RSS
Post Icon

fondant cup cakes

Handmade fondant cup cakes

Tadaa.. these are my 1st trial, specially made for my beloved family (^_@)

"Along, syahmi nak kereta spot" kata Syahmi
"Adik, bagi abang fiz lady bird & 2 tayar kereta spot taw" kata hafiz

kanak-kanak..suka berebut, huhu~love them damn much!! Sehhatein.

Owh, out to Teluk Intan, my only kampung. bissalamah enshalla.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

di mana kesopanan & kesusilaan sebagai pesakit?

Emergency Dept di Malaysia memang sibuk, sangat sibuk jika dibandingkan dengan suasana di hospital Jordan. Jika di Jordan begini, tak perlulah saya stay back sehingga lewat malam, malah terpaksa 'bertarawikh di ER' sewaktu on-call dek ketiadaan kes yang diperlukan.

1st triage, 2nd triage, Zon Asthma, Fever Center, Zon Biru (observation), Zon Merah (kritikal), Zon Kuning (separa kritikal), Zon Hijau (selain yang disebutkan), ruangan khas untuk mengambil darah, bilik prosedur (contohnya bagi membuka jahitan atau jahitan ringan), bilik OSCC (one stop crisis center) bagi kes rogol dan tak dilupakan bilik operasi 999 di mana mereka di situ bertugas menjawab/menapis panggilan 999 di seluruh Malaysia. Kerjasama berpasukan!

Tepat jam 8 pagi bermulalah round bersama Consultant Dr Alwi. Pada saya, beliau hebat teori dan praktikal, malah informatif dan rendah diri.

"Tell me physiology of sweating"
"What's the anatomy/histology/embryology of heart"
"What indication for GTN"
"What's the primary & secondary assessment"
"If we dissect basal skull, what anatomy we can find?"

"If patient already low BP, what drug will u choose? What's the pathophysiology of that drug?"

Isnin lalu, usai round yang sangat berilmiah (ala-ala round dgn Dr di KAUH, huhu), saya menuju ke Fever Center. Sempat saya menyelak CPG Dengue sebelum ke Fever Center.

Pesakit demam bertali arus di 1st triage, mendaftar lalu terus dihantar ke Fever Center. Setibanya mereka di Fever Center, mereka ke bilik 1 untuk diambil rekod vital signs. Seterusnya menunggu giliran nama dipanggil untuk bertemu doktor bertugas. Seandainya perlu (kecuali yang hanya demam selama 1 hari), darah diambil di bilik 1 sebelum mereka menanti giliran untuk dipanggil semula bertemu doktor bertugas selepas hasil ujian darah mereka keluar. Rawatan dan kaunseling diberikan. Jika keadaan mereka agak teruk, mereka dihantar ke Observation Zone atau dihantar ke wad.

Tiba-tiba tengah hari itu..

"Berapa lama lagi nak kene tunggu? Dah sejam saya tunggu. Ni dah hari ke-3 anak saya kena datang untuk ambil darah!!!! Doktor ni tahu buat kerja ke tak?" bentak seorang lelaki menuju ke bilik kami, padahal tika itu masih terdapat pesakit di dalam bilik.

Saya terkejut. Dr Noraini tenang tanpa respons.


"Maaf encik, tunggu di luar dahulu ye, kena ikut giliran. Terima kasih" kata jururawat Kak Ita.

Lelaki tersebut masih 'bising' di luar, menambah kehangatan suasana di Fever Center. Namun, kesemua kakitangan menjalankan tugas masing-masing seolah-olah tiada apa berlaku.

Selang 2 pesakit, tibalah giliran anak kepada lelaki tersebut.
Keputusan darah menunjukkan anaknya berada pada tahap yang baik, tambahan anaknya bebas daripada tanda-tanda membahayakan walaupun 2hari sebelumnya platlet agak rendah selepas demam 5 hari. Kini, history good, VS stable, FBC within normal range.

Dr Noraini sangat tenang menerangkan keadaan terkini pesakit kepada bapanya.

Lelaki tersebut mendengar dan sesekali bertanya dengan nada yang tinggi.
"memang tak payah nak masuk hospital kan? Kang dah balik, kene denggi pulak. Doktor kena teliti buat kerja. Doktor tahu ke tak?"

"Encik tak perlu risau. Seperti yang saya terangkan tadi, ada beberapa kriteria yang saya lakukan. Maka, berdasarkan assessment yang saya lakukan, saya yakin anak encik tiada tanda-tanda denggi buat masa ini. Jika anak encik tidak demam sehingga esok, maka tidak perlu datang ke hospital. Namun, jika demam dalam masa 48jam, perlu datang kembali untuk pemeriksaan lanjut" cukup teratur dan tenang intonasi Dr Noraini.

Usai penerangan, pesakit dan bapanya keluar. Agak terkilan. Sudahlah diherdik. Tiada ucapan terima kasih terluah (atau saya yang tidak dengar, padahal saya yang menghantar mereka ke pintu bilik).

Adakalanya, ucapan maaf bisa meleburkan bara kemarahan dan ucapan terima kasih bisa menghilangkan tiap titisan keringat dan hasilnya terjalinlah kemesraan dan sifat berlapang dada sesama manusia.

Sudahlah tiada masa rehat, tak sempat lunch dek pesakit bertali arus. Sesetengah doktor masih kepenatan dek post-call mode. Kini dimarahi pula. Menambahkan lagi kehangatan di Fever Center. Namun, doktor perlu sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.

Saya terfikir, 'bukan seorang dua yang membuat FBC, bahkan berpuluh-puluh pesakit di hampir setiap wad melakukan FBC. Adakalanya, perlu repeat FBC tersebut. Menunggu keputusan darah sekitar 2 jam lebih adalah biasa di hospital kerajaan. Jika terasa beban menunggu, pergilah ke hospital swasta, jimat masa & duit melayang!'

Semoga saya diberi kekuatan dan kesabaran tatkala berdepan situasi sebegitu akan datang.


"Sabar itu susah tapi, sabar itu indah~fa sobrun jameel"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

inspirasi pengorbanan

Si comel masih dalam keadaan kritikal, keadaannya tiada tanda beransur stabil meskipun sudah hampir 20 minit pasukan MA(medical assisstant), pakar kanak-kanak, MO bahagian Emergency dan jururawat berusaha sedaya mungkin.

“Mak, tunggu di bilik menunggu ye, terima kasih atas kerjasama” nasihat Dr Paediatrics buat si ibu yang setia bersama bayi 2 bulan itu. Riak wajah si ibu kelihatan tenang, namun gelogak jiwa hanya Dia Maha Mengetahui.

‘Oh, sudah pukul 11pagi’, getus hati saya. Teringat janji bersama rakan HO yang baru dikenali untuk memeriksa progression keadaan pesakit di katil 3. Kes polis.

Saat saya melalui bilik menunggu untuk ke ‘Yellow Zon’ katil 3, terlihat kelibat si ibu tadi, bunyi esakan jelas sekali.

“Doktor, anak saya.…” sayu suaranya.
Sungguh. Hati saya terusik dengan esakan ikhlas itu. Kasih ibu tak layak dijual beli, nilainya tinggi tak terkira.

“Maaf, puan. Saya pelajar elektif, belum doktor lagi. Insya Allah para doktor sedang berusaha, kita doa banyak-banyak yer. Yang lain, serahkan pada Allah” ujar saya sambil mengusap bahu si ibu. Terlihat naskhah Yasin pada meja di sudut bilik itu, lantas saya menapak menagmbil senaskhah yasin dan memberikan kepada si ibu.

“Doa ibu buat anaknya tiada hijab insya Allah. Puan kuatkan semangat dan pergantungan, semoga puan diberi ketenangan. Maaf, puan. Saya pergi dulu ye. Ada tugasan di tempat lain” lantas saya berlalu menyelesaikan janji dan tugasan lain.

Setengah jam berlalu. Saya menuju ke arah pesakit bayi 2 bulan dan si ibu tadi.


Pengorbanan si ibu muda,‘terpaksa’ berhenti kerja demi menjaga 2 anaknya yang mempunyai penyakit istimewa Syndrome Down. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk berkhidmat buat permata cahaya kurniaan Ilahi.

Murni sekali pengorbanan si ibu.. Sesuailah ungkapan, syurga itu terletak pada tapak kaki ibu.

Teringat saya akan kelibat seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang menjalani ‘monthly check up’ tatkala kandungannya mencecah awal 2nd trimester. Pelbagai soalan menjangkau benak saya tatkala melihat keadaannya yang datang seorang diri. Marital status: single. Ya Allah!!

Ultra sound dijalankan. Bergenang air matanya melihat benih di dalam rahim sedang membesar dengan sihat. Setelah beberapa nasihat berkaitan kesihatan diberikan, remaja itu berkata, “Doktor, saya masih belum mampu melupakan tragedi hitam itu..” suara yang terluah antara dengar dan tidak. Sayup sekali.

Setelah mendengar kisahnya sambil membaca ‘document forms’ pada computer, barulah saya memahami, remaja malang itu menjadi mangsa ‘haruan makan anak’. Kasihan. Sungguh. Sedih dengan perangai Melayu.

Aduhai..inikah hasil bangsa yang telah lebih 50 tahun menggapai kemerdekaan?

Pengorbanan remaja itu untuk terus bersusah payah secara bersendirian membesarkan anak dalam kandungannya, berdepan dengan tohmahan masyarakat, perlu teguh mendepani masa depan diri dan anak yang tak pasti. Semoga remaja itu diberikan kekuatan dan hidayah yang berpanjangan. Ameen.

“Dan kami perintahkan kepada manusia (untuk berbakti kepada) orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan kesusahan demi kesusahan dan menyusukannya selama 2 tahun. Maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu dan hanya kepada-Ku lah kamu kembali” (Luqman : 14)

Telusi lembaran sirah Aidiladha pada surah As-Soffat ayat 100-108. Aidiladha lambang pengabdian dan pengorbanan hamba kepada Tuhannya (Nabi Ibrahim As kepada Allah SWT) dan anak kepada ayahnya (Nabi Ismail AS kepada Nabi Ibrahim AS).

Setiap insan akan berdepan dengan keadaan yang memerlukannya melakukan pengorbanan. Semoga pengorbanan yang kita telah atau bakal kita lakukan kelak juga berpaksikan pengabdian kepada Rabb kerana matlamat hidup ini adalah mencari mardatillah.

“Puasa pada hari Arafah akan menghapuskan dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang”(HR Muslim)

Taqabbalallah, kullu 3am wa antum bi khair.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

labour room versi 3 VS ot

Seingat saya, sewaktu di KAUH~King Abdullah University Hospital, kami bebas bertudung walau di dalam OT~Operation Theatre a.k.a bilik pembedahan. Sewaktu di Hospital Mafraq rotation Surgery, telah disediakan selendang khas untuk ke OT (selain sterile uniform). Hanya perlu lilit saja di kepala, mudah sekali!
Alaa..tu negara Arab!
Well, tak kisahla negara Arab atau negara apa sekalipun, tetap menginap di bumi Allah rite? =P

Terdapat hospital yang masih melarang pemakaian tudung di dalam OT dengan alasan infection control, protokol hospital dsb. Kenapa tiada sebarang inisiatif untuk membolehkannya?

Seorang pesakit wanita berbangsa Cina, kandungan pertama primigravida. Seawal pagi good progression with good variablity, acceleration no deceleration of CTG, 2:10:30sec contraction. Next review after 4hours, still the same. Later, poor to progress, CTG bayi juga semakin lemah. Segera wanita tersebut dikejarkan ke OT.

Sejurus selepas saya menukar pakaian khas ke OT~uniform berwarna biru, dengan tak rasa bersalahnya saya menyarungkan tudung seperti biasa dan tak dilupakan, kasut getah ke OT.

Saat melalui bilik Ketua Jururawat (seorang wanita bertudung), beliau menegur saya.
"Tudung tu tak boleh dipakai. Pakai tudung biru ye, ada di sebelah sana" ujarnya sambil menunjukkan ke arah tersebut.
Oh, ada tudung jugak. Good! "Ok, terima kasih"

Tadaa.. So nice in light blue colour! (opss, gambar tak dapat di-upload sebab saya hanya membawa balik charger camera sahaja, my fault!)

Pertama kali saya melihat dan memakainya. Sungguh mudah, ala-ala tudung ariani (tanpa 'inner pengeras depan'), sarungkan saja di kepala menutupi bahagian rambut dan leher hingga dada, dan kemudian pakailah cap hijau & mask OT seperti biasa. Maka, tiada alasan 'tidak dibenarkan bertudung ke OT kerana infection control'. Kreatif dengan pelbagai inisiatif. Islam itu mudah untuk dipraktikkan. Innaddina yusra (^_^)

perkongsian klik di sini

Saat di dalam OT. Sungguh, saya suka pemandangan ini. Bermula dari doktor bius, doktor kanak-kanak yang menanti untuk memeriksa bayi, para jururawat, Surgeon MO Dr Farah, Assistant HO Dr Hidayah..kesemuanya adalah wanita Muslim. Opss, bukan semangat feminisme but the point is, women also could perform their best, gaining a good team with creating an Islamic environment. The choice is yours.

Zulhijjah sedang meniti, terasa pantas masa berlalu. Dalam tak sedar, hanya berbaki sehari saya di O&G Dept. Get to know so many people, having new friends of HO yet they're friendly and helping each other~Dr Hidayah, Dr Aleya, Dr Hafidz, Dr Salwa, Dr Rizal, Dr Huei, Dr Prakash, Dr Chai, Dr Ainul. MO yang menjadi rujukan HO, tenang yet mudah dibawa berbincang~Dr Hafiz, Dr Farah, Dr Azimah.

"What do u think of her condition?" Herm, jika tak pasti, baik jangan jawab kerana sebarang jawapan tanpa fakta 'tidak sesuai' dibentang di depan specialist Dr Goh.
"Tell me, why do u order this as I want to know how you think, so that I can correct you"
"Who suppose to chart this partogram? Why it still not complete?"
"What is active management of 3rd stage of labour?"
"The station is still -1, so what do u think?"
"Tell me how you differentiate between moulding and crowning?"
"Next review at what time?"
"Being a doctor u have to think fast, act fast so you have to always bring your brain with you. A doctor is the best among population, do you know that?"
"Even Nurul the student knows, how did the rest of you get your degree without having any idea of this?"

Walaupun Dr Goh sangat tegas, namun beliau profesional dalam menegur. Tidak sesekali meninggikan suara (menjerit) hingga mengganggu pesakit lain dan tidak juga memuji jika jawapan betul sebab anda memang SEPATUTNYA tahu (huhu).

Terdapat sesetengah specialist Melayu yang suka menengking dsb. "Yang ada semua tak boleh pakai!!!! Tekanla situ!!" "Mana syntho? Haa, apa guna syntho?" Jerit specalist Melayu itu yang baru sampai, saat itu pesakit wanita baru selesai bertarung nyawa melahirkan anak pertama. Suasana tegang berlawan dengan jeritan dan suara mengerang pesakit wanita.

Api tidak boleh disimbah minyak. Jangan menggali lubang kubur sendiri. Sayangi masa depan. "synthometrin IM, given during 3rd stage of labour for uterine contraction to prevent Post Partum Hemorrhage". Jawapan 'monotonous' memang menjadi pilihan saya saat begitu. Konklusinya, usah dilayan perasaan dimarahi =P

Bau lambakan darah yang mual lagi meloyakan, bau uri atau placenta yang ...(bak telur busuk??), suara wanita yang mengerang kesakitan, bunyi alarm bagi partogram yang 'tak cantik', berlarian mendapatkan delivery set & perineal set dll.

Detik berharga pengalaman menyambut kelahiran bayi perempuan tanpa sebarang tear (koyak), menyambut kelahiran bayi lelaki dengan sedikit episiotomy (mediolateral), terketar-ketar menyelesaikan jahitan, memasang Foley's catheter, IV lines, membasuh dan menukar pakaian pesakit, mengelap bayi si comel baru lahir yang bermandian darah, memotong tali pusat, meng-assist HO menyambut kelahiran namun tiba-tiba bayi melompat ala-ala superman menyebabkan terpercik darah dan air ketuban mengenai kasut baru saya, gown baju, lengan dan sedikit bahagian muka (gatal-gatal kulit dibuatnya walaupun telah segera dibersihkan) dll.

"Dah nak senja, tak perlu basuh barang-barang di bilik belakang yer. Dengar kata, ada macam-macam cerita di situ waktu malam. Cukuplah kira alatan, basuh di bilik pesakit dan kemudian, letakkan di atas troli di penjuru berdekatan kaunter,ok" Jeng jeng jeng..Fuh, dugaan 'bermain' dengan darah, uri, wanita bersalin..'

"Puan, ini uri yer, saya letakkan di sini" kata saya sejurus selepas memeriksa uri dan membungkusnya, 'complete ragged' komen saya. Hanya wanita Islam yang akan diberi uri, selain Islam, mereka memang tak mahu uri tersebut. Maka, dibuang sahaja setelah dibungkus.

Nurses membantu memudahkan kerja-kerja doktor namun kadangkala (mungkin selalu), doktor juga dimarahi oleh nurses.
"Doktor nak order apa untuk lunch? Meh kasi duit"
"Tak pe la, biar kak chart patient ni. Doktor gi makan dulu"
"CCT (control cord traction) je, tak yah tarik kuat sangat"

"Doktor, kalau BP patient dah low tu, panggil la nurse. Jangan buat pandai-pandai sendiri"
"Doktor mana yang buat ni, tak reti nak letak sign ke? Kita nak hantar patient ke MOT ni"
"Doktor nak bongkok muda ke? Kalau tak selesa nak menjahit macam ni, tinggikanlah katil tu"
"Kenapa tak pasang line lagi? Tak tahu ke patient ni dehydrate?"

Terima kasih semua, semoga Allah membalas jasa kalian. Experience is the best teacher! Jika ditakdirkan saya bertugas sebagai HO di Hospital Selayang kelak, mungkin akan bertemu kembali dengan mereka ini. huhu~




Alhamdulillah, I finished up reading this book, a thousand of thanks to my bestie, Dijamin for giving me this kind of book. A must-reading-book, we can refresh many points that we've already known yet how to practise it somehow.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

labour room versi 2 & k'tan

Pagi ini, semua HO dan MO Dr Hafiz kelihatan kurang bermaya, post-call mode.
"Why the patient get anemic?" tanya Dr Goh di luar tirai pesakit saat ward round.
Seorang demi seorang HO ditanya. Tiba-tiba terasa akan tiba giliran saya, dup dap.
"Nurul, why do you think?"
"1st, she is pregnant eventhough not all women get anemic during pregnancy" jawab saya. Baru saya hendak menarik nafas bagi jawapan seterusnya, Dr Goh bertanya lagi.. "2nd?"
"Alshan akal (opss, terkeluar arab plak..) i mean, low meat intake" jawab saya kembali
"you mean, dietary?" Dr bertanya lagi
Saya mengangguk sambil menyesali tersalah keluar bahasa tadi.
Seorang HO lain menyatakan dilutional anemia.
Dr Goh menerangkan serba sedikit sambil mengiyakan jawapan saya, alhamdulillah.
Sebenarnya, serta merta saya terlintas lecture Dr Hala (paeds haematologist) yang ditulis tangan oleh student, yang pernah saya baca dahulu.

Walaupun Dr Goh sangat tegas & very particular, but she seems nice to the patients.

Dr: How's the FBC right now?
HO: I didnt get the result yet since 7am (now at 910am)
Dr: No matter how hard you work to get them, the most important is, you have to get everything before ward round. If you have to drive there & do it yourself, then do it. I dont praise eventhough you passed through many challenges as it's all about your own duty. I'd been at your place before.

Tengah hari itu, saya baru terfikir nak berehat sebentar, kebetulan HO DR Hidayah mengajak kami lunch bersama, tiba-tiba..
"Dr, pesakit baru sampai..os 9cm, hantar ke bilik 10, siapa nak handle" jerit nurse di kaunter.
Kami segera ke bilik 10, pesakit baru tiba diusung dan beliau diminta beralih ke katil delivery.
Delivery set diambil, sterile glove & gown dipakai. Dengan tak semena-mena..
"Dr, kepala baby dah keluar" jerit nurse.
Dr Aisyah menghampiri dan serentak itu baby terus menggelungsur keluar tanpa sempat apa-apa arahan dikeluarkan.
Oh, sungguh pantas! Saya terkejut.
Suasana kelam kabut. Dengan segera saya mengambil cord clamp dan menyediakan Lignocaine (tak sempat nak sediakan tadi dek baby dah nak keluar sangat).
Tugasan seterusnya berjalan seperti biasa. Alhamdulillah, setel.

Saat pesakit cina datang ke labour room, habis keluar semua istilah Mandarin yang baru dihafal.. 'tong ah.. pangsai.. blabla..', jika pesakit india dengan istilah-istilah Tamil, begitu juga dengan istilah-istilah orang asli (?) hehee..

Konklusi, bahasa adalah perkara pertama yang akan diperlajari walau di mana kita berada. Singkatan istilah-istilah medik juga ada yang berlainan, contohnya CBC di Jordan disebut FBC (full blood count) di Malaysia.

Oh, cukup.
Cuti=no more medic :P

Alhamdulillah, tadi seharian berada di UIAM Kuantan bertemu sahabat-sahabat banat Gen5 DQ. Terasa indah ukhwah kerana-Nya. Lunch & halaqah sayyidul ayyam, berkongsi kisah masing-masing, bergambar bersama-sama. Sangat terharu, ada sahabat-sahabat yang mengalirkan air mata saat pertemuan itu T_T

Ketika bergosip mengimbas detik-detik ketika Minggu Haluan Siswa, tasmi' di kelas-kelas, kisah-kisah i3dah bersama, dimarahi dek tak ingat hafazan dsb. wah.. detik-detik yang sangat manis mengenali kalian!! Waa..korang semua dah besar, huhu..

Terima kasih atas layanan & sambutan yang diberikan. Uhibbukunna fillah~
Wish you all the best in your future (^_~)

Ukhwah itu indah, andai bertemu berpisah kerana-Nya, bertemu tak jemu berpisah tak gelisah dek keyakinan bahawa Tuhan memelihara ikatan hati-hati ini, insya Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

labour room versi 1

Penat pusing-pusing kawasan meletak kenderaan mencari petak kosong, 'lagi 2 minit nak pukul 8 ni' getus hati saya. Belum dikira naik lift, naik tangga..blabla..

Alhamdulillah, 1 petak kosong dijumpai. masalah selesai. Sebaik melangkah ke bahagian pentadbiran melapor diri pada hari pertama, saya diarah berjumpa Dr Goh di wad bersalin.

Dr Goh sedang membuat rounds bersama HO & MO lain.

Me: Dr, I'm Nurul, elective student.
Dr: Owh. Have u done epi (episiotomy) before?
Me: Leisah (ammi Jordan yang bermaksud belum), ops, i mean, not yet but i wanna practise.
Dr: Ok, no prob maa.. but u've to observe & report 5cases then u can handle delivery by yourself, under supervison. Ok ah?
Me: Ok doc, thanks u ah.

Saya hanya banyak memerhati dan mengekori doktor-doktor bertugas. Terlalu banyak prosedur yang berlainan daripada Jordan, banyak yang tidak pernah saya lakukan namun, perlu dilakukan sewaktu HO kelak. Belajar di tempat berlainan, pengalaman yang berlainan.

Kes pertama yang saya lihat saat itu.
"Puan, tarik nafas, tahan, dan push dalam 10 saat ye. Tak nak keluar suara. Puan boleh puan, sikit je lagi"
Uweekkk..si comel menggelungsur keluar sambil bersuara. Saat bayi keluar, lafaz syukur kedengaran. habis air dan darah terpercik. Kasut baru saya juga terpalit air ketuban. Bayi dilap-lap membuang sisa darah.
Suaminya masih di sisi si isteri memberikan sokongan tak berbelah bahagi.
"Puan, saya nak potong tali pusat sekarang. Selawat yer puan"
"Puan, tengok anak apa ni" kata doktor lagi sambil menunjukkan kepada si ibu.
"perempuan" jawab si ibu.
Kemudian, bayi diletakkan di atas dada si ibu. Terus tangisan terberhenti. Keajaiban.
"Puan, kami nak keluarkan uri, jangan meneran yer"
Setelah uri dikeluarkan, si ibu mengerang kesakitan lagi saat dijahit. Walaupun telah disuntik Lignocaine (ubat bius), namun dek 3 lapisan jahitan yang perlu dilakukan dari bahagian dalam hinggalah luar (bahagian kulit paling terasa sakit), si ibu tetap mengerang sedikit.
"Maaf ye Puan, kita dah sampai jahitan di lapisan kulit, akan rasa sakit sikit. Puan bertahan yer"

Selesai. Si ibu dibersihkan. Bayi dihantar ke bilik bayi buat sementara. Pakaian ibu diganti & bayi dikembalikan ke pangkuan ibu untuk disusukan.

"Doktor, tak boleh tambah dose utuk Lignocaine ke?" soal saya.

"Sebolehnya dielakkan sebab kesannya kawasan tersebut akan membengkak dan penjagaannya lebih rumit" jawab Doktor Hafiz.


Setiap jam, pasti ada tangisan si comel yang baru lahir ke dunia. masya Allah. Dan setiap jam juga, para doktor kelam labut menyelesaikan tugasan itu.

Suasana ini sangat berlainan dengan Jordan. Terasa warga Malaysia penuh lemah lembut dan masih mengadun nilai islamik dalam pekerjaan. (regardless who you are or which your true colour)

Pada hari kedua, saya meninjau-ninjau sebaik sampai ke wad bersalin, lalu terdengar suara di bilik 5.

"Nurul, tolong pakaikan gown. I nak buat vacuum suction" kata Dr Hafiz, MO di bahagian itu.

Segera saya menyelesaikan tugasan.

Owh, macam ni ke vacuum, getus hati saya. Pertama kali saya melihat dan membantu dari jarak dekat. 2x percubaan, namun gagal. Darah terpercik mengenai gown, mask muka dan lengan tangan saya. Ibunya sudah mengerang kesakitan, bacaan CTG (denyutan jantung bayi) semakin lemah. 'Ya Allah, berikan yang terbaik buat mereka' doa saya dalam hati.

Suasana kelam kabut. Doktor pakar, Bahagian operation theatre, pakar bius dan pakar kanak-kanak segera dihubungi. Pesakit perlu segera dibedah, jika tidak.. ia tak dapat diselamatkan.

Saya melihat HO, Dr Liyana mengisi borang consent, dan Dr Aishah mengisi maklumat ke dalam komputer.

Mata saya terpaku, 'marital status: single, age:18' Ya Allah!!!
Tak sempat bertanya lanjut mengenai peskait itu kerana pesakit segera dikejarkan ke bilik pembedahan.

Saya meninjau ke katil-katil seterusnya, memerhati cara memasukkan foleys cath, branula selain membantu apa yang perlu. Tengah hari itu, saya sudah berani melakukan kerja-kerja tersebut. You have to observe more than once, remember the steps & then be confident.

Tak dilupakan saat labour room round bersama Dr Goh pagi itu.

"Is it the way you present the case? What have u learn in med school?"
"Give me definition of station..lie..attitude..blablaa.."
"no need to do that blablaa"
"why..how.."

Herm, sebaik selesai round, kesemua HO menarik nafas lega & membuat 'ruangan diskusi'..huhu. Terasa 'aura panas' mereka.

Pernah seorang Dr india yang tegas berkata, "Where the idiot HO?" saya diam tanpa reaksi (sebab saya pelajar elektif, belum HO lagi, hehe) 'aduh, kasarnya. Tapi, masih boleh diterima lagi as long as tak mengutuk dalam bahasa melayu, kerana itu akan lebih menusuk hati, panas telinga' getus hati saya.

"Hosp Selayang semuanya computerized. Everything u chart, it' ll be recorded. & if u change anything, it's easier for medicolegal"
"Selepas membuat apa-apa prosedur, kira balik setiap alatan yang digunakan. Delivery set 5+5, perineum set 7+3, kira berapa gauze, cotton, tampon yang digunakan. Lepas basuh, masukkan data dalam komputer, kalau tak cukup, memang boleh jadi kes polis"

Kata orang, zaman HO paling mencabar. Year, saya dapat rasakan aura itu. Kesemua HO tampak sangat letih. Penat, berdiri dan berjalan sepanjang hari. Saya terfikir sendiri, mampukah saya bertugas dengan baik nanti? oh, Tuhan..

klik di sini buat bakal-bakal ibu bapa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS