Alhamdulillah, asbahna 3la fitratil Islam.
19 Jun 2010 : Pagi Sabtu yang cerah, pagi pertama kami di bumi Cordoba, Spain. Menyelusuri jalan-jalan dari hostel tempat penginapan kami berdasarkan peta Cordoba yang sentiasa di tangan dan mata terkagum melihat keunikan jalan-jalan di sini, yang sudah semestinya sangat berlainan dengan Jordan.Ketenangan pagi.
"Hola (silent H, sebutannya 'OLA' bermaksud 'Hai, hello')" sapa penduduk dan pelancong yang lalu lalang.
"Hola" balas kami kembali. Mereka kelihatan mesra.
Tempat pertama yang dituju adalah Great Mezquita de Cordoba (Masjid Besar Cordoba), namun sejak kejatuhan Islam hingga kini, ia dinamakan Cathedral de Nuestra Señora de la Asunción (klik di sini) atau pun di dalam peta dan papan tanda jalan, tertera "Mezquita y Cathedral de Cordoba". Oh, geram hati saya!
Rezeki kami, masjid ini dibuka untuk pelancong setiap hari dengan berbayar, namun 8-10am Sabtu (pagi pertama saya di Spain), ia percuma. Oh, jimat 8euro (tahmid). Bersiar-siar di taman-taman masjid di mana terdapat taman oren di tengah-tengahnya, suasana redup dan tenang. Setelah menikmati keindahan taman, kami menuju ke 'entrada' ataupun entrance, tempat masuk.
Terpampar amaran mengingatkan para pengunjung agar menghormati tempat ini kerana ia adalah Mother Cathedral of Cordoba kini. Pesta juga diadakan di kawasan ini mengikut jadual yang tertera (diterjemahkan ke dalam 4 bahasa).
Bismillah kaki kanan melangkah masuk. Tersentuh hati tatkala memasuki suasana dalam Masjid Cordoba ini..mata terpana melihat ukiran pada tiang-tiang masjid yang suatu ketika dulu sangat gah diimarahkan, hingga tercatat dalam buku sejarah tika saya di KISAS. Kini, hanya tinggal kenangan.. namun, masjid tetap masjid, getus hati kecil saya.
"Saya nak sujud syukur syukur di sini setelah melihat sekeliling dalam masjid yang sangat luas" niat saya dalam hati. Kiblat? Ehem, kompas kan ada..hehe..
Pelbagai gambar dan ukiran kristian di setiap sudut yang menterjemahkan pelbagai makna, semua tercatat pada buku pelancong yang kami dapat.
Tiba-tiba, ramai orang berkerumun di situ..erm, menarik..ada apa di situ? Saat melihat peta..'mihrab', tempat imam dalam saf solat! Masya Allah, ia dipagari, bermaksud 'perhibido entrada' (dilarang masuk), namun, tangan yang bersaiz kecil membolehkan kami memfokus setiap sudut 'ukiran yang bercahaya semulajadi' buat kenangan. Kiblat ke arah sini.
Saya menginjak ke belakang sedikit, lantas rebah sujudku di depan mihrab dalam masjid zaman keagungan Islam. Sayu hati saya tatkala berteleku berdoa di depan mihrab. Mudah-mudahan, masjid ini kembali diimarahkan, mudah-mudahan azan kembali menguasai bumi Cordoba, mudah-mudahan Islam kembali bertahta di setiap sudut bumi Allah ini. Saya pasti kini, tiada kedengaran azan di kawasan ini pada subuh tadi, hanya loceng gereja bergema pada setiap jam.
Sebenarnya, 'Mother Cathedral de Cordoba' (Gereja Utama di Cordoba) atau 'La Mezquita y Cathedral de Cordoba' yang mereka namakan ini masih berfungsi. Hampir setiap setengah jam kedengaran koir di tengah-tengahnya (kiblat ke arah berlainan daripada mihrab). Paderi-paderi Kristian tekun membacakan kitab mereka dalam bahasa yang sudah pasti tidak saya fahami (baru hari pertama kan..).
Kesimpulannya, hanya lebih kurang 10% sahaja kawasan masjid ini yang dikekalkan, antaranya, tiang-tiang dan mihrab, simbol senibina kegemilangan Islam. Selebihnya dipenuhi dengan ukiran dan penambahan senibina Kristian.
Berat kaki untuk melangkah ke arah 'salida' atau exit, tempat keluar apabila membayangkan masjid ini dipenuhi muslimin saat tertegaknya khilafah Islam dulu, setiap sudut ilmuan Islam mentadabbur kitab-kitab, setiap saf kedengaran lunak bacaan ayat suci Al-Quran, setiap 5 waktu azan gah bergema di setiap pelosok bumi Cordoba..kini, semuanya tinggal kenangan..maka, setiap pundak muslimin muslimat kini bertanggungjawab bagi mengembalikan keadaan seperti itu!!! Ya Allah, bantulah kami..
3 walk-the-talk:
ni nk bagi tahu yg ekou dh smpai granada spain la ni kan....xper2...mnyusur...hihihihiih
bestnya ain !..aku mesti pegi one day.ko amacam hari2 bersejarah pertama di final year?mesti mantap melompat2 jawab ni..
muhaimin: hee..rezeki eden kali ini. pergila, best!!
farah: yeah, ada rezeki, pergila.. sgst menarik, refreshment!
hari pertama? muahahaa..aku kt basmah, alhamdulilah okla. sebbek bukan KAUH..klu x, mmg kne 'panggang' dgn Dr MA. huhu.
Post a Comment