RSS
Post Icon

Sayangi kulit kita

Memandangkan minggu ini&minggu depan aku di rotation Dermatology (kulit), maka pengisian berkisar "Kulit Manusia dari Perspektif Islam&Sains:Kesihatan & Kecantikan". Pengisian untuk siape?? Jeng..jeng..jeng..adik-adik akhawat 1st year Just yang tinggal di sakan (hostel). Memenuhi undangan janji yang telah dimeterai sejak 2minggu sebelumnya.

Dalam AQ, terdapat beberapa ayat yang Allah ceritakan tentang kulit. Antaranya yang dapat dipetik adalah daripada Surah An-Nisa':56 mafhumnya,

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami gantikan dengan kulit yang lain, agar mereka merasakan azab. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana".
Ibnu Umar dalam Tafsir Ibnu Kathir menyatakan bahawa lapisan kulit-kulit ini digantikan dengan kulit putih selepas habis hangus diazab. Na'uzubillah.


"Fatimah, ader berapa lapisan kulit?" tanyaku. "3-epdermis, dermis, subcutaneous tissue" jawabnya. "Erm..bagus..dlu sekolah mane yer? Huhu..".. gurauku sekadar menimbulkan suasana mesra. Product of KISAS.

Salah satu sensitiviti kulit adalah 'pain receptor' yang terdapat di lapisan dermis. Ketika api neraka menjilat kulit, azabnya masya Allah..sangat-sangat pedih, kenapa?? Kerana tindak balas semulajadi pain receptor dgn rahmat Allah. Namun, semakin dalam lapisan kulit yang terbakar, makin hilang rasa sakit itu, sehinggalah ketiadaan rasa sakit langsung kerana tamatnya riwayat pain receptor tadi, hilang bersama lapisan kulit yang dijilat api sebelum digantikan dengan lapisan kulit baru. Keadaan sakit, teramat-amat sakit, sehinggala ketiadaan sakit dan digantkan dengan kulit baru ini berlaku secara berulang-ulang dalam neraka Allah.

Begitula keadaan nya bagi pesakit-pesakit kebakaran. Contohnya, andainya tangan kita terkena percikan api, sakitnya memang terasa malah meninggalkan parut. Namun, bagi tentera-tentera yang cedera parah di medan perang, sakit itu terasa agak ringan dek kerana rosaknya fungsi pain receptor itu tadi.

Subhanallah, dari sebesar-besar anggota sehinggalah ke sekecil-kecil receptor, semuanya termaktub dalam AQ. Pencipta Maha Mengetahui keadaan ciptaannya. Selarikanlah medic dengan AQ, mudah-mudahan, kita lebih mengenali Pencipta sebagai landasan untuk lebih mencintai-Nya, insya Allah.

Kemudian, diikuti dengan perkongsian kes-kes kulit yang dijumpai di klinik-klinik kulit sebagai panduan supaya lebih menjaga kebersihan kulit kita. Plantar warts, hyper/hypo-pigmentation, scabies, acne vulgaris, tinea capitis dsb.. Juga berkongsi mengenai tips-tips penjagaan kulit muka dan seluruh badan dari sudut pemakanan juga tips-tips tradisional. Huhu.. Promote jowo melayu nih! (^_~) Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan, perkongsian secara interaktif 2 hala memang menyeronokkan. Banyak pertanyaan dan masalah yang cuba meraka kongsi dengan aku. Kesudahannya, aku pulang hampir jam 10malam, bermakna hamper 2jam setengah perkongsian pada malam ini. (memang melepasi qarar..opss! naik teksi jela..)

"Kak Ain, terima kasih, inila pengisian yang paling lama tapi, sangat best, bermanfaat!! Ape-ape hal nanti, kami tanya akak yer, boleh tak?" tanya mereka.

"Alhamdulillah, bagusla kalau ade manfaat.. honestly, akak tak prepare pun, Najwa messaga semalam baru akak teringat. Jadi, berkongsi setakat mana yang Allah ilhamkan jek. Mane-mana yang kurang tuh, mintak maaf yer. Insya Allah, contact jela.. kalau akak tahu, akak bolehla kongsi dengan korang, kalau tak, akak akan rujuk kepada yang lebih arif".


Terasa puas dapat berjumpa dengan adik-adik akhawat 1st year Just yang bakal mengakhiri sem 1 (honeymoon sem). Bittawfeeq wan najaah utk final xms korang!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 walk-the-talk: