Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam yang dikekalkan sehingga ke saat ini. Semoga kekal diberi anugerah ini sehingga nafas terakhir, ameen.Wow, sudah setahun saya tidak membelek blog saya! Ini bermakna, sudah setahun saya bekerja sebagai H.O., alhamdulillah :)
Kenapa saya tidak membelek blog??
a) Kesibukan bekerja? b) Tekanan (baca : ujian) hidup?c) Ketandusan idea? d) Tiada 'mood' menulis? e) selain di atas f) Semua di atas :)
Peralihan fasa dalam kehidupan dari alam pelajar ke alam kerjaya bukanlah suatu yang mudah. Ia memerlukan jiwa dan komitmen yang tinggi SEANDAINYA mahu mengekalkan 'jiwa pelajar yang istiqamah dalam melaksanakan amalan wajib dan sunat'.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan kilat di tengah hari.Yakinlah ada sinaran pelangi yang bakal menanti, insya Allah. Hidup ini hanya persinggahan. Tiada yang kekal melainkan amalan yang dilakukan buat penjamin kita tatkala bertemu-Nya.
Seseorang yang ditimpa musibah (ujian yang maha hebat) menandakan Allah amat sayangkannya seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan terhadapnya, Allah akan mengujinya dengan ditimpa musibah." (Hadis riwayat Bukhari). Istiqamah dalam memelihara solat dan membaca Al-Quran kerana ia adalah kunci kekuatan jiwa dan penghubung 'rahsia' Pencipta dan hamba. Sesungguhnya, selawat adalah penyejuk jiwa :)
Tatkala menunaikan umrah bersama adik lelaki pada April 2012 yang lalu, berulangkali solat sunat taubat, istikharah dan hajat dilakukan. Sedang jiwa penuh berserah memohon keampunan-Nya, hati dan fikiran mendamba ketenangan yang hakiki daripada-Nya, dan diri ingin reda serta pasrah mengharapkan penyelesaian atas ujian yang menimpa, langkah saya terkaku dan air mata mengalir deras tatkala membaca bacaan tawaf ke-4,
للّهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا وَعَمَلاً صَالِحًا مَقْبُوْلاً وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ يَاعَالِمَ مَا فِى الصُّدُوْرِ أَخْرِجْنِيْ يَا اللهُ مِنَ الظُّلُمَاتِ إلَئ النُوْرِ اللَّهُمَّ إنِّيْ أَسْألُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَاءِمَ مَغْفِرَاتِكَ وَالسَّلاَ مَةَ مِنْ كُلِّ اِثْمٍ وَالْغَنِيْمَةََ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ
رَبِّ قَنِعْنِيْ بِمَا رَزَقْتنِيْ وَبَارِكْ لِيْ فِيْمَا أَعْطَيْتَنِيْ وَاخلُفْ علَيَّ كُل َّغَاءبَةٍ لِيْ منكَ
Ya Allah, kurniakanlah haji yang mabrur, sa'ie yang diterima, dosa yang diampuni, amalan soleh yang diterima dan usaha yang tidak mengalami kerugian. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang terkandung dalam sanubari, keluarkanlah aku dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang.
Ya Allah aku memohon kepada-Mu segala yang mendatangkan rahmat dan ampunan-Mu, selamat dari segala dosa dan beruntung dengan mendapat palbagai kebaikan, beruntung dengan memperoleh syurga, terhindar dari seksaan neraka.
Ya Tuhanku, puaskanlah aku dengan segala anugerah yang Kau kurniakan, berkatilah segala yang Kau berikan kepadaku, dan gantikanlah apa yang hilang daripadaku dengan segala kebaikan yang jauh lebih baik daripada sisi-Mu.
Tatkala sedang bersa'ie, saya "temui" penyelesaian itu. Walaupun hati meruntun hiba dan dada penuh sebak, air mata lebat berjuraian, namun lidah beristighfar dan bertahmid kerana yakin ketentuan Allah itu adalah yang terbaik, tak tercapai hikmah tersembunyi dek akal hama yang hina ini.
Dari Ummu Salamah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pun di antara orang-orang muslim yang ditimpa musibah, lalu dibacanya apa yang diperintahkan Allah: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahumma ajurni fi musibati, wakhluf li khairan minha."
(Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran atas musibah ini, dan berikanlah aku pengganti yang jauh lebih baik daripadanya), nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya.
Ummu Salamah berkata lagi: "Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah SAW." (Hadis sahih riwayat Muslim)
Yakinlah, doa orang teraniaya sangat mustajab! Ya Allah, Alhamdulillah atas ujian ini. Tarbiyah sabar dan reda. Selama ini hanya memahami teori, baru kini diadaptasi dalam kehidupan realiti. Alhamdulillah, sujud syukur kerana sangat terasa diri dipelihara-Nya dengan sebaiknya daripada yang bukan selayaknya. Thank you, Allah (^_~)
2 walk-the-talk:
Dan ujian itu datang bagi yang mampu.
Allah yakin akak mampu. Jadi, akak kena mampu ye.
*setahun tak hapdet, mmg bz betol zaman HO. huh.. Takotnyee
Rai : "Dan ujian itu datang tanda Allah sayang & Allah rindukan rintihan hamba-Nya" ayat pemujuk jiwa. Insya Allah, mohon doakan yea :)
Post a Comment