RSS
Post Icon

cetusan yang membuahkan fikir

detik-detik terakhir di KLIA sebelum berlepas kembali ke Jordan pada cuti Raya Haji

Syahmi: Along, bila nak balik sini? Lama nya duduk kat sana. Kat sini pun rumah along jugak.
Me: Along kena belajar la. Ada kelas, tapi sekarang dapat cuti 5 hari sampai hari Isnin.
Syahmi: Syahmi pun belajar kat sekolah juga, tapi hari-hari boleh balik rumah.

Me: Tu sekolah rendah. Nanti Syahmi dah besar, belajar kat universiti pun tak boleh balik rumah hari-hari. Kena tunggu cuti panjang..sebab banyak kerja kena buat.
Syahmi: Kalau macam tu, siapa nak jaga mak dengan abah kalau semua orang nak duduk kat luar? Syahmi nak kita semua menjaga mak dengan abah, sebab mak dengan abah dah susah-susah menjaga kita. Kita kan anak soleh.

Saya sangat suka soalan bernas dan idea daripada kanak-kanak yang kadangkala tak disangka-sangka. Syahmi, adik bongsu saya yang bakal berumur 8 tahun (hujung tahun nanti) selalu berfikir dan bertanya mengenai perkara sebegini..masa depan, kehidupan dalam kubur, kenapa begitu, kenapa begini.. Yang pasti, elakkan mencantas pertanyaan kanak-kanak kerana mereka sedang membesar dan pemikiran sedang berkembang. Yeah, kita perlu berfikir sebelum memberikan jawpan kepada mereka. Usahakanlah memberikan jawapan terbaik yang akan memberikan impak positif untuk pertumbuhan pemikiran dan akhlak mereka, insya Allah.

Home sweet home. Tatkala mendapat cuti 5 hari sempena forensik ini, memang ada berkira-kira nak balik ke Malaysia dek kerinduan yang membuak-buak. Namun, sudah termaktub janji dengan beberapa sahabat untuk program-program di sini, maka 'niat ligat' ni terbiar begitu saja. (kalau tak, memang dah lamer chow!)

Really miss all of you.. Doa yang tidak putus-putus menghubungkan ikatan hati, walaupun jauh di alam realiti, namun sentiasa dekat di hati.. (dekat tapi jauh ek?? hee~)

"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah orang yang paling berbuat baik terhadap keluargaku" Sabda Rasulullah SAW, diriwayatkan daripada Saidatina A'isyah RA. (HR At-Tirmidzi)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 walk-the-talk:

yanzleha said...

sepupu saye yg darjah 5 pun pernahtya soalan " kenapa perempuan suka bergossip???"

dan adek dia yg drjah 1 pulak pernah cakap " kite tak nak ada pakwe, kita pun tak nak kawen sebb kite nak jaga mak ngan ayah kita"

syah said...

oo kanak2 zaman moden byk nama syahmi eh..ni yg ke brp dah ni jumpe nama sama dgan diri sendiri..:)

ainshams said...

yanz: huhu..bdk2 skg kan advance.. dlu2, akak rase xtefikir mende2 cmtu.. taw nk main lompat getah, tembak2 jek ptg2..

syahmi: ye kot..mak akak yg berkenan kt name ni..eleh, perasan la tu..name dye best, huhu