RSS
Post Icon

dalam kenangan

salamtik cik Lina :)

Alhamdulillah3x. My last day in hosp as a medical student, insya Allah.
Dulu zaman teori (pre-clinical), kami sangat excited untuk menempuhi alam klinikal. Tatkala hari pertama menjejak hospital bergelar pelajar perubatan tahun 4, perubahan pakaian tidaklah ketara bagi pelajar perempuan. Namun, berbeza bagi pelajar lelaki kerana mereka perlu kemas berambut pendek, memakai kemeja, tie, berkasut hitam. No more jeans & t-shirt!


Minggu-minggu pertama mengambil kes memang mencabar dek kedengaran istilah-istilah baru.
Aku salah sebut ke, pesakit yang salah faham?
Jika soalan dijawab, saya pulak mengerut dahi..'apa makcik ni cakap..tak faham'. (tambahan jika penduduk kampung yang mempunyai loghat)

Banyak asam garam pahit manis ditempuhi.. Morning report, ward round, morning clinic, evening clinic, operation, emergency, seminar, lecture, skills lab, group discussion etc.
Pada hari ini, segalanya berakhir (untuk hosp di jordan shj), kerana rutin ini akan dialami lagi tatkala bertugas di Malaysia kelak, insya Allah.. berkitaran untuk seumur hidup.

Pengalaman ditinggalkan terkontang-kanting oleh doktor , ditegur dek tidak tahu atau salah memberikan jawapan yang tidak menepati skemanya, terasa 'pandai giler' dek terasa tidak tahu akan sesuatu perkara sedangkan kawan-kawan Arab lain berbincang dengan bersemangat, semua ini takkan dilupakan. Tapi, kadangkala tak sedar diperli dek otak 'terlalu lurus'..huhu. Semestinya ia menjadi 'gosip biasa' tatkala makan bersama rakan-rakan. Yang pasti, semua itu harus ditelan 'tanpa perasaan' dek perjalanan masih jauh. Malahan, cabaran alam kerjaya lebih dahsyat. Ya Allah, bantulah saya.

Belum dikira pengalaman beberapa kali pitam tatkala penat ward round, memeriksa pesakit yang ......., melihat kes diabetic foot yang ........., di'ngorat' oleh pesakit (sambil diberikan macam-macam). Oh, dramatik! Segan yang amat. Wahai diri, bertahanlah untuk sepanjang hidup ini.

Hari pertama O&G, saya membentang kes. Hari terakhir ward round juga Doktor 'berkenan' dengan kes saya. 'Excellent history' kata Dr Lama. Alhamdulillah. Mudah-mudahan mendapat 'very good evaluation enshalla'.

Seminggu terakhir saya (pelajar) dan beberapa mukim bersama Dr Faheem. Kes infertility (kemandulan), bayi meninggal dunia dalam kandungan, pesakit terlalu ramai sehingga saya sendiri terasa letih berdiri & bertegur sapa sambil bermanis muka dengan pesakit, lambakan kes pembedahan (berturut-turut tanpa henti sepanjang hari), satu wing dipenuhi oleh pesakit Dr faheem sahaja. Maka, kami perlulah melihat kesemuanya setiap hari. Oh, ini baru di alam belajar, sudah mengadu penat. Apatah lagi di alam kerjaya kelak. (dah ini jalan yang dipilih, maka teruskan)

Makanan di kafe hospital (KAUH) adalah salah satu tempat makan yang takkan dilupakan. Sedap, banyak, murah & yang pasti, kebersihan terjamin. 1 wajbah untuk sesuatu masa memang mampu dihabiskan. Oh, patutla berat badan saya bertambah. Inilah antara faktornya. huhu~ (niat diet sentiasa ada, namun pelaksanaannya..?)

Melepasi keluar pintu utama KAUH tadi, hati saya diburu perasaan sayu. This is the best'playground' ever! Doktor-doktor yang sangat saya kagumi, kawan-kawan yang sangat membantu & menceriakan hidup..tempat saya belajar pelbagai perkara, tempat saya bermuhasabah pengertian hidup, tempat jatuh bangun saya sepanjang bergelar pelajar perubatan, tempat saya belajar untuk lebih menghargai nikmat sihat, semua ini adalah kenangan yang tak boleh dijual beli. White coat lengan panjang ini akan saya rindui. Di Malaysia kelak, akan memakai white coat berlengan pendek. Terima kasih semua. 'Tempoh berkurung' berkuatkuasa. Wish me luck for my exams (^_^)

Mini osce exam~Sunday, 17/4
Osce exam~Monday, 18/4

then,
FINALE BATTLE
27/4~General Surgery
4/5~Obs & Gyn
11/5~Pediatrics
18/5~Internal Medicine

MAY 22-26~Oral Exam


Allahumma Yassirna Allahumma najjihna
Allahummaj 3lna 3bdan syakuro

Setinggi-tinggi penghargaan kepada mak, abah & keluarga yang menjadi tempat luahan saya selama ini & sentiasa memberikan sokongan serta doa buat saya. Barakallahu feekum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 walk-the-talk:

Abdul Munir Sanusi said...

All the best to all comrades!

Pecutan terakhir. Kasi gear 5 steady dalam masa sebulan.

genkidene said...

Salam,
Nice and beautiful entry!
All the best Ain!! :)
Semoga dipermudahkan insyaAllah!

ainshams said...

muneer: thanks, marilah kita berusaha. Smg dpt maintain stamina & semua grad dgn cemerlang, insya Allah :)

Syahida: salam, insya Allah, thanks. doakan yea :)

Aswadsky said...

Akak! Ganbatte to you and all the Final years! OMjaaaayyyy you guys are a few steps away from being real doctors!

though I'm going to miss you so and so, I want you to succeed and get out of here! X)

Fez said...

Ur entry buat i teringat jordan.. yess, best playground ever. still, doctor2 kat jordan still the best even dah 4 bulan kerja kat msia. tetap x sama. T__T

Good luck to all of u! cepat blik. we need more housemen here!

.k said...

wow, bukan senang doc Lama nak puji orang :)

sedih juga baca entry akak ni. Nanti bakal melalui saat ini juga, pastu sayu & sedih. Doc di sini hebat2, sayang diorang semua.

Bittaufiq utk akak. Semoga diberi kekuatan, dipermudahkan urusan. InsyaAllah.

ainshams said...

nafeesa: insya Allah, thanks, gonna miss u too dear :)

Jah Fez: thanks!! weyh, doakan..cuak tahap dewa. insya Allah, nantikan kitorg eh. ehem, nk ko blanjer..gune kupon HO pon xpe..hehe :P

.k: alhamdulillah, terkejut gak. act, xready pon nk bentang, redah sajor.. yeah, docs mmg hebat, msya Allah. doakan kitorg, thanks :)

ce teke..ce teke said...

iA ain..
Ain,nanti ko jd dr..

nurse lelaki ada ngorat ko..relative pt ada ngorat ko..
ini ngorat betol pnya..
lagi dogaan..hahaha

tkt ngorat ringan2 dri psy pt tu picisan sgt..=PP

--tekala ni sape..=P

ainshams said...

ce teke: alamak, siapakah gerangannya? tak reti la nk teka, tapi, surely XX. hehe.

yg tak kene ngorat kat wad O&G jek.. huhu. even kat paeds pon ada abang kpd adik g sakit la..ape la.. heh.
psy pts tu lagi scary kowt, tgk cam nak telan org sambil sengih2 gatal, na'uzubillah.

Kerja nnt xde pape..insya Allah ada 'penyelamat' =P