Semua insan suka berbicara mengenai HAK. Suatu milikan, termasuklah kepunyaan, kuasa dan benar 'klik di sini'. (walaupun hakikatnya, semua adalah milik Allah dan apa yang ada pada kita hanyalah 'pinjaman' semata-mata.)
Hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim ada lima:
1) menjawab ucapan salamnya,
2) melawatnya ketika sakit,
3) mengiring jenazahnya ke perkuburan,
4) memenuhi jemputan, dan
5) mendoakan rahmat (Tasymit) apabila beliau bersin”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Ketika di Tingkatan 1 Maahad Muhammadi (p),(dah lepas peralihan setengah tahun), kami belajar subjek Adab Nusus, di mana bab pertama yang saya ingat hingga kini adalah Hak Muslim terhadap Muslim. Walaupun tika itu, hafal kerana imtihan dek ustazah yang gemar membuat ujian harian, namun, kerana itulah hadis itu saya ingat hingga kini, bi iznillah.
Saat itu saya sangat bersyukur kerana berpeluang mempelajari Islam dengan lebih baik, bukan setakat ilmu tahap sekolah rendah, malahan dengan silibus Al-Azhar. Kalau dulu, saya suka bertanya mengenai syarah-syarah, bayan atau keterangan yang ada dalam buku tersebut berkenaan tajuk yang kami pelajari, tapi kini, saya selalu berfikir mengenai 'apa realiti praktikal dalam kehidupan kini?'
Saya agak mengkagumi budaya masyarakat Arab, walaupun ada sifat-sifat yang kurang digemari, namum, banyak yang boleh kita pelajari dan budaya murni yang seharusnya diserap dalam masyarakat Malaysia.
Pernah suatu hari, tatkala di dalam OT (operation theatre), saya terbersin sambil mengucapkan 'Alhamdulillah'. Serentak selepas itu, doktor-doktor bedah, bius, jururawat yang berada di situ mengucapkan 'Yarhamkillah', (menandakan mereka menunaikan HAK ke atas saya), dan diiringi dengan saya mengatakan 'Yahdina wa yahdi kumullah wa yuslihu qulubakum'.
Budaya sebegini memang selalu dialami hatta di dalam kelas pengajian. Doktor yang bersemangat mengajar, boleh terberhenti seketika untuk mengucapkan 'yarhamkallah' kepada pelajar yang bersin. Pernah ada seorang pesakit wanita yang mendoakan saya tatkala saya terbersin tika mangambil 'history' daripadanya. Subhanallah.
Bukti mereka cintakan Rasul SAW, salah satunya adalah dengan mempraktikkan intipati hadis Rasulullah SAW.
Cuba dibandingkan dengan keadaan kita. Adakah kita menunaikan HAK sesama kita, seiring dengan ajaran Islam? Bukanlah sekadar hak persamaan taraf antara lelaki dan perempuan yang sibuk dilaung-laungkan, bukan jua sekadar hak suami isteri yang perlu ditekankan, namum, HAK MUSLIM TERHADAP MUSLIM..sudah terlaksana atau belum?? Segalanya terletak pada kita sama ada untuk mengikut pesanan Nabi SAW atau tidak..Bukan sekadar percaya kepada Rasul (rukun iman ke-2), namum praktikal nya??
WAllahu A'lam.
0 walk-the-talk:
Post a Comment