RSS
Post Icon

uterus vs rahim

Credit to photographer ^^

Suatu pagi yang damai, terasa ringan kaki melangkah setelah 3hari sengal-sengal badan, dek SUPER 10 (Sukan Permai). Alhamdulillah, rezeki untuk memiliki 4medals bagi Sukan Permai kali ini~2golds & 2silvers. Owh, usia bukan penghalang..huhu.

Seperti sediakala, saya mengambil history di kala pagi hari di Mustasyfa Eidown (military hosp), yang terletak di hujung Irbid. Dari bawah rumah saya ke mustasyfa tersebut~25qursy menaiki sarfis, 20qursy menaiki coaster, JD2 menaiki teksi. Pilihan di tangan sendiri. (perlulah berjimat untuk masa depan, kan..hehe).

51-year-old lady, already amenorrhea (keputusan haid), P11G12 +1 (melahirkan 11anak, mengandung 12x, keguguran sekali). Biopsy done~endometrial polyps. So, case of TBH-BSO (total bilateral hysterectomy and bilateral salphyngo opherectomy). Sebenarnya, saya baru mengambil sedikit maklumat daripada wanita ini, namun, terpaksa berhenti kerana wanita ini perlu menjalani pembedahan untuk membuang keseluruhan rahimnya. Salamtik~

Kes-kes lain yang 'lebih menarik' juga begitu. Kebanyakannya perlu menjalani pembedahan pada pagi itu. Maka, saya kehilangan 'mood' untuk mengambil kes baru. Sehari & 2 hari sebelumnya, kedua-dua kes yang saya ambil menyebabkan saya 'letih' dek kerana bayi dalam kandungan yang bermasalah setelah dilihat melalui ultrasound~ termination (perlu digugurkan). Aduh, sayu hati mendengarnya!!

Selepas itu, saya bersama 3 orang kawan bersama-sama memasuki OT (bilik pembedahan) untuk melihat pembedahan bagi membuang keseluruhan rahim. Kali pertama saya menyaksikan kehebatan Dr Mitri beraksi di OT.

Hasilnya, inilah uterus (rahim) yang memuatkan 12 orang anak (termasuk seorang yang keguguran). Objek kecil di dalam perut wanita ini mampu menampung bakal khalifah..itulah kekuasaan Allah. Owh, wanita memang hebat!!

Allah SWT berfirman :

يَخْلُقُكُمْ فِيْ بُطُوْنِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِنْ بَعْضِ خَلْقٍ فِيْ ظُلُمَاتٍ ثَلاَثٍ

Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan.” (Az-Zumar : 6)


Syaikh Ibnu Sa’di Rahimahullah menjelaskan penafsiran ayat ini : “iaitu Allah menciptakan kesemua manusia thur ba’da thur (tahap demi tahap bentuknya), dan kalian dalam keadaan di mana tiada satu tangan makhluk mahupun mata melihat kalian, dan Dia lah Allah yang memelihara kalian di dalam tempat yang sempit tersebut (perut ibu, uterus), “dalam tiga kegelapan iaitu kegelapan perut [zhulmatul Bathni], kegelapan rahim [zhulmatur rahmi] dan kegelapan air ketuban [zhulmatu masyimah].


Sains moden menjelaskan bahawa perkembangan embrio di dalam uterus diciptakan secara bertahap, bentuk demi bentuk. Bidang sains moden menjelaskan bahawa janin manusia berada pada tiga lapisan, iaitu :

  1. Dinding anterior abdomen

  2. Dinding uterus

  3. Membran Amniochorionic

gambar1.jpg

Penafsiran di atas tidak bertentangan dengan penjelasan sains moden, di mana “tiga kegelapan” tersebut yang dijelaskan oleh Syaikh as-Sa’di adalah sama dengan yang disebutkan di dalam sains moden.


Zhulmatul Bathni (kegelapan perut) diinterpretasikan sebagai dinding anterior abdomen. bathnun adalah abdomen.

Zhulmatur rahmi (kegelapan rahim) sama dengan dinding uterus, kerana rahim adalah uterus.

Zhulmatul Masyimah (kegelapan air ketuban) sesuai dengan membran amnichorionic.

Wallahu A'lam.


Khamis hari ini adalah hari terakhir saya di Military Hosp. Kes placenta previa. Untuk 2minggu yang bakal mendatang, saya dijadualkan di KAUH (hosp utama)~strict, evaluation, knowledge, skills, malignant docs~scary!!! Wish us LUCK everyday, ameen.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 walk-the-talk:

2R said...

thanks share info ini..first time tgk pic kt ats tu.. kekuasaan ALLAH mmg takde bandingannya....gud luck utk awk ye

ainshams said...

u'r most welcome..
yeah, subhanallah.
that's 'fresh' of uterus..
thanks btw!

cik santun said...

camne nk like entri ni ha?? haha..

yeah, berbangga lah jadi wanita!! =)

ainshams said...

cik santun: hehee, klu sebut 'mata amat berharga' 3x..kire like la tuu..haha~
alhamdulillah, siler la berbangga yer. Alaa, lelaki pon kne berbangge wpon dlm OT, ader yg 'muke xde perasaan'-kengkoon cool kot.. sebab deorang pon keluar dr uterus gak..ngeh3.