RSS
Post Icon

masihkah kau ingat?

Ya Allah, pimpinlah kami dan pimpinan kami

Adakah perarakan Maulud Nabi ini dibenarkan dalam Islam? Bagaimanakah pengaplikasian 'perarakan Maulud Nabi' ini dalam masyarakat kita di Malaysia pada hari ini??

Oww..soalan realistik, isu semasa.. cetusan daripada orang yang hebat dan disegani, Ust Mujahid. (semoga dipermudah segala urusan untuk balik berkhidmat di Malaysia beberapa bulan lagi, insya Allah)

Dalam otak saya yang terlalu cetek ilmu ini, saya tidak berani memberikan komen dari sudut agama, dek kerana saya bukan ahlinya. Namun, jika dinilai dari
neraca kehidupan, saya mengira bahawa perarakan ini walaupun adat di Malaysia yang tidak didapati di Jordan, memberikan impak yang 'masih positif'.

Sekurang-kurangnya masyarakat di Malaysia
masih 'teringat' bahawa cuti awam pada hari itu adalah sempena 'Maulud Nabi'. Dalam setahun, sekurang-kurangnya, ada satu hari yang 'diperuntukkan khas' untuk mengingati dan memperdalami mengenai Rasulullah SAW dan pejuangan baginda. Sekurang-kurangnya, pahala berlipat ganda pada hari ini dek kerana banyak menyebut dan menjawab selawat ke atas baginda. Bukan sekadar birthday insan-insan istimewa saja yang diingati, malah Insan Paling Agung juga tetap bersemi di hati, insya Allah.

Dari segi penghayatan sifat-sifat Nabi dalam kehidupan, bab ini saya tolak ke tepi, dek kerana masyarakat malaysia yang kelihatan 'sakit iman' mereka. Jika dinilai dari sudut negatif, yeah, ia berlaku pembaziran dek kerana persiapan dsb..namun, sekurang-kurangnya, bukan dibazirkan untuk pergi ke taman tema air Sunway Lagoon sempena cuti awam (contoh). Hakikatnya, penghayatan adat itu tidak dapat dijadikan ibadah sekiranya 'objektif utama' sambutan itu tidak dicapai. Sekadar
'penghayatan fizikal' tanpa pembawaan dan penghayatan hati. Matlamat tidak membenarkan cara. Seandainya berlaku percampuran dan situasi yang 'tidak sewajarnya mengikut neraca Al-Quran & As-Sunnah', maka ia perlu dielak.

Mendengar antara butir jawapan daripada Ust Ridhwan, pelajar Master di Universiti Mu'tah: Mari kita singkap sejarah awal perarakan hari Maulud Nabi ini. Asalnya, ia disambut oleh Bani Qudhoh pada kurun ke-4 di mana mereka ini menggelarkan diri mereka sebagai Fatimiyyah (ahli Syiah).

Alhamdulillah, banyak input diperoleh melalui
Forum Maulidur Rasul oleh PPMA (Persatuan Pelajar Malaysia Amman), sempena Jaulah AMT MPPM pada hari ini. Tahniah buat moderator, Ust Muhammad. Para panelis: Ust Ridhwan, Ust Syahrul Adnan dan Dr Dzulqarnain.
Perkongsian yang menarik. Semoga amalan ini diterima di sisi-Nya.

Selepas selesai forum ini, diadakan sesi bersama AMT MPPM di mana di sinilah peluang untuk kami kenali, selami dan berdiskusi bersama mahasiswa/i Amman yang kebanyakannya orang-orang hebat bidang agama.. para ibu dan para bapa.

Situasi yang sangat berlainan berbanding program ilmiah di zon saya, Irbid. Level juga jauh berlainan. Mana taknya, sedang rancak berdiskusi ilmiah, terdengar rengekan anak-anak kecil, tiba-tiba terbahak-bahak suara kanak-kanak lain yang rancak bermain sesama mereka di dalam bilik sebelah. Sedang si ibu asyik mencatat points yang dirasakan penting, tiba-tiba datang si anak meminta nasi. Owh, beginilah pengalaman dan suasana menghadiri program 'high status'..huhu. Namun, keadaan ini bukanlah penghalang, malah antara penyeri sesuatu program. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.


Apapun, alhamdulillah, saya sangat gembira dapat bersua muka dengan kalian. Tahniah buat warga PPMA atas reaksi positif anda sekalian dan bersamalah kita menyebarluaskan budaya ilmiah untuk 'pengantarabangsaan pemikiran' selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga ukhwah ini berkekalan hingga ke syurga, insya Allah.


"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya" (Al-Ahzab:56)

Allahumma solli 3la sayyidina Muhammad wa 3la alihi wasohbihi wasallam. Salam Maulidur Rasul..

Bilakah Nabi dilahirkan? Siapakah insan-insan terawal yang memeluk Islam? Siapakah yang digelar ahlul bayt Nabi? Apakah pekerjaan-pekerjaan Nabi semasa hayatnya? Bilakah wafatnya Rasulullah SAW? Apakah kalimah yang terakhir diucapkan oleh baginda semasa akhir nafasnya?
Erm..soalan yang simple bukan?..recall..recall..hehee. (along yakin, Syahmi mesti tahu semua jawapan ini kan, wink wink..)

Persoalannya,
sedalam manakah pengetahuan dan ingatan terhadap Rasulullah SAW? Sejauh manakah CINTA kita kepada Rasulullah SAW, Kekasih Allah..?? Apakah bukti keCINTAan tersebut?? Saya juga sering tertanya-tanya kepada diri sendiri..persoalan yang memerlukan pemikiran dan praktikal untuk mendapat jawapan bagi diri sendiri.. "Love? Prove it!"

Kembali terkenang
ayat 9:24.. apakah firman Allah pada ayat itu?? Jom selak dan fikir-fikirkan realiti aplikasi dalam kehidupan kita kini dan masa depan..

p/s: persegaran program ini memang best! Mabrook buat para chef ^^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 walk-the-talk: