Dua hari sebelum ramadan, saya pergi tasmi' dengan Syeikhah Umaimah. Tatkala berdiskusi mengenai Ramadan, beliau bertanya saya:
Syeikhah: Biasanya berapa kali ko khatam Al-Quran dalam bulan Ramadan?
Me: Insya Allah dalam ____ kali
Syeikhah: Ya haraam.. sikit sangat tu!! Bulan Ramadan bulan Al-Quran, ganjaran pahala berlipat ganda, sepatutnya 7-10 kali ko kena khatam Al-Quran, itu paling minimum.
Sya terkesima sambil hati berdetik, 'kalau tak de kerja lain bolehla sampai 10x'..
Telah datang bulan ramadan yang penuh keberkatan, Allah mewajibkan kamu berpuasa padanya, pintu-pintu syurga dibuka pada bulan itu, pintu-pintu neraka ditutup, dan para syaitan dibelenggu. Pada bulan itu terdapat malam kemuliaan (lailatul qadr) yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terhalang (untuk mendapatkan) kebaikan pada malam itu, maka sungguh ia telah terhalang (dari keutamaan yang agung) -Imam Ahmad & an-Nasa'i
Beliau berkata lagi, "Ko bayangkan, sekarang (bulan Ramadan) Allah bukakan pintu-pintu syurga seluas-luasnya, Ar-Rayyan disediakan khas untuk orang-orang yang berpuasa. Berduyun-duyun manusia berebut-rebut untuk beramal pada bulan ini. Tapi, kita manusia 'malas, penat, sibuk..' dan pelbagai alasan lagi untuk 'mengelak' daripada melipatgandakan amalan. Seolah-olah kita berkata kepada diri sendiri, 'tak pe la, AKU PENAT LA, AKU SIBUK LA, AKU MALAS LA NAK MASUK SYURGA SEKARANG.Bagi peluang pada orang lain jela'".
Saya bermuhasabah kembali. Erm, ada benarnya point tu. Selepas itu, beliau mencadangkan jadual untuk saya~ada amalan untuk diri sendiri, amalan ijtima'i dan amalan khas. Just try our best insya Allah!
Mungkin kita (orang Melayu) tak sehebat masyarakat Arab yang boleh khatam AQ sebanyak 10-30 kali pada bulan ini. (yerla, kita perlu tadabbur makna, bahkan hampir 'tergeliat lidah nak praktis makhraj & sifat huruf-huruf bi lisanin arabiyy mubin'). Mungkin banyak kekangan, tanggungjawab, peperiksaan dan aktiviti lain yang kita sibukkan, tapi.. sedarlah! Belum terlambat untuk berazam dan membuat perubahan pada lembaran ramadan ini. Mudah-mudahan, ramadan ini adalah amalam terbaik yang pernah ditunaikan sepanjang hidup saat ini, insya Allah.
Sudah sekian lama saya tidak solat tarawikh di masjid Jamiah Yarmuk. Saat menjadi makmum kepada Syeikh Makmun Al-Hafiz malam tadi, beliau mula mengalunkan juz 1 pada solat Isya'. Sungguh, sayu rasa hati ini mengenangkan ini adalah Ramadan terakhir di Bumi Anbiya', insya Allah. Tahun depan akan kembali ke Malaysia for good. (semoga dapat grad dengan cemerlang, ameen).
Ada adik junior mengatakan, 'seronok kan dah hafal AQ ni, dapat detect ayat mana yang dibaca, & boleh ikut bacaan tu skali. & juga boleh detect mana ayat yang imam tersilap baca (semestinya Syeikh betulkan kembali ayat tu. Well, AQ banyak ayat mutasyabihat kan). Yeah, memang!! Sangat seronok sebab dapat mengulang AQ semasa solat. Alhamdulillah.
Permudahkanlah kami melalui tarbiyah ramadan ini Ya Rabb. Ringankanlah badan kami dan ikhlaskanlah hati kami untuk beramal pada 10 malam terakhir, mudah-mudahan kami berjodoh dengan malam Lailatul Qadr dan kami menghidupkan malam itu dengan rahmat-Mu. Janganlah Engkau jadikan kami orang-orang yang terhalang daripada mendapat keutamaan malam tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 walk-the-talk:
saya suke sgt dgn lantern2 tu!nk angkut se/dua.semoga Ramadhan akk kali ini betul2 special edition!thanx 4 d sharing.khatam 10x?naik smangat!
fareyhin: thanks!! ramadan kareem 2u. yeah, leteran yg membuat kiter bemuhasabah & menilai balik.. sbb kiter biasanya amik yg 'paling minimum cara melayu', a.k.a 'kira ok la ni'.. 'asal buat ok la tu'.
u're most wlcm..
Macam kenal jeee junior yg cakap tuuuu. Huk huk huk
syee: kenal jangan tak kenal.. ngeh2.. :P
stuju dgn kta2 'junior' 2.
Akhyar: oo.. erm, ni br beberapa hari pertama, kiter tgk 2nd week & seterusnya plak, dpt sambung ayat imam tuh ke tak.. :P
Post a Comment