Buddy, u've an amazing sense of humor! U knew how to make me laugh like no one else
"Korang nak makan ape-ape tak? Kitorang nak beli makanan" tanya Murad. (ehem, ada orang offer..in other way, orang nak belanja tu, heh) :P
"Oh, tak pe, terima kasih. Kitorang dah lunch tadi" jawab saya.
Hari ini giliran on-call buat saya, Anis dan 2 kawan lelaki Arab, Murad & Asyraf di Emergency KAUH. Keadaan tidak se'busy' di ER Malaysia yang ditapis dengan zon merah, hijau, kuning..
Namun ada kes hari ini, agak menarik..(ceh, kes orang sakit dikatakan menarik?)
Opss, Menarik untuk dipelajari, kerana bukan penyebab (causes) yang mudah diteka.. kalau mudah, senanglah management nya!
Saya tertarik dengan kes 18-year-old female patient, referred from Princess Basmah Hospital (admitted 3days), complaint of cough for 1 week duration.
Kenapa masuk hospital? Batuk.. sangat simple.
Tapi, sebab untuk batuk yang berlarutan, tidak diketahui walaupun pelbagai ujikaji dilakukan, masih tidak ditemui punca..
Mungkin juga virus dek tiada demam, all symptoms are clear.
Melihat kepada CBC, ECG, echo, chest X-ray yang dilakukan..
Erm ..SLE, TB, Pericardial effusion, Lymphoma….atau mungkin juga diagnosis lain.
Maka, memerlukan ujikaji lain lagi bagi menolak setiap differential diagnosis.
Ini baru kes pertama semasa on-call.
In conclusion~Have to be broad minded..
Lagi beberapa hari sebelum Khamis..uwaaaa..tiba-tiba sentimental plak!
"Ko sihat ke weh? Tadi round dengan Dr mane?
Aku dulu pun kene teruk gak masa round, sabar weh..
Ko bley buat, ade seminggu lagi ni, ko tumpu OSCE & Mini OSCE..
Aku ada notes yg aku simplify sendiri, ko nak tak? Ko fotostat la..
Ko ada kat rumah tak? Nak singgah rumah ko jap..dah lama tak jumpa ko..
Aku on-call esok, ko ada kelas kan.. jom iftor sama-sama, nak iftor kat mana ek?
Eh, takla..ko tak nyusahkan pon..call je bile-bile..ape-apehal kita kongsi..
Tahniah weh..hebatla ko.
Ko buat check list by past years quest, bley predict jenis-jenis soalan.. dari situ ko bley sort out mana-mana yang tak penting sangat untuk osce & mini-osce..
Doakan weh, aku cuak nak exam ni..
Eh, tak sedapla..ko buat lagi sedapla..
Eh, tak pe..buku ni hadiah untuk ko..ko masak untuk aku, semoga berjaya!
Terima kasih atas doa ko..turn ko lepas ni, insya Allah
Ko nak qiam, esok pagi kalau aku tersedar, aku missed-call insya Allah
All the best, Allahu Yusahhil umurik.."
Owh, terngiang-ngiang pelbagai perbualan, variasi kata-kata semangat.. uwaaa, lepas ni dah tak de suara-suara ni.. mereka dah nak balik ke Malaysia Khamis ni.. sayunyer (T_T)
Mereka sahabat yang sangat baik..susah senang..boleh bersama..
Pillow talk, solat jemaah, diskusi pelbagai perkara (termasuk gossip? hehe), masak-masak, calling (belum dikira missed-call, huhu)
Takdir dan masa yang menemukan kita, menyatukan hati kita..
Takdir dan masa juga yang memisahkan kita, menjarakkan kita....
Namun, ikatan hati yang terbina kerana Allah tidak putus dek masa, tidak lapuk dek jarak..
Sebaliknya, DOA ikhlas daripada teman buat teman sentiasa hidup, segar di hati
Suka sangat lagu ni.. SEBIRU HARI INI.. seronok dalam kesedihan..dedikasi buat kalian..
Hetty, Faezza, Farah, Juiliana, Sarah, Qila (sedang lena di Bandung kini), dan lain-lain..
Selamat berjaya di alam pekerjaan, semoga istiqamah dalam kebaikan di Malaysia, insya Allah.
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini..mewarnai hari-hari lalu..
Liriknya penuh makna.. rentak yang kurang sayu (tak der la 'tangkap leleh').
Haa, pilih nasyid untuk korang (baik kan aku? haha :P)
p/s : Tak nak wat 'drama air mata' kat airport Khamis ni, bley tak? huhu~
~SEBIRU HARI INI~
Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
intro
reff 2x
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
8 walk-the-talk:
thanx ain...
kita tak risau tinggalkan irbid lepas jumpe org macam ain..alhamdulillah
ain mampu buat yang terbaik untuk diri sendiri dan adik2.. insyaAllah
teruskan menyumbang..
kitorg sentiasa doakan..
doakan kitorang juga
semoga diberi peuang memberi sumbangan kepada Islam lebih lagi.. ameeen
"kita bukan berpisah, tapi kita sedang mempersiapkan sebuah pertemuan yang kekal"
ganbatte ne!
tq ain,
i will miss you..takmo cakap banyak2 kat cni..nak face to face uhuhu
sedihnya nak dekat dah masanya
sarah: uwaa..jangan high expect kt aku, la.. cuaknyer! da nk masuk 'zaman beruzlah' ni..
yea, suke ayat ko.. 'kita bukan berpisah, tapi kita sedang mempersiapkan sebuah pertemuan yang kekal'. thanks!
doakan aku & bdk2 lain, smg berjaya grad dgn cemerlang, insya Allah.
Yeah,stuju..berjumpa dalam syurga Allah kemanisan yang paling indah, Semoga dgn rahmat-Nya kita diterima sbg penghuni tmpt terindah itu, ameen.
uhibbuki fillah~
farah: uwaa..klu akan dtg aku jmp pskt yg sgt dull, pastu lepas jmp sorg doctor dye trus happy, high semacam.. aku bley agak dye jmp ko, la.. cikgu motivasi kan..huhu~
yeaa..rase byk mende lg nk kongsi.. isk..isk.. masa mencemburui kita..
sebbek la korang byk org selangor jek.. hujung thn ni ade rezeki kita jmp, ek..sambung chit chat lagi.. insya Allah~
uhibbuki fillah~
Kadang terfikir, kenapalah Allah temukan insan kalau Dia nak pisahkan insan tu. Seksa u know...
But then, i remembered verse "Sesungguhnya dunia itu penjara untuk mukmin"
True, trash this what-the-call-heaven world!
Pesan Ust Dzulkhairi ex Pres GAMIS, di akhirat nanti kita akan saling kenal mengenali, kita hidup macam di dunia.
Maka, bala! Sungguh benar kata Baginda selawat dan salam ke atasnya : "Salah satu golongan manusia yang akan mendapat perlindungan Allah di hari akhirat ialah orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah!
Nanti, waktu itu, kita akan mengecam beberapa wajah. K.Ain! K.Sarah! K.Farah! eh, K.Hetty! K.Fez! k.Qilah!
Jom, strive to excellent! Jom jadi hamba yang Dia redha, agar dia redha kita saling bertemu di jannah!
syee: insya Allah. ehem2, ex-pres gamis tu, senior akak kt kisas.. huhu~
yeah, ms akhirat nnt, sume ketinggian adalah sama(spt ketinggian nabi Adam AS, woo mmg tinggi), sume jd muda (lebey kurg 35 tahun spt umur nabi Isa AS), sume jd makin cantik.. smp xcaya dgn kecantikan sendiri.. sume tuh andai kita jd ahli syurga..
Ya Allah, smg dgn rahmat-Mu, kami dihimpunkan dlm syurga-Mu yg dijanjikan, ameen.
salam ain...
thanks atas segala kenangan manis bersama... iAllah lepas nie kite jumpe lagi... mungkin dengan pengalaman yg lebih indah... sebab kita semua bersahabat kerana Allah
miss u *wink*
p/s: akan ku datang pada hari itu... inshaAllah! weehehe
salam Jui..
u;re most welcome my dear! yeah..insya Allah.. doakan aku & kwn2 lain yg maish berjuang di sini.. waa, takutnya 6th year..
miss u 2, 3, 4... :P
heee..akan kunantikan kedatanganmu pada 'hari itu', insya Allah =D Ahlen..
Post a Comment