RSS
Post Icon

nasib 'perlembagaan' persatuan


Junior: Kak ain, akak jadi fasilitator untuk MIFC ke?

Me: Nope, dah ada plan lain untuk weekend ni. 1st come 1st serve. Tak best la kalau tak dapat bagi sepenuh komitmen kan.. hehe.

Junior: Oo..kirenyer, akak ader la masa AGM BKASJ nanti? Alamak..

Me: Haha..datang kot, tengokla.. kenapa?

Junior: Scary la nanti kalau akak bertanya-tanya.. Akak tak yah la tanya apaa-apa yer!:P

Me: OH, GOT IT!! Huhuu~


Baru sebentar tadi menghantar borang pencalonan PERMAI untuk kepimpinan sesi 2010/2011, wohooo, banyak nya nama perlu di 'short list'.. rasa macam ahli nujum plak nak pilih nama-nama ahli PERMAI yang semakin membiak bilangannya. Setelah diteliti, kami para seniorita bersepakat bahawa kami tidak mengenali keseluruhan adik-adik akhawat PERMAI, apatah lagi menghafal nama penuh mereka semua. Agak rugi di situ! Opss, jangan dibandingkan dengan zaman PERMAI tatkala kami yang menjadi junior kanak-kanak Ribena.. (gaya sekarang pon agak kanak-kanak lagi, hehe).


Berkisar mengenai PERLEMBAGAAN persatuan (sebab baru dapat Rampai Wacana & Perlembagaan BKASJ untuk AGM BKASJ pada Sabtu ini). Oh, belum sempat diselak.. banyak 'date' plak malam ni dan esok. (seronokla 'mereka' sebab saya tak sempat selak wasiat-wasiat AGM BKASJ ni, LOL~).


Dahulu, sewaktu masih bergelar sanfurah, saya tidak memahami sepatah mengenai Perlembagaan persatuan. Jangan harapla nak selak. Namun, sejak ditaklifkan sebagai YDPAH BKASJ 0708 dan Timb Setiausaha Agung MPPMJ 0708, Perlembagaan lah yang menjadi panduan tatkala menganalisa bidang tugas, membuat keputusan, pindaan, pengeluaran kewangan mahupun menjalankan program. Pendek kata, sesi 2007/2008 ketika itu, saya terlibat dalam kedua-dua team BKASJ dan MPPMJ untuk menggubal dan 'meng-update' perlembagaan kedua-dua persatuan ini. Tak pasal-pasal rasa cam skema jap! Huhu. Namun, itulah pengalaman baru buat saya, learning from zero.


Teringat sewaktu AGM MPPMJ Sabtu lalu, seorang ahli mesyuarat berkata, "..Sepatutnya duit biro ekonomi tidak boleh disentuh untuk program mahupun bidang pentadbiran, ia hanya digunakan untuk kecemasan".


Ehem, dengan bangganya saya menjawab kembali, "Terima kasih kepada sahabat yang bertanya. Semua boleh merujuk 'Perlembagaan MPPMJ, muka surat 11, bab ke-7, fasal ke-21: Kewangan. 21.1 Sumber-sumber kewangan adalah daripada hasil-hasil projek ekonomi yang dijalankan serta sumbangan daripada mana-mana individu dan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan yang sah'. Maka, sudah terang lagi bersuluh, kami tidak melanggar undang-undang persatuan, perlembagaan adalah kata putus bagi gerak kerja persatuan. Wallahu A'lam". Alhamdulillah. Hehe, tetibe rasa macam peguam (bace: peguam tak bertauliah) plak, siap berhujah dengan berfasal-fasal :P

Oh, mestilah saya tahu batas-batasnya. Hello, penat taw menggubal perlembagaan ni dulu, point-point penting masih saya ingat. Bukan senang nak maktubkan dalam perlembagaan, setiap point dan fasal telah 'disyurakan' pro & cons bagi setiap satu. Namun begitu, setiap fasal yang termaktub dalam Perlembagaan TETAP mempunyai kekurangan dan boleh diperdebat, maka jelas membuktikan ia HASIL CIPTAAN MAKHLUK yang sangat lemah dan limit pemikiran, manakan sama dengan Ciptaan Al-Khaliq. Jauh sama sekali!

Saya pasti, tak semua ahli persatuan akan membaca perlembagaan, apatahlagi memahami setiap point yang termaktub di dalamnya (sepertimana saya saat bergelar sanfurah dulu). Namun, suatu KEWAJIPAN bagi semua pimpinan untuk memahami perlembagaan dan bertindak selari dengannya agar tidak menganiaya hak-hak ahli di bawahnya. Sayang seribu kali sayang bagi para pemimpin persatuan yang mengambil endah tak endah, bahkan hanya menyelak Perlembagaan beberapa detik sebelum bermulanya AGM persatuan (baca: saat meletakkan jawatan).

tadaa~Malam 27 Rejab, semoga terisi dengan sebaiknya.. jom recall kisah-kisah bulan Rejab.. Antara clue: awal juz ke-15..Wallahu A'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 walk-the-talk:

wani napiah said...

salam kak ainnnn...
nak kata seronok dapat lepaskan diri jadi MT lg pon ntah la..x tau nak gmbrkn..tp rasa lega..sbb mak kte pon dah pesan, klu blh lps ni x yah la pegang jawatan besar2..haha..bajet bagos plak..

tp seriusly, rse seronok sgt2 dpt merasa 2 thn pegang jwtn kt sini..especially dlm BKASJ..bnyk tmbh pengalaman..walaupon kt skolah dlu jd KA, tp pengalaman yg berbeza..(ni kira riya' x?haha)..

walaupon kadang2 rse penat, tension ngn org,org x suka ngn keje kte..tp x kesahla..yg penting kte dah cuba buat sehabis baik..

sangat bangga dpt kenal ngn akk..nk jadi mcm akk,tp rse cam jauh sangat jurang tok sampai hingga jd cam akk..hehe..

kte x sehebat akk..jd sebelum ap2 kemungkinan yg lebih besar berlaku..baik kte tarik diri =p..

perlembagaan ni pon kte x abes hadam lg..sudah semestinya akan ad soalan dr akk..kena bersedia ni..hahaha..akak jgn tanya soalan yg susah2 tau..dah cuak dah ni..hahahaha..

n thanx kak ain, sbb sudi hadir agm bkasj sabtu ni..terbaik la akk!!(ayat bodak supaya x de soalan maut nnt..boleh?!)

ainshams said...

wani: huhu, ms AGM MPPMJ harituh, mak akak plak kater, 'heh, dah surrender ker nak lepaskan jawatan?' ayah akak plak, dr dulu lg mmg dah pesan, xyah pegang2 jwtn, study jek! (sbb dye takot ter-effect kat medic yg susah).

yeah, jom melalui final year di bidang masing2 dgn jayanya, insya Allah. smg dpt gunekan final yr di bumi Anbiya' sebaik mungkin, 'top up mane2 hajat yg terkandas' zmn busy dlu.

heee..cam xde soklan KOWT.. hahaa~
yeah, byk pengalaman&kenangan kan.. membuat kita kenal & improve byk mende! alhamdulillah~

ehem, we just be ourselves.. jgn dibayangi dgn org lain. semua org ada cara masing2, ada kelebihan & kekurangan masing2. sbb tuh kiter saling memerlkukan utk top up sesama kita.. =D