Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” (HR Muslim, Ad-Darimi dan Ahmad)
Ramadan..bulan menunaikan zakat fitrah.. marilah menunaikan kewajipan berzakat, ringankan tangan menghulurkan infaq sedekah.. Semoga dapat membersihkan jiwa & harta, insya Allah.
Bagi zakat fitrah, layari di sini.
Bagi infaq, di sini disertakan pakej Infaq Ramadan (memandangkan saya salah seorang wakil pengutip infaq, so saje nak post di sini..)
Pakej A: sumbangan JD10, JD15, JD20~sumbangan akan diberikan kepada Ibnu Nafees Institute di Amman untuk diagihkan kepada golongan fakir dan pelbagai kem di Jordan.
Pakej B: kempen 1 orang, 1hari, JD1~sumbangan akan disalurkan melalui Aman Palestin
Turut disertakan- pakej JD35 (makanan sekeluarga) & pakej JD45 (pakaian & hadiah hari raya)
Pakej C: sumbangan umum, Ihya' Ramadan~akan disalurkan kepada Markaz Aitam (rumah anak-anak yatim) di Irbid. ; terpulanglah jumlah yang hendak disalurkan.
Kepada kawan-kawan final year akhawat, bolehlah serahkan kepada saya sehingga weekend depan. Nak masuk awal bulan ni..tunggu duit biasiswa MARA masuk eh.. huhu.
“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi luas ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)
Pusat Zakat Islam Al-Munasarah untuk anak-anak Palestin
Ini adalah sebuah badan berdaftar yang menguruskan zakat & infaq buat anak-anak Palestin. Menyediakan program yang tersusun, bermula dari sesi pemilihan adik angkat melalui maklumat keluarga dan gambar pada borang yang tertera. Setelah itu, perkembangan semasa mereka sepeti khabar berita dan keputusan peperiksaan semasa boleh diperoleh melalui emel, dengan perantaraan lujnah ini.
Kebanyakan mereka adalah anak yatim (ayah mereka mati syahid). Terdapat beberapa pakej; contohnya jumlah infaq setahun (12 bulan) JD300. Bayaran boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus, tunai ataupun melalui akaun badan berdaftar ini. So interesting, rite!!
Promotion di Body Shop, Mecca Mall, Amman. Beli 1 set percuma 1 set. JD 30 untuk sekotak ini~perfume, butter cream, bath&shower gel and sponge, dapat percuma 1 kotak seperti ini juga. Kiranya, JD30 untuk 2 kotak la.huhu. Jika beli secara berasingan, 1 botol perfume berharga JD 20, tapi jika beli promosi ini.. huhu.. boleh hitungla perbezaannya!! (^_~)
Saya berpakat dengan Piya, kami membeli 1set (for me), dan dapat percuma 1set (for Ms Piya).. maka, hanya JD 15 seorang..alah membeli menang memakai =D
Terdapat set kotak sederhana JD 50, set kotak besar JD 60.. juga mempunyai promosi yang sama.. beli 1 set, percuma 1 set. Sekian.