perkara..kesinambungan daripada biah & ilmu yang kupelajari sejak alam M
MP Kota Bharu & KISAS.

Allah Maha Penyayang..diletakkan hamba-Nya atas hikmah yang tidak disangka.

Pernah suatu ketika, saat diri sangat-sangat sedih dan takut untuk menghadapi sesuatu perkara, jiwa hilang arah untuk teguh dengan sesuatu keputusan. Tatkala itu, AQ si 'teman setia' diselak beberapa helai untuk mencari ketenangan yang telah dicarik.

Tiba-tiba, jiwa tersentak dengan ayat ini, "..Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia lah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung" (At-Taubah:129)


Terasa Allah sedang berbicara denganku..memberikanku jalan untuk menghadapi situasi saat itu. Thank you, Allah~

"Jadila seperti ahli arkeologi, semakin lama kenali sesuatu itu, semakin tinggi nilainya, semakin mahal harganya & semakin dalam cinta terhadap sesuatu itu"

Semoga Engkau berikan diri ini kekuatan untuk terus bermujahadah dalam menghafaz & mengulang AQ penuh dengan rasa suka, cinta dan sayang terhadap 'teman setia' ini, tanpa rasa jemu dan malas seumur hidupku, insya Allah.

Wallahu A'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 walk-the-talk: