RSS
Post Icon

belanjawan

Money, You & Islam by Ust Zaharudin

"Berapa akak spend setiap bulan?" tanya seorang junior.

Me: Errkk..tak pernah kira la. Rasa perlu atau nak guna, beli jela. Heh.

"Satu petanda yang berbahaya andai tidak menyedari pengeluaran duit setiap bulan.." petikan salah sebuah majalah yang pernah saya baca sewaktu musim percutian di Malaysia baru-baru ini. Glup!!


Antara azam tahun baru 2011: mengemaskini akaun bank di Jordan dan Malaysia, selain cuba berhemah dalam berbelanja. Huhu..semangat yang bagus kan? (nampaknya, saya memerlukan 'seorang pengurus kewangan' yang jujur, berhemah dan yang penting, tidak mengongkong. hehe)


Keperluan vs Keinginan

a) makan luar di fast-food restaurant.

Tidak perlulah setiap hujung minggu menikmati lunch/dinner di fast food, rite.. eceh! 2 kali setiap bulan (keperluan =P), lebih dari itu (keinginan)

Tapi, lunch di kafe hospital memang tak dapat dielakkan. Huhu.

b) Notes/buku

No mercy! Ia memang keperluan.

c) beras, ayam, sayu-sayuran dan barangan dapur (termasuk aktiviti membuat kek buat kudapan)

Tidak dapat tidak, kesemua ini memang keperluan. Memasak di rumah amat menjimatkan berbanding makan di luar. Cuma mungkin..pengaruh virus Professor 'M' amat kuat!

Jika disenaraikan keperluan dan keinginan..ia boleh berubah mengikut situasi. Semoga saya thabat untuk memartabatkan misi 2011 berhubung isu kewangan ini.

d) Menganggar jumlah wang yang akan dibawa pulang ke Malaysia kelak..buat bekalan masa depan

No if, no but.. insya Allah 'Plan 2011' sedang menanti...noktah.


p/s: Sedang saya menelaah buku Money, You & Islam.. saya mendapat khabar bahawa Centre Point di Mecca Mall, Amman sedang hangat ber-winter sale up to 70%.. manakala Zara di City Mall pula up to 50%, OMG! lepas ni da tak merasa nak winter sale..maka, ia menjadi 'keperluan pada situasi ini'.. haha.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 walk-the-talk:

Syi said...

K.Ain nanti kalau azam berjaya sila kongsi ye. Kite memang kembar bab ongkos ni. Hihihi

ainshams said...

syee: haha..ermmmm.... azam sedang 'diusahakan'.. stakat ni, xberapa berjaya lagi la.. =P
tapi, yerla kan.. "setiap amalan drpd niat"