RSS
Post Icon

PRK

~Peripheral Hospital, after on-call~

Ahad minggu ini, saya dawam di Towari' Mustasyfa Ameerah Badi3ah. Bahagian kecemasan untuk Hospital Bersalin. Ada adik junior bertanya, 'hosp badi3h di mana kak?'
Jawapan saya, 'naik teksi melepasi Irbid Mall dan terus ke hujung dunia..haha'.

Manakala pada hari Isnin, saya dawam di klinik O&G. Usai Morning report & breakfast, saya menuju ke klinik. Kerusi menunggu penuh dengan para wanita dengan 'bawaan' masing-masing.
Kenapa tidak kelihatan para suami mereka? Bukankah lebih bahagia andai kegembiraan dan kesedihan dikongsi bersama-sama? getus hati saya. Soalan yang tergantung tanpa jawapan.

"Mama, tengokla..ini kepala bayi, ni jantungnya yang sedang berdegup..blabla.." ujar saya kepada ibu berusia awal 20-an yang mengandung anak sulung.
Terkebil-kebil matanya melihat skrin ultrasound. Tak lama kemudian, senyuman terukir di wajah si ibu. Subhanallah. Sungguh, saya gembira melihat ibu-ibu itu gembira. Dan saya merasakan, senyuman wanita itu pasti lebih berseri andai ditemani suaminya di sisi.

Tatkala membuat ultrasound ke atas ibu-ibu itu, saya teringat pada kawan-kawan saya yang sedang mengandung~Kak Lyn, Zayyani, Alya Naili, Kak Izma dll. Semoga dipermudan urusan kalian, insya Allah.

"Maka, dia (Maryam) mengandung, lalu dia mengasingkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh.

Kemudian rasa sakit bersalin memaksanya bersandar pada pangkal pohon kurma, dia (maryam) berkata, 'Alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan'

Maka, dia (Jibril) berseru kepadanya dari tempat yang rendah, 'Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.

Dan goyangkan pangkal pokok kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.

Maka, makan, minum dan bersenang hatilah engkau. Jika engkau melihatseseorang, maka katakanlah , 'Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan yang Maha Pengasih, maka aku tidak akan berbicara dengan sesiapa pun".
(Surah Maryam : 22-26)

Allah swt telah menyediakan buah kurma buat Maryam ibu Nabi Isa AS selepas bersalin. Menurut kata Doktor ketika Morning Report pagi tadi, 'buah kurma baik untuk mengelakkan pendarahan selepas bersalin (Post-Partum Hemorrhage)'. Masya Allah! Kurma adalah salah satu makanan sunnah dan juga merupakan khasiat yang Allah telah maklumkan sejak sekian lama.

Keesokan harinya (Selasa), seharian saya dan beberapa orang kawan on-call di dewan bersalin. Hospital di sini masih tidak mengamalkan 'friendly husband' (oh, ini istilah tajaan sendiri, hehe). Para suami tidak dibenarkan masuk memberi sokongan buat isteri mereka. Poor them!
Untuk hari itu sahaja, terdapat 35 kes Normal vaginal delivery (bersalin biasa) dan 18 kes caessarian section (pembedahan).

Esok (Khamis), insya Allah akan diadakan Pilihan Raya Kampus di JUST. Bagi Lajnah Tibb Basyari (Fakulti Perubatan), terdapat 3 parti yang akan bertanding bagi merebut 2 kerusi yang dipertandingkan~Wathoni (ala-ala semangat 1 Jordan), Kutlah Ittihad Islamiyyah (pemegang lanjah sejak 8tahun berturut-turut), dan Kutlah Tajdid ('Parti Pembaharuan' yang baru hidup tahun ini).

Manifesto, coklat, bunga-bungaan dan pelbagai lagi ragam di sebalik PRK. Apapun, buatlah penilaian sebaiknya, marilah tunaikan tanggungjawab kita selaku mahasiswa JUST, Selamat mengundi buat adik-adik dan kawan-kawan seuniversiti :)



p/s: Oh, malam ini bergambar untuk majalah graduasi. Ya Allah, cuaknya nak pakai robe itu!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 walk-the-talk: