RSS
Post Icon

doa Nabi, bagaimana doa kita..?

'Pelangi' untuk kita..

Pernah suatu ketika dulu, saya terasa sangat sedih dan kecewa dek dugaan yang menimpa pada hari itu. Saya cuba menghubungi mak, tiada balasan. 'silent handset kot', bisik hati saya.
Selepas menunaikan solat, saya cuba menghubungi mak sekali lagi, teman suka duka saya yang paling setia. Hampa.

Lalu, saya menyelak mushaf Al-Quran. Astaghfirullah! Manusia yang dicari dulu? sepatutnya mushaf ini yang utama.
Tiba-tiba, saya teresak-esak pada ayat 186, surah Al-Baqarah.


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu"


Sungguh, terasa benar Allah sangat dekat dengan saya pada tika itu. Maha Mengetahui isi hati saya. Kerdilnya diri ini.

Setiap hari mengaji Al-Quran, baca tafsir nya sekali (sebab kita bukannya faham keseluruhannya kan..), tengok ayat apa yang Allah nak beritahu pada hari itu.


Saat duit JPA baru masuk tempoh hari (alhamdulillah), saya 'terjumpa' ayat sedekah. yea, Allah mengingatkan saya agar bersedekah. Herm, Al-Quran is miracle ever!! Subhanallah.

Saya ingin berkongsi mengenai beberapa kisah DOA para Nabi yang tercatat dalam Al-Quran.


1. Nabi Nuh AS

"Maka dia mengadu kepada Tuhannya; bahawa aku ini adalah orang yang dikalahkan, oleh itu bantulah aku" (Al-Qamar : 10)
Nabi Nuh berdoa dengan perasaan lemah, dan dalam masa yang sama meyakini adanya ketenangan dan bantuan daripada Allah.

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan menurunkan air yang mencurah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata-mata air, maka bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang telah ditetapkan" (Al-Qamar : 12)

2. Nabi Zakaria AS

Sepertimana yang telah diketahui, Nabi Zakaria tidak dikurniakan zuriat dan beliau pun telah lanjut usia.

"Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling baik" (AL-Anbiya' : 89)

"Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya, dan kami jadikan isterinya dapat mengandung" (Al-Anbiya' : 90)
See, Allah Maha Mendengar kan..masya Allah!


3. Nabi Sulaiman AS
"Ia berkata, 'Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun selepasku. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi" (Sood : 35)
Perhatikan, Nabi Sulaiman AS memohon ampun terlebih dahulu sebelum menyatakan permintaannya.
Jika diteliti zaman kini, jika nak berurusan dengan Sultan, 'ampun tuanku beribu-ribu ampun.....' Tapi, jika berdepan dengan TUHAN, takkan ampunan tidak diminta? Herm..


4. Nabi Ibrahim AS

Saat Nabi Ibrahim AS berada di gurun pasir tanpa tanaman, air, manusia dan kehidupan yang Seolah-olah beliau berada di dunia yang tiada makna hidup.
Beliau hanya berdoa, "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini aman sentosa dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya" (AL-baqarah : 126)

Kemudian, kuasa Allah menghidupkan tanah yang kering, menganugerahi penduduknya dengan pelbagai nikmat sebagai jawapan kepada doa Nabi itu.
Mungkin ini yang kita jarang buat untuk bumi Malaysia.. sebab tu keadaan Malaysia kini semakin ........(geleng kepala tak terkata dengan berita-berita yang mengecewakan)

5. Nabi Ayub AS
Saat beliau diuji dengan dugaan penyakit yang membuatkan beliau lemah tak berdaya, beliau berdoa dengan penuh syahdu, "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Maha penyayang di antara semua yang penyayang" (Al-Anbiya' : 83)

"Maka Kami pun memperkenankan seruan doanya itu, lalu Kami sembuhkan penyakit yang ada padanya" (AL-Anbiya' : 84)


Yalla, sempena bulan mulia ini, jom perbanyakkan doa kepada Allah. Doakan juga buat keluarga, guru-guru, kawan-kawan, pemimpin-pemimpin dan seluruh umat Muhammad SAW. Mudah-mudahan, para malaikat juga mendoakan kita bi iznillah.

Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya dari kejauhan (ketika tidak bersamanya) adalah DOA YANG MUSTAJAB. Di kepalanya terdapat malaikat khusus yang setiap kali ia berdoa untuk saudaranya, malaikat itu berkata; 'Amin. Dan semoga engkau juga mendapatkan yang serupa'" (HR Muslim, Ibnu Majah, Imam Ahmad)


Allahumma yassirna, Allahumma najjiha fil imtihan, fid dunya wal akhirah Allahummaj3alna 3bdan shakuro .. All the best untuk semua, terutama kawan-kawan 6th year yang akan menghadapi imtihan mini-osce & osce minggu depan.


Our 1st rotation exam during final year. My internal medicine~August 18 & 19, insya Allah.

huhu, Salam Perantauan klik di sini.. :P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 walk-the-talk:

sof_16 said...

the power of doa!!

best2.
kita memang dekat.
sedia utk makbulkn doa kite.
cume kite je yg kdg2 jual mahal.
pdhal klu bsyukur, kita jgak untung..
klu kite kufur, Allah tak rugi pape pun...

nice sharing kak ain. ramadhan kareeeeeeeeeem~~ ;)

sof_16 said...

*pmbetulan: Dia memang dekat...

ainshams said...

yea, rahmah dear..
the power of DOA, senjata mukmin ^_^

thanks, ramadan kareem 2u2 =D