Hadis ke-26 dalam susunan Hadith 40 Imam Nawawi
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda,
1-Setiap anggota manusia adalah sedekah bagi setiap terbitnya matahari
2-Kamu berlaku adil antara 2 orang yang berbalah adalah sedekah
3-Kamu menolong lelaki menaiki binatang (kenderaannya) atau menolong ia mengangkat barang ke atas tunggangannya adalah sedekah
4-Perkataan yang baik itu sedekah
5-Kamu membuang bahaya di jalanan adalah sedekah (HR Bukhari & Muslim)
Sodaqo Rasulullah SAW
Hadis ini menyerlahkan nilai peribadi seorang Muslim, di mana peluang untuk berbuat sedekah amatlah luas dan terbuka setiap hari.
Melalaui hadis ini, dapat dibahagikan 2 pembahagian sedekah; iaitu
i-Sedekah untuk diri sendiri~Jelas dalam point pertama.
"Setiap pagi, setiap anggotamu menjadi sedekah. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, melarang kemungkaran adalah sedekah. Dan memadai dari yang demikian itu dengan mendirikan 2 rakaat solat sunat Dhuha" Riwayat Muslim.
ii-Sedekah untuk orang lain~point ke-2 hingga ke-5.
Pertolongan diberikan untuk orang lain, tapi pahalanya kembali kepada orang yang menolong. Tiba-tiba, saya terfikir point ke-3 dalam hadis itu dengan kehidupan di Jordan. Murakib-murakib di kalangan syabab yang selalu membantu akhawat, gigih mengangkat barang-barang yang berat, contohnya menuju ke airport atau dari airport menuju ke rumah kediaman.
Wallahu A'lam.
p/s: Seronok dinner di Italian Pizza setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke situ =P
26
2:53 AM |
Labels:
soul reminder
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 walk-the-talk:
Post a Comment