RSS
Post Icon

Aku dibius...

Hari terakhir sebelum menjelangnya oral exam..

Opss, aku tidak dibius..hanya mampu membius, hehee. 2 minggu pengalaman di rotation anesthesia(bius) memang agak 'honeymoon' (ye ke??), sebab tidak sesibuk di rotation lain, doktor-doktor tidak setegas di rotation lain dan pembentangan seminar juga tidak sedahsyat di rotation lain. Walaupun lenguh kaki berdiri melihat skill surgeons mengendalikan pembedahan, namun berkesempatan untuk assist(membantu) pembedahan, belajar untuk memasukkan canula secara praktikal, dan penggunaan alat-alatan lain. syukurlah 2 minggu itu telah berlalu, oral exam juga telah dilalui, markah bakal keluar esok (dengar katanya). Semoga khair, Ya Rabb.

Anesthesia tampak membosankan bagi sesetengah pelajar, namun, tenaga pakar bius sangat kritikal keperluannya di bilik pembedahan. Bayangkanlah, sedari awal pesakit yang masih sedar dihantar ke bilik pembedahan sehinggalah beberapa jam selepas selesai pembedahan, doktor bius lah yang akan mengendalikan keadaan pesakit, menyediakan pesakit untuk sedia dibedah sehinggalah pesakit sedar semula, sebelum dihantar ke wad biasa. Doktor-doktor bius ini juga perlu sentiasa bersedia andai di tengah-tengah pembedahan, berlaku kes-kes kecemasan. (erm, macam dalam cerita ER, Code Blue, Iryu..huhu)

Bagiku, ketika di Neurosurgery (pembedahan saraf) adalah yang paling merumitkan, memerlukan hampir sejam lebih untuk persediaan sebelum pesakit sedia dibedah. (saat ini, doktor-doktor tidak menghiraukan para pelajar, kerana kebiasaannya kes Neurosurgery adalah kes kritikal).

Hari terakhir sebelum peperiksaan, berkesempatan untuk melihat pembedahan kes kanser otak, (Glioblastoma Multiforme), tempurung kepala ditebuk (craniotomy), terserlah isi-isi kepala termasuk otak. Masya Allah!! Di KAUH, pakar-pakar bedah saraf terdiri daripada kaum lelaki. Yang pasti, saya tidak berminat untuk mengambil specialist di bidang anesthesia ini, dek kerana bermain dengan ubat-ubatan, dan bergelumang dengan alat-alatan dan mesin di bilik bedah sahaja.

Ketika di pagi imtihan, hampir 13 pelajar terawal mendapat soalan-soalan yang senang, straight to the point dan berulang-ulang. Contohnya, complications of spinal anesthesia (with mechanism), second gas effect, diffusion hypoxia, side effect of succinylcholine. Namun, di pertengahan giliran antara kami, doktor bertindak untuk bertanyakan kesemua bab dalam setiap seminar anesthesia. OMG!! Memang sangat cuak, dek rasa tidak bersedia untuk oral exam ini. Mengharapkan Allah permudahkan urusan exam.

Tiba giliran saya, antara 4 orang terakhir yang memasuki tempat oral exam, 2 orang doktor yang memakai 'uniform OT' sedia menanti.. Bismillah..dengan langkah kanan menolak pintu pemisah itu.

Me: Salaam ya duktur.

Doc: 3laiki salam. Syusmik? Isim kaamil (Siapa nama? Nama penuh)

Me: Nurel 3in Shamsuddin Harun (habis nama arwah atok pon disebut)

Doc: Syu seminar ilik? (apakah seminar kamu?)

Me: MAC

Doc: Ok, define MAC

Me: MAC is Minimal Alveolar Concentration, ya3ni concentration of anesthetic agent in alveoli at 1 atmosphere blabla… ila akhir.

Doc: Syu (apakah) factor increase MAC?

Me: 5 factors-hyperthyroidism, hyperthermia..blabla..

Doc: Giddish(berapakah) concentration MAC of halothane, sevoflurane, isoflurane, enflurane, nitric oxide?

Me: halothane 0.75%, sevoflurane 2%..blabla..ila akhir.

Doc: Toyyib, mumtaaz. a3tikul 3fiah.

Me: Kholas duktur? (dah habis ke?)

Doc: Aiwah, kholasna (yea, dah habis)

Me: Alhamdulillah. Ok, syukran duktur. Allah a3tikul 3fiyah.


Terasa Allah Maha Berkuasa, sekelip mata, insan-insan sebelum saya ditanya soalan-soalan dari pelbagai bab. Saat giliran saya, hanya beberapa soalan yang berkisar tajuk seminar saya sahaja. Itu pun, tidak sepenuhnya. Alhamdulillah..syukur sangat! Terima kasih kepada yang mendoakan saya. Semoga Allah pelihara anda semua dunia akhirat, insya Allah.


Petang itu, terus bersiap untuk ke Mu'tah dengan ditemani oleh Piya, bagi mengikuti program PERTAMA kali ke-4 anjuran MPPMJ.(link PERTAMA 2010). Saya memang berdoa sangat-sangat, mudah-mudahan program ini berjalan dengan lancar, para pendengar diterangkan hati untuk mendapat manfaat semaksimum mungkin dan seterusnya mampu menyampaikan kepada insan-insan lain mengikut kapasiti masing-masing.


"Sampaikan daripadaku walaupun 1 ayat" Sodaqo Rasulullahi sollallahu 3laihi wasallam.


p/s: Bagai dentist perlukan technician, begitulah surgeon pelukan anesthetist…hehe. Owh, hari ini merupakah permulaan di rotation Radiology..nak fikir/cari perumpamaan lain pulak laa..huhu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 walk-the-talk:

Alameda Locksmith said...

Thanks for sharing tthis