Lalala..Biru mata hitamku..-nyanyian kumpulan wings. (eit, kenapa tiba-tiba layan lagu lame nih? Isk..isk, sekarang kempen membaca PERMAI, ok)
Memetik kata pepatah Melayu.."Biar putih tulang, jangan putih mata"..
Orang-orang melayu (zaman dahulu) terkenal kaya dengan adab tatasusila dan olahan ayat yang sangat menarik. Kadang-kadang, agak sukar memahami apakah maksud tersirat yang hendak disampaikan.
Bahasa Melayu..senang nak lulus, tapi, nak dapat 90% ke atas, sukar sama sekali.. walhal, BM merupakan bahasa kita sejak kecil, turun temurun.. namun penguasaannya??
Opss, bukan isu bahasa yang ingin dinukilkan, saya juga mengakui, bukan pakar dalam bidang bahasa ini. Alhamdulillah TELAH mendapat keputusan cemerlang hasil didikan guru-guru dan doa ibu bapa, juga kawan-kawan. Dedikasi istimewa buat munsyi bahasa, Cikgu Talib a.k.a 'papa talib'.. antara guru yang disenangi semua insan tatkala di KISAS. Tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat SPM.. (eh, ada kaitan ker??)
Pada hari ketiga rotation ophthalmology (mata) di Qism Uyun, 3yadah Amirah Basmah, (2minggu yang lalu),
"Dukturah Nur, ambil kes pesakit ini". Setelah selesai bertanya mengenai patient profile, chief complaint and focus eye history, doktor bertanya,
"apa yang ko nampak lepas pandang mata pesakit ini?"
Oww, jangan main-main.. memang kena tenung mata pesakit-pesakit setiap hari taw! (btw, sorry, tak de plak palpitations dsb yer..huhu, be professional ^^)
Konklusinya, formula dari mata turun ke hati..tidak dapat diaplikasi tatkala bersama pesakit-pesakit.. sebab?? Dari melihat mata, terus otak ligat berfikir Differential Diagnosis (ape kemungkinan penyakit-penyakit yang relevan dengan findings yang ditemui) , causes, management dsb, kalau tak, banyak 'pahala sedekah' la selepas itu.. (sebab asyik bagi senyuman kat doktor je, lambang 'no idea', eh, tersilap..kononnya, 'senyuman itu sedekah' kan..huhu).
"Leukocoria (white pupil)" jawabku. Dalam hati sempat terdetik, 'putih mata hitam' kerana kita akan terlihat warna putih pada matanya, kebiasaannya, tentulah warna mata yang asli (atau warna contact lens).
"Differential diagnosis?" Soal doktor kembali. Dah agak dah soalan ni! Mata masih setia memandangku.
Berlagak tenang, "cataracts, retinoblastoma, infections, retinopathy of prematurity.." (lancar menjawab, teringat perbincangan dengan doktor di klinik sehari sebelumnya). Alhamdulillah.
Saat perbincangan semalam, tiba-tiba terlintas.. oh, leukocoria='putih mata' mempunyai maksud yang meluas..lain aspek, lain tafsiran.. huhu~
Kebanyakan penyakit akan memberi kesan atau complications pada mata. Pancaindera mata adalah antara ciptaan terpenting bagi setiap insan. Menghargai nikmat mata bukan sahaja dari sudut kesihatan fizikal, malahan, rohani dan spiritual juga perlu dipelihara bagi menjamin kesihatan dan kebahagiaan di dunia, serta keselamatan dan kesenangan di akhirat, insya Allah. (see.. mata amat berharga kan, wink wink)
Contohnya, tatkala mata asyik memandang kemaksiatan, badan boleh menjadi lemah dan malas untuk melakukan amalan kebaikan dan hati keras untuk menerima nasihat keTuhanan. Bagi insan-insan yang terpilih pernah mengerjakan umrah dan haji pula, (alhamdulillah), tatkala mata terpandang Ka3bah suci, hati nurani pula akan terusik.
Dan orang-orang yang berkata, 'Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan kami, keturunan kami sebagai 'qurrata a3yun' penyejuk mata penawar hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa' (Al-Furqan : 74)
Dari perspektif ilmu perubatan, kita mempunyai 12 cranial nerves (saraf). Sedar atau tidak, 4 daripada 12 ini adalah berkaitan dengan fungsi mata. Optic (saraf penglihatan), oculomotor (pergerakan mata ke tepi kiri atas dan tepi kiri bawah, tepi kanan atas dan tepi kanan bawah, membentuk keluasan H), trochlear (pandangan ke atas dan ke bawah) dan abducents (pergerakan mendatar ke tepi kiri dan kanan).
Betapa pentingnya mata ni, kan. Setiap saraf ini saling berkait rapat kerana semuanya terletak pada fungsi otak.
Subhanallah! Masya Allah!
Semakin belajar, semakin terasa diri sangat kerdil dek kekuasan Tuhan yang Maha Hebat. Semakin tak tahu nak menjawab saat disoal siasat oleh doktor, semakin terasa ilmu Tuhan Maha Luas, tak termampu akal nak mengetahui dan menghafal keseluruhannya.
Ya Allah, mudah-mudahan dengan menuntut ilmu-Mu ini, diri ini lebih mempunyai sifat kehambaan. Contohilah resmi padi, semakin tunduk, semakin berisi. (bukan resmi students overseas, semakin sejuk, semakin berisi yer..huhu, alamak..terasa macam banyak makan cili la..zip zass)
Katakanlah Muhammad, 'seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat ilmu Tuhanku, maka pastilah lautan itu kering sebelum selesai penulisan tersebut, meskipun ditambah dengan lautan sebanyak itu lagi'. (Al-Kahfi : 109)
p/s: entri khas sempena exam ophthalmology pada hari khamis ini (doakan kejayaan saya & kawan-kawan yea, Insya Allah). All the best!
5 walk-the-talk:
Tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat SPM.. (eh, ada kaitan ker??)--hehehe..kelakar..
korg excited ok..
dr laila ala carte gitu amik gmbr..
silap hb,nmpak mcm dia sebaya korg je..
Subhanallah..mmg besar sgguh kuasa Tuhan bila belajar ophthalmo.
Sebab mata,manusia tahu banyak perkara..
Yg tiada mata,Allah bg benda lain lak utk pancaindera.Hati..=)
hehe..aku taw qila..tmpt SPM ko ader 1001 kisah..opss!!
haa..taw xpe.memule aku ingtkan dye student, ghupe2nye..doc tu.. dhle speaking bulgaria dlm tepon,sengeh jek aku..sbb xpaham..
she's so nice, anak dye comey..
slh 1 sbb dye amik specialist bidang ophthalmo sbb..ader ms utk fmly, office hour.. (inilah wanita yer..mmg pk kan fmly.. hrp nyer, lelaki terlebih2 lagila kn..)
weiit ain! comel ko panggil 'papa talib'. Munshi la..
haha..
rindu plak kat cikgu. jom kte gi melawat die nnti klu dh balik msia nak!
fez: hee..papa talib, mama nora (cikgu aznora).. erm, nak2!! huhu, mmg zmn skolah saat2 yg dirindui.. kudus gituh!
Post a Comment