RSS
Post Icon

what a day!!! T_T

Sewaktu seminar pertama petang tadi, Dr Ali Rifa'e, pakar saraf (neurologist) yang digeruni dek ketegasan dan kehebatan beliau. Seisi kelas senyap menanti untuk disoal jawab seorang demi seorang. Adat belajar, ada yang diketahui, ada yang tidak terkeluar di lidah, ada yang nampak bayang-bayang tulisan dalam buku namun butir patahnya tidak jelas.. apa boleh buat, 'ilmu fil kitab'.

"Dalam masa 10 bulan dari sekarang atau kurang, kamu semua bergelar Doktor, maka seharusnya kamu tahu semua perkara ini". Zip zass terdengar pernyataan beliau.

hari ini serba tak kena. Usai solat subuh terus tersungkur 'kalah dengan nafsu tidur'. Sewaktu jam hampir menunjukkan 6pagi, saya tersedar. Ok, perlu bersiap siaga untuk ke kelas, sambil melihat notes sekali imbas.

Namun tiba-tiba, 'maghas bil bathon', sakit perut yang teramat sangat, sedaya upaya saya menahan. Sehinggalah hampir 715 pagi, saya masih berperang dengan kesakitan, 'ujian..', pujuk hati saya. Maka, kerana tidak mampu bangun untuk melangkah keluar rumah, terpaksalah ghaib untuk morning report jam 8pagi itu. Kebiasaannya tiada hudur ghiyab (kehadiran) yang diambil, namun, nasib tidak menyebelahi saya. Aseel, kawan Arab memberitahu bahawa Dr Khalid Jadallah (my inspiring doctor) mengambil kehadiran dek hanya separuh sahaja pelajar yang datang pada pagi itu. Eish, budak-budak ni, biasanya deorang datang jek.. time-time camni jugakla "seniat sekepala" pulak! heh.


Tatkala 840pagi, saya sudah berasa agak selesa dan terus bersiap untuk ke hospital. Namun, nasib tidak menyebelahi kami (saya & Anis). Terlalu ramai orang yang beratur di Mujamma3 Amman Jadeed, bas pula tidak nampak bayangan langsung. Arghh, maka, lebih baik kami menaiki teksi ke hospital. Oh, purse pulak tertinggal!! Kesudahannya, kami menaiki teksi kembali ke rumah, bergesa mengambil purse & terus ke hospital menaiki teksi yang sama. (tak pasal-pasal menambah kerja!)

930pagi di CCU tingkat 11. Kami pergi melihat kes semalam, mana tahu kot-kot pakcik tu masih ada, maka kami hanya perlu memeriksa 'progression & rawatan terkini yang diterima beliau' sahaja, tambahan kes ini belum dibentang (sebab semalam perlu mengambil 2kes, 1 kes sahaja yang dibentangkan). Namun, pesakit itu telah keluar, Alhmdulillah, pak cik tu dapat kembali berehat di rumah, namun, 'masalah' pula bagi kami.

Dalam masa 20minit, kami berjaya mengambil kes seorang wanita berumur 45tahun di wad CCU, membuat pemeriksaan jantung, membaca ECG beliau, termasuk menulis history lengkap! Fuh! Sehabis tenaga, ala-ala dalam exam OSCE sewaktu bertanya history daripada beliau. huhu. Tahniah adrenaline, bekerja keras nampaknya hari ini yea! hehe. Risau andai kes tidak sempurna diambil dalam keadaan doktor telah bersedia menanti kami. Nasib baik sempat dan doktor belum datang! hehee.

Semasa ward round, doktor mengarahkan kami untuk mengambil kes baru bagi setiap seorang, berdasarkan keadaan pesakit yang agak baru sampai. Adeih, 2 kes lagi perlu diambil hari ini, getus hati saya. Maka, dalam masa yang ditetapkan, selesai kes seterusnya, lega!

Bed-side teaching bersama Dr Nael, pakar jantung, sudah semestinya di CCU. Seoarng kawan saya membaca kes pesakit tersebut ebrdasarkan tugasan yang telah dibuat sebelumnya. Doktor bersoal jawab dengan kami.

Dr Nael : Dukturah, 50-year-old male patient, come to Emergency complaint of chest pain. You are the only doctor on-call there, what's your management? (sambil memandang tepat ke arah saya)

Sungguh, saya baru menyelak management itu sehari sebelumnya, namun, tiba-tiba semuanya kosong. Saya kelu. Oh, apekah..??

In emergency, you have to think & act as fast as you can, if not, your patient will die due to your fault. Yes, i know! But, what do I have to do, suddenly mental block. Arghh!!

Kemudian, Dr Nael membantu saya, memberi contoh kes-les lain supaya saya dapat berfikir lagi. Kemudian..

Me: 1st of all, check for vital sign, then call for help & contact CCU if there's available place for this patient. Take focus history, do physical examination, take ECG. Then, start on treatment.

Dr Nael: Ok, good. Ihkili (terangkan pada aku), what treatment you want to give to this patient?

Me : Oxygen, then, analgesics, nitrates, aspirin, beta blocker, ACEI, low molecular weight heparin. Fuh! Tiba-tiba terlintas di minda & lancar pula mulut berkata-kata.

Tidak terhenti di situ. Seterusnya, Dr bertanyakan dose setiap satu treatment yang saya nyatakan & dengan lancar saya dapat menjawab dengan baik. Alhamdulillah.

Sedetik saya mengalami mental block, teringat pesanan mak>>tenang, baca doa penerang hati & selawat, insya Allah lancar selepas itu. dan Alhamdulillah, berkat ikut nasihat mak. hehe, memang dapat lintasan jawapan lepas itu.

Oh, what a day!! Sejak pagi, pelbagai 'musibah & kesusahan' melanda. Teringat pesanan abah, 'bukan senang nak senang'. Yeah, do agree.

Puting beliung tidak terhenti di situ. Saat dalam perjalanan pulang menaiki bas ke rumah, baru saya sedari, "white coat" (abah panggil 'baju doktor') tiada di sisi saya. Oh, di manakah saya tertinggal white coat peneman setiap hari? Tidak pernah saya kehilangan atau tertinggal peneman saya tu. herm..

Apalah nasib saya hari ini, sudah jatuh ditimpa tangga, terus masuk ke dalam lumpur, disertai hujan rahmat turun membersihkan lumpur.. (erkk, apakah..??) Sebenarnya, saya baru merasakan hari ini saya ditimpa 'bala', namun, 'pelangi' hadir>>tiba-tiba pesakit kedua saya memberikan 2 coklat & salah seorang kawan lelaki Arab memberikan coklat juga (sempena abangnya baru berkahwin~Mabrook!!) Rezeki.. saya sangat gemar akan coklat!! Teslamu.

"Sesungguhnya setiap kesusahan DISERTAI dengan kesenangan" (Al-Insyirah : 5) ~ surah yang baik diamalkan oleh para penuntut ilmu.

NB: A deeply SORRY to 'someone' .....(you know who you are)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 walk-the-talk:

ishikawa said...

waa.. ain.. sabar n tabah!

ain, dr ali refaie bukan pakar bedah saraf
dia pakar saraf je.. tak bedah .. (neurologist vs neurosurgeon)

ainshams said...

sarah: thanks! kiter ingtkan dye neurosurgeon.. hee..thanks again!