RSS
Post Icon

sayonara karisma

27-01-86, ada apa pada nombor..hehe :)


"Tahun depan nak SPM, tak boleh main sukan , kena tumpu study"

Namun, kami tetap bermain seperti biasa, hanya mengurangkan kekerapan bermain.hehe.


"Dah masuk medical school, tak boleh main-main. Medic susah, kene study betul-betul. Tak boleh aktif bersukan"

Well, semua bidang ada susah dan senang. Namun, untuk meng'eksklusif'kan kegiatan sukan bukan milik pelajar perubatan adalah suatu yang mustahil kerana minat dan kebolehan setiap individu adalah berbeza.


Tika di tahun 4 dulu, seperti biasa, sebelum menyertai apa-apa aktiviti, saya akan memaklumkan & meminta izin daripada mak & abah~"mak, tahun ni last Ain bermain. 5th year tahun depan dah tak boleh masuk. Ada 11subjek dan exam setiap rotation setiap 2minggu".

Namun, ketika di tahun 5, kebetulan sewaktu KARISMA 2010 berlangsung, saya berada dalam major rotation~Obs & Gyne, maka, tiada peperiksaan setiap 2minggu, huhu. Maka, berkali-kali saya cuba 'berayat' dengan mak abah agar mengizinkan saya menyertai aktiviti ini. Alhamdulillah, mak abah izinkan lagi. "But this is the last, ok" kata mak.


KARISMA 2011~berlangsung lebih awal daripada tahun-tahun sebelumnya. Oh, rezeki tahun akhir :). Jika mengikut tarikh tahun-tahun sebelumnya, sudah pasti tiada ruang buat saya dek fatrah final exams. ''Ni last bermain.. kesibukan HO kelak pasti membataskan ruang masa untuk bersukan..last beraksi di zaman ****l* dsb.." 1001 alasan boleh direka, hanya kerana burning desire. Huhu.


Alhamdulillah, terima kasih kepada netballerz. Menyelusuri detik-detik bergelar Juara bersama netballerz sejak tahun 1 di Jordan. Juara BJ di FIESTA Mafraq 2007, Juara BJ di Karisma Mu'tah 2009 (I was a captain), Juara BJ di Karisma Irbid 2011(I was a captain)~hadiah final year :).


Keserasian bermain amat penting dalam suatu pasukan. Bola terlalu laju atau terlalu padu, tiupan wisel, gerakan kaki, halangan dekat, center-pass, bola 'bocor', melompat untuk menepis bola, berguling-guling merebut bola, 3saat, strategi berpasukan, saling mengingatkan untuk mentajdid niat, membaca doa rabitah bersama-sama dsb..semua kenangan ini akan pasti dirindui. Semoga ikatan ukhwah yang terbina akan berkekalan, insya Allah. Sebelum perlawanan akhir bola jaring berlangsung pagi semalam, hati saya tiba-tiba terasa sayu. "For the whole 6 years in Jordan, this will be my final game of final year " T_T


Kenangan beraksi di trek dan stadium juga pasti takkan dilupakan. Itulah antara 'acara tetap' saya sejak zaman sekolah rendah. Ada junior pernah bertanya, "akak dulu wakil negeri ke?"

"Taklah. Wakil rumah sukan jek, hehe" balas saya kembali.


Terima kasih kepada mak abah yang memberi keizinan, kawan-kawan yang memberi sokongan, (termasuk *y ****c** yang 'trying to be supportive' :P) dan semua yang mendoakan dan bersama saya dalam arena ini. Minta maaf atas segala salah silap, tak tercapai target yang diidamkan, tak beraksi dengan cemerlang, tak menjadi captain netball yang baik blablaa… Wish u all the best then ^_^


Selamat tinggal Karisma Jordan. Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga ada ganjaran atas setiap amalan. Walaupun sengal-sengal di badan masih terasa, lebam di sana-sini masih terserlah, ber'jalan sopan' dan 'gelak tersipu-sipu' dek otot-otot masih terasa kejang, namun itu semua harus ditepis.


Sekarang tiba masanya untuk 'tempoh berkurung' demi menempuhi final exams of my final year. Am I able to be a safe doctora? Insya Allah. Tajdid niat! Allahumma yassirna Ya Kareem~


sayonara KARISMA Jordan :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 walk-the-talk:

akhyar said...

thn ni jela last nk main kt joden. thn dpn xleh dh.

tp sya xmain pn.

ainshams said...

akhyar: tu la psl..xpe, dah all-out dlm bidang ni spjg 6years di sini.. Awak amek2 gambar je ek..heee~